Chapter 37 : Berita Yang Tidak Enak
Luqman meregangkan ototnya kemudian melakukan senaman ringan,untuk menjaga kesihatan tubuh badannya dan sentiasa bersedia.
Sit-up..
Push-up..
Peluh dingin menitik pada lantai di taman,Luqman mengenakan singlet ketat dan seluar sukan. Luqman terasa jengkel dan meneruskan sit-up,Avalon yang di dalam tubuhnya menghela nafas.
"Kau ni stress je apahal?" soal Avalon.
"Aku hampir mati masa tu.." ujar Luqman.
"Manusia dengan kesilapan adalah perkara biasa.. Kau tak payah la fikirkan sangat.." Avalon berkata selamba.
"Macam mana aku tak fikirkan sangat?! Ada pihak musuh mahukan aku mati!" bidas Luqman mengetap gigi menahan marah.
"Semua orang melakukan silap.. Cuba la kau bertenang.." Avalon menjawab selamba.
"Aku tak boleh.." kata Luqman perlahan nadanya.
"Ha?" Avalon kehairanan.
"Aku kena menjadi kuat.. Demi semua orang yang terpenting dalam hidup aku." kata Luqman dengan muka nekadnya,Avalon hanya mendiamkan diri.
"Sebab itu aku harus menjadi kuat dengan segera.." tambah Luqman memerhatikan penumbuknya.
Avalon sekadar tersenyum sahaja,dia memerhatikan Luqman dan nafas pendek dihelakan. Luqman tersenyum sendirian dan mengangguk nekad untuk menjadi lebih kuat lagi.
"Handsome gak kau ni ye?" soal seorang wanita muncul entah dari mana,buatkan Luqman bergolek dan melanggar tiang.
Gadis tersebut ketika itu sambil mencangkung,menongkat dagu dan memerhatikan Luqman yang tergolek.
"E-Eyra?" soal Luqman terkejut.
"Hai Luqman.." wanita itu melambai tersenyum.
ZRASSHH
Hayunan bilah pedang yang laju,memotong drone tempur dan Aminudden memusingkan pedangnya. Puluhan drone muncul dan Aminudden mengambil beberapa langkah,dia membelah dalam sekelip mata.
Ikhwan hanya memerhatikan latihan Aminudden,sambil membaca maklumat dalam smartphone miliknya. Gambar menunjukkan lima orang sedang bertemu,malah sedang berbincang mengenai sesuatu.
"Apa yang kau semak tu?" soal Farhan muncul dengan tiba-tiba,Ikhwan hanya membalas dengan jelingan.
"Huh? Aminudden latih seorang diri je? Sorang lagi setan mana?" soal Farhan.
"Entah..pagi lagi dah keluar kata bininya.." kata Ikhwan.
"Ha kau semak apa tu? Aku tanya kau tak jawab.." Farhan menyoal lagi.
"Hmm..ini.." Ikhwan menyerahkan smartphone.
"Aih.. Kau bagi aku smartphone kau? Nak bagi tu bagi yang baru.." ujar Farhan selamba.
"Bila masa aku bagi kau smartphone aku? Aku bagi tengok gambar dalam tu bangang.." kata Ikhwan membalas.
"Ouh... Cakap la awal-awal.. Tak elok kata aku bangang tahu..." ujar Farhan kemudian memandang ke arah gambar tersebut. "Sentap pulak ke?" soal Ikhwan mengangkat sebelah kiri keningnya.
"Kenapa dengan gambar ni?" soal Farhan.
"Masa Luqman kena ambush.. Kau ingat bukan bagaimana penampilan penyerang tu?" soal Ikhwan pula dan Farhan mula teringat.
"Ouh.. Yang pakai hud hitam tu?" kata Farhan dan Ikhwan mengangguk.
"Siapa yang snap gambar tu?" soal Farhan lagi.
"Akif ada uji drone baru.. Masa tu ujian biasa-biasa untuk pemantauan.. Dia nampak la 5 ekor ni.. Terus dia snap dan hantar pada aku.." jelas Ikhwan dan Farhan mengangguk sahaja.
Aminudden mengelak serangan drone,kemudian penumbuknya berapi merah dan menghayunkan penumbuk sehingga menembusi badan drone tersebut.
Tiga lagi drone muncul dan Aminudden tersengih,lantas dia meluru ke arah ketiga-tiga drone tempur.
PRAKK!!!
"Yihaa!! Putus bahu kau!!"
KRAKK!!
"Oreah!! Kau pulak badan putus!!"
KRAANG!!!
"Orahh!! Berlubang badan kau!!"
Farhan memerhatikan dengan terkebil-kebil,Ikhwan hanya menjeling selamba. Aminudden tersengih sinis sambil menghancurkan drone yang menyerang ke arahnya,Farhan hanya mampu bersiul sahaja.
"Orah!!"
PRAKK!!
Hancur drone terakhir dan Farhan hanya terkebil-kebil melihat keadaan itu,Ikhwan masih dengan gaya selamba dan menghela nafas pendek.
"Ouh... Marilah!! Hantarkan semua!!" jerit Aminudden dengan teruja.
Akif yang berada di bilik yang mana terletaknya,mesin untuk mengawal drone itu sekadar menghela nafas pendek. Akif menekan laju pada papan kekunci,butang 'ENTER' ditekan kemudian keluarlah ratusan drone berbagai jenis dan sasarannya adalah Aminudden.
"Eh? Oi! Akif?" soal Aminudden.
"Kau kata semuanya? Aku bagi semua.. Ha.. Nah,ambillah.."
"Ni semua jenis kau bagi!!"
Semua drone tempur berbagai jenis mode,mata bersinar dan Aminudden menelan air liur. Aminudden menjerit dengan kuat,ratusan drone mengejar dia dengan laju.
"Argghh!! Hentikannya Akif!!" jerit Aminudden.
"Sorry.. Ia akan berhenti lepas kau kalahkan semuanya.." Akif berkata selamba.
BOOMM!!
"Nyaris nak kena muka aku!! Wooohh!!" Aminudden melompat menyepak drone sehingga terpelanting dan hancur melanggar drone satu lagi.
BRAAM!!
"Ohhh.. Apa dosa aku yang muka handsome ni?!" omel Aminudden berlari dikejar oleh ratusan drone tempur itu semua.
TUSSH!!
Zzzttt...!!!
TUSSH!!!
TUSSH!!!
"Yi....!! Huhuhuhu!!!" Aminudden melompat sambil berpusing.
Aminudden memijak drone yang jenis airborne,kemudian menyepak sehingga hancur satu persatu. Akif hanya menyaksikan dengan selamba kerana dia tahu perangai Aminudden,bukan mudah dikalahkan. Aminudden mendarat jauh sedikit dari drone itu semua sambil tersengih.
"Just kidding! FEATHER FLARE!!"
ZROOSSHH
BOOMM!!!
BOOMM!!!
Suku dari ratusan drone hancur dalam sekelip mata,Akif sekadar membuat muka tiada perasaan. Farhan terkebil-kebil dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek,Aminudden meningkatkan kuasanya dan rambutnya berubah menjadi merah crimson.
"LETS ROCK & ROLL!!" Aminudden memecut umpama roket.
Drone yang berada di hadapan sekali,terus hancur seiring diikuti di belakangnya. Api merah dinyalakan begitu marak,Aminudden menumpukan bara apinya dan memusingkan badannya.
"Inferno Wings!!"
BOOMM!!
BOOMM!!
BRAAM!!!!
Semua drone hancur dengan sekelip mata,Aminudden hanya berdiri termengah-mengah. Dia menyedari drone masih ada dan Aminudden memandang sekeliling,Akif tersenyum lebar dan licik rasanya?
"Err.. Kenapa macam makin banyak je ni?" soal Aminudden tersengih menelan air liur.
Semua drone bersinar mata dan Aminudden menjeling ke arah di mana Akif berada,dia tersedar senyuman sinis Akif dari kaca matanya bersinar itu. Akif menarik melintang jari di area leher,tanda berkata 'habislah kau'.
"Ouw.... Shit.." kata Aminudden.
"Do not mencarut.." ujar Akif tersengih.
KEBABOOMM!!!
Adegan kejar-mengejar berlaku antara ratusan drone,serta Aminudden secara ke hulu dan ke hilir sambil disaksikan oleh Ikhwan. Farhan pula hanya mampu terkebil-kebil,melihat apa yang berlaku ketika itu. Tidak lama lepas itu,Ikhwan ketawa sahaja dan Farhan kehairanan.
"Hahaha.. Sememangnya Aminudden je boleh hiburkan aku.. Haduyai..." ujar Ikhwan menggelengkan kepala.
"Kau ni..tak risau ke anak saudara kau tu? Kena kejar ke hulu ke hilir? Mati nanti.." kata Farhan.
"Kau perhatikan betul-betul muka Aminudden.. Betul ke dia terdesak tu?" soal Ikhwan tersenyum.
Farhan memandang ke arah Aminudden,dia terkejut dengan muka Aminudden tersengih dikejar oleh drone sambil si Aminudden itu meletupkan drone satu persatu dengan pedangnya.
"Antara Luqman dengan Aminudden.. Bagi kau yang mana semakin meningkat kuat?" soal Ikhwan pada Farhan.
"Hmm... Kalau daripada pengamatan aku.. Dua-dua sama meningkat.. Tetapi Aminudden lebih banyak peningkatan..Luqman seolah-olah menahan diri dari terus maju ke hadapan..." jelas Farhan dan Ikhwan tersenyum mengangguk.
"Ya.. Aminudden jenis tidak fikirkan sangat kelemahan diri dan mencari silap untuk dibaiki..tapi Luqman.." kata-kata Ikhwan terhenti apabila masuk bahagian mengenai Luqman.
"Dia takut dengan kuasa kegelapan yang ada pada dia.. Malah mengenai dia adalah kelahiran Zagdrus.. Dark Lord seperti Zahhak beribu tahun yang lalu..." sambung Farhan dan Ikhwan mengangguk.
"Lima orang dalam gambar tu hati aku kuat mengatakan ada kena-mengena dengan Zagdrus.." jelas Ikhwan dan Farhan mendecih.
"Ada je masalah.. Kalau tak ada tak boleh ke?" soal Farhan merengus.
"Kalau tak ada masalah.. Cerita tak jadi.." balas Ikhwan tersenyum.
"Kau merepek apa ni?" soal Farhan.
"Hahaha.. Tiada apa-apa.." ujar Ikhwan.
Pada masa yang sama,di Arjuma Café duduk dua kawan lama. Si lelaki hanya dengan muka tidak berperasaan,si wanita tersenyum manis.
Eyra Nazira Hazama duduk kemudian mengangkat cawan berisi teh susu,dengan elegan dan penuh sopan lalu dihirup. Eyra meletakkan semula cawan ke piringnya,nafas dihelakan sambil tersenyum kemudian.
"Muka tu janganlah ketat sangat?" soal Eyra.
"Kau nak apa datang sini?" soal Luqman menongkat pipi.
"Ouh..gosh! You doing like that.. Make you more handsome!" ujar Eyra lagi dan Luqman mengetap gigi lalu bangun.
"Okay! Okay! Janganlah marah,saya memuji salah ke?" Eyra menahan dan memujuk.
Luqman tidak jadi berganjak lalu duduk semula,Eyra hanya sekadar tersenyum menghela nafas lega.
"Jadi?" soal Luqman.
"Ya?" Eyra hairan dengan tenungan Luqman.
"Apa masalah kau? Aku boleh kesan dari degupan jantung kau.. Sedang berdegup laju.. Risaukan mengenai sesuatu.." kata Luqman dan Eyra terus tertunduk.
"Bullseye..." ujar Luqman mendesah,satu bayang dari belakang Luqman mengangkat sesuatu.
PRANG!!
Kepala Luqman dihempuk oleh dulang plastik,nasib baik plastik wahai pembaca kalau titanium?
Mahu koma seminggu.
"ADUH!!" ujar Luqman dan memegang kepalanya.
"Kau tu cuba jangan dingin dengan perempuan?" soal Arjuma yang muncul selepas menghempuk kepala Luqman.
Manakala Luqman hanya mendecih,kemudian memandang ke arah Eyra. Melihat wanita berambut kuning emas,risaukan sesuatu dan Luqman menghela nafas pendek.
"Apa yang berlaku?" soal Luqman.
"Tolong saya Luqman.. Anak saya kena culik! Hazad pula cedera parah di wad hospital.." ujar Eyra dan Luqman serta Arjuma terkedu.
"Apa?"
Pada masa yang sama juga,Aminudden kekal kejar dan mengejar dengan drone. Ikhwan dan Farhan terlena di kerusi,Akif hanya tersengih sahaja melihat keadaan itu.
"Kau makan apa sial?"
=========================
Hell yeah
Another problem detect
Negara Jaguar meminta bantuan
Nanti kan sambungan akan datang dengan penuh kesabaran di dalam,bgi yang beragama islam aku nak katakan
Sabar separuh dari iman..
Bagi yang bukan.... Pandai-pandai korang nak buat ayat apa..
Kuekuekue...
COMMENT & VOTE.
No "Update please"..
Aku jumpa aku mogok mengarang
Wkwkwkwk
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top