Chapter 40 : Misi Selesai


TANG!!

KRAANG!!

ZTANG!!

Luqman dan Gary berlaga senjata,pisau belati Luqman hunus dengan kemas menangkis serangan deras milik Gary.

Pedang Gary pusingkan dan menghayunkan ke arah langit,Luqman mengambil nafas dan ke belakang serta mengalirkan kilat pada kedua bilah pisau belati.

"Thunder-Cross wave!!"

ZRASSH!!

Serangan bersilang meluru laju ke arah Gary,si ketua Demon Seed mengangkat pedangnya dan bilah pedang bersinar. Lalu Gary hayunkan menangkis serangan Luqman,Gary merenung Luqman dengan bengis.

"Mampuslah kau!!" Gary menjerit dan terus memecut deras ke arah Luqman.

KRAANG!!!

KRASSH!

Luqman sekadar menahan tetakan pedang Gary,dia dengan muka tanpa emosi sekadar membalas renungan kemarahan Gary.

"Berani kau rosakkan rancangan aku untuk menakluk negara Jaguar?!" jerkah Gary bengis sekali.

"Kau? Jadi pemerintah? Aku tidak mahu Jaguar runtuh..." kata Luqman serius.

"Kau tahu apa?!" Gary melibas kuat dan Luqman menyeret ke belakang.

Luqman mendecih dan hanya memandang ke arah Gary,dia sedar Gary bukan sembarangan pemedang kerana gaya bermain pedangnya begitu kemas.

"Nama aku Garioch Hardwick.. Pewaris keturunan salah seorang pengasas negara Jaguar..." Gary memberi nama penuhnya.

Luqman agak terkejut mendengar nama tersebut,dia mendecih kerana satu persatu masalah datang. Malah lebih rumit lagi,dia berhadapan dengan keturunan pengasas negara Jaguar.

"Kacau!" keluh Luqman.

"Hardwick?" soal Ikhwan dan Eyra mengangguk.

"Moyang kami,serta 3 lagi pengasas termasuk Hardwick.. Bekerjasama menubuhkan negara Jaguar.. Tetapi dalam sejarah,moyang kami dipilih menjadi pemerintah utama.. Hardwick tidak menerima kerana fikirkan dirinya lebih layak.." Eyra memberi penjelasan.

"Satu hari dia mencabar moyang kami untuk takhta,tetapi tewas dan dia sendiri pergi keluar dari negara ini.. Selepas itu berita mengenai Hardwick tidak lagi dapat diketahui.." jelas Eyra lagi.

Ikhwan hanya mendiamkan diri,Alisa,Zareena dan Intan tidak berkata apa-apa. Aila juga memandang ke luar tingkap pesawat,dia agak risau mengenai Luqman ketika ini.

"Usah risau Aila..." Aila terkejut apabila Ikhwan menegur dia.

"Uncle.." Aila memandang ke arah Ikhwan.

"Luqman akan okay.. Percaya pada dia..." ujar Ikhwan tersenyum,Alisa mengangguk setuju.

"Dia tu susah nak mati.." ujar Zareena dan Intan turut mengangguk.

KTANG!!

Luqman menyeret ke belakang,Garioch atau Gary merenungnya tajam. Luqman hanya menghela nafas pendek,dia tidak boleh kekal bertarung dengan pisau belati di dalam genggamannya.

"Haa.. Nampaknya tak boleh la.." ujar Luqman menyarung semula kedua-dua bilah pisau belatinya.

"Kau dah mengaku kalah ke?" soal Gary.

Luqman menarik pedang katana bilah berwarna ungu gelap,Gary terdiam melihat aura yang ada pada bilah katana tersebut.

"Kau kata apa tadi?" soal Luqman tersenyum sinis.

"Kau betul-betul buatkan darah aku mendidih.." ujar Gary.

"Woo.. Boleh buat jerang air?" soal Luqman menyindir dan Gary mengetap gigi.

Lantas Gary meluru laju ke arah Luqman,bilah pedang mereka bertembung dengan menghasilkan bunyi yang nyaring. Hayunan pedang dilakukan dengan begitu laju,sehingga bilah pedang tidak dapat dikesan oleh mata kasar.

TANG!!

KRAANG!!

KRAANG!!

KTANG!!!!

Luqman berundur sambil memusingkan bilah katana,Gary meluru ke arahnya dengan terus mengasak Luqman. Gary menarik picu dan terus membedil peluru,Luqman terkejut sebelum menangkis dan melompat ke belakang.

BAMM!!

BAMM!!

KTING!!!

KTANG!!!

Gary mengejar dan mereka kejar mengejar secara bersebelahan,Luqman berlari laju dan Gary menembak bertalu-talu. Luqman pula menepis beberapa kali,dia segera berhenti mengejut. Gary ingin menembak tetapi terkejut,kerana tangan kiri Luqman sudah tersarung meriam kepala naga.

BOOMM!!!

Gary melompat ke tepi mengelak serangan bedilan meriam oleh Luqman,dia memandang ke belakang kemudian menoleh semula ke arah Luqman.

"Bukan kau je boleh menembak.." ujar Luqman dengan mulut meriam naga masih berasap.

BOOMM!!...

Gary terus mengelak dan mengambil tempat berlindung,dia mendecih geram dan Luqman melenyapkan meriam naga. Pedangnya pula bilah mengalir kilat ungu,nafas ditarik dan Luqman hayunkan secara menegak.

ZRASSHH!!

Gary tersentak lantas melompat,tempat dia berlindung terbelah. Gary mengacukan pedangnya dan menarik picu,tembakan dilepaskan dan Luqman mengelak kemudian bersembunyi di sebalik batang pokok besar.

Siddiq dan Angelina sedang berhadapan Derek dan Pitt,pistol ditarik keluar oleh Pitt dan Derek melagakan penumbuk berzirahnya.

"Aku ambil yang bersarung tangan tu.." ujar Siddiq.

"Kalau begitu saya ambil seorang lagi.." kata Angelina mengacukan senapang pada mereka berdua.

TRRRR!!!

TERRRR!!!

Derek dan Pitt mengelak dua arah berbeza,Siddiq mengejar Derek dan Angelina terus meluru ke arah Pitt. Siddiq menghayunkan sabitnya dengan laju,Derek menangkis dengan menahan menggunakan zirah sarung tangan.

TANG!!!

KTANG!!!

TUSSH!!

Siddiq memusingkan badannya mengelak serangan balas Derek,mereka berdua berbalas pandangan. Siddiq tersenyum dan Derek mengetap gigi menahan marah,Derek menghentak tanah dengan kuat dan tanah meletus. Siddiq hampir terjatuh,Derek menumbuk serpihan tanah yang terapung dihalakan ke arah Siddiq.

ZRASSHH!!

ZRASSHH!!!

Serpihan tanah yang besar dibelah mudah oleh Siddiq,Derek mencacakkan penumbuknya pada tanah. Lantas mengangkat ketulan tanah yang besar,Siddiq ternganga melihat keadaan tersebut.

"TAKE THIS!!" Jerit Derek.

"ARE YOU FUCKING KIDDING ME?!" Siddiq berkata dengan tercengang.

Nazryn menggunakan rantai bayang,membelit tubuh Siddiq dan menariknya dari mengenai dihempap oleh bongkah batu tersebut. Siddiq menyeret ke belakang,rantai dilepaskan oleh Nazryn.

"Thanks bro.. You save my butt.." kata Siddiq menghela nafas lega.

Angelina hanya bernyanyi irama music,kemudian menarik dua pucuk pistol. Pitt mengetap giginya dan Angelina mengacu pistol,Pitt turut melakukan perkara yang sama.

BAMM!!

BAMM!!

BAMM!!!

Angelica berguling dan segera bersembunyi di belakang pokok,Pitt juga mengambil tempat untuk berlindung.

"Shit! Shit! Who the hell is that girl? How can she still smile in battlefield?!" soal Pitt sendirian.

Tapi pada masa yang sama,Pitt menyedari sesuatu terjatuh di hadapannya. Sebiji bom tangan dan Pitt mengetap gigi,maka letupan yang amat kuat berlaku.

BOOMM!!!!!

Angelina menjengah dari pokok,melihat keadaan yang berlaku. Tetapi tembakan deras menghancurkan pokok tempat dia bersembunyi,sehingga pokok tersebut tumbang rebah ke bumi. Pitt sempat menyelamatkan diri,tubuhnya sedikit calar akibat bahang letupan.

"Waa.. Dia marah.. Hehe.." ujar Angelina menyimpan semula kedua-dua pucuk pistol.

Senapang riffle pula gadis itu gunakan,Pitt menunggu jika gadis itu menyerbu. Angelina dengan tiba-tiba keluar,Pitt ingin menarik picu terkejut kerana Angelina memegang riffle.

TRRR!!! TRRR!!!

TRRR!! TRRR!!!

"OUH SHIT!!" Pitt melompat ke tepi mengelak terkena tembakan tersebut.

Angelina terjatuh ke tanah,Pitt bangun ingin menyerang balas. Namun Angelica pula menarik sudah siap-sedia,sniper riffle miliknya membidik tepat ke arah Pitt.

DAMM!!!!

Namun tembakan Angelica berjaya dielak,oleh Pitt dan berpusing ke belakang beberapa kali lantas bersembunyi di balik kegelapan. Angelina mendecih geram kerana Pitt,bukan musuh sembarangan.

"Maaf kakak.. Tembakan saya tersasar.." ujar Angelica di dalam alat hubungan.

"Tak apa dik.. Dia nak main elak mengelak.. Kita layankan.." ujar Angelina tersenyum sambil menarik laras pistol.

"WORAAHH!!" Siddiq menjerit sambil menyerang.

"HNGGHH!!" Derek bertahan.

Siddiq dan Derek bertembung sekali lagi,hayunan sabit dan tinju besi berlaga hebat. Siddiq melibas dan Derek menumbuk dengan laju,bunyi nyaring terhasil dengan kuat.

Siddiq memusingkan sabitnya beberapa kali,lantas dengan pantas dihayunkan serangan. Libasan bayang hitam ditahan oleh Derek,sehingga menyeret jauh dan Siddiq melompat ke udara.

"Shadowwalker.." Siddiq menyeru zirah bayangnya,dia melepaskan helaan nafas dan bayang hitam menyelubungi bilah sabitnya.

"What the f..." Derek terkejut melihat keadaan tersebut.

Sabit Siddiq menjadi besar dan dihayunkan ke arahnya,Derek tergamam dan serangan tersebut tidak mungkin dapat elak.

"SHADOW OF CHAOS!!"

ZRASSHH!!!

KLONG!!!!

Derek terpelanting dan terus rebah,dia tidak mampu bergerak. Nazryn muncul dan melilitnya dengan rantai,Siddiq termengah-mengah dan bentuk Shadowwalker dibatalkan.

"Masih belum boleh lagi huh? Ha.. Ha.. Ha..." kata Siddiq sendirian kepenatan.

Angelina selesai mengisi peluru khas,kedua-dua pucuk pistol diacukan ke hadapan. Mata kirinya bersinar dan jelas kelihatan Pitt,bersembunyi di sebalik pokok dalam kegelapan hutan. Angelina tersenyum sinis,lalu menarik picu dan peluru mengenai pokok di mana Pitt bersembunyi.

"Bagaimana dia tahu?!" soal Pitt terkejut dan terus bergerak ke tempat lain.

BAMM!!

"Erghh!!!" Pitt mengerang sakit.

Tembakan peluru mengenai bahu kiri Pitt,dia terkejut kerana Angelina sudah berada di hadapannya. Pitt berganjak ke belakang,bersembunyi dalam kegelapan hutan. Angelina sekadar berjalan tenang,tiada tanda menunjukkan dia risau.

Angelina mengacukan pistol ke satu arah,picu ditarik dan Pitt berundur mengelak tembakan Angelina. Dia kembali bersembunyi dan Angelina mula menyampah,dia menarik keluar bom tangan. Lalu dicampakkan secara rambang,maka letupan berlaku dan Pitt tergamam.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki kedengaran,Pitt menoleh dan Angelica sedang memandang dia dengan tersenyum. Pitt terkejut dan mengetap gigi,dia menarik senjatanya.

"Jumpa awak.."

BAMM!!

Pitt terjatuh senjatanya kerana tembakan Angelina,mengenai lengannya dan Angelina mengacukan sekali lagi.

BAMM!!

BAMM!!!

"ARGHH!!!" Pitt terjatuh terbaring di atas tanah,kemudian Angelina berdiri di hadapannya serta mengacukan pistol tepat di dahinya.

"Nak teruskan? Jika ya,peluru dalam pistol ni akan menembusi dahi awak..." ujar Angelina senyuman,Pitt menghela nafas pendek lalu menyerah kalah.

"Bagus..!" Angelina berkata tersenyum,Angelica muncul tidak lama lepas itu.

TANG!!

KTANG!!

Luqman dan Gary berbalas libasan pedang,Gary menarik pedangnya kemudian dilibas ke langit. Tindakan dia mengakibatkan Luqman terlepas pegangan pedangnya,Gary tersenyum sinis dan ingin menusuk pedangnya.

"MAMPUSLAH!!" Gary berteriak.

Luqman hanya tenang dan menghayunkan kaki,pedang dia yang melambung melekat pada kasut miliknya. Gary terkejut dan Luqman melibas hayunan pedangnya,dengan hayunan kaki dan Gary terpaksa mengubah posisi bertahan lalu tercampak semula ke belakang.

Kasut yang dipakai oleh Luqman sebenarnya rekaan Akif,iaitu mempunyai tempat khas untuk melekatkan pedang jika terlepas dari genggaman tangan Luqman.

"That's dangerous.." ujar Luqman melambungkan pedangnya,lalu ditangkap dan pedangnya kembali ke pegangan tangannya.

"Nice shoes.. You really are persistent.." kata Gary.

"I don't want hear that from you.." ujar Luqman memusingkan pedangnya dengan pantas.

"How bout you just surrender.. I don't wanna hurt you.." kata Luqman lagi cuba memujuk.

"Don't get too cocky..." balas Gary menarik picu dan tembakan dilepaskan,Luqman menangkis dan mendecih lalu dia terus meluru ke arah Gary.

Gary menembak bertalu-talu namun Luqman,bergerak dengan pantas ke kiri dan ke kanan. Bilah pedangnya mengalir kilat ungu,matanya bersinar keunguan dengan lebih jelas.

"Seven Mountain... Seven Seas... There's nothing I can't cut.." kilat ungu mengalir di seluruh tubuh Luqman.

"Damn it!! Just die!!" jerit Gary menembak tanpa henti.

Luqman menghela nafas pendek,pedang digenggam erat dan Luqman terus bergerak sepantas kilat melepasi Gary seiring melakukan potongan melintang.

ZRASSHH!!!

"THOUSANDS WORLD!!!!"

Gary tergamam dan melutut lalu terus rebah,tidak lagi bergerak dan Luqman hanya sekadar menyarung semula pedangnya.

"Ha... Misi selesai.."




























=======================

Okay

Secara jujurnya aku macam dah kurang minat nak teruskan siri kaiser ni

Harap korang berpuas hati

Sila tunggu sambungan seterusnya

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top