Chapter 25 : Shadowkiller & Gudang Misteri


Aminudden berpusing ke kiri kemudian pada masa yang sama,tangannya membara lalu dilepaskan tembakan api.

BOOMM!!!

Salah satu khemah musuh dibakar,mereka berusaha cuba memadamkan. Pada masa yang sama,Alia mendarat di hadapan mereka.

"Phoenix Claw!!!" libasan seperti potongan pedang,dilepaskan dan menjatuhkan musuh.

"Bind!!" Hikari membelit musuh dengan rantai cahaya,tidak lama tangannya bersinar.

"Goddes Blast!!"

BRAAM!!!!!

Musuh yang dibelit terus melambung tinggi,letupan berlaku dengan dahsyat.

"Sorry!"

Aminudden mengelak serangan dari tiga boneka,semuanya mempunyai bentuk sama. Aminudden menjengah dan tiga puppeteer,sedang mengawal boneka tersebut.

"Lembab!!" Aminudden menghayunkan penumbuk pada boneka pertama.

Hancur!

"Macam.." kata Aminudden melibaskan kakinya,boneka kedua menjadi mangsa.

Terbelah!

Satu lagi ditangkap dan Aminudden tersengih menakutkan,dua puppeteer terus lari bertempiaran dan meninggalkan yang seorang lagi.

"Siput!!" Aminudden meledakkan kuasanya.

Terbakar campur meletup!

Aminudden meregangkan jari-jemarinya,kemudian ototnya pula dan tapak tangan dibuka. Api merah terus berubah menjadi biru,nafas ditarik dalam-dalam dan Aminudden melepaskan serangan. Tangan Aminudden umpama mesingan,melepaskan tembakan menghancurkan 'perkampungan' puppeteer tersebut.

Seseorang muncul dan menghayunkan serangan,segera Alia menghalang dan orang misteri itu tercampak semula ke belakang. Aminudden segera menghentikan serangan,orang misteri itu kembali bangun. Hikari segera mendekati Aminudden,Alia pula hanya menghela nafas panjang.

"Kamu semua memang berani menyerang kawasan kami.." ujar orang itu dan dia adalah lelaki,kerana disebabkan muka ditutupi kerudung tetapi kini dia menurunkan kerudungnya.

"Itu sebab kau serang rakan kami yang melalui kawasan sini.. Satu lagi ini adalah kawasan tidak bertuan.. Jangan suka-suka nak tentukan kawasan kamu!" Alia bersuara lantang.

"Bagi seorang perempuan,kau memang bermulut lantang.." ujar lelaki misteri itu.

Aminudden sudah berada di hadapannya,lelaki misteri itu terkejut dan hayunan sepakan dilepaskan. Lelaki misteri itu menahan segera,dengan boneka yang dikawal olehnya.

KRAKKK!!!

Lelaki misteri itu terus menyeret ke belakang,Alia hanya menghela nafas pendek dan membuat muka geram. Hikari hanya tersenyum kelat sahaja,Aminudden bersiul teruja sebelum kepalanya diketuk oleh Alia.

"Ouch!! Sakit la!" ujar Aminudden mengusap kepalanya.

"Dia sasaran saya! Awak cari lain!!" kata Alia geram.

"Alia.. Tak elok pukul kepala suami kita.." pujuk Hikari dengan lembut.

"Menarik.." ujar lelaki misteri itu dan Aminudden menoleh ke arahnya.

"Ini mungkin dah lambat,siapa kau?" soal Aminudden.

"Nama aku Night,salah satu 10 Great Puppeteer.." jelas lelaki bernama Night.

"Okay Night.. We going take you down.." ujar Aminudden dan Alia mula tidak puas hati.

"Enough Alia,this opponent is very skilled.. Make a dead mistake,you dig your own grave.." kata Aminudden lagi.

Pada ketika itu Siddiq berhadapan seorang lagi puppeteer,Layla pula sedang berlawan dengan tiga boneka. Sabit dipegang kemas dan si pengawal bonka,Siddiq menghembuskan nafas panjang dan meluru ke arah puppeteer itu.

KRAANG!!!

Percikan bunga api terhasil sebaik senjata mereka,berlaga dengan dan juga nyaring begitu nyaring sekali. Siddiq memusingkan hayunan umpama libasan bulan purnama,penuh dan membuatkan boneka itu berundur dan menghampiri puppeteer semula.

"Kau boleh tahan... Cara kau mengawal boneka kau sememangnya menakjubkan.." kata Siddiq.

"Apa kurangnya kau.. Cara tangan kau mengawal sabit itu membuatkan aku teruja.." ujar puppeteer itu pula.

"Tapi kau dah cederakan kawan aku..." ujar Siddiq dan meluru laju ke arah puppeteer.

TANG!!

KRAANG!!

KTANG!!

Siddiq dan boneka puppeteer bertembung senjata,bunyi nyaring jelas kedengaran apabila bilah senjata berlaga. Siddiq memusingkan sabitnya lalu dilibaskan ke atas langit,puppeteer tersebut sempat menarik bonekanya ke belakang.

Siddiq memanjangkan tongkat pemegang sabit,lalu dicacakkan pada tanah dan diheretkan ke arah puppeteer tersebut.

"HALF MOON BREAK!!"

ZRASSH!!!

BRAAM!!!

Siddiq menarik semula senjata sabitnya,kemudian nafas dihelakan dan asap tebal terhasil. Puppeteer itu sempat menarik bonekanya,untuk menjadi perisai dia berlindung. Boneka dia sedikit hancur dan tangan putus,Siddiq mengetap gigi kerana tidak dapat mencederakan puppeteer itu.

"Kalau macam tu..." ujar Siddiq meletakkan sabitnya ke tanah dengan kasar.

Siddiq menumpukan kuasanya lalu diselubungi bayang,aura menakutkan dan ketika itu Layla memotong salah satu boneka menjadi dua menoleh ke arah Siddiq.

"Siddiq! Jangan gunakannya.. Kuasa tu kau belum boleh kawal sepenuhnya!" Layla menjerit.

Namun sudah terlambat Siddiq sudah pun berubah bentuk,mukanya dipakaikan topeng tengkorak hitam gelap manakala tubuhnya memakai jubah.

"Apa?" soal puppeteer itu tergamam.

"Shadowkiller.." suara Siddiq bagaikan berganda,bagaikan dia dirasuk oleh sesuatu.

Tindakan Siddiq menyebabkan Luqman dan Aminudden,dapat merasai kuasanya begitu juga Aliff dan Akif. Siddiq menghela nafas pendek dan memegang erat sabitnya,puppeteer itu hanya bersiap-sedia dan Siddiq sudah berada di belakangnya.

Puppeteer tersebut terkejut dan mengelak,dia mengawal boneka miliknya dan menghayunkan serangan. Namun hanyalah bayang sahaja,Siddiq muncul di sebelah puppeteer itu. Siddiq menghayunkan sabitnya,puppeteer itu segera berpusing ke atas mengelak libasan senjata sabit Siddiq.

"Shadow Needles!!" Siddiq menghayunkan serangan,sabit dicacakkan pada tanah dan bayangan berduri menyerang puppeteer tersebut.

KRAKKK!!!

Puppeteer itu melompat beberapa kali ke belakang,dia harus lepaskan diri namun gerakan Siddiq pula seperti bayang adalah kawalan dia. Layla menyarung semula pedangnya,nafas ditarik dan dua lagi boneka ingin menyerang. Layla menarik pedangnya dihunus,lalu sekelip mata dua boneka itu terbelah seribu.

Siddiq menjerit dan bayangan tengkorak berhud,muncul di belakangnya dan Siddiq matanya bersinar keunguan. Puppeteer itu dibelit oleh bayang,sabit Siddiq disaluti oleh bayang dan menjadi sabit yang amat besar.

"Now.. It's time you to die!!" Siddiq bersiap-sedia untuk menghayunkan serangannya.

Puppeteer itu tidak mampu untuk bergerak,dia dikunci oleh ikatan bayang. Hayunan sabit gergasi semakin hampir,tetapi seseorang muncul dan menghancurkan serangan tersebut. Aliff muncul tepat pada masanya,kemudian dia terus berubah rambutnya menjadi emas lalu memecut ke hadapan.

DUUUSSH!!!!

Perut Siddiq ditumbuk dan bentuk Shadowkiller,terus terpadam begitu sahaja dan Siddiq terjatuh ke tanah tidak sedarkan diri. Aliff memerhatikan penumbuknya dan mengangguk sahaja,Aurora muncul dari belakang dengan muka selamba.

"Masih belum cukup kuat.." ujar Aurora dan Aliff membuat muka blur,Altiera pula baru sahaja muncul.

Aliff mengeluarkan satu alat,dipanggil stretcher dan Siddiq diangkat lalu diletakkan pada stretcher. Aliff menoleh ke arah Layla,kemudian ditoleh ke arah musuh.

"Kau nak teruskan?" soal Aliff dan puppeteer itu sekadar tersenyum kelat.

"Aku mengalah..." ujar puppeteer tersebut.

"Pilihan bijak..." kata Aliff dan Layla hanya memerhatikan dia tanpa berkata apa-apa.

Luqman terseret ke belakang,dia mengibaskan bajunya dan memandang ke hadapan. Musuhnya berdiri megah dan angkuh,di belakangnya adanya boneka yang memberikan Luqman waktu sukar.

"Kau sememangnya lawan yang menjengkelkan.. Kenapa tak mati je?" soal musuh itu dengan angkuh.

"Heh mati di tangan orang yang bersembunyi belakang boneka. Aku bukan pengecut.." ujar Luqman.

"Kau memang nak mati cepat ya?" soal musuhnya itu dan Luqman tersengih,dia mengecas kilatnya.

"Kuasa kau tidak berkesan pada aku! Rai!!" bonekanya mengalir kuasa kilat.

"Heh..ada aku kisah?"

Tidak kurang hebat pada Aminudden,dia dan Alia serta Hikari berhadapan Night. Akif dan Elizabeth serta Intan juga Zareena,mereka menjumpa sebuah gudang aneh di tengah-tengah hutan ini. Mereka berempat berpandangan dan mengangguk,Akif memberi arahan supaya berpisah dua kumpulan.

"Warehouse? In the middle of jungle?" soal Akif.



















======================

Whoops!

Kita berehat lagi

Jangan merungut,aku double update okay?

Komen dan vote

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top