Chapter 16 : Rahsia Apa Ya?


Luqman merenung dan Yureeka tersenyum ceria,suasana agak tegang dan Luqman menyeret kaki ke hadapan sedikit. Yureeka pula sekadar beralih posisi,kejap bahu kiri ke hadapan kemudian bahu kanan pula. Kilat ungu mengalir dan Luqman melakukan asimilasi dengan Avalon,rambut berubah ungu cerah dan Yureeka bersiul kagum.

Gadis Cpu-Biology itu meningkatkan kebolehan tubuhnya,sebaik selesai melakukan perkara itu. Dia dan Luqman berbalas renungan,lalu mereka bergerak pantas dan berlaga tinju. Luqman menghayunkan tendangan,Yureeka menahan dengan tolakan tapak tangan dan Luqman menghayunkan sebelah lagi kakinya. Yureeka menahan dan tercampak sedikit ke belakang,Luqman melepaskan tembakan libasan dari kakinya.

Yureeka menghayunkan tangannya dan turut melepaskan tembakan libasan,maka serangan mereka bertembung dengan deras lalu menghasilkan tiupan angin kencang. Luqman sudah bergerak ke belakang Yureeka,gadis itu menoleh ke arahnya namun sudah melambung jauh. Yureeka berpusing dan mendarat dengan kasar,menyeret sehingga merosakkan permukaan pasir.

Luqman melambungkan pisaunya dan disepak ke arah Yureeka,mujur Yureeka sempat mengelak namun Luqman tersenyum sinis. Yureeka membulatkan mata kerana Luqman sudah bergerak ke belakangnya sekali lagi,memegang pisau pendek dan ingin menikam Yureeka.

Tetapi Yureeka menumbuk permukaan tanah berpasir,letusan berlaku dan tindakan Luqman gagal. Dia terpaksa berundur untuk mengelakkan matanya dimasuki pasir,Yureeka pula sudah berada di atas kepala Luqman.

Yureeka menghayunkan penumbuk dan Luqman mengelak,hanya geseran pada pipi kanan Luqman sahaja terkena tumbukan Yureeka. Luqman diselubungi kilat dan terus bergerak umpama cahaya ke kiri,Yureeka menekap tapak tangan pada permukaan pasir dijadikan platform untuk melompat dan mendarat.

Pisau yang dipegang Luqman disimpan,dia menghela nafas pendek dan Yureeka sekadar tersenyum girang. Luqman menyedari sesuatu tetapi dia sekadar tersenyum,Yureeka kehairanan dan Luqman mengalihkan muka ke kanan. Yureeka mulanya kehairanan tersentak melihat satu cahaya bersinar dari jauh,tidak lama satu tembakan laser melepasi Luqman dan menuju ke arah Yureeka.

"Apa?" soal Yureeka dan melompat mengelak serangan itu.

Letusan kuat dari tembakan laser tersebut,Luqman menyeru meriam bentuk kepala naga dan menghalakan ke arah gadis Cpu-Biology itu. Yureeka sedar tindakan Luqman,dia tidak dapat mengelak jika dalam keadaan terapung malah dia tidak boleh terbang.

"Checkmate!" ujar Luqman dan melepaskan tembakan.

Yureeka mengetap gigi melihat pancaran tembakan itu,sedikit demi sedikit menghampiri dia. Seseorang muncul dan menahan dengan sebelah tangan,Luqman terkejut dan letusan kuat berlaku sekali lagi. Seorang pemuda berwajah pucat terapung terbang,Yureeka pula berpaut pada dia. Luqman sekadar memerhatikan sahaja,manakala pemuda berwajah pucat memandang ke arah meriam naganya.

Lantas si pemuda muka pucat menyeru meriam naga,Luqman terkejut dan pemuda muka pucat itu menghalakan ke arah Luqman. Segera Luqman mengelak dengan berundur ke belakang,pemuda itu menggerakkan pancaran itu mengejarnya.

"Ah.. Shit..." ujar Luqman.

Seseorang muncul dan menangkis serangan tersebut,lalu letusan yang dahsyat berlaku. Pemuda berwajah pucat hanya memerhatikan sahaja,kemudian hilang dari pandangan. Luqman terbatuk beberapa kali,kemudian memandang ke hadapan. Aminudden berdiri membelakangkan dia,kemudian dia menoleh ke arah abangnya.

"Kau okay bro?" soal Aminudden menghulurkan tangan.

"Yeah.. Terima kasih.." ujar Luqman mencapai tangan adiknya.

Akif memerhatikan mereka dari jauh,senapang dia turunkan dan sangkutkan ke belakang badan. Dia tersenyum sahaja melihat dua beradik itu,lalu melangkah pergi meninggalkan tempat dia berada.

Yureeka dan pemuda berwajah pucat itu mendarat di satu tempat,Yureeka menolak pemuda itu dan berjalan meninggalkan pemuda tersebut.

"Yureeka.." ujar pemuda itu dan langkah Yureeka terhenti menjeling ke belakang.

"Kau marahkan aku?" soal pemuda itu.

"Ya.. Sebab awak ganggu saya.. Langley." ujar Yureeka.

"Kalau aku tak bantu kau,sudah pasti kau akan mati.." jelas pemuda berwajah pucat yang bernama Langley,Cpu-Biology Code 06.

"Saya mempunyai abiliti penyembuhan dengan pantas.. Saya tak perlukan jagaan awak!" kata Yureeka.

"Yureeka.." Langley mengeluh.

"Tapi nampaknya pihak musuh mempunyai kuasa yang mampu membunuh kau.." seseorang menegur dan Yureeka serta Langley menoleh.

Seorang gadis berambut pendek,berjalan ke arah mereka sambil mengunyah gula-gula getah. Tangan kanan dia memegang satu tablet mini,gadis tersebut berhenti di hadapan Yureeka dan Langley dengan muka tanpa emosi.

"Apa maksud kau mampu membunuh Yureeka?" soal Langley.

"Aku sarankan bila kau berhadapan dengan individu ini.. Larikan diri.." ujar gadis itu menunjukkan gambar seseorang.

Langley dan Yureeka memandang gambar itu,gambar tersebut ialah gambar Ikhwan dan dua Cpu-Biology itu memandang gadis itu semula.

"Dia adalah orang yang tewaskan Zahhak.." jelas gadis berambut pendek itu,Yureeka dan Langley terkejut.

"Dia?.." soal Langley dan gadis itu mengangguk sahaja.

"Kuasa dia tiada batasan... Jangan terfikir nak berhadapan dengan dia seorang diri,ataupun beramai-ramai.. Jangan bertembung dengan dia.." jelas gadis itu.

"Hyena.. Individu ini.. Sejauh mana kekuatan dia?" soal Yureeka.

"Aku tak pandai nak mengukur tetapi.." ujar gadis bernama Hyena,Cpu-Biology Code 04 dan dua lagi Cpu-Biology itu menunggu kata-katanya.

"Jika sebuah negara dia mampu hancurkan dalam masa sehari.." jelas Hyena dan Langley serta Yureeka terkejut serta peluh menitik.

"Bagaimana kalau kita semua bekerjasama?" soal Yureeka.

"Tiada peluang..." jelas Hyena.

Luqman dan Aminudden berjalan di tepian pantai,bunyi air laut menghempas pantai jelas kedengaran. Tidak lama kelihatan ikan lumba-lumba melompat keluar dari dalam permukaan laut,kemudian kembali menyelam dan Luqman serta Aminudden menghentikan langkah mereka.

"Apa pandangan kau?" soal Luqman.

"Mengenai apa?" soal Aminudden pula.

"This Valkryie.." ujar Luqman.

"Sound like pain in the ass to me.." kata Aminudden dan Luqman ketawa kecil.

"Glad we are in the same room.." ujar Luqman tersengih selepas berhenti dari ketawa.

"So...what your plan?" Aminudden menyoal sambil menoleh ke arah Luqman.

"We must prepare for the next step,they will never stop.. They wanna take our wife's power by force.." ujar Luqman.

"That's why I call pain in the ass.." Aminudden berkata lagi dan Luqman tersengih.

"But.. They power is incredible overwhelming.." seseorang menegur dan dua beradik itu,menoleh dengan segera.

Nao berdiri di atas batu berhampiran mereka dua beradik,berada Nao memandang dengan pandangan yang dingin tanpa emosi.

"Aunt Nao?" soal Luqman dan Aminudden hanya mendiamkan diri.

Nao turun dari atas batu besar,lalu melangkah ke arah dua beradik tersebut. Nao berjalan melepasi mereka,kemudian berhenti dan memerhatikan keadaan pantai.

"Adakah kamu tahu rahsia di sebalik abiliti Cpu-Biology?" soal Nao memandang ke arah Luqman dan Aminudden.

"Rahsia di sebalik abiliti Cpu-Biology?" soal mereka berdua serentak.

Nao dan Luqman serta Aminudden berpandangan,suasana menjadi tegang dan Luqman menelan air liur. Manakala perasaan Aminudden ingin tahu,membuak - buak dan Nao membuka mulut.

"Ah apa dia eh?" soal Nao dengan muka tidak beremosi,Luqman dan Aminudden terus tergolek mendengar kata-kata Nao.

"Aunt!!" Luqman dan Aminudden berkata bengang,Nao pula hanya dengan muka selamba dia sahaja.

"Sudah la.. Baik kita balik.." ujar Aminudden dan beredar,Luqman mengekori dari belakang.

Nao memerhatikan dua beradik itu pergi,dia menundukkan kepalanya kemudian nafas pendek dihelakan. Nao menoleh ke satu arah,Alisa bersama Fara berdiri secara bersebelahan memerhatikan Nao dengan senyuman.

"Kakak pasti ke?" soal Nao dan Alisa tersenyum.

"Kita hanya boleh bagi klu.." ujar Alisa memerhatikan Luqman dan Aminudden berjalan pergi.

"Kalau keadaan memaksa,kita kena bantu mereka..." Fara pula mencelah dan Alisa mengangguk setuju,Nao hanya mendiamkan diri sahaja.
















==============================

Yeah siap untuk chapter terbaru

Aku mengantuk masa mengarang

Kalau typo tu tolong tunjukkan,bukan gelakkan ya

Komen dan vote

Ciao..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top