Chapter 18 : Luqman VS Aminudden
"Had enough?" soal Ikhwan.
Nazemi dan Sophitia mendiamkan diri,si gadis berambut putih menyimpan semula senjatanya. Meleraikan komponen pistol dan letakkan di atas meja,Nazemi pula sekadar meletakkan pistol di tempat asalnya. Sophitia tidak berkata apa-apa sekadar tunduk hormat,lalu beredar dan berbalas jelingan dengan Nazemi.
"Perempuan tu..." ujar Nazemi mendecih dan terus melangkah pergi,Hafez dan Sakuya hanya memerhatikan sahaja.
Ikhwan menghela nafas pendek dan berjalan ke arah Reezal,Hafez serta Sakuya berada. Nazemi melangkah keluar menggunakan pintu manual,dia menutup pintu dengan kuat sehingga Ikhwan menoleh.
"Apa hal dia ni?" soal Ikhwan dan memandang ke arah Hafez.
"Nasihat sikit anak buah kau tu.." ujar Ikhwan pada Hafez.
"Jangan salahkan aku.. Itu hal dia.." balas Hafez tersengih.
Luqman memerhatikan dua orang kembar di hadapannya,Angelina dan Angelica yang memandangnya. Si kakak Angelina berwajah lebih ceria,si adik Angelica pula sedikit matang. Luqman memeluk tubuh dengan muka risau memikirkan mampukah dia uruskan skuad,dia ingin bertanya pendapat pada Yusri namun si Yusri sedang bermain catur dengan Aminudden.
"Aduh kalah!" ujar Aminudden mencebik.
"Kau memang fail atur strategi.." kata Yusri dengan muka tidak percaya.
"Sekali lagi! Sekali lagi!!" Aminudden berkata tidak puas hati.
"Masuk ni dah sepuluh kali.. Sudahlah.." ujar Yusri tersenyum kelat.
"Lagi sekali! Kali ni mesti.. URGHH!!!" Aminudden tidak berpuas hati,sebelum sempat berkata lagi dan dihempuk oleh buku tebal oleh Luqman.
"Cukup-cukuplah tu!!" Luqman berkata dengan buku tebal berasap.
"Haruskah kau ketuk kepala aku dengan buku?!" soal Aminudden.
"Untuk masukkan pengetahuan.." Luqman berkata sambil menunjukkan buku bertajuk.
HOW TO BE A GREAT CHESS PLAYER
"KAU INGAT AKU ALIEN KE SENTUH BUKU JE SEMUA BOLEH INGAT!?" Aminudden mula bengang.
"Eh bukan ke?" soal Luqman berlakon terkejut dan Aminudden menundukkan kepalanya sambil menggigil.
"Baiklah..." ujar Aminudden tersenyum sinis,Yusri terasa seperti deja vu.
"KAU MEMANG NAK CARI GADUH HA?!" soal Aminudden menembak api.
"AKU BELI DENGAN RELA HATI!" Luqman menjawab dengan senyuman sinis dan menghasilkan kilat.
Angelina tersenyum teruja melihat keadaan itu,Angelica pula risau dan Yusri menghela nafas kesal.
Yusri mengaktifkan kuasanya dan kedua-dua skill mereka terbatal,Luqman dan Aminudden terkejut kemudian menyedari sesuatu lalu menoleh ke arah Yusri.
"Korang nak bertekak ke apa tu korang punya pasal... Tapi korang lupa korang berada di tempat siapa?" Yusri bersuara dengan tegas,Angelina dan Angelica memerhatikan sahaja.
"Sebelum aku terfikir nak lipat korang.. Ada baiknya korang beredar.." ujar Yusri dengan senyuman yang menakutkan.
Luqman dan Aminudden tersentak,mereka merasai aura daripada Yusri. Angelina dan Angelica awal-awal sudah beredar,mereka lebih kenal cara Yusri berbanding dua beradik itu.
"Okay?" soal lembut Yusri tetapi keras didengari dua beradik tersebut.
Luqman dan Aminudden berjalan sambil menghelakan nafas serentak,dua kembar itu mengekori mereka berdua.
"Aku bosan la.." ujar Aminudden.
"Dah tu masalah aku ke?" Luqman membalas.
"Teruknya abangku ni.. Sejak jadi demon lord ni,perangai jahat.." kata Aminudden pura-pura menangis.
"Apa yang kau merepek setan.." Luqman mencekik leher adiknya dan Aminudden mukanya biru jadinya.
"Nafas.. Nafas! Nafas! Oksigen!!" Aminudden menampar tangan abangnya.
Angelina dan Angelica hanya terkebil-kebil melihat gelagat dua beradik itu,Aminudden bengang dan menghantuk kepala abangnya dengan kepala dia sendiri. Luqman ternganga dan berdengung terasa di kepala dek perbuatan adiknya,dia menahan sakit dan Aminudden tersengih.
"Macam tu ye..." ujar Luqman tersenyum licik.
"Demon lord senyum.." Angelina berkata spontan.
Luqman dan Aminudden berbalas renungan,Aminudden tersenyum sinis dan Luqman merenungnya serius.
"Aku akan renjat kau sampai rambut kau hangus.." ujar Luqman.
"Kebetulan rambut kau pun aku nak warnakan... Hehe.." kata Aminudden tersengih.
Angelina dan Angelica hanya berundur,memberikan ruang pada dua beradik itu.
"Berapa lama kita tak sparring?" soal Aminudden dan api merah marak di tangan kanannya.
"Aku tak boleh nak beritahu.. Sebab kita selalu berlatih bersama.." ujar Luqman kilat mengalir di tangan kanannya juga.
Ikhwan memerhatikan dua beradik itu dari jendela,bersama Hafez dan Sakuya. Luqman merenjat kilat dan Aminudden menyalakan api lebih marak lagi. Mereka berdua berbalas senyuman sinis,penumbuk dikepal lalu mereka terus meluru antara satu sama lain.
"Thunder Fist!" Luqman menghayunkan tendangan.
"Burning Up!!" Aminudden menyalakan api dan menumbuk menghalakan ke langit.
DUSH!!
KRASSH!!
Dua serangan berdentum sebaik bertembung,impak tiupan angin terhasil dengan amat kuat. Luqman berpusing kemudian kakinya,kilat ungu terhasil dan dihayunkan tembakan menggunakan libasan kaki. Aminudden pula sedar tindakan adiknya,api merah berubah biru dan libasan tembakan berhasil X dilepaskan.
"Thunder Swipe!!"
"X Burn!!"
BOOSHH!!
Serangan bertembung dan impak kecil berlaku,Aminudden memijak tanah sehingga retak dan memecut ke arah Luqman. Tangan Aminudden didepakan dan Luqman kenal cara serangan itu,Aminudden melakukan seperti brek kecemasan dan melepaskan api membentuk burung.
"GAROODA WRATH!!!"
"Waa.. Skill klasik.." ujar Ikhwan.
"Skill klasik?" soal Hafez dan Sakuya memandang ke arah Ikhwan.
Seekor burung berapi terbang laju ingin merempuh Luqman,namun Luqman hanya tenang dan kilat ungu ditumpukan mengalir di kedua-dua kakinya. Luqman memusingkan kakinya di atas tanah,saat burung berapi semakin segera Luqman lompat dengan kaki ditegakkan ke atas langit lalu menghayunkan ke arah burung berapi itu.
"DROP THE BOLT!!"
"Itu jarang..." ujar Ikhwan lagi.
DUUUSSH!!!
KE-BAMMM!!
Tiupan angin yang kuat terhasil dengan kencang,Aminudden hanya mengecilkan mata mengelakkan habuk termasuk. Luqman muncul melakukan tendangan melayang ke arah Aminudden,namun Aminudden sempat mengelak.
Luqman menyeret dan Aminudden berguling menjauh,mereka berdua berbalas pandangan. Ikhwan hanya tersengih sahaja,Hafez dan Sakuya kehairanan.
"Boleh kau jelaskan?" soal Hafez.
"Garooda Wrath tu skill lama Aminudden,masa tu umur dia baru belasan.." ujar Ikhwan.
"Begitu..." Hafez mengangguk faham.
"Skill tu perlukan kau berlari dan berhenti sekaligus melepaskan serangan secara serentak..." ujar Ikhwan tersenyum sambil memandang ke arah dua beradik tersebut.
Aminudden meregangkan ototnya kemudian melakukan sedikit senaman,Luqman memalingkan badan ke arah Aminudden semula. Nazryn dan Siddiq muncul dari satu sudut,bersama Intan,Zareena dan Aqirah.
"Abang Luqman dengan abang Aminudden sparring.." ujar Intan.
"Wow... Ini sudah hebat..." kata Siddiq.
"Hebat kau kata.. Ini kalau Sixth nampak nahas diorang.." ujar Nazryn dan bahunya dicuit oleh Aqirah lalu adiknya menuding ke satu arah.
Nazryn ternampak Ikhwan sedang menyaksikan perlawanan tersebut,air muka Ikhwan ternyata teruja menyaksikan perlawanan itu.
Luqman dan Aminudden berbalas pandangan,nafas seakan berat di sekitar kawasan. Dua kembar itu menyaksikan dengan diam,nafas ditarik oleh Aminudden kemudian dihelakan. Aminudden memusingkan separuh badan ke belakang,penumbuk dikepal dan api biru marak membara.
Luqman juga merendahkan posisi badannya,kakinya mengalir kilat ungu dan rambutnya berubah ungu cerah. Rambut Aminudden berubah warna hitam ke biru kemerahan,dia menguatkan tekanan kuasanya. Api biru mula menyelubungi tubuh Aminudden,Luqman dikelilingi kilat merenjat di sekeliling dia berdiri.
Aminudden memusingkan semula tubuhnya ke hadapan,seiring ingin melancarkan serangan. Luqman juga begitu dan kakinya diselubungi kilat ungu,mereka dua beradik sekelip mata memecut ke arah satu sama lain.
"JETSTORM!!!" Luqman menujahkan kakinya.
"BLAZING ROCKET!!!" Aminudden menghayunkan penumbuknya.
DUUUSSH!!!!!!!!
"UWOOOHHHH!!!" Luqman dan Aminudden berlaga,kedua-dua perlanggaran berlaku dengan dahsyat.
Intan dan Zareena hanya tergamam,begitu juga Aqirah dan Nazryn serta Siddiq. Ikhwan dan Hafez menyaksikan dengan muka serius,Sakuya tergamam dan Angelina serta Angelica segera mengaktifkan satu alat.
"OREEAHHH!!!" saat teriakan Aminudden,cahaya bersinar dengan terang.
BRRAAMM!!!!
Letusan kuat terhasil dengan kuat,impak tiupan angin dan cahaya putih menerangi seluruh kawasan tersebut.
Siapakah yang menang?
=======================
OK
Cukup..
Aku tak nak karang panjang
Cukup seribu lebih sedikit
Untuk permulaan,kita santai dahulu
Komen dan vote
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top