Chapter 38 : Selamat Berjaya Bro.
Imej Eyra Nazira di media
Sebuah kawasan yang sunyi,ada khemah yang besar didirikan di tempat tersebut. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun,diikat dengan mulutnya ditutupi pita pelekat.
Ada beberapa orang sedang berkawal,salah seorang bermain pisau lipat dan mengajuk pada kanak-kanak tersebut. Lelaki itu tersenyum sinis,kemudian hanya ketawa sahaja melihat reaksi kanak-kanak itu.
Pada masa yang sama juga,di kafe milik Arjuma. Luqman dan Arjuma mendapat berita yang mengejutkan,lebih-lebih lagi Luqman kerana ia ada kena - mengena dengan Eyra dan Hazad.
Luqman dan Arjuma terkejut,apa yang disampaikan oleh Eyra buatkan mereka terkebil-kebil. Hazad cedera dan selamatkan anak mereka?
"Kejap.. Kejap.. Kau dengan Hazad? Berkahwin?!" soal Luqman.
PAK!!
"Oi bengong,mereka kahwin dah siap masuk berita siaran langsung.." ujar Arjuma menampar belakang kepala Luqman.
"Ah.. Aku lupa yang aku dapat jemputan tu.." jelas Luqman dan Arjuma memegang erat dulang lalu dihayunkan.
PRANG!!
"Masa tu... Hazad dan anak kami,Harry.. Keluar untuk melakukan pemantauan.. Saya tidak dapat ikut,sebab temankan bonda Hazad.." jelas Eyra dengan muka sayu.
"Mereka diserang ketika melalui kawasan sunyi? Hazad dicederakan..anak kamu diculik.." kata Arjuma mengusap dagu.
"Apa pendapat kau Luqman?" soal Arjuma pada Luqman yang berbenjol kepalanya.
"Hurmmm..." Luqman berfikir sambil menolak benjol masuk dan pulih sediakala.
Luqman berfikir sejenak dan diperhatikan oleh Arjuma,agak lama berfikir kemudian Luqman mula mengambil keputusan dan terus berdiri.
"Luqman?" soal Eyra.
"Ikut aku..." ujar Luqman.
Luqman berjalan keluar dan Eyra mengekorinya,sebaik sahaja melangkah keluar. Luqman menekan kunci kereta,lalu muncul sebuah kenderaan berhenti di hadapan mereka berdua.
"Masuk Eyra.. Aku akan hubungi ayah saudara aku dalam perjalanan.." kata Luqman membuka pintu kereta di bahagian penumpang.
Ikhwan yang ketika itu sedang meneliti maklumat mengenai sesuatu,menerima panggilan dan tanpa melihat siapa dengan segera menekan butang jawab. Sebaik ditekan butang terpapar muka Luqman,Ikhwan hanya memandang dengan muka tanpa perasaan.
"Luqman? Apa masalah?" soal Ikhwan.
"Masalah besar uncle!" jelas Luqman dan Ikhwan kehairanan.
Luqman berdiri di hadapan Ikhwan yang sedang duduk di meja,Eyra pula duduk di sebelahnya tanpa berkata apa-apa. Ikhwan sekadar mendiamkan diri,lagaknya biasa dan selamba.
"Bagaimana keadaan Hazad?" soal Ikhwan.
"Dia parah.. Tetapi buat masa ni keadaan sudah stabil.." jelas Eyra dan Ikhwan mengangguk sahaja.
"Adakah kamu kenal mengenai pihak yang menculik anak kamu?" soal Ikhwan lagi.
"Mereka dikenali sebagai Demon Seed..." ujar Eyra.
"Mereka ada hubungi pihak kerabat diraja?" soal Ikhwan.
"Ya..sehari selepas Arian diculik.. Mereka hubungi kami.." jelas Eyra.
"Apa yang mereka mahukan?" soal Ikhwan.
"Mereka mahukan kuasa untuk perintah negara Jaguar.." jelas Eyra dan Luqman terkejut kemudian mengetap gigi.
"Apa keputusan ayahanda kamu?" soal Ikhwan lagi.
"Pihak musuh berikan kami 48 jam..untuk memberi keputusan dan kalau tidak ada jawapan yang mereka harapkan.. Mereka akan bunuh anak saya.." ujar Eyra kemudian menekup mukanya..
Ikhwan dan Luqman terdiam,mereka juga diberi maklumat. Pihak penculik tidak mahukan mereka minta bantuan dari pihak berkuasa,Ikhwan mula faham kenapa cuma Eyra sahaja datang ke sini.
"Tolong tuan putera.. Selamatkan anak saya.." rayu Eyra dan Luqman mengetap gigi.
"Uncle?" soal Luqman memandang ke arah Ikhwan.
"Luqman..." ujar Ikhwan menghela nafas pendek dan Luqman mengharapkan bantuan ayah saudaranya.
"Siapkan kelengkapan kamu.. Misi menyelamat akan bermula.." ujar Ikhwan dan Luqman tersenyum lega.
"YA!"
"Angelina dan Angelica akan menyertai kamu... Siddiq dan Nazryn akan turut serta.. Misi kali aku akan hadkan hanya lima orang sahaja...pesawat akan bersedia dalam beberapa minit lagi.." ujar Ikhwan memberi penerangan.
Luqman berlari keluar dari biliknya,Eyra hanya memerhatikan sahaja. Dia menoleh ke arah Ikhwan,Eyra menundukkan kepalanya lagi serta ucap terima kasih.
"Masih terlalu awal.. Ucapkan setelah misi menyelamat berjaya.." ujar Ikhwan dan mendail satu nombor.
"Zareena? Kamu senang sekarang ni?" soal Ikhwan dalam talian.
Angelina dan Angelica berdiri tegak,Nazryn dan Siddiq juga berdiri bersebelahan mereka berdua. Luqman muncul tidak lama lepas itu,sambil diekori oleh Zareena. Ikhwan dan Intan menyusul dari belakang,Alisa dan Eyra juga mengekorinya.
"Baiklah guys.. Maaf tunggu lama.." ujar Luqman.
"Kami tiada masalah tuan.." ujar Angelina tersengih.
"Boleh kau terangkan misi ni?" soal Siddiq.
"Misi kali ini adalah misi menyelamat.. Anak kepada bakal permaisuri negara Jaguar diculik... Arian Harry Hazad.." jelas Luqman dan mereka berempat agak terkejut.
"Motif utama?" soal Nazryn.
"Mereka inginkan kuasa pemerintahan negara Jaguar.." jelas Luqman lagi dan Siddiq tersengih.
"Waa.. Ini sudah lebih.." kata Siddiq.
"Apa kata kita berikan mereka pengajaran?" Luqman memberi cadangan dengan senyuman sinis.
Angelina tersengih dan Angelica pula hanya mendiamkan diri,Siddiq dan Nazryn berlaga penumbuk secara lembut. Kapal pesawat sudah siap sedia di belakang mereka dan terus melangkah ke arah pesawat tersebut,Luqman pula segera menoleh ke arah Ikhwan.
"Ada apa-apa yang nak ditambah,uncle?" soal Luqman.
"Kalau boleh,cuba tangkap sahaja.. Kalau tak,bunuh jika melawan sangat.." kata Ikhwan.
Luqman tersengih dan segera melangkah ke arah pesawat,dia hanya membuat reaksi air muka serius. Siddiq dan Nazryn mengambil tempat kemudi pesawat,Angelina dan Angelica mengambil tempat duduk. Luqman pula di tempat duduk single,dia menarik natas panjang kemudian dihelakan.
Siddiq menekan butang suis setiap punat,Nazryn memeriksa keadaan enjin dan sedia untuk berlepas. Mereka berdua berbalas pandangan,lalu mengangguk dan landasan bersiap-sedia.
Enjin pesawat berderam garang dan pesawat bergerak,sedikit demi sedikit bergerak ke arah landasan. Pedal ditolak dan pesawat meluncur laju,Ikhwan dan yang lain memerhatikan sahaja. Pesawat hitam hilang dari pandangan mata,Eyra hanya mampu berdoa.
"Jangan risau...mereka pasti akan berjaya.." kata Ikhwan dan Eyra hanya tersenyum kelat.
Aminudden memerhatikan kapal pesawat itu,dari lokasi yang berbeza dan tersenyum sahaja.
"Good luck big brother.."
*******************
Hellooo what's up guys?
How's this chapter?
Korang terasa hangatnya?
Kalau ya,smartphone ada overheat
Gyahahahahah!!
Okay gurau,jangan marah
Please COMMENT & VOTE
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top