Chapter 32 : Istirehat & Serangan Hendap Sekali Lagi
BOOMM!!
BOOMM!!
BOOMM!!
Aminudden terpelanting jauh dan menyeret,dia mendarat dan mengesat darah pada bibir. Pandangan dia tertumpu pada seorang lelaki,berambut putih dengan senyuman lebar.
Penumbuk dilagakan dan Aminudden meningkatkan kuasanya,api berubah menjadi biru dan meluru ke arah lelaki berambut putih. Tumbukan dihayunkan dan lelaki berambut putih,menahan dengan mudah tetapi serangan Aminudden tidak berhenti di situ.
DUUUSSH!!!
Lelaki berambut putih tercampak ke tepi,melanggar batang pokok besar berhampiran. Aminudden mendecih dan terbang ke udara,lalu menghasilkan bebola api yang amat besar.
"SUN DESTROYER!!"
BOOMM!!!
Letusan yang kuat dan dahsyat berlaku,Aminudden hanya mendiamkan diri dan menunggu. Tidak lama keadaan menjadi sunyi sepi,letusan berlaku dan lelaki berambut putih kembali muncul.
"Persetan! Hidup lagi!!" kata Aminudden.
"Oi.. Oi.. Sakit tahu tak.." ujar lelaki berambut putih,Aminudden mendarat di hadapannya.
"Pulangkan balik abang aku!!" Aminudden berkata dengan renungan membunuh.
"Tak nak.." ujar lelaki berambut putih itu lagi.
"Tak guna...kau!!" Aminudden menyalakan api biru,rambutnya turut berubah kepada warna biru.
"Ouhooo..." lelaki bersiul kagum.
"Zagdrus... Pulangkan abang aku semula!!" Aminudden menjerit seiring menyerang dengan gerakan pantas.
"Eh? Urghh!!"
"KNEE ASSAULT!!" Serangan lutut daripada Aminudden tepat pada perut lelaki bernama Zagdrus.
DUSH!!
KRAANG!!
Zagdrus terpelanting bergolek di atas tanah,kemudian dia bangkit semula terkejut. Aminudden menyerbu sekali lagi,kali ini Aminudden tidak lagi bermain-main.
"ZAGDRUS!!" Jerit Aminudden.
"DON'T GET TOO COCKY!!" Zagdrus juga hilang sabar dan mereka bertembung.
BRAAM..!!!!!
Seluruh kawasan dipenuhi cahaya dan kegelapan,tiada apa yang dapat kelihatan.
Namun..
Apa yang berlaku sebenarnya?
Kenapa lelaki berwajah Luqman dipanggil Zagdrus?
"Okay that's enough.."
Ikhwan terpacul keluar dari kegelapan,kemudian keadaan kegelapan tersebut terus hancur. V ditoleh dan gadis itu menghela nafas pendek,Z dan Sarah hanya duduk di tepi.
Rupa-rupanya semua itu hanyalah visi dari masa hadapan,Ikhwan hanya mendiamkan diri.
"Semua itu tidak boleh dielakkan huh?" soal Ikhwan.
"Jangan buat andaian terlebih dahulu.. Mungkin apa yang kau nampak,cuma pertengahan sahaja..." jelas Z.
Ikhwan hanya mendiamkan diri,dia risau mengenai hal ini dan berpaling lalu terus hilang dari pandangan mata. V hanya merengus kasar dengan perbuatan raja naga,Sarah sekadar ketawa kecil.
"Pergi camtu je? Biadabnya.." kata V geram.
"Kau macam tak faham perangai dia.." ujar Z tersenyum kelat.
"Dia risaukan anak saudara dia.." ujar Sarah pula dan V hanya menghela nafas pendek.
"Zareena.." ujar V pendek.
Ikhwan muncul di tengah-tengah halaman rumahnya,Alisa kebetulan berada di situ duduk di kerusi. Mungkin sedang menunggu Ikhwan,melihat kehadiran Ikhwan segera Alisa berdiri dan mendapatkan suaminya.
"Alisa.." ujar Ikhwan.
"Kenapa ni?" soal Alisa menyedari air muka Ikhwan seperti sedang risaukan sesuatu.
"Maaf.. Abang tak boleh beritahu.." jelas Ikhwan mengusap kepala isterinya.
"Ia berkenaan Luqman bukan?" duga Alisa dan Ikhwan hanya mengusap kepalanya,lalu mengucup ubun-ubun rambut isteri.
"Sampai satu masa nanti.. Abang perlukan bantuan Alisa.." jelas Ikhwan tersenyum.
Alisa hanya mengangguk sahaja dan dia faham,kemudian dia meletakkan kepalanya pada bahu Ikhwan.
Arjuma Café
10:00 AM.
Manakala Luqman terbersin dan mengesat hidung,dia hanya mendiamkan diri. Aminudden pula hanya kehairanan,adakah abangnya demam?
"Kau demam ke?" soal Aminudden.
"Mana ada.." kata Luqman.
"Atau ada orang mengumpat kau?" Aminudden menduga sambil tersenyum.
"Paling teruk pun musuh kita.." kata Luqman dengan muka tanpa emosi.
"Aha... Lupa kita ramai musuh.." ujar Aminudden sambil mengangguk beberapa kali.
"Kau boleh berfikir.. Aku kagum.." ujar Luqman pula.
"Aku belajar dari kesilapan.." kata Aminudden tersenyum sinis.
"Apa-apa sahaja.." balas Luqman malas nak berdebat.
Luqman memejamkan matanya dan menarik nafas panjang,dia menghela nafas panjang lalu menggeliat serta menguap. Seseorang datang lalu hidangkan secawan kopi dan secawan teh campur susu,orang itu ialah Arjuma Syah Al'Hisyam pemilik kafe tersebut.
"Korang ni tak ada kerja ke? Menyemak sini memanjang.." ujar Arjuma.
"Cuti uncle..." balas Aminudden tersengih.
"Cuti je kerjanya... Kena potong gaji dengan uncle korang tu nanti merajuk..." ujar Arjuma lagi.
"Tak la uncle.. Uncle Ikhwan yang suruh kitorang ni rehat.." jelas Aminudden.
"Ouh.. Macam tu.. Lama betul dia suruh korang berehat.." kata Arjuma menyilangkan tangan pada dada.
"Tak tahu la.. Dia ada urusan rahsia.. Sulit hingga saya tidak diajak agaknya.." jelas Aminudden dan Luqman hanya mendiamkan diri.
"Yang seorang lagi ni dah kenapa macam ayam berak kapur..? Diam je dari tadi.." ujar Arjuma menjeling ke arah Luqman.
"Tengah cari skandal baru agaknya hahaha..." kata Aminudden dengan muka selamba.
"Rasanya kot.. Hahaha..." ujar Arjuma turut ketawa.
Luqman sekelip mata mengetuk kepala Aminudden,benjolan mula timbul berasap dan Arjuma bersiul.
Selepas menghabiskan air minuman,mereka beredar dan bersiar-siar sekitar kawasan Green City. Kenderaan awam bergerak mengikut landasan yang ditetapkan,teksi auto-pilot kemas diparkir menunggu penumpang.
"Naik teksi jom?" soal Aminudden dan Luqman menjungkitkan bahu hairan.
"Aish kau ni tak payah nak terkejut sangat.. Aku nak merasa naik teksi ni.. Baru je bermula setahun kan.." kata Aminudden lagi.
"Ya.. Kerjasama uncle Yusri,auntie Reena dan professor Zahari.." jelas Luqman pula.
"Jom la.. Please temankan adik kau yang hensem ni.." ujar Aminudden matanya bersinar-sinar tersenyum lebar.
Luqman menghela nafas pendek,dia mengangguk setuju sambil menggelengkan kepala. Aminudden melangkah masuk ke dalam,disusuli Luqman dan tempat duduk muat untuk empat orang.
Sebab mereka cuma berdua,Aminudden dan Luqman duduk secara menghadap antara satu sama lain. Teksi mula bergerak menuju ke destinasi,mereka menetapkan untuk menuju ke Gadget City.
"Gadget city?" soal Luqman.
"Ya.. Awal lagi kan? Baru jam 10:45 AM..." ujar Aminudden tersengih.
"Cari apa sana?" soal Luqman.
"Permainan video baru.." jawab Aminudden.
Teksi tersebut menyusur keluar dari pintu utama Green City,kelajuan bertambah dan kenderaan tersebut mula memecut.
"Kau nak cari permainan video lagi? Berapa banyak kau nak beli?" soal Luqman.
"Semua video game aku beli dah complete.. Gameplay semua dah habiskan,secret gamplay.. Secret ending semua siap.. Ni aku tengah cari game baru.. Tengok la apa yang ada.." jelas Aminudden tersenyum.
"Kau lupa yang kau dah ada anak.. Bini sampai dua.." kata Luqman menggelengkan kepala.
"Alah kau.. Relax la.. Aku tahu tanggungjawab okay.." jelas Aminudden dan Luqman menghela nafas pendek.
"Lagipun gaji aku lebih cukup untuk menampung lima orang.. Hehehe..." kata Aminudden hidung memanjang seperti Pinocchio.
Luqman menghela nafas pendek,kemudian tidak lama dia menyedari sesuatu. Lantas menoleh ke sebelah kiri,sebuah helicopter terbang mengikut kelajuan teksi yang mereka tumpang.
"Kita kena diiring ke kalau ke mana-mana?" soal Aminudden.
"Jangan tanya aku.." balas Luqman.
Pintu helicopter terbuka secara perlahan-lahan,wajah David memegang bazooka sambil tersengih memandang mereka.
"Alamak..dia pegang bazooka.." ujar Aminudden.
"Aku nampak okay,tak buta.." kata Luqman muka blur.
David menghalakan muncung bazooka,ke arah teksi yang sedang bergerak. Luqman dan Aminudden tersentak,sebelum teksi tersebut diletupkan.
Teksi tersebut melambung tinggi,sebelum terjatuh di tepi jalan raya. Para pengguna jalan raya pula,berhenti kerana terkejut dek kejadian tersebut. David tersenyum lalu mendongak ke udara,Luqman dan Aminudden terbang terapung di udara.
"HUH! Nasib sempat..." ujar Aminudden kerana dia sempat melakukan teknik warp dia.
"Teksi macam tu kena tambah sistem keselamatan..." jelas Luqman dan Aminudden membuat muka blur.
Helicopter tersebut mengubah haluan,lalu menuju ke arah mereka dan menembak bertalu-talu. Luqman dan Aminudden mengelak,tidak lama muncul seorang lagi iaitu Langley lalu menghayunkan pedang ke arah Luqman.
KTANG!!!
Aminudden berjaya menahan dengan pantas,Luqman agak terkejut dan dua beradik itu berbalas pandangan. Luqman seakan faham apa yang ingin disampaikan oleh Aminudden,lalu dia terbang memecut ke arah helicopter tersebut.
Aminudden kini berhadapan Langley,mereka berbalas renungan dan Aminudden melibas. Langley tercampak sedikit ke belakang,Aminudden memegang kemas hulu pedangnya.
"Trying ambush us?" soal Aminudden.
Langley menghasilkan revolver dan Aminudden agak terkejut sebelum picu revolver,ditarik dan beberapa das tembakan dilepaskan. Aminudden terbang mengelak tembakannya,lalu api di tangannya menyala lantas ditembak ke arah Langley.
BOMM!!
BOMM!!
Langley menangkis dengan serangan kuasa api,Aminudden terkejut kemudian tersenyum sahaja.
"Macam mana kau ada kuasa api juga?!" soal Aminudden.
======================
Hellooo guys
Lama gak tak sentuh buku yang ni,idea agak kabur dan partner sorang nak tak nak buat..
Tu yang buatkan aku rasa takde mood nak sentuh buku yang ni
Okaylah apa pendapat korang untuk chapter kali ni?
COMMENT & VOTE
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top