Chapter 22 : Dia ada Rancangan Jahat


Luqman dan Aminudden berjalan laju,mereka bertembung di pintu masuk hospital. Mereka tidak berkata banyak,lalu terus meluru masuk. Aila dan Alia serta Hikari,hanya memerhatikan sahaja dari belakang.

Tidak lama sebuah kenderaan jenis limousin,memasuki halaman perkarangan hospital. Pemandunya keluar dan seorang gadis,keluar dari dalam perut kenderaan. Cermin mata dibetulkan,dia menyedari kehadiran Aila,Alia dan Hikari.

"Eva!" Aila berkata terkejut dan pergi menghampiri Eva,Alia dan Hikari menyusul dari belakang.

Eva Syaqila Al'Nazry adalah isteri kepada Nazryn,dia tersenyum kelat sebaik Aila mendapatkannya. Kenderaan limousin itu segera pergi ke arah parkir kereta,empat orang gadis itu segera menuju ke dalam hospital.

Mereka tiba di hadapan wad di mana menempatkan Nazryn dan Aqirah,Luqman dan Aminudden ada berada di situ. Sebaik menyedari kehadiran Eva,mereka berdua memberikan laluan pada isteri Nazryn itu.

Pintu wad terbuka dan Eva tersenyum lega,kerana Nazryn sudah sedar begitu juga Aqirah. Intan dan Zareena juga berada di dalam,Luqman dan Aminudden menjengah dari belakang.

"Hi.." ujar Nazryn tersengih pada isterinya.

"Hi.." kata Eva dan mukanya serius,Nazryn mula merasakan dia akan mati kejap lagi.

Nazryn mukanya ditarik pipi dengan kuat,Nazryn mengerang sakit dek perbuatan Eva. Luqman dan yang lain terkebil-kebil melihat keadaan tersebut,Aqirah hanya mampu tersenyum kelat.

"Adeh adeh adeh sakit sayang!" rungut Nazryn.

"Rasakan! Kata orang tak dengar! Suruh buat satu kumpulan,saya boleh tolong..!" kata Eva mula berleter.

"Tapi awak degil!!!" Eva menarik lebih kuat lagi pipi Nazryn.

Nazryn ingin memujuk namun terkejut,hilang kata-kata kerana melihat Eva mengalirkan air mata. Luqman dan Aminudden serta yang lain lagi terkejut,Zareena,Intan dan Aqirah hanya mendiamkan diri.

"Tolong la.. Jangan lakukannya lagi.. Awak nak saya bersedih?" soal Eva mengesat air matanya.

Nazryn tidak berkata lebih lagi dan menarik isterinya,kemudian Eva dipeluk olehnya dan Aqirah serta Intan menekup mulut terkejut. Zareena hanya memeluk tubuh,Aila dan Alia serta Hikari tersenyum sahaja.

"Maafkan abang ya? Abang akan lebih berhati-hati.." Nazryn berkata lembut dan Eva tidak berkata apa-apa,sepucuk pistol di bawah dahinya dan semua sekali terkejut.

"Jangan suka-suka peluk saya depan orang..." ujar Eva dengan muka geram,Nazryn tersengih mengangkat tangannya.

"Hehe.. Maaf.." Nazryn berkata tersenyum kelat,Eva kembali menyimpan senjatanya.

"Saya tak kisah... Tapi.." ujar Eva dan Nazryn kehairanan.

"Bukan depan orang.." sambung Eva berbisik namun didengari Nazryn.

Nazryn membesarkan matanya kemudian tersenyum,Luqman dan Aminudden berjalan mendekati katil Nazryn.

"Hey.." sapa Luqman.

"Yo.." Aminudden pula menyusul.

"Hey guys.." ujar Nazryn tersengih.

"Kau okay? Tak ada yang serius?" soal Luqman memegang bahu kawannya.

"Tiada yang serius.. Tapi aku kena tahan wad.." jelas Nazryn.

"Itu arahan uncle kami,kau kena la ikut..." kata Aminudden tersengih sahaja.

"Nazryn.." Luqman berubah nada,Nazryn menyedarinya dan memandang Eva.

Eva yang sedar isyarat suaminya,mengangguk dan pergi ke arah di mana Aila serta yang lain berada. Nazryn menghela nafas pendek,Luqman dan Aminudden menunggu penjelasan dia.

Nazryn memberi penjelasan yang dia sedang dalam perjalanan pulang,setelah misi selesai dan menggunakan kawasan hutan untuk short-cut. Namun dalam perjalanan pulang,mereka diserang hendap oleh 4 orang berpakaian serba gelap. Malah 4 orang itu amat tangkas dan ada skill tinggi,Nazryn dan Aqirah terkial-kial untuk menyerang balas.

"Ninja?" soal Aminudden.

"Aku tak rasa itu ninja.. Sebab mereka seperti boneka.. Badan mereka keras.." jelas Nazryn dan Luqman teringat ketika dia diserang musuh.

"Kalau boneka.. Maknanya.." kata Luqman dan menoleh ke arah Aminudden yang membuat muka blur.

"Puppeteer.." jelas satu suara dan mereka semua menoleh ke arah suara yang menegur.

Raffie Al'Solleh menyandar di tepi pintu,kemudian melangkah masuk dan menghampiri Luqman serta yang lain. Nazryn serta Aqirah diperhatikan lama dan Raffie,menghulurkan dua botol potion.

"Ikhwan yang kirim.." jelas Raffie menyilangkan tangan pada bahagian dada.

"Apa yang uncle maksudkan dengan Puppeteer?" soal Luqman kehairanan.

"Aku ada buat siasatan,hutan yang kamu lalu tu adakah namanya Hutan Hantu..?" soal Raffie dan Nazryn terkejut lalu mengangguk.

"Jadi kamu pergi bantu negara Bunga.. Sebab hutan yang ada berdekatan dan paling dekat terus hubungkan ke negara Mentari adalah Hutan Hantu." jelas Raffie.

"Jadi apa kena-mengena dengan puppeteer ni?" soal Aminudden.

"Hutan Hantu adalah kampung mereka,kadang mereka jadikan orang yang tumpang lalu sebagai sasaran latihan.." jelas Raffie.

"Sasaran latihan?! Mereka berdua boleh mati!" Aminudden berkata geram.

"Bertenang Am.. Tapi uncle,situ tiada papan tanda mengatakan situ adalah kawasan larangan." kata Luqman dan Raffie menghela nafas pendek.

"Memang.. Mereka berjaya larikan diri,setiap kali diburu mereka berjaya tumpaskan. Tiada siapa mampu mendekati mereka dengan mudah.." Raffie memberi penjelasan panjang.

"Apa tunggu lagi.. Kita redah bakar satu hutan tu!" kata Aminudden sebelum kepala diketuk oleh Luqman.

"Kalau otak burung tu jangan tunjukkan boleh?" soal Luqman muka blur.

"Apa hal kau?!" soal Aminudden.

"Hutan Hantu dikirakan khazanah dunia,kita tidak boleh musnahkan.." jelas Raffie dan Aminudden muncungkan mulut sebaik mendengar kata-kata Raffie.

"Jadi bagaimana uncle?" soal Luqman.

"Itu urusan kau.. Ikhwan ada kata,kau mampu tanganinya.." kata Raffie tersengih dan Luqman terkejut.

"Apa?" soal Luqman.

"Ikhwan percayakan kau,Luqman.." jelas Raffie.

Aminudden tersengih dan menumbuk tapak tangan,Nazryn tersenyum dan Luqman mulanya mendiamkan diri kemudian tersengih.

"Uuu. Careful.. Dark Lord has a evil plan.." ujar Aminudden mengangkat kedua tangannya paras bahu.

"Heh,shut up..." bidas Luqman dan tanggapan Aminudden adalah betul kerana dia sedang mengaturkan rancangannya.

Raffie tersenyum sahaja dan dia segera beredar,sebelum dia melangkah keluar. Matanya menjeling ke arah tujuh orang gadis,Aila,Alia,Hikari,Intan dan Zareena menunduk hormat. Eva dan Aqirah mengikut tunduk,Raffie membalas dengan anggukan kepala lalu terus beredar.

Raffie tersenyum sendirian dan menyedari,di hadapannya Ikhwan berdiri menyandar pada dinding. Mereka berbalas pandangan kemudian Ikhwan tersenyum,Raffie sekadar menghela nafas pendek.

"Bagaimana?" soal Ikhwan.

"Nampaknya tiada masalah. Dark Lord ada plan sendiri.." jelas Raffie sambil ketawa kecil.

"Baguslah kalau macam tu.." ujar Ikhwan dan berjalan bersebelahan,jururawat yang terserempak dengan mereka akan memberi salam hormat pada mereka.

"Kau tidak bantu mereka?" soal Raffie dan Ikhwan tersenyum sahaja.

"Mereka dah besar,sudah mampu berfikir sendiri.." kata Ikhwan dan Raffie tersenyum setuju.

"Lagipun.. Dia adalah Luqman Al'Reezal bukan?" soal Ikhwan dan Raffie terkejut kemudian dia tersengih.

"Yeah.. Serta ada Aminudden Al'Reezal juga..." balas Raffie pula.

Ikhwan dan Raffie sekadar ketawa kecil,mereka berbual sambil berjalan pergi sehingga keluar dari hospital.

Zagdrus memejamkan mata kemudian dibuka kelopak matanya,memerhatikan keadaan tempat dia dikurung dan menghela nafas kemudian tersenyum sinis.

"This seal started to weak.." kata Zagdrus sendirian kemudian ketawa sahaja.

Z yang berada di luar tempat kurungan,hanya mengeluh sahaja kerana tawa Zagdrus jelas kedengaran di luar.

"Orang jahat ni memang memanjang suka gelak tak kira mana tempat?"























=====================

Hellooo guys

Harap terhibur dengan penceritaan ini

Janganlah senyap je memanjang

Aku ni macam buat cerita takde sambutan

Komen dengan vote

Bukan

Komen atau vote

Lantaklah

Ciao





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top