Chapter 21 : Musuh yang Tidak Dapat Dilihat


Tangkisan bilah sabit menolak serangan pedang,Siddiq berpusing 360° kemudian menjadi bayang masuk ke bayang robot tempur.

Robot tempur itu mencari di mana Siddiq hilang,tiba-tiba sensor bahaya berbunyi dan benda itu memandang ke bawah. Serangan libasan bayang dari bawah,berjaya dielak oleh robot tempur tersebut.

Siddiq menimbulkan dirinya kembali,sabitnya dipusingkan beberapa kali. Dia menghela nafas pendek,dia mengakui selepas sabitnya diselenggara oleh Akif. Siddiq lebih selesa dalam pengawalan,sabitnya adalah gabungan sabit milik Irfit yang dia ambil lepas Irfit ditewaskan.

Robot tempur itu mengambil kesempatan,menyerang hendap Siddiq yang sedang berkhayal seketika. Namun Siddiq dengan tenang,menahan serangannya dan bayang hitam digabungkan dengan sabitnya.

Imej berbentuk tengkorak hitam terhasil,lalu Siddiq menarik sabitnya ke belakang dan robot itu hilang keseimbangan. Saat itu Siddiq membuka langkah,iaitu serang balas dan Siddiq menghayunkan libasan ke langit.

"DEVIL FULL MOON.."

ZRASSH!!

Robot itu terbelah menjadi dua,lalu meletup serta-merta dan keadaan menjadi normal. Pintu terbuka dan Siddiq menghela nafas pendek,saat Siddiq keluar dari bilik kebetulan juga ada orang melangkah masuk ke bilik makmal Akif.

"Sayang?" soal Akif agak terkejut dengan kehadiran isterinya,Elizabeth Beatrize.

"Kenapa terkejut?" soal Elizabeth.

"Sudah tentu.. Bukan ke sayang ada menjalani misi? Bersama Stella?" soal Akif.

"Ouh.. Saya baru pulang.. Baru sahaja.." ujar Elizabeth tersenyum dan Akif kegirangan.

"Kenapa senyum macam tu? Buruk la.." kata Elizabeth tersenyum menggelengkan kepala,menghampiri suaminya.

"Sudah tentu,abang rindukan Eli..." ujar Akif dan Elizabeth membulatkan mata mukanya kemerahan.

Siddiq yang berada di situ tidak diendahkan,muka blur dibuat oleh dia dan segera beredar. Mukanya jelas menyampah,dia menghela nafas pendek. Tidak lama lepas itu,Laila Hazmad seperti dalam keadaan tergesa-gesa.

"Abang! Ada kecemasan!" ujar Laila risau.

"Laila? Kenapa ni?" soal Siddiq.

"Aqirah..! Abang Nazryn!" kata Laila dan Siddiq mengerutkan dahi.

Aqirah dan Nazryn dikejarkan ke wad kecemasan,tiga hari yang lepas mereka pergi menjalani misi. Tetapi sebaik pulang mereka cedera parah,mereka diserang oleh musuh secara serangan hendap. Layla berada di situ sebagai wakil sementara,Siddiq muncul tidak lama lepas itu.

"Kakak!?" soal Siddiq.

"Ha.. Sampai pun kamu.." ujar Layla menoleh ke arahnya.

"Apa yang berlaku?" soal Siddiq.

"Tidak pasti,kamu kena tanya mereka berdua.. Kakak jumpa mereka di pertengahan perjalanan pulang.." jelas Layla dan Siddiq mula risau,tidak lama lepas itu Akif dan Elizabeth juga tiba.

"Akif?" soal Siddiq.

"Aku terdengar bising-bising di luar makmal,aku jenguk kau berlari muka risau..tu yang aku ikut kau.." jelas Akif.

Tidak lama Nurul keluar dari bilik rawatan,Siddiq diekori Laila menghampirinya dengan segera. Nurul agak terkejut dengan kehadiran Siddiq,tetapi dia sekadar menghela nafas pendek.

"Haish kamu ni buat saya terkejut.." ujar Nurul.

"Bagaimana keadaan kawan saya doktor?" soal Siddiq risau.

"Keadaan mereka stabil,tiada sebarang kecederaan dalaman dan tiada racun yang ditemui." jelas Nurul dan Siddiq mengangguk faham.

"Mereka akan ditahan beberapa hari ini,untuk pantauan.. Arahan Ikhwan.." tambah Nurul lagi dan Siddiq hanya mengherotkan mulut,sebaik nama itu disebut lantas dia berpaling.

"Abang nak ke mana?" soal Laila dan Layla serta Akif hanya menjadi pemerhati,Elizabeth menoleh ke belakang dan terkejut.

"Abang nak jumpa Sixth!" kata Siddiq dan ingin beredar pergi.

"Aku ada kat sini,tak payah susah-susah cari aku.." Ikhwan muncul di hadapan Siddiq.

Siddiq terkejut dan membalas tenungan Ikhwan,mereka agak lama berbalas renungan. Nurul hanya memicit batang hidungnya,kemudian beredar dari situ.

"Apa yang berlaku pada mereka?" soal Siddiq mukanya serius.

"Mereka diserang bukan?" soal Ikhwan menoleh ke arah Layla dan Layla mengangguk sahaja.

"Saya tanya tuan.. Bagaimana mereka boleh diserang?! Adakah tuan sesuka hati berikan misi di luar kawalan mereka?!" soal Siddiq dan Laila cuba menarik tenangkan suaminya.

"Bukan aku yang berikan mereka misi,aku cuma memberikan pengesahan.. Lagipun mereka diserang ketika pulang dari misi.. Negara kita banyak musuh Siddiq.." jelas Ikhwan.

"Yeah,tapi mereka tidak layak menerima seperti ini!" Siddiq berkata tidak puas hati dan saat air muka Ikhwan ingin berubah,Layla terus menampar muka Siddiq.

Siddiq berpusing badannya dan terus rebah,mulutnya berbuih dan Laila menghela nafas lega. Akif dan Elizabeth tergamam dengan apa yang berlaku,Ikhwan pula sekadar memeluk tubuh dan menghela nafas.

"Maafkan atas kebiadaban adik saya tuan.." ujar Layla dan Laila mendapatkan suaminya.

"Ya.. Tak apa..." kata Ikhwan dan menoleh ke arah bilik yang menempatkan Nazryn serta Aqirah.

Ikhwan mengingati apa yang berlaku tiga hari sebelum itu,dia didatangi oleh dua beradik itu mengenai misi yang akan mereka jalankan.

Tiga Hari sebelumnya..

Sekeping kertas lampiran mengenai butiran misi,Ikhwan baca dengan teliti sambil Nazryn dan Aqirah menunggu di hadapannya. Ikhwan membaca kelas misi itu,misi kelas A dan merupakan misi menyelamatkan tahanan.

"Kamu pasti ingin ambil misi ini? Penjenayah bukan sembarangan.." ujar Ikhwan.

"Ya Sixth,kami pasti.." kata Nazryn dan Aqirah mengangguk.

"Siapa lagi akan turut serta?" soal Ikhwan.

"Hanya kami berdua sahaja.." jelas Nazryn dan Ikhwan membesarkan matanya.

"Kamu faham ke tidak,misi ini adalah permintaan misi dari negara lain.. Ia perlukan skuad atau paling kurang kena ada dalam lima orang.." jelas Ikhwan dengan serius.

"Kami faham tuan,kami ada sebab sendiri.. Kami minta Sixth faham.. Kami tak minta duit.. Kami cuma.." Nazryn bersuara tegas,Ikhwan memandang anak muda itu agak lama.

Mereka bertiga berbalas pandangan,Ikhwan mengeluh dan tidak mungkin dua beradik ini akan membatalkan hasrat mereka. Nafas dihelakan dan Ikhwan menaip sesuatu,lalu memberikan kebenaran.

"Terima kasih tuan!" Nazryn menundukkan kepala tanda hormat,Aqirah mengikut perbuatan dia.

"Aku nak korang berdua hati-hati..." kata Ikhwan memberi peringatan.

Nazryn dan Aqirah mengangguk faham,mereka beredar meninggalkan Ikhwan. Manakala Ikhwan hanya menghela nafas pendek,dia menggelengkan kepala.

Tamat imbas kembali

Ikhwan melangkah masuk ke dalam wad,melihat Nazryn dan Aqirah terbaring di atas katil. Tidak sedarkan diri dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

Ikhwan sekadar mendiamkan diri kemudian mengeluarkan telefon pintarnya,dia menghantar mesej pada Luqman dan Aminudden. Ikhwan menyimpan semula telefonnya,dia melangkah menghampiri tingkap dan memandang ke luar.

Ikhwan menjeling ke arah dua beradik itu,Nazryn dan Aqirah kemudian memandang ke luar semula.

"What did I say to you..?"











=======================

Siapa yang serang Nazryn dan Aqirah?

Ikhwan nak hantar Luqman dan Aminudden siasat?

Tunggu untuk sambungannya.

Komen dan vote

Ciao

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top