Chapter 3 : Dia Apa?


Sebuah kawasan padang pasir,tiupan angin kencang menyukarkan permandangan. Dua orang sedang berjalan dengan berjubah kerudung,menutupi mukanya dan salah seorang memegang sebilah pedang kemas bersarung.

Mereka berjalan merentasi padang pasir yang panas membahang,saat mereka melepasi satu kawasan dengan tiba-tiba muncul seekor kala jengking yang amat besar. Menghalang jalan mereka dan beberapa ekor lagi keluar,dua orang individu itu hanya mendiamkan diri.

Kala jengking gergasi itu terus menyerang mereka tanpa isyarat,namun salah seorang yang berkerudung dengan pedang mengelak pantas. Pemegang pedang dipegang lantas sekelip mata,ekor kala jengking diputuskan.

Kala jengking gergasi itu menjerit,mungkin terasa sakit pada ekornya yang diputuskan. Dua-dua penyepitnya dihayunkan ke arah orang itu,namun sekelip mata orang berkerudung tersebut sudah berada di belakangnya. Sekelip mata kala jengking gergasi itu,terbelah menjadi dua.

Lelaki berkerudung itu berdiri tenang,cecair kuning mengalir di bilah pedangnya. Mungkin darah kala jengking itu,melihat keadaan itu beberapa ekor kala jengking itu terus menyerangnya. Lelaki berkerudung itu hanya menghela nafas pendek,dia mengangkat pedangnya dan seorang lagi individu berkerudung hanya memerhatikan sahaja.

Sekelip mata semua kala jengking gergasi,berjaya dihapuskan tanpa sebarang masalah. Mereka perasan satu gua berhampiran,salah seorang cuba mengesan jika ada makhluk berbahaya. Setelah yakin tiada apa yang berbahaya mereka berdua berpandangan kemudian mengangguk,mereka berjalan ke arah gua tersebut dan sebaik melangkah masuk. Kerudung diturunkan dan wajah Qatariz kelihatan,seorang lagi berbuat perkara yang sama dan Mirana menggoyangkan telinganya.

"Nasib baik kita jumpa gua ni.. Tak perlu kita berkhemah di luar..." jelas Qatariz.

"Ya..kalau tak kerana awak rosakkan kenderaan kita..." jelas Mirana mencebik.

"Janganlah marah.. Saya bukan sengaja.."

Mirana hanya mendiamkan diri,Qatariz hanya menghela nafas pendek. Dia bangun dan berjalan ke ruang gua dalam sedikit,dia perasan ada puluhan ranting yang kering.

"Jackpot.." ujar Qatariz.

Qatariz memerhatikan unggun api yang baru sahaja dihasilkan,Mirana pula memanaskan air dan duduk di sebelah Qatariz. Mata mereka tertacap pada unggun api,manakala api yang seakan menari menarik perhatian mereka.

"Apa yang kita cari di sini?" soal Mirana.

"Kalau tak silap,Ikhwan minta kita cari benda ni..." jelas Qatariz mengeluarkan tablet visual.

"Apa ni?" soal Mirana.

"Pillar of Angel..relic yang mampu membuka pintu ke dunia lain..." jelas Qatariz.

"Pillar of Angel? Kenapa dia nak kita cari benda ni? Bukankah patut biar je.." jelas Mirana.

"Biarkan jatuh ke pihak yang tidak bertanggungjawab?" soalan Qatariz buatkan Mirana terkedu,Qatariz menghela nafas pendek.

"Ikhwan tidak akan minta kita buat kerja ikut sesuka hati dia.. Awak tak kenal dia Mirana..." jelas Qatariz dan Mirana mendiamkan diri sahaja.

Risya bersiar-siar sekitar kawasan taman bunga di dalam istana,bunga yang ada diperhatikan dan terkebil-kebil melihat keadaan taman bunga itu. Dia perasan seseorang berada di pondok,Ikhwan sedang duduk bersila.

Gadis kecil itu berjalan dengan penuh berhati-hati,dia memerhatikan dan ingin tahu apa yang dibuat oleh Ikhwan. Sebaik sahaja yakin berada di jarak yang pasti,dia menjengah sedikit dan memerhatikan Ikhwan. Aura yang keluar dari tubuh Ikhwan diperhatikan oleh Risya,nafas Ikhwan aturkan dengan baik.

Aura berwarna biru dingin keluar dari tubuh Ikhwan,Risya hanya terkebil-kebil dan nampak bayangan menakutkan dari belakang Ikhwan. Risya terkejut sehingga terduduk,Ikhwan hanya menghela nafas pendek dan mematikan auranya.

"Siapa?" soal Ikhwan.

Risya menelan air liur sebaik Ikhwan menyedari kehadirannya,dia mula bangun dan menunjukkan dirinya. Ikhwan hanya tersenyum sahaja,tangannya digapaikan supaya Risya menghampirinya. Risya melangkah mendekati Ikhwan,sebaik dia tiba di sebelah Ikhwan. Risya diangkat oleh Ikhwan,lalu diletakkan pada pangkuannya.

"Tuan?" soal Risya risau.

"Panggil grandpa Ikhwan.. Heh.." ujar Ikhwan tersengih.

"Baik... Grandpa Ikhwan..." kata Risya dan Ikhwan mengusap kepalanya.

"Kenapa menghendap tadi?" soal Ikhwan.

"Kuasa grandpa.. Amat kuat.." jelas Risya dan Ikhwan mengangguk kemudian tersengih.

"Kamu suka seni pertarungan diri?" soal Ikhwan dan Risya hanya mendiamkan diri.

"Nak belajar? Grandpa boleh latih kamu.." ujar Ikhwan memancing dan Risya memandang Ikhwan dengan mata yang bersinar-sinar.

"Betul ke?" soal Risya.

"Kalau kamu nak..." kata Ikhwan mengangguk.

"Lebih baik jangan..." satu suara menegur dan mereka berdua memandang ke arah suara itu.

Farhan Al'Tuzeman berdiri di hadapan mereka,dia tersenyum sahaja dan melangkah ke arah Ikhwan. Risya memerhatikan Farhan dan turut nampak benda yang sama seperti Ikhwan,dia mula menggigil dan Ikhwan menyedari lalu terus menghasilkan pedang dari api biru. Farhan kehairanan sebelum terkejut,kerana pedang api itu meluru ke arahnya dengan laju.

TANG!!!

Farhan menghancurkan pedang itu dengan pedang katana miliknya,Risya terkejut campur kagum dan Ikhwan hanya tersengih.

"Oi.. Agak-agak la!" kata Farhan.

"Kau tunjukkan aura pada budak ni tak terfikir pula?" soalan Ikhwan buatkan Farhan sedar,lalu auranya dilenyapkan.

"Maaf-maaf...aku tak sengaja.." ujar Farhan.

"Ye la tu..." kata Ikhwan memutarkan bola matanya.

"Siapa budak ni?" soal Farhan.

"Ouh.. Dia,kenalkan diri Risya.." arah Ikhwan dan Risya mengangguk kemudian memandang ke arah Farhan.

"Airin Erisya Al'Zaher.. Umur 4 tahun.." ujar Risya memberi kenalan dirinya.

"Ouh.. Anak kesatria kau ke?" soal Farhan.

"Nah.. Dia ni anak angkat Luqman..." jawab Ikhwan sambil mengusap kepala Risya.

"Dia.. Apa?" soal Farhan tergamam.

Farhan seperti terbeku kerana berdiri tanpa bergerak,Ikhwan hanya mengerutkan dahi dan Risya terkebil-kebil sebelum memandang Ikhwan.

"Grandpa,kenapa dia diam?"














=========================

Hellooo guys

Apa khabar

Lama tak update

Tapi aku belum tumpukan sangat pada siri ni,aku kena tumpu pada siri utama

Jangan marah,sebab kalo aku tumpukan semua.. Aku biol haha..

Harap terhibur dan vote okay

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top