Chapter 29 : Kemarahan Raja


Kenderaan diparkir di tepi jalan,Ikhwan dan Farhan turun dari kereta. Mereka melihat ke hadapan,sebuah bangunan lama yang sudah lama terbiar.

Ikhwan hanya memerhatikan sahaja,Farhan pula menyarung pedang katana. Lalu dia letak pada sisi pinggang,mereka terus berjalan ke arah bangunan di dalam hutan.

Markas utama Black Cobra terletak di hutan simpan negara Mentari,selepas Ikhwan berjaya kalahkan Black Cobra. Markas tersebut dibiarkan tanpa ada sesiapa yang menjaganya,namun semasa kekalahan Black Cobra. Professor Aegis sempat memindahkan baki 6 Cpu-Biology yang ada,ke tempat rahsia dan tidak dapat dikesan.

Sejak itu tiada siapa tahu ke mana professor itu hilangkan diri,bagaikan debu hilang begitu sahaja.

Ikhwan berhenti dari terus berjalan,Farhan hanya sekadar memegang hulu pedang. Dia mengesan beberapa pergerakan,Ikhwan mengajak dia bersembunyi.

Tidak lama muncul Hyena berjalan melepasi tempat mereka bersembunyi,Ikhwan hanya memerhatikan dari tempat persembunyian. Hyena berhenti dari terus melangkah,dia menekan beberapa kali pada skrin.

Ikhwan menyedari dan memusnahkan sesuatu,Farhan menoleh dan menangkap benda tersebut. Sebuah kamera tersembunyi dan Ikhwan hanya menghela nafas,Farhan tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Tidak perlu..." ujar Ikhwan sedar apa yang ingin dilakukan oleh Farhan.

Ikhwan melangkah dan Farhan hanya mengangkat bahu,dia mengekori Ikhwan dari belakang. Mereka berjalan mengelilingi bangunan markas Black Cobra yang sudah lama terbiar,tiada tanda-tanda aneh ditemui.

"Sekarang kita akan menyelinap.." ujar Ikhwan dan Farhan mengangguk faham.

Tiada kelibat ada pengawal yang sedang berkawal,Farhan dan Ikhwan berlari serentak. Mereka menyusup masuk dan kini,mereka berdua sudah berada di dalam.

Ikhwan dan Farhan berjalan dengan memerhatikan keadaan sekitar,nampak seperti bangunan biasa tetapi bangunan ini menjadi tapak bagi eksperimen manusia. Alisa dan Fara adalah salah seorang yang menjadi mangsa,Ikhwan hanya menghela nafas pendek dan menghentikan langkahnya serta Farhan.

"Kenapa?" soal Farhan dan Ikhwan menunjukkan ke satu arah.

Farhan memandang ke arah yang Ikhwan tunjukkan,dia ternampak sebuah kamera. Masih lagi berfungsi tanpa sebarang masalah,Farhan bagai tidak percaya ada kamera yang masih berfungsi di bangunan terbiar?!

"Curiga bukan?" soal Ikhwan.

"Kamera masih berfungsi dalam bangunan yang ditinggalkan... Sememangnya mencurigakan..." kata Farhan dan menarik hulu pedangnya sekelip mata kamera itu terbelah.

Ikhwan hanya menggelengkan kepala,dia dan Farhan teruskan perjalanan. Sehingga dia tiba di hadapan sebuah bilik,pintunya terkopak dan apabila Ikhwan jengah.

Satu balang gergasi berisi seseorang,Ikhwan dan Farhan berpandangan. Mereka mengopak pintu tersebut,lalu melangkah masuk dan bilik tersebut hanya ada sebuah balang sahaja.

Ikhwan menghampiri balang tersebut,dia agak terkejut kerana seseorang mempunyai wajah seiras Alisa sedang 'tidur' di dalam balang tersebut.

"What the.. Alisa?" soal Farhan dan Ikhwan hanya menghela nafas,dia memandang 'Alisa' itu sedalamnya.

Ikhwan hanya mengepalkan penumbuknya,entah kenapa dia merasakan amarah di dalam dirinya. Seseorang muncul di belakang,Farhan menoleh dan terkejut.

"Beautiful isn't?" soal orang itu,Aegis Darren tersenyum.

"What the heck you thinking you doing?" soal Ikhwan masih membelakangkan Aegis.

"Relax.. She's just clone.." ujar Aegis.

"Clone?" soal Farhan lagi.

"Yeah.. I got her sample,and I work on it.. To make a perfect clone,menyerupai yang original.." jelas Aegis.

"What are you gonna do with her?" soal Ikhwan.

"You ask the simple question with the simple answer.." ujar Aegis dan Farhan hanya merenungnya.

"I gonna take the original and replace her with this clone!!" kata Aegis tersenyum sinis.

Ikhwan ingin melepaskan amukannya,namun Farhan sempat memegang lengannya. Ikhwan kembali bertenang,dia menghela nafas pendek.

"But that's my original plan.. But since I'm blown up.. I don't need her..." kata Aegis mengeluarkan alat kawalan dan menekan.

'Alisa' di dalam balang sesak nafas,kemudian dia mula lemas dalam balang tersebut. Ikhwan dan Farhan terkejut,Aegis hanya ketawa sahaja. 'Alisa' tidak lagi bernyawa,Ikhwan tergamam dan Farhan mengetap gigi.

"Apa yang kau fikir kau buat ha?!" soal Farhan.

"Kenapa kau nak simpati?" soal Aegis.

"Apa maksud kau?" Farhan mula hilang sabar.

"DIA CUMA ALAT UNTUK AKU SAHAJA!! TIDAK LEBIH DARI TU!!" Aegis berkata dengan kuat.

Ikhwan mengepalkan penumbuk,Aegis terkejut sebelum letupan kuat lalu menghancurkan 50% bangunan lama itu. Aegis tercampak dan David muncul,membantunya dan Langley juga turut ada bersama.

"Master Aegis! Kamu okay?" soal Cassandra.

"Apa yang berlaku?!" Sheila terkejut dengan apa yang berlaku.

"Jaga-jaga semua... Ada musuh yang menakutkan.." ujar Yureeka.

Mereka berlima memandang ke satu arah,dari dalam kepulan asap tebal seseorang keluar. Ikhwan melangkah dengan renungan tajam,Aegis mula menggigil dan kakinya tidak mampu bergerak. Farhan pula berada di atas pokok,yang ada berhampiran di situ.

"Nasib kaulah Aegis,siapa suruh provok Ikhwan?" soal Farhan.

Ikhwan berhenti dari terus melangkah,dia memandang ke arah Aegis yang dikerumuni oleh lima Cpu-Biology. Pada masa yang sama kamera yang ada berhampiran,berubah bentuk menjadi meriam dan ingin menembak ke arah Ikhwan.

Tetapi Ikhwan terlebih dahulu melakukan tindakan,kamera tersebut diletupkan oleh pistol yang Ikhwan gunakan.

"To think you're the one who bring them.." ujar Ikhwan dan api di tangannya marak,lalu melepaskan tembakan ke arah Aegis.

Namun Langley meniru skill Ikhwan,lalu menggunakan untuk menepis serangan Ikhwan. Aegis termengah-mengah dan dia tidak menyangka,aura yang ditunjukkan oleh Ikhwan amat menakutkan.

"Hyena! Bawa master Aegis dari sini!" Yureeka memberi arahan pada Hyena yang berada tidak jauh daripada mereka.

Hyena hanya mampu menurut dan menarik Aegis,pergi dari situ dan Ikhwan ingin mara. Namun David terus mencipta pedang,lalu ingin menetak Ikhwan tetapi pedangnya hancur dek tumbukan api Ikhwan.

"Kamu semua nak halang aku?" soal Ikhwan.

Yureeka menarik pedangnya dan Cassandra,mengacukan pistol dan menembak. Ikhwan dengan tenang menarik pistol lalu berbalas tembakan,Sheila pula menekap tapak tangan pada tanah. Menghasilkan dinding dari tanah,menghalang Ikhwan dari terus berbalas tembakan dengan Cassandra.

David terus meluru ke arah Ikhwan,tusukan pedang dilakukan dan Ikhwan pula menahan dengan kepitan dua jari. Penumbuk kiri dikepalkan lalu dihayunkan,senak terasa dan David terbaring kesakitan.

Yureeka dan Cassandra bekerjasama,Yureeka menyerang dan Cassandra memberi sokongan dengan tembakan pistolnya. Ikhwan hanya menangkis serangan mereka,David yang sedang menahan kesakitan diperhatikan oleh Langley. Sheila merapatkan kedua tapak tangannya,kemudian menekap tanah dengan kedua-dua tapak tangan.

Tanah terhasil jejarum dan Ikhwan,menghentakkan kaki dan ais terhasil menyerang laju ke arah Sheila. Semua terkejut kerana maklumat mengenai Ikhwan tiada mengenai dengan apa yang mereka nampak,api biru yang marak dinyalakan.

"ONE WING!!"

ZRASSHH!!!

Yureeka tercampak dan berguling sebelum tidak sedarkan diri,Cassandra terkejut dan Ikhwan sudah berada di belakangnya. Ikhwan mencekup belakang leher,lalu renjatan elektrik dilakukan dan Cassandra menjerit lalu terus pengsan.

Langley tergamam melihat apa yang berlaku,dia melihat keadaan Yureeka dan mengetap gigi marah. Dia meluru ke arah Ikhwan,api biru yang marak di penumbuknya.

DUUUSSH!!!!

Tumbukan padu mengenai muka Ikhwan,Langley tersenyum dan pergelangan tangannya dicengkam secara tiba-tiba.

"Peniruan sempurna.." ujar Ikhwan dan Langley tergamam sebelum perutnya,ditumbuk dengan kuat dan Langley senak.

"Tetapi... Tidak cukup nak tewaskan aku.." ujar Ikhwan dan menyembur api yang marak,Langley tercampak dek serangan Ikhwan.

Langley bergolek beberapa kali sebelum kembali bangkit,Ikhwan hanya memerhatikan lelaki tersebut. Ikhwan mengangkat tangan ke atas langit,api merah yang besar dihasilkan lalu membentuk bebola api gergasi.

Langley tergamam dan badan dia,menggigil kerana merasai kuasa yang amat kuat. Jumlah joule yang digunakan,Ikhwan hanya berdiri dengan renungan tajam.

"Kau boleh meniru bukan?" soal Ikhwan tanpa senyuman.

Cpu-Biology itu segera membaling sesuatu,bom flashbang dan cahaya menerangi seluruh kawasan. Ikhwan melenyapkan bebola api gergasi,kemudian berundur beberapa langkah. Sebaik keadaan menjadi normal,Ikhwan sedar mereka semua telah larikan diri. Farhan mendarat di sebelahnya,Ikhwan menghela nafas pendek.

"Musuh berjaya larikan diri.." ujar Farhan.

"Aku sengaja... Mereka tidak akan menang bila berhadapan dengan aku..." ujar Ikhwan dan Farhan hanya memandang ke satu arah.

"Apa yang kau nampak?" soal Ikhwan.

"Mereka ke sana..." kata Farhan.

"Biarkan mereka.. Masih terlalu awal untuk menamatkan semua ini.." jelas Ikhwan dan beredar,Farhan hanya menghela nafas pendek.

"Apa yang kau nak rancangkan sebenarnya,Ikhwan?" soal Farhan.






















======================

Untuk double update

Terima kasih setia bersama siri ini

Harap terhibur sepanjang penceritaan

Berikan pandangan yang membina

Juga vote tidak lupa ya

Ciao!



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top