Chapter 4 : Ketawa dan Rokok
Suasana sunyi dengan keadaan latar belakang merah,semerah darah yang pekat dan puluhan mayat bergelimpangan. Dia memandang kiri dan kanan,matanya meliar dan berhenti. Sebaik melihat seseorang berdiri,Luqman terkejut kerana orang itu ialah diri dia sendiri.
Seseorang yang berwajah seiras dengannya,Luqman tersentak apabila melihat orang yang seiras dengan dia sedang menikam Aminudden. Tangannya menembusi tubuh adiknya!
Luqman berdiri di tengah-tengah lautan darah,tangannya terketar-ketar dan sekelip mata dia menjerit.
Nafas termengah-mengah dengan wap keluar dari mulutnya,Luqman menyedari dia berada di atas katil. Peluh membasahi muka dan seluruh tubuhnya,Luqman memandang ke kiri dan ke kanan.
"Mimpi?"
Luqman memandang ke arah jam di atas meja,jam menunjukkan pukul tiga pagi dan menoleh ke sebelah lain. Aila tidur lena di sisinya,Luqman menundukkan wajah memandang ke bawah.
Jam tiga pagi tetapi bulan terang,penuh mengambang bagaikan masih waktu malam. Luqman duduk di atas kerusi panjang,khas untuk orang awam. Air kopi panas diletakkan sebelah kanannya.
"Sial betul.. Mimpi pelik datang,buat aku tak dapat tidur..." ujar Luqman sendirian.
Seseorang berdiri di sebelah tingkap,sambil menyilangkan tangan pada bawah dada. Tidak berkata apa-apa dan hanya pergi dari situ,Aminudden hanya melangkah pergi.
Sebelah paginya..
Luqman dengan muka serabut,kesan hitam pada bawah mata. Dia berjalan dan sebaik sahaja dayang serta kesatria bertembung dengan dia,pasti akan melarikan diri. Luqman mengetap gigi kegeraman,lalu berjalan sehingga ke kawasan kafeteria.
"Hahahaha! Apahal dengan muka kau tu? Macam demon lord!" kata Siddiq terbahak-bahak,Nazryn hanya tersengih sahaja.
Luqman berjalan ke belakang Siddiq lalu dipeluk bahagian perut Siddiq,Nazryn mula rasa tidak sedap hati. Luqman terus lancarkan serangan german supplex,semua yang berada di situ hanya mampu tergamam.
"Wooo! German Supplex!" ujar Aminudden menepuk tapak tangan.
"Bukan sepatutnya kau tolong Siddiq tu?" soal Nazryn tersengih.
"Diamlah kau,nak kena gak ke?" soal Luqman dengan muka menakutkan.
"Kalau kau dapat lepaskan diri dari orang belakang kau..." ujar Aminudden menuding ke satu arah.
Luqman kehairanan dan menoleh ke arah Aminudden tunjuk,Ikhwan dengan muka bengang sambil mengurut penumbuknya kiri dan kanan.
"Ha.. Ha.. Ha... Hi uncle..." ujar Luqman tersenyum kelat.
"Jumpa uncle di pejabat..." Ikhwan memberi arahan dan beredar.
Ikhwan beredar dan Aminudden mengekori bapa saudaranya,Luqman berjalan dan menghampiri kaunter kafeteria.
"Kopi satu... Bungkus cawan..."
Visual Training Room
Intan dan Aqirah berbalas renungan sambil masing-masing tersenyum,Reena juga berada di situ memerhatikan mereka. Intan dan Aqirah sekarang di bawah latihan Reena,atas permintaan mereka sendiri.
"Sedia?" soal Reena dan mereka berdua hanya mengangguk sahaja.
"Boleh mulakan..." ujar Reena memejamkan matanya sambil tersenyum.
KRASSHH!!
Sebaik mendapat isyarat daripada Reena,mereka terus meluru dan bertembung di antara satu sama lain. Mereka mencengkam tangan antara satu sama lain,Intan dan Aqirah berlaga aura yang amat kuat.
Tidak lama lepas itu mereka terseret ke belakang,Intan mengaktifkan kuasa dan terus menekup lantai. Sebilah pedang dihasilkan oleh ais,Aqirah pula merapatkan kedua tapak tangannya. Pedang yang hasil daripada bayang,berada di dalam genggamannya.
"ICE WAVE!!" Intan melancarkan serangan.
"SHADOW NEEDLE!" begitu Aqirah menyerang balas.
Dua serangan bertembung dahsyat,Intan hanya memerhatikan sahaja kepulan asap akibat lagaan kuasa serangan dia dan Aqirah. Intan menghembus nafas sebelum menyedari Aqirah,muncul mengejut dari dalam kepulan asap.
"Sudden attack?" soal Reena dari jauh kemudian tersenyum.
Intan menangkis dan bilah mereka bergeser sebelum ais meletus,perbuatan Intan untuk menjauhkan Aqirah daripada dia.
"Intan sesuai jarak jauh dan dekat,tapi Aqirah lebih kepada serang hendap atau skill mengejut... Agak menarik bukan?" kata Reena sambil menyoal dan memandang ke sebelah kanannya.
Aqirah tersenyum dan peluh sedikit mengalir di pipi,Intan membalas senyuman sahabatnya dan mereka kembali meluru ke arah antara satu sama lain.
KRAANG..!!!!
"Alisa?" kata Reena lagi pada Alisa yang berdiri di sebelahnya.
KTANG!!
Aqirah mengambil nafas dan memijak kuat pada tanah,muncul bayang-bayang membentuk jejarum menyerang Intan. Namun Intan membalas dengan serangan kuasa aura dingin,maka terhasil impak dentuman dua kuasa.
"Mungkin... Saya tak pandai dalam bab mengajar.. Skill pedang pun Ikhwan dan kakak Reena yang ajar..." ujar Alisa,atau Alisa Darweez isteri kepada Ikhwan.
Intan dan Aqirah berlatih di bawah Reena,manakala Raven iaitu guru Aqirah sedang melakukan misi bersama Elena.
Luqman duduk di kerusi,rokok dikeluarkan dari kotak rokok. Dia letakkan pada bibir dan mengeluarkan mancis,namun sedar sesuatu kerana mancis tertinggal. Tiba-tiba ada nyalaan api kecil di hadapannya,dia tersenyum girang.
"Terima kasih..." ujar Luqman tersenyum memandang ke arah orang yang membantu dia.
Tetapi dia terbeku kerana orang tersebut,adalah Alia iaitu adik iparnya dan api itu pula dari jarinya sendiri. Luqman dan Alia berbalas senyuman,kemudian Alia berubah muka menyeramkan dan menyalakan api lebih marak.
"ARGHH!! MY FACE!!"
Jeritan tersebut didengari oleh Aminudden yang sedang menyemak fail,dia menoleh ke arah tingkap yang berada di belakangnya dalam keadaan terbuka. Sebaik menoleh dia tersenyum kelat,Alia berdiri sambil memerhatikan Luqman membasahkan mukanya.
Luqman merokok di taman yang berada sebelah bilik kerja Aminudden dan Ikhwan,sebab itu Aminudden boleh nampak apa yang berlaku ketika itu.
"Hey dear..." sapa Aminudden.
"Hi.." balas Alia.
"What's wrong?"
"Your brother trying to smoke in this area..."
Aminudden mengangguk beberapa kali sebelum ketawa,Luqman menoleh dan membuatkan Aminudden lagi kuat hilai tawanya. Muka Luqman hangus dek perbuatan Alia,Luqman menahan geram dengan reaksi adiknya itu.
"Apa yang berlaku..? Dengar Luqman menjerit..." ujar Aila yang muncul secara tiba-tiba.
Tetapi dia terdiam membesarkan mata melihat keadaan Luqman,Alia dengan muka selamba manakala Aminudden terkekeh cuba berhenti ketawa. Aila berpaling menahan ketawa,Luqman kegeraman menahan bengang.
"If you wanna laugh,just do it.." ujar Luqman urat dahi timbul.
==========================
Hi guys
Ni aku update mana yang okay
TNL atau CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT akan berjalan tapi mungkin slow
Aku belum sembuh lagi
Tapi dah boleh sikit² mengarang
Itu jelah
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top