Chapter 35 : Qutie & Zeke
Angin bertiup kuat dengan bunyi guruh,Aminudden hanya berdiri di tepi kerana Luqman mahu bertarung sendirian. Akif hanya siap sedia dengan senapangnya,gadis berhud membuka cakarnya yang besar serta senyuman licik.
"Kau tak kisah nak berlawan dengan aku?" soal gadis berhud,Luqman tersenyum sambil mengeluarkan pisau belati.
"Jangan risau.. Aku tak anggap kau sebagai seorang perempuan..." ujar Luqman dan gadis berhud kehairanan.
"Apa yang aku fikir,hanyalah sampah perlu aku hapuskan.." jelas Luqman lagi dan gadis berhud menyeringai,tanda menunjukkan sedang marah.
"AKU AKAN BUNUH KAU!!" Gadis berhud menjerit dengan impak tiupan angin kencang.
"Kau dah buat dia marah.." ujar Aminudden.
"Macam yang aku harapkan.." kata Luqman bersiap-sedia dengan pisau belatinya.
Gadis berhud meluru ke arahnya dengan laju,Luqman juga meluru ke arah gadis berhud. Mereka bertembung dengan senjata masing-masing,Aminudden dan Akif hanya menjadi pemerhati.
Sementara itu di tempat yang sama,berbeza lokasi...
Arjuma Café
Arjuma duduk di ruang bartender barista,sambil menyediakan kopi pada seorang pelanggan. Sebaik selesai dia dengan cara yang lembut,menghulurkan cawan pada pelanggan tersebut.
"Terima kasih..." ujar Yusri Al'Solleh sambil tersenyum sebaik dihulurkan cawan berisi kopi.
"Heh.. Sama-sama.." balas Arjuma sambil mengelap cawan.
Yusri mengangkat cawan dan menghirup air kopi,kemudian dia menghela nafas pendek. Nikmat kopi yang dipanggang sendiri oleh Arjuma,begitu berbeza dari kopi yang dijual di kedai serbaguna.
"Seperti biasa.. Kopi kamu sentiasa lazat..." ujar Yusri memberi pujian.
"Terima kasih tuan putera.. Ia satu penghormatan.." balas Arjuma kemudian mereka berpandangan lama,lalu ketawa sahaja.
"Kau tak pernah berubah.. Mungkin ini kenapa Ikhwan sering letak harapan tinggi pada kau.." kata Yusri tersenyum.
"Ikhwan terlalu memandang tinggi pada saya.. Diri dia sendiri boleh uruskan musuh tanpa sebarang masalah.." ujar Arjuma sambil memanaskan air.
"Tetapi kebelakangan ini.. Ikhwan seperti risaukan sesuatu.." kata Yusri dan Arjuma berhenti dari melakukan kerja.
"Ikhwan? Risaukan sesuatu?" soal Arjuma.
"Kau sendiri pun hairan.. Ikhwan risaukan sesuatu? Sememangnya tak pernah.." kata Yusri tersenyum kelat.
Arjuma ingin bersuara tetapi terbatal,apabila kedengaran bunyi dentuman di luar kafe. Yusri dan Arjuma menoleh untuk melihat ke luar kafe,ada beberapa orang awam menyaksikan sesuatu di atas langit.
Arjuma dan Yusri berpandangan lalu mengangguk,mereka segera berlari ke luar dari kafe. Lantas mendongak melihat keadaan di langit,Yusri terkejut kerana ada pertarungan dua individu di udara.
"Luqman?!" soal Yusri terkejut.
Luqman dan gadis berhud berbalas libasan senjata,cakar yang ada di tangan gadis berhud dihayunkan. Luqman mengalirkan kilat pada pisau belati,lantas menyerang balas dan geseran berlaku nyaring sekali bunyinya.
KRASSH!!
KRAANG!!
KTANG!!
Luqman menghayunkan kaki dan gadis berhud,menahan tetapi tidak mengelakkan gadis berhud melambung ke udara. Anak mata Luqman berwarna ungu,menyala dan keadaan seperti masa menjadi perlahan.
Luqman lenyap sekelip mata dan menyerang gadis berhud dari pelbagai arah,Aminudden hanya memerhatikan dengan serius tanpa membuat muka yang selamba.
Aminudden risaukan sesuatu dan gadis berhud itu,seperti ada muslihat mengenai sesuatu dan tersenyum sinis. Gadis mengepalkan cakarnya,lantas dia menghasilkan letupan impak gravity.
Luqman terkejut dan berhenti mengejut,namun dia tidak terelak tercampak dan melanggar salah satu bangunan. Aminudden dan Akif mula risau,Arjuma pula hanya tergamam dan merasakan gadis berhud tersebut bukan sembarangan. Yusri pula terus melompat terbang,Luqman mengerang sakit dan gadis berhud sudah siap-sedia untuk mencabut nyawanya.
"Masa untuk mati!!" gadis berhud ingin melakukan tujahan cakaran.
Yusri muncul dengan pantas di hadapan Luqman,gadis berhud terkejut dan tetap teruskan serangan. Tetapi ia adalah satu kesilapan,Yusri menghalakan tapak tangannya dan serangan dia terus terbatal.
"Apa?" gadis itu terkejut.
"Uncle Yusri?" soal Luqman bagai tidak percaya.
"Aminudden,Akif.. Lakukannya.." ujar Yusri memberi arahan,gadis berhud menyedari Aminudden siap-sedia dengan busur dan Akif dengan senapang laser.
Aminudden menarik tali busur dan panah berapi terhasil,Akif memasukkan peluru berwarna perak dan muncungnya mula bersinar. Gadis berhud ingin melarikan diri,Yusri hanya memetik jari dan rantai cahaya mengikatnya.
"Ouh.. No you don't.." ujar Yusri.
"You bastard!!" gadis berhud menyumpah.
Aminudden dan Akif terus melancarkan serangan,dua serangan melepasi Yusri dan melanggar gadis berhud tersebut. Jeritan gadis berhud kedengaran lenyap bersama letupan kuat,tiada kesan dan Aminudden serta Akif menghela nafas lega.
"Did we get her?" soal Aminudden dan Akif hanya mendiamkan diri.
Yusri hanya mendiamkan diri kemudian dia menoleh ke satu arah,gadis berhud kelihatan berdiri di sebuah bangunan. Gadis itu berjaya menyelamatkan diri,namun dia tidak terselamat dari menerima kecederaan yang agak serius.
"She's still live.." ujar Aminudden.
"Damn it..." Luqman menahan sakit.
"Master?" soal Akif pada Yusri.
"Like cockroach.." ujar Yusri tersenyum sinis.
Gadis berhud mengetap gigi menahan marah,lantas terus lenyap dari pandangan. Aminudden dan Akif ingin mengejar,namun Yusri menghalang mereka.
"That's enough for now.. She will not be around for a few moments..." kata Yusri dan Aminudden mendecih,Akif hanya mendiamkan diri.
"Chasing her is not a good idea... You guys might fallen into her trap.." tambah Yusri lagi.
Aminudden dan Akif mengalah kemudian membantu Luqman untuk dibawa turun,Arjuma pula berdiri di sebelah sebuah kenderaan jenis supercar. Luqman hanya mengalami kecederaan ringan,Yusri kehairanan melihat Arjuma seperti berbual dengan pemandu kereta super itu.
"Kau bual dengan siapa?" soal Yusri dan Arjuma pula hanya berganjak ke tepi.
Pintu kenderaan itu dibuka dan seseorang keluar,Ikhwan menunjukkan mukanya dan Yusri agak terkejut.
Gadis berhud berjalan dengan menahan kesakitan,sambil diri dia termengah-mengah. Akhirnya dia berhenti di satu tempat,dadanya terasa sakit dan seseorang berjalan ke arah lalu berhenti betul-betul di hadapan dia.
"Looks like your failed,Qutie.."
Si gadis berhud mendongak sebaik orang itu menegur,dia mula menggigil dan terduduk. Muka dia jelas ketakutan,seorang lelaki berambut putih serabai dengan berpakaian t-shirt bercorak belang merah hitam serta berlengan panjang.
"Zeke...." ujar gadis berhud atau namanya,Qutie dan gadis itu dicekik.
"Tuan Zagdrus akan marah Qutie..." kata lelaki bernama Zeke sambil tersenyum jijik.
Zeke melepaskan leher Qutie,dia hanya berpaling dan membelakangkan Qutie. Si gadis berhud terbatuk beberapa kali,Qutie menahan sakit dan mengah.
"Oh tak apa.. Masih ada banyak masa... Hehehehe...." ujar Zeke ketawa dan senyuman dia menyembunyikan seribu muslihat.
Qutie hanya merenung ke arah Zeke,dia mengetap gigi dan kemarahannya hanya mampu dipendamkan.
Siapakah mereka sebenarnya?
Apa hubungan mereka dengan Zagdrus?
Zeke Dread
Qutie Crane
=======================
Alright guys
Aku tengah ada mood ni
Jadi sila komen okay
Aku akan cuba reply sekerap yang mungkin
Haha
That's all
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top