Chapter 33 : Putera Vs Cpu-Biology


Luqman terbang mengelak tembakan helicopter tempur,David menembak dengan senjata bazooka miliknya. Luqman tertanya kenapa dua orang Cpu-Biology menyerang mereka,bukankah mereka ingin sasarkan isteri dan adik iparnya?

David mengubahkan senjata bazooka,menjadi mesingan dan menembak bertalu-talu tanpa henti. Luqman menangkis dengan kuasa kilatnya,pada masa yang sama dia membalas dengan tembakan kilat ungu.

"Die!! Die!! Die!!" jerit David tersengih dengan reaksi muka yang menjelikkan.

"This is getting annoying.." ujar Luqman kemudian lenyap sepantas kilat.

David terkejut begitu juga dengan pilot helicopter,mencari di mana Luqman hilangkan diri. Luqman muncul dengan pantas,di sebelah helicopter lalu menyepak dinding pesawat itu dengan kedua-dua kakinya.

Helicopter tersebut berpusing sebelum terhempas,namun David pula segera melompat keluar dari helicopter tersebut. Meninggalkan pilot helicopter itu terhempas bersama pesawat tersebut,letupan yang kuat berlaku dan Luqman hanya menghela nafas pendek.

Luqman segera mendarat di hadapan David,mereka berbalas pandangan kemudian David tersenyum sinis.

"Apa masalah kau ha? Serang orang tengah berehat?" soal Luqman.

"Untuk dapatkan apa yang kami mahukan,kami perlu hapuskan penghalang utama.. Betulkan?" soal David tersenyum menjelirkan lidah.

"Hmm... Kau mental.." kata Luqman dengan muka biasa.

"Apa kau kata?" David berang dan menembak,Luqman menangkis dan tembakannya ada terkena kenderaan awam.

"Hentikannya! Jangan babitkan orang awam!" kata Luqman risau.

"Hehe... Kami orang jahat.. Kau fikir kami peduli?" soal David melepaskan tembakan peluru berpandu.

Luqman terkejut melihat jumlah peluru berpandu,begitu banyak sekali dan pengguna jalan raya pula begitu ramai.

Namun seseorang berlari dan tangannya,dihayunkan lalu terhasil tiupan angin kencang menolak peluru berpandu jatuh ke tebing jalan raya.

BOOMM!!

BOOMM!!

BRAAM!!!

Tidak lama muncul kenderaan pihak berkuasa Mentari,Soufy Al'Elias mendarat di tengah jalan raya.

"Khaled! Ameera! Lindungi pengguna jalan raya..! Vivian! Hubungi segera putera Ikhwan Syah Al'Solleh!" Soufy memberi arahan lengkap.

"BAIK TUAN!!" Khaled,Ameera dan Vivian menjawab serentak,Luqman tersenyum kerana dia boleh bertarung tanpa fikirkan orang awam.

"Sial kamu semua..." David mengetap gigi menahan marah.

David menciptakan dua bilah pedang,lalu melambungkan batu di udara. Luqman terkejut apabila batu itu bertukar bom tangan,David tersengih dan Luqman mengetap gigi.

"Ambil ni!" David menyepak bom tangan tersebut,Luqman tubuhnya diselubungi renjatan kilat lalu bom tangan itu sudah meletup di belakang David.

"Wow.. Apa yang berlaku?" soal Khaled kagum.

"Acceleration..." jelas Soufy.

"Acceleration?" soal Ameera.

"Ya.. Luqman mampu bergerak pantas,sehingga semuanya yang berada di sekelilingnya menjadi seperti lambat.." ujar Soufy.

"Itu menakjubkan..." kata Khaled.

"Boleh tahan..." ujar David dan Luqman menghela nafas pendek.

David terus meluru laju ke arah Luqman,mereka berlaga senjata dan hayunan berganti. David melibas dan Luqman menangkis,Soufy hanya menjadi penonton sahaja kemudian dia memandang ke udara.

Aminudden terkejut kerana Langley mampu menggunakan kuasa api,Aminudden mengetap giginya dan meluru ke arahnya dengan deras. Hayunan penumbuk dilakukan,Langley menahan dan mereka berlaga tumbukan beberapa kali.

Aminudden menyalakan api merah marak,lalu melancarkan serangan tembakan api secara bersilang. Langley turut sama melancarkan serangan yang serupa,dentuman yang kuat terhasil dan Aminudden mengetap gigi berang serta menjerit.

Namun telefon pintar Aminudden bergema,semua menjadi senyap dan Soufy serta anak buahnya turut terdiam. Luqman dan David tidak ambil peduli,Aminudden menyeluk poket dan mengambil telefon pintar.

"Can I answer?" soal Aminudden dan Langley dengan mukanya yang pucat mengangguk.

"Terima kasih,err.. Hello?" Aminudden menjawab panggilan telefon tersebut.

"Haih Am.. Having a hard time huh?" suara Ikhwan kedengaran dan Aminudden terkejut.

"UNCLE?!" soal Aminudden dan Ikhwan menjauhkan jarak telefon dari telinganya,Alisa yang ada bersama sekadar ketawa kecil.

"Jangan jerit la... Kau nak uncle pekak ke?" soal Ikhwan mengeluh.

"Maaf uncle.. Ada musuh mampu guna kuasa sama seperti saya..." jelas Aminudden.

"Nama dia Langley Darren.. Dia adalah Cpu-Biology Code 06..ability dia mampu meniru semua kuasa dengan sempurna.." ujar Ikhwan memberikan penjelasan.

"Ouh... Jadi apa yang patut saya lakukan?" soal Aminudden.

"Dia meniru semua kuasa bukan?" soal Ikhwan.

"Ya..." kata Aminudden.

"Simple je jawapan dia.. Jangan guna kuasa..." jelas Ikhwan dan Aminudden baru faham.

"Ouhhhh... Terima kasih uncle!" ujar Aminudden.

Ikhwan menyimpan semula telefon pintar dia,kemudian memerhatikan Aminudden dari satu sudut kawasan berhampiran. Alisa pula tersenyum melihat reaksi Ikhwan,manakala Ikhwan menjeling Alisa.

"Apa?" soal Ikhwan.

"Abang dah okay? Sekarang nampaknya abang macam gembira.." ujar Alisa.

"Haha.. Dalam dunia ada dua orang yang mampu pulihkan abang dari tengah risau.." kata Ikhwan tersenyum.

"Siapa tu?" soal Alisa tersenyum.

"Pertama Alisa.. Kedua.. Adalah kelurusan bendul Aminudden.." kata Ikhwan dan Alisa sekadar ketawa kecil.

Aminudden melagakan penumbuk lalu,menampar kedua-dua pipinya. Langley kehairanan dan sekelip mata,satu tumbukan mengenai batang hidungnya. Langley terdongak ke atas dengan darah memancut,serentak dengan terkejut.

Langley segera menjauhkan jaraknya,dia terkejut dengan apa yang berlaku. Aminudden tersenyum menunjukkan giginya yang tersusun rapat,penumbuk dikepalkan dengan kemas.

"Kau boleh tiru kuasa ya?" soal Aminudden dan Langley merasakan aura putera itu berubah.

"Jadi.. Cuba tiru kekuatan aku!!" Aminudden meluru laju dengan pantas.

Langley menahan tumbukan Aminudden,dia tersentak dengan impak tumbukan Aminudden lalu tercampak jauh belakang kemudian terhempas ke kawasan tanah. Aminudden terus meluru sekali lagi ke arah Langley dengan laju.

"Ah shit!" David menyedari keadaan itu,kemudian menghasilkan mesingan lalu menembak ke arah Luqman.

Serangan David dielak oleh Luqman,kemudian berlindung dan David segera mengalihkan sasarannya iaitu membantu Langley. David membidik tepat ke arah Aminudden,yang sedang laju meluru ke arah Langley.

"Hiyarghh!!" David menjerit dan menembak mesingan,Aminudden menyedari serangan tersebut lantas menghentikan kemaraannya.

Langley terkial-kial bangun dan tidak lama lepas itu,Cassandra muncul membantunya dan hilang dari pandangan mata kasar. David menghasilkan bom tangan lalu dibaling ke udara,cahaya yang amat terang benderang mengaburkan mata semua berada di situ.

Sebaik keadaan menjadi normal,David telah melarikan diri. Luqman dan Aminudden berpandangan,kemudian menghela nafas pendek. Soufy dan skuad di bawahnya,turut menarik nafas lega.

Ikhwan yang berdiri di kawasan berhampiran,hanya tersenyum begitu juga Alisa yang turut tersenyum girang. Mereka berpegangan tangan kemudian terus teleportasi pergi dari situ.

Soufy memandang ke satu arah,dia seolah-olah tahu Ikhwan ada berhampiran sebentar tadi. Dia sekadar tersenyum sahaja,kemudian Soufy berjalan menghampiri dua beradik tersebut.

"Sial betul.. Terbantut hajat aku nak cari video game..." keluh Aminudden.

"Itu sahaja yang kau fikir? Sepatutnya kau fikir orang awam yang berhampiran.." ujar Luqman menggelengkan kepala.

"Ya.. Ya.. Apa-apa sahajalah.." Aminudden mengeluh.

"Kerja yang bagus kamu berdua..." ujar Soufy sebaik mendekati mereka.

"Unc.. Maksud saya tuan Soufy.." kata Luqman dan Aminudden mendiamkan diri sahaja.

"It's okay.. Kamu boleh panggil aku uncle.." kata Soufy tersengih.

"Haha.. Maaf uncle.." Luqman ketawa paksa.

"Jadi siapa mereka tadi?" soal Soufy.

"Cpu-Biology..." jawab Aminudden pendek.

"Eh.. Bukan kalau tak silap Black Cobra sudah tiada? Takkan ada lagi Neo-Black Cobra?" soal Soufy terkejut.

"Tak.. Tak.. Mereka bukan lagi Black Cobra.." jelas Luqman.

"Hmm.. Rasanya kita nak berbincang di sini,tak sesuai.. Apa kata kita tukar tempat lain...?" soal Soufy.

"Yang penting bukan balai polis.." kata Aminudden mencelah,Khaled,Ameera dan Vivian hanya ketawa mendengar Aminudden berseloroh.

"Sudah tentu.. Arjuma Cafe?" cadang Soufy tersenyum.

"Setuju!" ujar Aminudden mengangkat ibu jari.

Luqman menekup mukanya sahaja,menggelengkan kepalanya dan tidak lama lepas itu muncul satu van berhenti di hadapan mereka. Zahari Al'Syufa keluar dari dalam perut van,bersama lima orang berpakaian jurutera dan kelima-lima itu menuju ke arah teksi yang rosak.

"Professor..." Soufy agak terkejut.

"Apa yang prof buat di sini?" soal Luqman.

"Apa lagi.. Ambil teksi itu la.." jelas Zahari tersengih.

"Maaf grandpa..." ujar Luqman dan Aminudden serentak.

"Tak apa.. Benda tak boleh nak elak.." kata Zahari lagi.

Tidak lama lepas itu,Zahari dan pasukan jurutera beredar selepas menarik teksi itu pergi. Luqman dan Aminudden pula memberikan data mengenai The Valkryie ini,yang mana anggota Valkryie adalah Cpu-Biology kod Darren.

Tetapi pada masa yang sama juga,mereka tidak sedar seseorang berada di hadapan tempat yang mengurung Zagdrus. Lambang tatu simbol labah-labah,jelas pada lehernya tersenyum merenung pintu masuk tempat kurungan itu.



















=======================

Hellooo guys

Apa khabar

Bagi yang setia menunggu,inilah double update bagi korang

Please COMMENT & VOTE okay?

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top