Chapter 39 : Pertualangan Bermula
Pesawat hitam menyusur laju menempuh angin,Siddiq dan Nazryn mengemudi dengan cermat. Luqman hanya duduk diam,tanpa bicara diri agak risau dengan keadaan Hazad iaitu sepupu sebelah keluarga ibunya.
Luqman menerima panggilan di alat komunikasi,dia tekan butang bercakap. Wajah Siddiq kelihatan sambil tersenyum dan Nazryn hanya fokus pada kemudi pesawat,Luqman sekadar menghela nafas pendek.
"Ada yang tidak kena?" soal Luqman.
"Kau tahu di mana lokasi penculik tu?" soal Siddiq dan Luqman tersenyum,kemudian lokasi sesebuah tempat muncul.
"Aku baru je hantarkan lokasi pada kau.." ujar Luqman tersenyum.
"Kau ada perancangan?" soal Siddiq dan Luqman hanya tersenyum sahaja.
"Tunggu dan lihat sahaja.." balas Luqman.
"Nampak dah senyuman devil dia tu.." kata Siddiq dan Luqman sekadar ketawa kecil.
Pada masa yang sama juga Ikhwan di dalam sebuah kapal,sebuah kapal pesawat peribadi negara Mentari. Alisa mengekorinya bersama Eyra dan Intan,Zareena serta Aila.
Mereka mengambil tempat duduk,manakala Ikhwan di kokpit bersama Jamel. Mereka sedang bersiap-sedia untuk berlepas,destinasi mereka adalah negara Mentari.
"Dalam masa 10 minit.. Pesawat ini akan berlepas,sila pakai tali pinggang keselamatan masing-masing.." Ikhwan membuat pengumuman.
Eyra yang sedang risau terkejut,kerana tangannya dipegang lembut oleh Aila. Dia memandang Aila yang sedang tersenyum,Eyra hanya sekadar terkebil-kebil.
"Jangan risau.. Semuanya akan okay..." ujar Aila menenangkan Eyra.
Ikhwan dan Jamel berbalas pandangan,kemudian faham serta mengangguk. Mereka segera mengemudi dan pesawat mula bergerak,sedikit demi sedikit pesawat mula bergerak laju.
Landasan mula disediakan dan pesawat memasuki lorong landasan,Ikhwan menolak kemudi dan Jamel memerhatikan tekanan pada pesawat. Kapal pesawat mula terapung,kemudian ekzos enjin berderam dan pesawat memecut terbang ke udara.
Pesawat hitam meluncur di udara dengan laju,Ikhwan dan Jamel hanya mendiamkan diri terus mengemudi menuju ke destinasi yang ditetapkan.
Iaitu negara Jaguar.
Manakala lokasi di tempat persembunyian pihak penculik,atau Demon Seed kelihatan beberapa orang sedang berbincang.
"Kau pasti ke mereka akan terima tawaran kita?" soal lelaki berambut hitam,Derek.
"Sudah pasti.. Raja negara tu sayang cucunya.." kata lelaki berambut merah,Gary.
"Kau tidak rasa kita bermain dengan api?" soal lelaki berambut hitam pendek,Pitt.
"Cuba bertenang.. Kalau dia tidak mahu,cucunya akan balik sebagai mayat je.. Apa susah?" kata Gary yakin.
Derek dan Pitt hanya sekadar berpandangan,mereka tidak mahu melawan dan mengalah sahaja. Demon Seed boleh dikatakan pihak pemberontak kerana mahukan kuasa pemerintah negara Jaguar,Gary sanggup gunakan cara apa pun untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.
"Aku ada dengar khabar angin.." Derek bersuara dan Gary memandang ke arahnya.
"Anak gadis Hazama tu.. Meminta bantuan negara Mentari.." ujar Derek dan Gary sekadar ketawa sahaja.
"Kau percaya ke? Mana mungkin dia berani bergerak seorang diri.." Gary berkata yakin.
Derek hanya mendiamkan diri sebaik Gary berkata begitu,dia sudah agak Gary tidak akan ambil pusing hal seperti itu.
Luqman yang sedang menaip sesuatu pada keyboard,dia menyedari mereka sudah semakin hampir ke tempat yang dituju. Siddiq yang sedang memandu,menyedari monitor visual terpapar di hadapannya.
"Yo putera.. Bagaimana?" soal Siddiq.
"Kita sudah hampir.. " Luqman berkata dan Siddiq mengangguk.
"Baiklah.. Kita akan mendarat dan sembunyikan kapal.. Jangan sampai mereka dapat kesan.." arah Luqman dan Siddiq memberi isyarat pada Nazryn,faham akan isyarat itu Nazryn segera mengangguk.
Pesawat hitam menyusur dan semakin rendah penerbangannya,Luqman memandang ke arah kembar tersebut. Angelina dan Angelica memandang ke arahnya,mereka juga menunggu arahannya.
"Siapkan peralatan.. Kita akan mulakan misi.." jelas Luqman dan mereka berdua menabik hormat.
Pesawat mendarat kemas di sebuah tempat,yang muat-muat sebuah kapal. Angelina dan Angelica berlari ke arah tempat simpanan senjata,Luqman sekadar memerhatikan sahaja dan bangun menuju ke arah kokpit kemudi pesawat.
Siddiq meregangkan ototnya dan Nazryn meregangkan lehernya,pintu masuk ke kokpit terbuka dan Luqman masuk ke dalam.
"Kau berdua dah sedia ke?" soal Luqman.
"Bagi aku 5 minit.." ujar Siddiq dan Nazryn mengangguk tanda memberikan dia masa.
"Baik.. Jangan terlalu lama.. Kita kena selesaikan misi dengan secepat mungkin.." Luqman berkata dan terus beredar.
Luqman sudah awal-awal bersiap,dua bilah pisau belati disisipkan pada belakang pinggang. Sebilah pedang jenis katana,disangkut di pinggang sebelah kiri.
Angelina sudah berada di luar kapal,dia mengaktifkan sebuah drone mini. Lalu dia mengawal mesin tersebut,Angelica pula melindunginya jika ada musuh yang melalui kawasan tersebut.
Drone tersebut dihantar untuk melakukan peninjauan,tangan Angelina ligat mengawal alat kawalan jauh. Luqman turun dari pesawat,lalu menghampiri mereka.
"Apa yang kamu buat?" soal Luqman.
"Buat pemeriksaan.. Tidak jauh di hadapan.. Ada lebih kurang 40 orang pengikut,sedang mengawasi kawasan di sekeliling tempat persembunyian mereka..." jelas Angelina menoleh ke arah Luqman.
Siddiq dan Nazryn pula muncul,Luqman sekadar tersenyum sahaja. Dia meregangkan ototnya dan jari-jemarinya,dibunyikan dan dia sudah bersedia.
"Nazryn dan Siddiq.. Angelina dan Angelica.. Kita akan bergerak dalam tiga gerakan.." jelas Luqman.
"Bagaimana dengan tuan?" soal Angelica.
"Saya akan bergerak solo.. Sebabkan seluruh kawasan mereka awasi.. Aku akan uruskan yang mengawal.. Kamu dua beradik selamatkan Arian Harry.. Siddiq dan Nazryn pastikan lindungi mereka..." kata Luqman lagi.
Mereka mengangguk menerima arahan,Luqman mulakan tindakan terlebih dahulu. Dia bergerak dengan pantas umpama seperti ninja,sasaran pertama berjaya ditemui.
Ada lebih kurang 5 orang pengikut Demon Seed,Luqman terus memecut ke arah pengikut pihak musuh. Salah seorang perasan kehadiran Luqman,namun sudah terlambat kerana Luqman terlebih dahulu menjatuhkannya. Luqman beralih sasaran rakannya,ditarik kepala dan dihentak lalu rebah tidak sedarkan diri.
Dua lagi sedar keadaan itu dan ingin menghubungi rakannya yang lain,Luqman menarik dua bilah pisau belati dengan pantas dia baling ke arah mereka berdua. Dua bilah pisau mengenai betis dan peha pihak musuh,Luqman terus merenjat dan mereka terjatuh serta tidak lagi bergerak.
Seorang lagi cuba menyerang hendap ke atas Luqman,namun Luqman hanya menghela nafas pendek. Mukanya dicengkam dan dihempas ke tanah,renjatan kilat dilakukan dan dia tidak sedarkan diri.
Luqman memandang ke sekeliling kawasan,sebaik kawasan itu sudah bersih. Luqman memberikan isyarat kepada Angelina serta Angelica,bergerak mara ke hadapan. Nazryn dan Siddiq bergerak di kawasan gelap,beberapa pengikut Demon Seed telah mereka tumpaskan.
"Sini pun sudah clear.. Rasanya kita boleh mara.." ujar Siddiq dalam alat komunikasi.
"Baik.. Pastikan hati-hati.. Mastermind Demon Seed belum keluar.." jelas Luqman dan Siddiq mengangguk.
Angelica menarik sniper dan membidik,satu,dua tidak empat musuh tumbang dengan tembakannya yang pantas itu. Laras senapang ditarik dan Luqman mengangguk,drone milik Angelina kembali semula.
"Masih ada dalam 20 orang lagi yang berkawal..." ujar Angelina dan Luqman mengangguk faham.
"Let's give them a nightmare.." ujar Luqman menarik kedua-dua bilah pisau belati serta kilat ungu mengalir pada bilah pisaunya.
Siddiq memusingkan sabitnya dan Nazryn menarik rantai bayang,Angelina menarik laras mesingan dan Angelica siap sedia dengan sniper miliknya.
"Siddiq.. Bersihkan bahagian belakang.. Nazryn arah jam 9.. Aku dan kembar akan rempuh.." Luqman memulakan tindakan.
"Ini baru seronok..." Siddiq berkata menyeringai.
"Coming right up!" Nazryn dan Siddiq berpisah.
Luqman terus berlari memecut ke hadapan,Angelina dan Angelica turut mengekorinya dengan laju. Luqman memusingkan pisaunya dan mengelar salah seorang pengikut pihak musuh,Angelina menarik picu dan menembak beberapa pengikut.
BAMM!!
BAMM!!
Angelica pula menembak dari tempat tersembunyi,Siddiq menghayunkan sabitnya dan tanah meletus mencampakkan pengikut Demon Seed.
"Tuan! Kita kena serang!!" ujar salah seorang pengikut sebaik membuka pintu di mana Gary,Derek dan Pitt berada.
"APA?" Gary terkejut manakala Derek dan Pitt mula cemas.
PRANG!!!
Kain khemah terus koyak dan seseorang masuk,lalu berjalan ke arah kurungan yang mengurung kanak-kanak berusia 4 tahun. Gary,Derek dan Pitt tergamam dengan kehadiran pemuda tersebut.
Luqman mencangkung memandang kanak-kanak tersebut,manakala kanak-kanak itu ketakutan dan Luqman tersenyum.
"Jangan takut.. Aku kawan ibu kau.." jelas Luqman dan pengikut pihak musuh,segera mengacukan senjatanya.
"Mampus la kau!!"
Siddiq muncul dengan timbul dari bayang Luqman,dia segera menangkis serangan tembakan senapang laser musuh. Siddiq terus melibaskan hayunan,Gary dan Derek serta Pitt mengelak. Serangan tersebut membelah pengikut Demon Seed.
"Siddiq bawa Arian ke tempat selamat..." arah Luqman.
"Roger!" ujar Siddiq mendukung kanak-kanak tersebut,lalu menyelubungi diri sendiri dengan bayangnya dan hilang dari pandangan.
Luqman menghela nafas pendek,dia meregangkan ototnya dan lehernya digerakkan ke kiri kemudian ke kanan. Gary ternyata mula bengang,amarahnya memuncak.
"Berani kau?!" Gary menengking dan meletuskan auranya,khemah tersebut terus terbakar.
Nazryn yang baru sahaja menghapuskan semua pengikut pihak musuh,terkejut melihat khemah besar itu hancur terbakar. Derek dan Pitt sempat melepaskan diri,mereka mendarat tidak jauh dari khemah tersebut.
Luqman hanya berdiri selamba,dia memandang Gary yang merenungnya dengan tajam. Pisau belati kedua-dua bilah,dipegang kemas dab Gary pula mengeluarkan sebilah pedang yang digabungkan dengan senapang.
"Aku akan bunuh kau!!" jerit Gary menarik picu.
Luqman menangkis dan meluru ke arahnya,Derek dan Pitt hanya mendiamkan diri menjadi penonton. Tetapi dua susuk bayang melompat dari belakang,Derek dan Pitt tersentak.
"Oi nak jadi penonton je ke?" soal Siddiq tersengih manakala di sebelahnya,Angelina tersenyum manis.
"Temankan kami bermain?" kata Angelina.
ZRASSHH!!
TUSSH!! TUSSH!!
Derek dan Pitt berjaya mengelak serangan mereka,Siddiq dan Angelina mengeluh sebab serangan mereka tidak mengena.
"Mereka bukan calang-calang.." ujar Angelina tersenyum teruja.
"Kalau tidak.. Ia tidak seronok.." kata Siddiq pula.
"Kamu memang cari nahas.." ujar Pitt menarik dua pucuk pistol.
"Aku akan hancurkan kepala kamu!" Derek mengaktifkan senjatanya,lalu kemas menyarung tangannya menjadi zirah tinju.
Siddiq dan Angelina tersenyum sinis,mata mereka bersinar tanda sudah bersiap-sedia.
"Let's rock!"
===================
YEZZA
Pertarungan sengit bakal bermula
Cukuplah untuk mukadimah dulu ya..
Hehe..
Tunggu sambungannya..
Sila komen dan vote..
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top