Chapter 17 : Skuad Baru & Letupan
Satu biodata Ikhwan baca di dalam monitor,biodata mengenai ayah kepada Risya. Zaher Al'Zain dan merupakan bekas askar elit dalam Mentari,Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"Kau baca biodata siapa tu?" soal satu suara,Ikhwan toleh dan Qatariz berdiri di pintu pejabatnya.
"Baru balik ke?" soal Ikhwan dan Qatariz melangkah masuk lalu duduk di kerusi sofa.
"Yeah... Kerja dah selesai.." ujar Qatariz lalu menghela nafas lega.
"Mirana?" soal Ikhwan lagi.
"Dia dengan isteri kau..." jelas Qatariz dan Ikhwan sekadar mengangguk.
"Lagi satu,biodata siapa?" soal Qatariz lagi ingin tahu.
"Zaher Al'Zain.. Dia kesatria elit Mentari.. Hilang 4 tahun yang lalu.." jelas Ikhwan dan Qatariz mengangguk faham.
Jari Ikhwan laju menaip di papan kekunci,Qatariz hanya memerhatikan sahaja dan memeriksa telefon pintar dia. Qatariz menoleh sekitar bilik pejabat Ikhwan,dia kehairanan kerana Ikhwan hanya bersendirian tanpa pembantu.
"Mana yang lain? Luqman,Aminudden.. Mereka bukan biasa ada dengan kau..?" soal Qatariz.
"Mereka berdua ada urusan lain.." ujar Ikhwan dan Qatariz mengangkat kening kiri terkejut.
"Urusan?" soal Qatariz.
Luqman dan Aminudden berjalan sambil memeriksa dokumen dalam tablet,mereka berpandangan kerana itu adalah senarai nama yang harus dicari oleh mereka berdua.
"Kenapa uncle suruh kita cari mereka semua ni?" soal Aminudden.
"Aku tahu pula apa yang orang tua itu fikirkan?" Luqman menyoal semula.
Aminudden hanya mengambil tablet tersebut,dia membaca setiap nama dalam senarai yang tertera. Semuanya adalah gadis berusia belasan,sekitar 16 tahun ke 17 tahun. Dua daripadanya berada di bawah seliaan bapa saudara mereka iaitu Yusri Al'Solleh.
ANGELINA FRAN
Umur : 17 tahun
Abiliti utama : Penggunaan pelbagai senjata api dan bom tangan
Speciality : sasaran yang tepat
Saudara : Angelica Fran (adik kembar)
ANGELICA FRAN
Umur : 17 tahun
Abiliti utama : Penggunaan Senjata api dan mengatur strategi dengan tepat
Keistimewaan : deria hidu yang tajam
Saudara : Angelina Fran (kakak kembar)
"Dua beradik ni lebih muda daripada kita.." ujar Aminudden dan menyerahkan semula tablet pada Luqman.
Luqman mengambil tablet dan membaca butiran utama,dia kemudian menyimpan semula tablet miliknya dan terus berjalan bersama Aminudden.
Pada masa yang sama juga,Yusri berada di bilik pejabat utamanya. Dua orang gadis kembar itu berdiri di hadapannya,Yusri menghela nafas pendek. Membaca surat tawaran bagi dua beradik kembar tersebut,dia menggaru kepala dan terfikir apa yang Ikhwan ingin lakukan.
"Ketua? Hal penting apa sampai kami dipanggil ke sini?" soal kembar itu iaitu si adik,Angelica Fran.
"Kamu mendapat surat kenaikan pangkat.. Mulai hari ini,kamu akan berada dalam satu skuad baru..." jelas Yusri.
"Skuad baru? Kenapa pula?" soal si kembar kakak,Angelina Fran.
"Kamu berdua tiada skuad utama bukan? Lagipun kamu sudah lama berada dalam khidmat kesatria Mentari.. Jadi sebab itu adik aku ingin rekrut kamu berdua.." jelas Yusri dan dua beradik kembar itu berbalas pandangan.
"Inilah saat kamu akan berada di barisan hadapan..." tambah Yusri lagi dan kembar itu memandang ke arahnya dengan serius.
Tidak lama pintu terbuka secara sliding,dua beradik kembar tersebut menoleh ke belakang. Yusri sekadar menongkat dagu dan kehadiran Luqman serta Aminudden,membuatkan Yusri tersengih campur ketawa kecil.
"Uncle.. Kami dah sampai.." ujar Aminudden tersenyum.
"Uncle nampak.. Lina,Lica.." ujar Yusri dan Angelina serta Angelica memandang ke arahnya semula.
"Inilah ketua skuad kamu..." jelas Yusri menambah menuding jarinya ke arah Luqman.
"Ha? Apa? Oh ya,lupa pula.. Uncle tubuhkan satu skuad,di bawah pimpinan aku..." ujar Luqman menggaru kepala tersenyum kelat,Angelina dan Angelica berjalan menghampiri Luqman.
Suasana menjadi tegang dan Aminudden berundur melangkah ke belakang,Luqman hanya membalas tenungan dua beradik itu. Angelina mengangkat tangan dan Angelica menyusul,Luqman bersiap-sedia jika dua beradik kembar itu ingin melakukan sesuatu. Tetapi mereka berdua hanya melakukan tabik hormat,Luqman tergamam dan Yusri sekadar tersengih sahaja.
"Saya Angelina Fran,bersedia untuk menerima arahan kamu.. Putera Luqman.." ujar Angelina menabik hormat sambil tersenyum.
"Saya Angelica Fran,juga bersedia untuk berkhidmat di bawah kamu.. Putera Luqman..." Angelica menyusul dan Luqman terkejut sebelum menyedari apa yang sepatutnya dia balas lalu menabik hormat.
"Kalau begitu.. Angelina Fran dan Angelica Fran,gembira berkhidmat bersama kamu berdua..." balas Luqman menabik hormat.
Ikhwan yang sedang memandang ke luar tingkap,tersenyum sendirian dan menoleh ke arah monitor. Gambar seorang gadis kecil,dengan muka serius dalam profile gambar. Aisha Al'Ezhani dan kelas kesatria adalah Assassin,Qatariz menjengah dari tepi.
"Comel gadis ni,siapa pula?" soal Qatariz.
"Heh.. Inilah antara orang yang aku pilih.." ujar Ikhwan.
"Pilih? Untuk?" soal Qatariz lagi.
"Skuad baru.." ujar Ikhwan.
"Lagi? Berapa banyak skuad kau nak uruskan?" soal Qatariz kehairanan.
"Nah.. Ini Luqman yang akan uruskan.." jelas Ikhwan dan Qatariz mengangguk faham.
"Macam tu...berapa orang?" soal Qatariz.
"Mungkin lima..?" Ikhwan memandang lagi dua gambar profile.
"Ouh ya.. Hafez dengan kumpulan dia sudah pulang.." jelas Qatariz dan Ikhwan tersenyum.
"Ouh.. Terima kasih kerana beritahu.." ujar Ikhwan.
Pada masa yang sama juga di tempat lapang sasaran menembak,seseorang sedang berlatih menembak dan menukar magazine dengan laju. Peluru bertaburan di atas lantai,latihan dia diperhatikan oleh seseorang.
Hafez Al'Azham menyandar dinding bersama seorang gadis berambut ungu,memerhatikan sahaja pemuda itu Alif Nazemi Al'Hasanuman melakukan latihan menembak. Setiap tembakan Nazemi tepat dan jitu,tidak lama lepas itu kedengaran bunyi tembakan tidak jauh di sebelah Nazemi berada.
Namun tembakan individu itu menghancurkan kertas sasaran dengan sekali das,Hafez bersiul kerana dia adalah seorang perempuan. Rambut putih umpama salji,matanya biru sejernih air laut.
"Waa.. Siapa tu? Tembakannya tepat sama dengan Nazemi.." ujar Kirino Sakuya gadis berambut ungu cerah.
"Sophitia Benedict.. Umur 19 tahun,kelas Gunslinger.." satu suara menegur dan Hafez tersenyum sahaja.
"Tuanku Raja Reezal Al'Solleh.. Tak sangka tuanku turun ke sini.." ujar Hafez.
"Itu sarcasm ke?" soal Reezal tersengih.
"Nah.. Tuanku orang penting.. Tidak sibuk dengan urusan istana?" soal Hafez.
"Nah.. Ada masa sikit,so aku ambil peluang pusing-pusing.." jelas Reezal.
"Begitu.. Jadi tuanku tahu individu tu?" soal Hafez ingin tahu.
"Kenapa? Berminat untuk cari kuota keempat ke?" soal Reezal sinis.
"Nak cari gaduh tuanku?" Hafez berkata bengang sambil tersenyum.
"Heee... Kalau kau ada kelapangan..." ujar Reezal tersenyum sambil mengurut penumbuknya.
"Untuk fikiran kali kedua... Saya batalkan hasrat saya.." Hafez segera mengalah dan tersengih.
Nazemi menarik picu begitu juga gadis bernama Sophitia,tembakan berganti tembakan dan mereka seolah-olah sedang bertanding siapa yang lebih pantas menembak. Reezal dan Hafez sekadar memerhatikan dari belakang,Sakuya terkebil-kebil melihat keadaan tersebut.
"Should we stop them?" soal Hafez dan Reezal hanya mendiamkan diri.
"Fire ball.." satu suara menegur dan bebola api melanggar kawasan lapang sasar,lalu letupan kuat berlaku dan menghentikan tembakan Nazemi serta Sophitia.
Semua papan sasaran hancur tanpa tinggalkan kesan,habuk dan asap berkepul terhasil kemudian lenyap ke udara. Reezal tersengih dan Hafez menoleh ke satu arah,dia tahu perbuatan siapa.
"Well guys.." mereka semua menoleh ke arah suara itu.
Ikhwan berdiri di satu tempat sambil mencekak pinggangnya,merenung Nazemi dan Sophitia tanpa berkerdip. Sakuya pula bersembunyi di belakang Hafez,daya renungan Ikhwan menakutkan bagi dia.
"Had enough?"
============================
Luqman mengetuai skuad baru?
Apa yang Ikhwan nak rancangkan?
Apa pendapat kamu semua
Sila komen dan vote jika perlu
CIAO!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top