Chapter 11 : David Darren,Cpu-Biology?
Akif memeriksa keadaan kesatria yang pengsan,mereka tidak mati cuma ditidurkan dengan ubat pelali. Aminudden memeriksa setiap pelusuk bandar,matanya bagaikan fungsi binokular zooming setiap jarak.
"Mereka tak apa-apa,cuma ditidurkan.." ujar Akif memandang ke arah Aminudden.
"Macam tu,terima kasih Kif.." kata Aminudden menoleh ke arah Akif.
"Tak ada hal,macam mana kau? Dapat?" soal Akif.
"Sekejap.. Masih lagi belum.." ujar Aminudden.
Aminudden matanya meliar memeriksa seluruh kawasan,jika baru sahaja penembak itu melarikan diri. Sudah tentu ia berdekatan,jika melepaskan diri dengan teknik teleportasi sudah pasti dia akan dapat rasa. Aminudden memejamkan matanya,dia menggunakan semua deria dan merasai apa yang ada di sekitarnya.
Dia membayangkan seluruh kawasan gelap dan setiap kuasa milik rakyat,dipadamkan dan menumpukan yang perlu lalu mengesan gerakan yang luar biasa.
"Am?" soal Akif.
"Akif.. Kau stay dalam kenderaan.. Aku rasa aku dah dapat kesan..." arah Aminudden.
"Okay..." ujar Akif dan Aminudden tersenyum lalu melompat keluar dari menara.
Aminudden bagaikan memijak angin dan terus meluncur,matanya bersinar warna merah saga. Dia dapat mengesan sesuatu dalam bentuk halimunan,bergerak laju dan Aminudden mengaktifkan kuasa seiring rambutnya berubah merah.
DUUUSSH!!!
Sepakan Aminudden mengena dan ada sesuatu merempuh dinding,orang awam terkejut melihat kesan retak. Aminudden mendarat dan sedar sasarannya,melarikan diri umpama lipas.
"Fine... You wanna play hard.." ujar Aminudden sekelip mata,sudah berada di sebelah sasarannya.
Sekali lagi orang yang halimunan merempuh dinding,nasib baik mereka berada di kawasan bangunan lama yang terbiar. Aminudden hanya berdiri dengan api menyala di tangannya,seseorang muncul dan Aminudden tersentak lalu menangkis tembakan yang mengejut.
"Awak mampu tangkis dengan jarak seperti ini.. Saya kagum.." ujar suara seorang gadis,dari halimunan menunjukkan rupanya.
Seorang gadis berambut hitam,lengkap berpakaian seperti militan. Serta senapang di pegangan tangannya,Aminudden bersiul dan gadis itu mengacukan senapang. Tembakan dilepaskan dan Aminudden membalas dengan tembakan api,sebaik berlaga menghasilkan seperti bunga api.
KRAANG!!!
Letusan berlaku dan Aminudden berjaya keluar dari tempat tersebut,tidak lama lepas itu bangunan terbiar terus roboh dan keadaan kawasan menjadi rata. Manakala sasarannya telah berjaya melepaskan diri,tidak lama lepas itu kedengaran bunyi kereta berhenti.
"Am!" Alia dan Hikari keluar dari kenderaan tersebut,Akif dan Elizabeth menyusul.
"Apa cerita?" soal Akif.
"Dia dapat larikan diri.." jelas Aminudden memandang sekitar kawasan.
Gadis itu berjaya keluar dari Green City,dia kembali ke bentuk normal. Pakaian militan miliknya mempunyai lambang sayap dan kesatria berzirah,Valkryie. Gadis itu mendecih kemudian beredar,tetapi dia tidak sedar ada sepasang mata sedang memerhatikannya.
Luqman memerhatikan tangannya,dia kemudian menghela nafas. Rumah Luqman telah dibaiki dan kini Luqman duduk di atas bumbung istana,sambil menghisap rokok dan dihelakan ke atas. Tiada tempat lain jika ternampak Ikhwan pasti dia akan dibakar hidup-hidup,rokok kemas terselit pada bibir dan di membelek telefon pintarnya.
"Aku dah agak kau ada di sini.." Siddiq Al'Lee muncul dari bayang Luqman lalu duduk di sebelahnya.
"Apa yang kau buat di sini?" soal Luqman.
"Aku cari kau la... Satu hari hilang lepas tu dengar kau rosakkan rumah sendiri.." ujar Siddiq.
"Aku tak sengaja la.." jelas Luqman.
"Apa maksud kau tak sengaja?" soal Siddiq.
"Entah la kuasa aku tiba-tiba je aktif sendiri..malah kilat berwarna hitam?" Luqman berkata risau.
"Tenang la kawan.. Janganlah cuak tak tentu pasal.." kata Siddiq menepuk bahu Luqman.
"Kalau masa tu Aila ada,mesti dia akan tercedera..." ujar Luqman lagi mengepalkan penumbuknya.
"Luqman..." Siddiq hanya menghela nafas pendek.
"Ya betul kau patut lepaskan dia.." seorang pemuda menegur dari tepi mereka.
"Siapa pula kau ha?" soal Siddiq dan Luqman terkejut,kerana langsung menyedari kehadiran pemuda tersebut.
Pemuda itu mengenakan pakaian militan sama seperti gadis berambut hitam yang Aminudden hadapi tadi,rambutnya yang berwarna biru dan mengenakan selendang atau muffler di area leher.
"Siapa aku itu tidak penting.. Cuma aku ke sini mahukan Aila dan Alia.." ujar pemuda itu.
"Oi kau boleh tahan gatal ha? Mereka isteri orang,isteri kawan aku! Isteri dia!" Siddiq berkata bengang.
"Kau salah faham.. Aku tak maksudkan seperti itu..." ujar pemuda itu.
"Habis tu apa?" soal Siddiq.
"Cpu-Biology sepatutnya bersama dengan yang sama seperti mereka bukan?" soal pemuda itu dan Luqman terkejut kemudian tersengih.
"Macam tu... Kau antara yang masih berpihak dengan Black Cobra huh?" soal Luqman.
"Baguslah kalau kau tahu..." ujar pemuda itu lagi.
"Apa yang kau nak rancangkan huh? Black Cobra sudah lama berkubur! Kau nak bangkitkan semula?" soal Siddiq.
"Kami dah tak kisah mengenai Black Cobra lagi... Kami menggelar diri kami sebagai Valkryie..." kata pemuda itu.
"Apa yang kau nak sebenarnya?" soal Luqman.
"Aku cuma nak Aila dan Alia membantu kami..." ujar pemuda itu.
"Jikalau mereka tidak mahu?" soal Luqman lagi.
"Valkryie akan paksa dengan cara kasar.." kata pemuda itu.
"Valkryie huh?" satu suara menegur dan mereka bertiga memandang ke arah suara tersebut.
"Alia?" soal Luqman agak terkejut.
Alia berdiri di belakang pemuda tersebut dengan muka bosan,dia hanya merenung pemuda itu tanpa berbuat apa-apa.
"Alia Darweez! Code 07 Cpu-Biology,The Phoenix..." ujar pemuda tersebut.
"Siapa kau?" soal Alia.
"Nama aku David Darren,Code 08 Cpu-Biology The Creator seperti kau..." jelas pemuda bernama David tersenyum,Alia terkejut begitu juga Luqman dan Siddiq.
"Jadi? Apa yang kau mahukan?" soal Alia.
"Kau.." ujar pemuda itu dan Alia hanya menunjukkan muka blur.
"Sertai kami! The Valkryie!! Kita akan menjadi organisasi yang hebat!!" kata David dengan bangganya.
"Aku menolak.." ujar Alia dan David tersentak.
"Kau tahu tak apa yang kau cakap?" soal David tidak percaya..
"Ya.. Aku tak berminat nak sertai kumpulan korang.." jelas Alia selamba.
"Kau adalah ciptaan terulung! Manusia yang mempunyai DNA luar biasa! Kenapa kau nak bersama mereka?" soal David pula.
"Apa masalahnya?" soal Aila tiba-tiba muncul dari belakang Alia.
"Aila Darweez Code 05! Cpu-Biology Weapon Summoner and Elemen.." ujar David.
"Apa yang berlaku ni?" soal Siddiq.
"Shh.. Kita bukan watak utama untuk babak ni..." ujar Luqman.
"Aku berkahwin dengan mereka,ada anak bersama..." ujar Alia.
"Apa?" David tersentak.
"Mereka layan saya macam keluarga.. Anak-anak saya comel.. Malah suami saya juga sayang saya tanpa fikir siapa saya sebenarnya..." ujar Aila tersenyum dan berbalas pandangan dengan Alia kemudian mengangguk.
"Kami bahagia..." ujar Aila dan Alia serentak,David mulanya terkejut kemudian menghela nafas pendek.
"Kalau macam tu..." ujar David terus mengacukan tangan,lalu terhasil senjata pistol yang sebesar lengan.
"Matilah!" David ingin menamatkan nyawa mereka berdua.
Namun pistolnya terbelah dek libasan senjata tajam,semua terkejut dengan apa yang berlaku. Luqman dan Siddiq menoleh ke satu arah,Aminudden berdiri memegang pedang katana. David terkejut dengan apa yang berlaku,memandang ke arah Aminudden bersama Akif dan David merasakan aura yang menakutkan datang daripada Aminudden.
"Kau ada masalah dengan isteri dan kakak ipar aku?" soal Aminudden dengan renungan mata yang tajam.
==========================
Aku malas nak kata banyak-banyak sebab kalau melebih,ada yang terasa so..
Vote dan komen
Tu je
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top