Chapter 19 : Dewa bertemu Dewa


Asap berkepul dan suasana yang tegang,Intan mengetap rapat bibirnya. Zareena sekadar menghela nafas pendek,dia melangkah menuju ke arah kepulan asap tebal. Ikhwan menyedari tindakan Zareena,namun dia biarkan sahaja. Intan tidak tahu apa yang ingin dilakukan oleh kakak sulungnya,Nazryn dan Aqirah berpandangan manakala Siddiq hanya mendiamkan diri sahaja.

Zareena menggayakan jari-jemarinya menjadi gaya bercakar,kemudian dia terus melibaskan tangannya dan asap tebal terus lenyap sekelip mata. Hafez bersiul kagum dan Sakuya terkejut,Ikhwan hanya ketawa kecil sahaja.

Luqman melutut sebelah kaki kepenatan,Aminudden pula terbaring memandang ke atas langit. Masing-masing sudah kelesuan,namun jika dipandang dari segi kekuatan. Luqman masih mampu kekal berdiri biarpun sudah melutut,Ikhwan hanya menghela nafas pendek kemudian beredar. Hafez dan Sakuya mengekorinya dari belakang,Ikhwan tersenyum girang dan mengangguk puas.

"Hafez.." ujar Ikhwan dan Hafez mengangkat sebelah keningnya.

"Temankan aku berlatih.." sambung Ikhwan dan Hafez menghela nafas pendek.

"Hell no,kau nak bunuh aku?" soal Hafez.

"Aku kata berlatih kan? Bukan nak berlawan kalah mati pun.." kata Ikhwan.

Hafez Al'Azham menghela nafas pendek,memandang Ikhwan yang sedang tersenyum ke arahnya. Sakuya pula sedang menghubungi seseorang,si raja naga berpaling dan Hafez menggelengkan kepala lalu mengekorinya.

Zareena pada masa yang sama menghampiri Luqman,kakak sulungnya melutut di hadapan Luqman.

"Puas hati korang berdua?" soal Zareena tersenyum.

"Kakak sulung.." Luqman berkata lemah,Aminudden tersengih sahaja dari belakang Zareena.

Jari Zareena dihalakan ke arah dahi Luqman,lalu Zareena menjentik dahi Luqman sehingga tergolek lalu terlentang memandang ke arah langit. Nazryn tergamam dan Aqirah menyeringai terkejut,Siddiq ternganga sehingga ingin tanggal rahangnya dan Nazryn menolak katup semula.

"Kuat gila jentikan Zareena..!" Siddiq berkata kagum.

"Akak sulung warisi kekuatan ayahanda,sebab itu dia mampu lakukan seperti tadi.." jelas Intan.

Zareena menghela nafas pendek dan menggelengkan kepala,dia tersedar bondanya Razeedah sedang memerhatikan mereka. Razeedah tersenyum sahaja dan mengangkat ibu jari,ini bermakna Razeedah ada menyaksikan pertarungan mereka berdua.

Zareena menghampiri Aminudden yang sudah terbaring,menyedari kehadiran kakaknya dia tersengih sahaja pasrah.

"Ada nak cakap apa-apa?" soal Zareena tersenyum manis,gadis berusia 25 tahun itu walaupun bertubuh kecil tapi menakutkan.

"Hehe.. Tak ada.." ujar Aminudden dan Zareena tersenyum manis sebelum menumbuk Aminudden sehingga pengsan.

"Nazryn.. Siddiq.. Bawa mereka ke bilik rawatan.." arah Zareena dan Nazryn serta Siddiq tersentak.

"Ya menurut perintah tuan puteri!!" kata Siddiq dan Nazryn serentak,lalu mengangkat Luqman dan Aminudden dibawa ke tempat rawatan sambil disusuli Angelina serta Angelica.

Zareena menghela nafas dan Razeedah beredar,Intan sekadar mengusap belakang kepalanya. Aqirah hanya tersenyum kelat,dia sudah biasa dengan apa yang berlaku.

"Intan!" laung Zahari dari jauh dan Intan menoleh.

"Grandpa Zahari!" Intan berlari ke arah Zahari..

"Masa untuk menguji senapang kamu..." kata Zahari dan Intan tersenyum girang.

Intan menoleh ke arah Zareena,kakaknya mengangguk tanda membenarkannya. Aqirah diarahkan sebagai peneman,Intan merangkul lengan datuk saudaranya sambil beredar pergi disusuli Aqirah.

Zareena menghela nafas pendek dan tinggal dia seorang,nafas dihelakan dan saat itu dia merasai aura yang amat kuat berlaga.

"Kuasa ni.." Zareena segera berlari ke arah daya kuasa yang dia kesan.

Akhirnya dia tiba di satu tempat,Zareena terkejut kerana Ikhwan terbaring di tanah yang meretak. Hafez pula dengan tangan kirinya,bersinar garisan corak tulisan purba. Zareena tertanya-tanya adakah bapa saudara dia tewas?

"Adoi.. Doi.. Doi..boleh tahan pukulan kau.." ujar Ikhwan bangkit semula.

"Kau sendiri kata jangan tahan.. Jadi aku gunakan la kuasa sebenar.." Hafez menjawab tersengih.

Ikhwan mengangguk faham sambil mencebik,manakala Sakuya bersama dua lagi gadis berambut vanilla dan hitam berdiri menyaksikan perkara tadi. Ikhwan menerima pukulan maut,tetapi Ikhwan mampu berdiri dan membuatkan si gadis rambut warna vanilla kagum.

"Pukulan Hafez tadi bukankah pukulan terkuat dia?" soal gadis rambut warna vanilla atau nama sebenarnya,Erica von de'Hildabrane.

"Jangan bergurau Erica.. Pukulan tadi tidak mampu mencederakan raja naga.." ujar gadis berambut hitam,ataupun namanya Jeanne de'Arcanne.

"Dia lagenda kan.." tambah Sakuya tersenyum risau.

"Baiklah..kita resume balik.." ujar Ikhwan.

"Ouh boy,kau memang persistent.." kata Hafez mengeluh.

"Kau ada kuasa dewa kan.. Jadi seri la.." ujar Ikhwan.

"SERI KEPALA KAU!! KUASA KAU BOLEH HANCURKAN UNIVERSE!!" Hafez menjerit kuat dan Ikhwan menutup kedua-dua lubang telinganya dengan muka blur.

"Kalau aku gunakan sepenuh kuasa... Kau nak ke?" soal Ikhwan.

"Tolong jangan,cukuplah aku pernah berdepan orang gilakan kemusnahan.." jelas Hafez dan Ikhwan tersenyum sahaja.

"Okay cukuplah berbual.." ujar Ikhwan.

Sebaik berkata begitu dengan segera Ikhwan,membuka posisi kuda-kuda. Hafez juga turut melakukan perkara sama,Erica dan Jeanne serta Sakuya mendiamkan diri. Mereka bertiga seperti terasa sukar untuk bernafas,ia berlaku sebabkan aura Ikhwan dan Hafez berlaga kuat.

Sekelip mata Ikhwan dan Hafez berlaga tendangan,impak berlaku dengan kuat dan angin kencang terhasil. Erica menutup mata disebab tiupan angin kencang,Jeanne segera menghasilkan pelindung. Sakuya tergamam dengan melihat pertarungan itu,seperti pertarungan antara dewa.

Ikhwan menghayunkan penumbuk pantas,begitu Hafez dan lagaan yang berjuta kali berlaku. Ikhwan menepis tumbukan Hafez,kemudian menangkap lengannya dan Hafez mengenai penumbuk Ikhwan di pipi serta perut

Hafez tertunduk dan Ikhwan ingin menghayunkan serangan namun kaki Hafez,dihayunkan namun ditepis Ikhwan kemudian segera berundur ke belakang. Tetapi saat dia berundur,Ikhwan melepaskan serangan pedang terapung umpama roket.

Pedang terbang ditangkis oleh Hafez,menggunakan kerambitnya dengan gerakan tangannya yang pantas. Ikhwan segera mara begitu juga Hafez,sekali lagi penumbuk mereka bertembung dengan ribuan tumbukan.

DUSH!!

DUSH!!

DUSH!!

Tumbukan Ikhwan dan Hafez berganti,jutaan kali berbalas dan bertembung dengan laju. Erica,Jeanne dan Sakuya tergamam menyaksikan pertarungan tersebut.

"Jeanne..." ujar Erica.

"Ya.." Jeanne menyahut.

Hafez terkejut dan menunduk tembakan umpama meriam daripada Ikhwan,Hafez segera menyerang balas dengan hayunan penumbuk tetapi dibalas pantas oleh Ikhwan semula.

"Ini bukan pertarungan biasa.." ujar Erica lagi.

Ikhwan menghayunkan penumbuk,Hafez juga begitu dan pipi masing-masing terkena. Mereka terdongak dan hampir terjatuh,namun kembali seimbangkan badan masing-masing. Lalu meneruskan pertarungan latihan mereka,Zareena hanya tergamam.

"Ini pertarungan dewa..." ujar Zareena menggigil,seseorang memegang bahunya dan apabila ditoleh orang itu ialah ayahnya.

"Ayahanda..." ujar Zareena dan Reezal menyaksikan pertarungan tersebut.

BOOMM!!!

Tanah lapang rosak teruk dek perlawanan itu,namun Ikhwan mampu pulihkan sekejap sahaja. Jadi dia selamba bertarung dengan sesuka hati,Hafez mengepalkan penumbuk sebelah kiri dan corak purba bersinar dengan jelas.

"Apa ni? Kau masih gunakan tangan kiri? Sedangkan kau ada semua kuasa tu?" soal Ikhwan tersenyum teruja.

"Kau kata macam tu,padahal kau tunggu sebenarnya bukan?" soal Hafez tersenyum dan Ikhwan mendepakan tangannya.

"Mari.. TUNJUKKAN KUASA KAU SAHABAT KU!!" Ikhwan menjerit dan Hafez memecut ke arahnya dengan laju.

"SAHUT SERANGAN NI IKHWAN!!" Hafez meluru laju dan Reezal tersenyum.

"Naif..." ujar Reezal pendek dan Zareena kehairanan.

"LAMBAT!!" Ikhwan menghayunkan serangan dengan pantas,Hafez terbenam ke tanah dengan rekahan dahsyat.

BRAAM...!!!!

Ikhwan menumbuk Hafez sehingga terbenam ke tanah dengan teruk,Erica tergamam dan Jeanne terasa menggigil tubuhnya. Sakuya menyedari aura Ikhwan amat kuat,Hafez saat dibenamkan tersenyum puas.

Pandangan gelap kembali terang,Hafez berada di riba Erica sebaik sedar. Jeanne dan Sakuya menghela nafas lega,dia terkebil-kebil dan teringat perlawanan tadi.

"See..? Kau tidak akan mati.." ujar Ikhwan duduk di atas serpihan batu.

"Kau tak gunakan kuasa penuh memang aku hidup lagi.." Hafez berkata tersenyum kelat.

"Memang aku tak gunakan kuasa penuh,tapi kau mampu paksa aku gunakan 75.5 peratus kuasa aku.." ujar Ikhwan dan Hafez menoleh ke arahnya.

"Penipu.." kata Hafez.

"Ia benar.." balas Ikhwan dan Sakuya menunjukkan alat bacaan kuasa.

Hafez memandang ke arah skrin di mana ketika Hafez terbenam,kuasa Ikhwan adalah 75.5 peratus ketika itu. Sakuya mempunyai bakat mencipta alat canggih selain berada di dalam Wizard class,Jeanne tersenyum sahaja.

"Adillah kan,kau pun guna tak sampai 90 peratus.." jelas Ikhwan selamba dan Hafez terkejut kemudian alat itu juga tunjukkan bacaan kuasanya ketika itu.

"Damn itttttt...." ujar Hafez membuat muka jelik dan Ikhwan sekadar ketawa sahaja.

"Tapi kan bro,kenapa Erica yang jadi bantal riba aku?" soal Hafez.

"Ah.. Pasal tu..." Ikhwan menyedari Erica memintanya mendiamkan diri.

"Kenapa dengan hal itu?" soal Hafez.

"Kau tanya la dia sendiri..aku ciao dulu.." kata Ikhwan dan beredar.

Hafez berteriak nama Ikhwan namun tidak diendahkan,Jeanne dan Sakuya hanya ketawa kecil. Zareena dan Reezal beredar segera,Ikhwan sempat membaiki kawasan tanah lapang dalam sekelip mata.

Pada masa yang sama juga di bilik rawatan,Alia membuat muka blur melihat keadaan Aminudden dengan Luqman.

"Korang kalau sparring itu elok-elok tak boleh ke?"


























====================

Yeahaa

Double update untuk hari ini

Harap terhibur😁😁

Komen dan vote

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top