Chapter 30 : Cpu-Biology?
Ikhwan mengangkat tangannya ke atas langit,api marak terhasil di udara menghasilkan bebola api yang amat besar. Farhan hanya sekadar duduk tunggu di dalam kereta,Ikhwan hanya menghela nafas lalu dia terus dihalakan api marak itu ke bangunan Black Cobra yang telah lama ditinggalkan.
"Burn until nothing left.." ujar Ikhwan dan apinya berubah hitam.
"AMATERASU!!"
Perlahan-lahan api kehitaman itu turun ke bawah,ke arah bangunan terbiar itu lalu..
BOOMM!!!!!!
Bangunan tersebut dibakar dan diletupkan sehingga menjadi debu,Farhan hanya duduk menyandar pada kerusi pemandu.
Aegis menyaksikan bangunan itu dilenyapkan,dia menghentak batang pokok dan dikepalkan sekuat hati genggamannya.
Yureeka,David,Sheila dan Cassandra tidak sedarkan diri. Langley mengetap gigi dan menggigil,jelas yang dia berfikir tidak mahu bertemu dengan Raja Naga. Ingatan Ikhwan dengan api marak merenung ke arahnya sahaja,sudah cukup buatkan dirinya menggigil.
Tidak lama lepas itu Aegis muncul,dia membawa enam Cpu-Biology itu semua beredar dari sana dengan segera. Dia tidak mahu menunggu lama,jika Ikhwan menemuinya bererti pengakhiran buat mereka semua.
Ikhwan memerhatikan api hitam membakar seluruh kawasan,Farhan pula hanya menghela nafas pendek lalu menguap panjang. Ikhwan menyedari sesuatu dan jari dipetik,api hitam itu terus lenyap.
Satu pintu yang membawa ke bilik bawah tanah,di jumpa oleh Ikhwan dan dia melangkah menghampiri ke arah pintu tersebut. Farhan kehairanan kenapa Ikhwan tidak terus masuk ke dalam kereta,dia segera keluar dan mengekori Ikhwan dari belakang.
Ikhwan dan Farhan berpandangan,mereka berdua merasakan sesuatu yang besar di dalam bilik bawah tanah itu. Ikhwan mencangkung kemudian cuba membuka pintu tersebut,berkunci dan semakin menambahkan lagi perasaan ingin tahu dua pahlawan naga.
"Wan.. Step aside.." ujar Farhan dan Ikhwan menurut.
Farhan menarik nafas panjang kemudian tangannya,pada pemegang pedang dan sekelip mata pintu tersebut terus terbelah seribu. Ikhwan hanya menepuk tangan,dengan muka yang kagum.
"Hentikan sarcasm kau tu.. Tak jalan pada aku.." ujar Farhan.
"Tapi kau bengang kan..." kata Ikhwan tersengih dan Farhan menahan geram.
Ikhwan tidak berkata apa dan menuruni tangga,Farhan hanya mengangkat bahu lalu mengekori Ikhwan dari belakang. Agak gelap dan penuh berhabuk,tanda sudah begitu lama ditinggalkan tempat tersebut.
"Apa kau rasa Wan?" soal Farhan.
"Entah kenapa aku terasa deja vu.." ujar Ikhwan dan Farhan kehairanan.
"Maksud kau?" soal Farhan.
Langkah mereka terhenti di jalan mati,Ikhwan dan Farhan berbalas pandangan. Mereka mengaktifkan kuasa elemen masing-masing,api biru Ikhwan dan angin badai Farhan. Mereka berpandangan kemudian mengangguk,lantas penumbuk berkembar dihayunkan.
BRAAM!!!!
KLONG!!
Hancur berderai dinding dek tumbukan mereka,Ikhwan dan Farhan mendecih serentak.
"Kau tak boleh ke cuba tahan sikit tumbukan kau?" soal Farhan.
"Apa pula aku? Kau yang nak compete tu apa hal?" bidas Ikhwan.
Namun perbalahan mereka tidak lama,kerana menemui sesuatu dan Ikhwan mengetap gigi menekup muka. Farhan terkebil-kebil dan hilang kata-kata,dia memandang Ikhwan kemudian memandang semula ke arah apa yang dia lihat.
"Memang deja vu..." ujar Ikhwan kerana di hadapan mereka,adalah balang gergasi berisi seorang gadis berambut kuning keemasan dalam keadaan seperti tidur di dalamnya.
"Apa yang kau nak buat?" soal Farhan.
"Apa aku nak buat? Bawa dia balik la.." jelas Ikhwan dan Farhan terkejut.
***********************
Luqman dan Aminudden berada di sebuah bilik,mereka memerhatikan beberapa orang puppeteer yang mereka tangkap.
"Kau tak nak buat apa-apa?" soal Aminudden.
"Kau tak dengar arahan uncle?" soal Luqman pula.
"Bukan kau kata 'peraturan untuk dilanggar' kan?" ujar Aminudden tersengih.
"Kau pernah langgar arahan uncle?" soal Luqman.
"Tak..dan tak berani.." jelas Aminudden.
"Bagus.. Jadi kau dah faham.." ujar Luqman.
"Kalau kau.. Aku tak yakin kau nak ikut..." balas Aminudden dan Luqman merenungnya.
"Kau nak cari gaduh ke?" soal Luqman dan Aminudden tersenyum seribu makna.
"Aku cuma cakap.. Bukan nak menyindir..." jelas Aminudden dan Luqman masih merenung dia tajam.
"Aku akan tanam kamu berdua hidup-hidup kalau nak terus bertekak..." ujar Reezal muncul dengan tiba-tiba,dua beradik itu tersentak.
"Ayahanda!" ujar mereka serentak.
"Tindakan uncle kamu meminta bantuan ayah,sememangnya keputusan tepat..." ujar Zareena pula muncul dari belakang Reezal.
Reezal berjalan menghampiri mereka,lalu memerhatikan puppeteer yang ditahan di bilik khas. Seorang demi seorang diperhatikan,sehingga dia memandang ke arah Night.
"Siapa yang berhadapan dengan dia?" soal Reezal.
"Yang mana ayahanda?" soal Luqman.
"Yang sana tu.." ujar Reezal menuding ke arah Night.
"Saya ayahanda.." jawab Aminudden.
"Apa pendapat kau masa berlawan dengan dia?" soal Reezal dan Aminudden kehairanan.
"Kalau ayahanda tanya saya,dia agak hebat dalam kawalan boneka.. Kalau tak kerana Alia dan Hikari.. Saya tak mungkin dapat sentuh dia.." jelas Aminudden.
"Heh.. Sudah tentu,dia ada beritahu dia adalah salah seorang 10 Puppeteer bukan?" soal Reezal lagi dan Aminudden mengangguk.
"Apa yang dimaksudkan 10 Puppeteer ni ayahanda?" soal Luqman ingin tahu.
"10 Puppeteer ini adalah master boneka,yang mampu berlawan dan juga supporter..tetapi kalau level Night.. Mereka adalah kategori Assassin.." ujar Zareena membaca maklumat dalam tablet,Reezal pula hanya menyandar pada dinding kaca.
"Siapa lagi 9 Puppeteer?" soal Aminudden ingin tahu.
"Salah seorang ada dengan kita.." ujar Reezal dan dua beradik itu berpandangan,Reezal memandang Zareena sambil mengangguk.
"Claire Nea Al'Daniel.." ujar Zareena dan dua orang adiknya tersentak.
"AUNTIE CLAIRE?!!"
Pada masa yang sama juga,Ikhwan dan Farhan baru sahaja tiba di perkarangan istana. Farhan menarik handbrake,Ikhwan hanya menghela nafas pendek. Mereka berdua memandang ke belakang,gadis yang mereka jumpa berada di belakang sambil dibalut selimut dalam keadaan masih lena.
"Kau pasti ke ni Wan?" soal Farhan.
"Kalau dia nak berleter.. Biarkan.. Kita tidak boleh biarkan dia ke pihak yang salah.." ujar Ikhwan.
Akhirnya Ikhwan mengarahkan beberapa kesatria,membawa stretcher dan gadis itu dibawa ke bilik rawatan yang diuruskan bawah Zahari.
Professor Darweez yang sedang mengkaji sesuatu di makmal milik Rembulan,dihubungi oleh seseorang dan dia segera menjawab.
"Hello father.. It's been a while.." suara Ikhwan kedengaran.
"Ikhwan?" Darweez kehairanan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top