Chapter 106 : Misi Selesai


Ikhwan dan Alisa kini dalam perjalanan untuk pulang ke dunia asal mereka,di saat pertengahan jalan Ikhwan ternampak seseorang berdiri tersenyum ke arah mereka.

Z tersengih dan Ikhwan serta Alisa berpandangan,kemudian sekadar ketawa kecil.

"Haih.. Apa hal lama sangat kau.. Penat aku tunggu.." ujar Z.

"Aku tak suruh kau tunggu pun.. Tak tahu pula kau ada di dunia tadi sekali.." ujar Ikhwan.

"Aku bantu bahagian lain.. Tak apalah.. Sekarang ni.. Aku hantar kau pulang.." kata Z.

"Apa sahaja lah.." balas Ikhwan.

Z membuka pintu terus bersambungan ke dunia Mithgar,sebaik sahaja Ikhwan melangkah keluar bersama Alisa kedengaran bunyi letupan.

BRAAM..!!!!

BOOMM..!!!!

"Bunyi apa tu?" soal Ikhwan menoleh ke satu arah.

Ikhwan terus terapung dan terbang laju,Alisa dan Z terus mengekorinya dari belakang.

Sebuah pulau runtuh dan jatuh ke atas laut,Ikhwan dan Alisa hanya berpandangan sahaja. Luqman dan Aminudden kelihatan terapung di udara,termengah-mengah dan Ikhwan mula terasa tidak sedap hati.

"Z! Kau sambut Luqman.. Aku sambut Aminudden.."

"Roger..boss.." balas Z.

Luqman dan Aminudden terus menjunam jatuh ke bumi,Ikhwan dan Z terus menghalakan tangan ke arah mereka yang terjatuh.

Luqman dan Aminudden terapung,kemudian sebuah kapal pesawat hitam mendarat kemas berhampiran mereka.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Kita putar masa dalam 4 jam ke belakang....

⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪

Luqman terbang laju diekori oleh Aminudden,manakala skuad pimpinan mereka berada di dalam pesawat yang terbang mengekori mereka.

"Kau ada petunjuk?" soal Aminudden.

"Ya.. Sudah tentu.." jelas Luqman.

"Kau kata Sky Island.. Pulau yang terapung banyak.. Kau nak geledah semua ke?" soal Aminudden.

"Kau ikut je lah.. Banyak bunyi betul.." kata Luqman mula menyampah dan Aminudden tersengih tidak bersalah.

Pesawat yang dipandu oleh Siddq dan Nazryn,membawa Karen,Snow dan Daniel iaitu ahli skuad Aminudden. Aisha disusuli Angelina dan Angelica sebagai ahli skuad Luqman.

"Laju betul dua ekor tu terbang.." Nazryn berkata dengan tersengih.

"Dua ekor tu nak habiskan misi cepat.." tambah Siddiq fokus memandu.

Luqman memecut merempuh angin,anak matanya bersinar dan memandang sekeliling kawasan ruang udara. Tetapi seperti pandangan dia seakan menjadi dua,kemudian dia terus menggelengkan kepalanya untuk hilangkan visi tersebut.

"Kau okay?" soal Aminudden.

"Yeah.. Mungkin aku tak cukup rehat agaknya.." balas Luqman.

"Jangan nak hilang kawalan.. Penat aku nak berlawan dengan kau.."

"Hehe.. Aku cuba.."

Luqman melonjak naik ke arah langit,Aminudden menyedari tindakan Luqman lalu segera mengekorinya. Siddiq dan Nazryn juga sama,mujurlah pesawat yang mereka pandu memiliki enjin khas mampu menandingi kelajuan penerbangan sepantas kilat.

Luqman terus berhenti di ruang udara,awan tebal di bawah kakinya dan Aminudden pula muncul. Tidak lama lepas itu muncul pula pesawat hitam di belakang mereka,dua beradik itu tersengih sahaja dan Siddiq serta Nazryn membuat reaksi muka blur.

Luqman hanya membuat muka selamba,Aminudden melambai ke arah mereka dengan tersenyum tidak bersalah.

"Dua ekor ni memang sajalah.." balas Siddiq.

"Nasib baik penumpang di belakang pakai seatbelt.." tambah Nazryn tersengih sahaja.

"Itu dia..." ujar Luqman.

Aminudden mendongak ke atas dan melihat sebuah pulau yang terapung,di ketinggian atas awan malah dilengkapi dengan sistem pertahanan.

"Eh.. Tu bukan Sky Island yang lama ditinggalkan?" soal Aminudden dan Luqman mengangguk.

"Tak sangka kau tahu gak rupanya? Ya,betul tu.. Sky Island yang ini dah lama ditinggalkan..tapi diambil alih oleh kuncu-kuncu Salvodor dan Klark tadi.." jelas Luqman.

"Hmm.... Bagaimana dengan 13 Servant?" soal Aminudden.

"Aku dah cuba kesan daya mereka.. Tiada yang daya kuasa yang sekuat seperti uncle kita.." jelas Luqman lagi dan Aminudden mengangguk faham.

"Jadi tunggu apa lagi?" soal Aminudden tersengih.

Meriam yang ada dipasang pada pulau tersebut,bergerak perlahan-lahan dan Luqman serta Aminudden menoleh.

TUZZMM!!

Luqman dan Aminudden sempat menahan,jika tidak pasti mengenai pesawat di belakang mereka.

"Aisha,Angelina dan Angelica.." ujar Luqman dan tiga orang gadis itu, mula respon.

"Daniel! Karen dan Snow!" Aminudden pula memanggil dan Karen tersenyum,Daniel meregangkan otot dan Snow menghela nafas pendek.

Masing-masing menghubungi ahli skuad,dengan alat perhubungan yang dipakai pada telinga masing-masing.

"Siap sedia untuk jalankan misi!" ujar Luqman dan Aminudden serentak.

"YESSIR!" jerit mereka berenam serentak.

"Absolute Black Thunder Control...."

"Dragon Fire Arts..."

Luqman mendepakan kedua-dua tangannya manakala Aminudden menarik nafas dalam-dalam,kilat hitam mengalir dengan rancak dan api marak mula keluar dari dalam mulut.

"LIGHTNING SHOOT!!"

"FLAMING ROAR!!"

KZZZNNG!!

ZWOOSSH..!!!

BOOMM!!!!

Letupan berlaku dan serangan dua beradik,merosakkan salah satu senjata pertahanan pulau tersebut.

"Kita serang.. Nanti anak buah kita akan menyusul..

Angelina dan Angelica berdiri di hadapan pintu pesawat,Siddiq mengangguk faham dan suis pintu ditekan. Pintu terbuka secara sliding,Angelina dan Angelica berpandangan,lantas mengangguk dan Angelica memegang senjata jenis meriam.

Daniel,Karen,Snow dan Aisha hanya berada di belakang mereka. Angelica mengaktifkan senjata tersebut,kuasa elektrik dalam tahap 100%.

100%
BULLET : 10
Status : Ready to Fire.

"Ready.. Lock on.." ujar Angelina dan Angelica bersiap-sedia,dia membidik ke arah senjata meriam tersebut.

TUMMPH!!!

"Woo?!!" Aminudden terkejut apabila tembakan laser melintasi di hadapannya.

BOOMM..!!

Satu lagi senjata meriam laser musuh,dihancurkan dengan sekelip mata dan Luqman menoleh ke arah pesawat hitam itu. Angelica menghela nafas pendek,Luqman tersenyum menaikkan ibu jari tanda bagus.

"Cepat Am.. Mereka boleh uruskannya."

89%
BULLET : 09
Status : Cooling Down

"Wow.." Daniel hanya mampu tergamam.

"BAPAK AH! Senjata tu kecik je kot..?" soal Siddiq.

"Kau nak hairan apa? Senjata tu bukan calang-calang pereka dia.. Ia gabungan tiga genius.. Professor Zahari.. Mister Zharief dan rakan kita.. Akif.." jelas Nazryn.

"Ouh... Jadi itulah development yang Akif maksudkan tu?" soal Siddiq.

"Suku.. Ya.." ujar Nazryn.

Pada masa itu Siddiq menyedari ada sesuatu yang keluar,drone tempur lengkap dengan senjata berat.

"Ah.. Shit! Drone Armored!" kata Siddiq memberi amaran pada Angelina dan yang lain.

"Baiklah.. Masa untuk test senjata baru.." ujar Angelina pula.

"Okay.. Kita kena bantu kapten kita.." Karen berjalan melepasi Angelina.

"Awak nak buat apa? Kita berada di ruang udara.." ujar Angelina.

Karen dan Snow terus melompat keluar,sayap putih pada Karen dan sayap hitam pada Snow muncul.

"Angelic Clan?"

"Kami boleh terbang.." ujar Karen dan menyeru lembing miliknya,Snow pula menarik pedangnya.

Luqman terkejut melihat keadaan Karen dan Snow bersayap,Aminudden yang menembak drone ditarik bahunya.

"Anak buah kau tu dari Angelic Clan?!" soal Luqman.

"Ha? Uncle tak beritahu kau ke?" soal Aminudden.

"Tak.." jawab Luqman muka terkejut.

"Hah? Ah.. Betul la tu.."

"Karen dan Snow tu memang dari Angelic Clan.. Tapi Snow tu dibuang oleh keluarga dia sebabkan sayap dia berwarna hitam.. Menganggap benda tu sumpahan.." jelas Aminudden.

Luqman yang mendengar penjelasan Aminudden,hanya terkedu memandang ke arah dua orang gadis tersebut.

"Kau tahu Angelic Clan teruk kena serang dengan uncle pasal hal ni.." ujar Aminudden lagi.

"Bagaimana mereka berdua boleh rapat macam tu?" soal Luqman.

Aminudden hanya tersenyum sahaja,dia tidak menjawab soalan Luqman.

"Kita ada tugasan kan? Kau ada masa nak tanya soalan tak penting?"

"Tak penting? Oi,mereka tu ahli skuad kau.."

"Aku tahu apa yang aku nak buat.."

Aminudden menyeru dua buah meriam naga,lantas dirapatkan kedua-dua lalu meriam itu bergabung menjadi satu.

ZRUUMMM..!!!

Tembakan meriam yang begitu kuat,dihalakan ke arah salah sebuah meriam pihak musuh.

"Sekarang.. Misi lebih penting." ujar Aminudden menoleh ke arah abangnya.

Luqman yang mulanya ingin bertelagah,membatalkan niatnya kerana air muka Aminudden sudah berubah menjadi serius. Personaliti dia yang sambil lewa,sudah tiada dan itu ialah kelebihan Aminudden.

"Yeah.. You right.. I wish you can keep like that if not in battle.." kata Luqman tersenyum kelat.

"Sorry bro.. I'm not like you.. Always serious..." ujar Aminudden tersengih sebelum kembali serius.

BOOMM!!

BOOMM!!

GRRRRR...!!!!

"Ketua! Kita diserang!!" ujar ahli pihak musuh apabila gegaran hebat di pulau itu berlaku.

Ketua mereka,Abraham Soulton mendecih memerhatikan skrin kamera visual. Gegaran berlaku lagi dan para pengikutnya sudah mula risau,Abraham mengetap gigi rapat.

"Ketua!" ujar salah seorang anak buahnya.

"Damn that Soren.. He just go without a trace.." ujar Abraham yang sudah bengang.

Salvodor dan Klark,dua orang bawahannya yang terkuat sudah ditangkap.

"Aku tidak akan mengalah dengan mudah.." ujar Abraham.

"Semua aktifkan seluruh sistem senjata pertahanan..! Kuatkan pelindung prisma.. Kerahkan sebanyak mana drone!! Jangan sampai mereka jejakkan diri di dalam pulau ini!"

Abraham memberikan arahan dan semua pengikutnya,mula bergerak mengikut arahannya seperti ditetapkan.

Aminudden melenyapkan meriam miliknya,dia segera menumpukan kuasanya.

"VARGAS!!"

"Your wish is my command..."

Luqman turut sama melakukan perkara sama,kuasanya meletus secara bersebelahan dengan adiknya.

"AVALON!"

"Let's go,partner.."

Luqman dan Aminudden menghela nafas panjang,mereka terus melakukan teknik asimilasi secara serentak.

"SYNCHRONISE!!"

Letusan kuasa yang kuat dan hancurkan drone-drone yang ingin menyerang,Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian mengangguk.

Sekelip mata dua beradik itu bergerak pantas,Aminudden menyeru dua bilah pedang dari senjata Ribuan Pedang. Luqman pula menarik keluar pisau belati,lalu dihayunkan dan puluhan drone dicincang begitu sahaja.

ZRASSH!!

ZRAKK!!

ZRASSH!!!

ZRAKKK!!!

Angelina dan Angelica pasangan kembar itu,hanya berpandangan dan terus mengacukan senjata masing-masing.

"Heroic Spirit... Rider!"

Daniel menyeru kuasa semangat wira,kelas rider dan menyeru seekor kuda bersayap dipanggil Pegasus.

"Alright!!" Daniel terus terbang meninggalkan pesawat,lalu bertarung di udara.

BOOMM!!

BOOMM!!

Daniel melibaskan senjatanya yang seperti lembing,melibas ke sana dan ke sini menghancurkan drone yang ingin menyerang.

"Hey.. Hati-hati kawal kuda kau boleh?" soal Aisha di belakangnya.

"Relax.. Aku tahu kawal la. Huh? Siapa bagi kebenaran kau naik kuda aku.. Semak la kau! Blah!" ujar Daniel terkejut dengan kehadiran Aisha di belakang dia.

Aisha tidak membalas apa yang dikatakan oleh Daniel,dia membuka zirah cakaran dan melibaskan kedua-dua tangannya.

ZRASSH!!

ZRASSH!!

BOOMM!!

BOOMM!!

BOOMM!!

"Hang on tight girls!" Siddiq memberi amaran,Angelina dan Angelica memasang kelengkapan lalu menyangkutkan pada tempat disediakan.

"Ya!!" serentak kembar itu menyahut.

"Eh? Mana Nazryn?" soal Siddiq sedar kawannya,tiada di sebelah.

Manakala di atas pesawat hitam,Nazryn berdiri tersengih dan menyeru tiga buah keranda terapung di sekeliling dia berdiri.

Tiga buah keranda itu terbuka lalu mengeluarkan senjata gatling,kemudian senjata turret mini dan senjata laser.

"TEMBAK!!!"

TUZZMM!!

TUSSH!!!!

TRRR...!!!

TRRR..!!!!!

Maka pertempuran di udara semakin rancak,Aisha dan Daniel bekerjasama paksa. Karen dan Snow pula hebat menari di udara,Angelina dan Angelica memberi bantuan dari belakang.

"Bang kalau kita jatuhkan pulau ni,uncle tak marah? Hmph!!" Aminudden menyoal seiring memotong drone yang datang.

"Rasanya tak kot.. Sampai bila dia nak marah je..? Kita dah besar kan?" Luqman menjawab.

"Okay kalau kau kata macam tu.." ujar Aminudden menyimpan pedangnya.

Aminudden menarik nafas panjang,kemudian tangannya bersinar merah dan terus dia menjunam ke arah pulau tersebut.

KRAANG!!!

"Apa??!" Aminudden terkejut kerana ada force field yang menghalang serangannya.

Luqman juga terkejut dengan keadaan tersebut,dia hanya fokus pada aliran kuasa sambil melibas pisau belati membelah drone yang mengacau.

Pada masa itu juga salah satu meriam pertahanan,dihalakan ke arah Aminudden.

"Am! Berundur!!" tegas Luqman memberikan amaran.

Aminudden tersedar dan terus meriam tersebut,menembak dengan segera tetapi putera api itu sempat terbang mengelak.

"Whoopsie! Lucky enough can fly.." ujar Aminudden tersengih kemudian air mukanya,berubah serius dan bengis.

Busur diseru dan dihalakan ke arah perisai,kemudian bulatan magis muncul dengan puluhan lapisan. Aminudden dengan muka yang serius,aura kuasanya tersebar kuat.

"SINGLE-SHOT..! FALCON WRATH!!"

TUSSH..!!

HNNNGG!!

Serangan api yang membentuk seekor helang berapi,dilepaskan dan sebaik sahaja mendekati perisai itu..

KRRZZTT..!!!!

Lagaan yang amat kuat terhasil,impak tiupan angin yang kuat terjadi. Aminudden sedaya-upaya bergelut,dia mengetap giginya dan kakinya berapi kemerahan.

"Kalau macam tu tak boleh..." ujar Aminudden.

Lantas Aminudden julang mengangkat kakinya,ke atas langit dengan tinggi dan Luqman kehairanan.

"Aku lakukan cara aku! OREAAHH!!" Aminudden melakukan tendangan terbang,dan menolak panah helang berapi.

"Dia memberikan daya tekanan yang tinggi,menolak kuasa serangan dia dengan kakinya sendiri.." ujar Luqman.

"HAAA...!!!!"

Aminudden menjerit kuat dan melompat ke belakang,lantas dia terus ke bentuk rambut merah biru keemasan.

"OREEAAHH!!!"

Aminudden sekali menujah tolakan tendangan kakinya,lalu dengan serta-merta perisai pelindung pulau tersebut berkecai malah sistem pertahanan pulau terus lumpuh. Luqman dan yang lain tergamam,Karen bersiul dan Snow hanya memerhatikan sahaja.

"That's cool..." Daniel berkata dengan teruja,Aisha hanya perhatikan Aminudden yang mendarat di atas pulau.

"Tuan! Perisai kita telah hancur!! Musuh dah berjaya mendarat di pulau kita!"

Siddiq segera mendaratkan pesawat hitam tersebut,di atas pulau dan bersebelahan Aminudden. Manakala Luqman dan yang lain,turut mendarat bersama.

Ratusan drone masih lagi mengejar mereka,Luqman segera mengangkat tangan ke langit. Awan menjadi mendung secara tiba-tiba,guruh pula berdentum dan memandang ke arah adiknya.

"Tadi kau,sekarang.. Giliran aku pula.. THUNDER BLAST!!"

KZZTT!!

TZZM!

TZZM!!

TZZMM!!

BRAAM!!

BOOMM!!!!

Ratusan drone hancur begitu sahaja,tiada meninggalkan kesan dan Aminudden sekadar tersengih.

"Boleh tahan.. Kau berlatih dalam diam huh?" soal Aminudden.

"Aku sebagai abang tak boleh ketinggalan.." ujar Luqman.

Luqman dan Aminudden ketawa sahaja,kemudian mereka berlaga penumbuk. Siddiq dan Nazryn tersengih manakala yang lain juga mengangguk.

Tidak lama lepas itu,serangan misteri dihalakan ke arah mereka. Namun mujurlah Luqman dan Aminudden menahan serentak,mereka berdua hanya berbalas pandangan kemudian mengangguk.

"Sial korang! Kalau tak sibuk hal aku tak boleh ke?!" soal si penyerang.

"Hey Am..nak buat?" soal Luqman tersenyum.

"Kalau kau tak kisah.." ujar Aminudden tersengih.

Luqman dan Aminudden serentak,menudingkan jari telunjuk mereka tepat ke arah Abraham Soulton.

"Abraham Soulton.. Masa untuk kamu menyerah!" ujar Luqman dan Aminudden serentak.

Abraham terkedu dengan urat bengang timbul,manakala Siddiq dan Nazryn serta yang lain membuat muka poker. Masa yang serius macam sekarang ni,boleh diorang nak bergaya?

"SIAL! EKAWA!! DAED RIEDLOS!! YORTSED YM YMENE!! (BANGKIT!! ASKAR KEGELAPAN!! MUSNAHKAN MUSUH AKU!!)"

Seluruh kawasan pulau terapung,bergegar hebat dan tanah merekah. Luqman dan Aminudden serta yang lain,serta bersiap-sedia.

Askar-askar kematian mula bangkit dari sebalik bayang dan berkumpul.

"Haaa.... Aku dah menyampah.." ujar Luqman dan Abraham kehairanan.

"Aku pun.. Oi Siddiq,kau bawak diorang semua keluar dari pulau ni.." ujar Aminudden bermuka selamba.

"Ah..okay.." Siddiq akur menurut,Nazryn membawa ahli skuad Luqman dan Aminudden masuk ke dalam pesawat.

Pesawat hitam mula terapung dan terus berlepas,keluar dari pulau tersebut. Meninggalkan dua beradik tersebut,tiupan angin kencang terhasil.

"Hahaha.. Kau nak bunuh diri ke nak lawan semua ini hanya dua orang sahaja.."

"Siapa kata nak lawan benda alah ni semua?" soal Luqman.

"Ha?"

"Yalah.. Aku dah mula bosan.. Part crossover dah lama tamat.. Tapi part kitorang tak tamat-tamat lagi..." ujar Aminudden dengan muka tak bersalah.

"Apa kau cakap?! Kau pandang rendah pada aku budak mentah?!!" Abraham mula meradang.

Luqman dan Aminudden masing-masing,terus sahaja mengaktifkan kuasa mereka. Tapak tangan mereka segera dirapatkan sedikit,lalu dua beradik itu melompat dengan tangan masih rapat.

"UNISON RAID!!"

ZUUU..!!!

Bola sfera kuasa gergasi terhasil,oleh gabungan kuasa mereka berdua. Abraham tergamam melihat kuasa mereka berdua,kuasa gabungan mereka semakin lama semakin kuat dan juga semakin membesar.

"BLAZING THUNDER!! SPHERE OF LIGHTNING INFERNO!!"

Luqman dan Aminudden menghayunkan tangan mereka,bola sfera yang bersaiz sebesar pulau mula mendekati Abraham yang mula ketakutan.

"No.. No.. NO..! ARGHH!!!"

KRZZZZT!!

ZWOOSSH!!!

BRAAMMM...!!

BOOMM!!!!

Pulau terapung terus terjunam jatuh ke bawah,Abraham tidak mampu menahan dan jatuh bersama pulau tersebut.

KRAANG..!!

BUUSSSHH!!

Air laut bergelora hebat dek hempasan pulau jatuh ke dasar laut,Luqman dan Aminudden termengah-mengah. Mereka berpandangan dengan tersengih,teknik tadi memakan banyak Joule Point mereka.

"Hey bang aku dah nak kosong ni..." ujar Aminudden.

"Kau fikir kau sorang? Hehe.. Aku pun.. Ha.." balas Luqman dan mereka berdua terus menjunam jatuh.

⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩

Luqman dan Aminudden terkejut,apabila tubuh mereka tiba-tiba berhenti terapung di udara. Mereka menoleh ke satu arah,kemudian tersengih kerana melihat kelibat yang mereka sudah kenal.

"Uncle!" serentak dua beradik menjawab,kemudian Ikhwan dan Z letakkan mereka di hadapannya.

"Good job finished the mission without my help.." ujar Ikhwan tersengih.

"Thanks uncle.. Heheh.." Aminudden berkata dan terus terbaring,kepenatan dan Luqman sekadar tersenyum.

Tetapi Luqman tersentak apabila air laut meletus,lalu timbul seekor raksasa yang sangat besar.

GROARR!!

"KORANG FIKIR DAPAT KALAHKAN AKU?!! AKU MASIH BELUM MENGA..!!?"

Raksasa itu terkejut dan melihat badannya,berlubang besar dan melihat Ikhwan dalam keadaan menghalakan meriam naga yang mulutnya berasap.

"Sial... Kau... Urghh...!" raksasa tersebut rupanya ialah Abraham,namun usahanya sia-sia menjadi raksasa tetapi ditewaskan dengan mudah.

Raksasa Abraham terus hancur menjadi debu,yang tinggal hanyalah serpihan pulau yang timbul di atas laut. Ikhwan turunkan meriam naga,lalu dilenyapkan.

"Semak.." ujar Ikhwan.

Tindakan Ikhwan tadi disaksikan semua,Alisa hanya mampu tersenyum kelat dan Z tersengih sahaja. Manakala Nazryn dan Siddiq,bersama ahli skuad Luqman dan Aminudden hanya tergamam dengan apa yang berlaku.

Luqman dan Aminudden berpandangan,mereka mengangguk setuju akan sesuatu iaitu.

"Badass as always.."



=======================

Hellooo guys

What's up everyone

Reader and follower,even that words just had the same meaning

I. Don't care..

Haha.. Just kidding.. Just kidding..

Why so serious?

Okay guys

Please comment and vote..

Also don't comment asking fast updates okay

Izinkan aku berkongsi sekejap

'Martabatkan bahasa kita,kalau bukan kita siapa lagi..'

Ia menarik minat aku tentang ayat ni,boleh tahan..

Not bad ah..

My question for this sentences just simple,how about you're the one start it first..

Make a good story without single english words?

Jangan terasa.. Jangan melatah.. Aku tak tujukan pada sesiapa,ianya random

Aku pun tak pakar tahap dewa🤣🤣 sangat bahasa melayu,tapi alhamdulillah reader minat cerita aku😘😘

Thanks guys!😘😘

Love you guys soooo much!

Ps : aku guna emoji ni jangan ada yang fikir aku ni perempuan pulak😁😁

That's all

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top