Chapter 105 : Pertempuran Akhir & Jumpa Lagi
Aura kegelapan berkumpul di satu pusat,ya di mana Lycia mengumpulkan kuasa kegelapan untuk kepentingan dirinya.
Shiro menyedari bukan sahaja mengumpulkan kuasa gelap,tetapi menyedut daya hidup seluruh hidupan. Tidak kira pokok,tanah semua menjadi layu dan kering.
"Apa yang berlaku ni?" soal Shiro tergamam dan Ikhwan berfikir sambil menongkat dagu.
"Hmm..macam tu rupanya.." Ikhwan mengangguk faham.
"Apa yang kau tahu?" soal Shiro.
"Dia menyedut seluruh daya ki yang terdapat dari seluruh kawasan ini.." jelas Ikhwan dan Shirp membesarkan mata,Luke juga menyedari sesuatu.
"Kalau macam tu kawasan luar juga kena?!" soal Luke dan Ikhwan mengangguk.
"Kita kena selamatkan orang yang berada di luar.. Shiro kau kena.. Huh?" Luke ingin memberi cadangan,Ikhwan menghalang.
"Alisa.. Bawa semua masuk ke dalam,lepas tu pastikan kuatkan kuasa perisai.." ujar Ikhwan memberi arahan.
"Ikhwan!"
"Ikut sahaja arahan dia!" Shiro bersuara dan Luke tersentak.
Air muka Shiro yang sedang marah merenung Luke,Alisa memegang bahu Emyriel.
"Semua.. Cepat.." arah Alisa dengan nada dinginnya.
Eryl terasa merinding merasai aura milik Alisa,bagaikan melihat seekor naga yang besar lebih besar dari bentuk naga dia. Eldera tidak mahu menyoal lebih,dia sekadar mendiamkan diri.
"Abang.." Emyriel memanggil Shiro.
"Tolong pulang dengan selamat.." pinta Emyriel dan Shiro tersenyum simpul.
"Abang.. Hati-hati.. Ini bukan kuasa sembarangan.." jelas Alisa dan Ikhwan tersenyum mengangguk
Alisa mengaktifkan kuasanya dan bulatan magis,terhasil di bawah kaki mereka.
"Shiro.." Luke memanggil dan Shiro menoleh ke arahnya.
"Jangan kau berani nak mati.. Faham?" Luke berkata sebelum mereka lenyap dari pandangan mata.
Sekarang hanya tinggal Ikhwan dan Shiro,mereka merenung dan memerhatikan Lycia yang menyedut daya hidupan sekeliling.
"RAAAHHH!!!!"
Lycia berubah bentuk dan aura liar,hidupan menjadi layu dan Shiro mula meningkatkan kuasanya supaya mampu menahan efek dari daya kegelapan milik Lycia.
Aura Lycia dilepaskan dan tanah yang dipijak,terus merekah dengan letusan kuasa kegelapan yang dahsyat.
"Hey Ikhwan kau boleh hentikan seorang diri?" soal Shiro.
"Ha? Boleh tapi kalau aku buat.. Tempat ini hancur ah.." jelas Ikhwan.
"Apa maksud kau?" soal Shiro.
"Kuasa dia sekarang umpama bom masa.. Kalau dia tewas.. Boom! Hancur..."
"Sekuat mana?"
"Cukup kuat menghancurkan dunia ini.."
Shiro terkedu mendengar penjelasan Ikhwan,dia mengetap gigi merenung tajam ke arah Lycia.
"Kau memang berjaya naikkan darah aku.. Ini kerajaan aku.. Aku tidak akan biarkan kau mengancam keluarga aku.." Shiro berkata dengan wajah yang serius.
"Kau masih ada sisi yang cool rupanya.. Ingat tak ambil peduli.. Haa... Thank you God.. Thanks a lot.." ujar Ikhwan dan Shiro mula bengang.
"Gehh! Masa-masa macam ni kau nak mengutuk lagi..." kata Shiro dan urat bengang timbul di dahinya.
Ikhwan hanya tersengih ketawa kecil,dia menghalakan penumbuk ke arah Shiro.
"Apa lagi kau nak buat?" soal Shiro.
"Chill... Right now.. Selarikan kuasa kau dengan aku.." ujar Ikhwan menghalakan buku limanya pada Shiro
"Haaa.. Yeah. Yeah. wait what?" Shiro kehairanan dengan apa yang Ikhwan katakan.
"Haa... Kena terangkan la ni? Ah maaf.. Maaf.. Macam ni kuasa kau nampak boleh serasikan dengan kuasa aku.. Maksudnya dalam kuasa aku yang normal.. Kau masih boleh gunakan kuasa elemen kegelapan bukan?" soal Ikhwan.
"Ya.. Tak sekuat dulu.. Kenapa?" Shiro masih kurang faham.
"Lagakan tinju kau pada tinju aku.." ujar Ikhwan dan Shiro mengeluh,lalu hanya mampu menurut.
"Okay.. Sekarang apa?" soal Shiro sebaik melagakan penumbuknya.
"Kita akan bergabung.." jelas Ikhwan.
"Ouhh... Okay.. Tunggu,apa?" Shiro tercengang.
Aura kuasa mereka meletus kuat,kuasa kegelapan Shiro dengan tiba-tiba meningkat dan Ikhwan pula menggunakan kuasa cahaya miliknya.
"FUSION!!"
"Ha? Wooo! Aku kena sedut!!"
"Heh.. Maaflah ye.. Ini je satu-satunya cara..."
Angin kencang bertiup dengan kuat,bagaikan puting beliung dan kuasa kegelapan serta cahaya bergabung.
Lebih tepat kuasa cahaya milik Ikhwan,serta kuasa kegelapan milik Shiro bersatu begitu mereka berdua.
ZWOOSSSSSHHHH!!!!!
Aura yang kuat dirasai oleh Emyriel dan Luke,Eldera dan Eryl juga sama.
"Ini kuasa ayah kan?" soal Eryl pada bondanya.
"Ya.. Tapi kenapa lain ni?" Emyriel kehairanan.
"Yalah.. Seperti..."
"Mereka bergabung.." jelas Alisa dan mereka berempat,menoleh ke arah Alisa.
"Eldera!" ujar Adrea yang muncul dengan tiba-tiba diekori Akira.
"Apa maksudnya?" soal Luke.
"Ia bermaksud.. Ikhwan dan Shiro bergabung,menjadi orang lain..."
Penjelasan Alisa membuatkan Emyriel terdiam,Alisa pula yang melihat reaksi mereka hanya menghela nafas pendek. Alisa menghasilkan satu imej paparan,keadaan di luar perisai.
"Itu...." ujar Eryl dan Akira yang turut berada di sebelah,hanya kehairanan.
Eryl dengan wajah serius melihat satu benda seperti cocoon,Eldera membesarkan matanya dan Adrea yang ada bersama turut kehairanan dengan reaksi Eldera.
Cocoon itu mula bergerak dan rupanya,ia adalah sayap dan terbuka. Seseorang berambut putih sedikit hitam keunguan,dengan sayap hitam yang besar.
"Itu..?" soal Emyriel menoleh ke arah Alisa.
"Ya.. Itulah suami kita.."
Lycia yang bukan dirinya hanya mengaum kuat,manakala orang yang dikatakan gabungan Ikhwan dan Shiro hanya berdiri dengan muka tidak berperasaan. Tetapi sekelip mata lelaki itu,sudah berada di hadapan Lycia dan terus menghayunkan penumbuk tepat ke muka Lycia.
"Pantas!!" Luke tergamam.
"Ini dikatakan fusion? Agaknya boleh kita belajar?" soal Emyriel.
DUUUSSH!!!!
Lycia terpelanting jauh menggunakan sesungut,untuk hentikan dirinya dari terus jauh tercampak.
"Ahh... Bisinglah.." ujar lelaki itu.
"Ergghh.. S-siapa kau.. Mana dua orang tadi?" soal Lycia.
"Ouh? Kau masih sedar? Ingat dah hilang kawalan tadi.." kata lelaki berambut putih.
"Siapa kau.. Jangan halang jalan aku!!" kuasa letusan Lycia merebak kuat.
Lelaki itu hanya menahan sahaja,mukanya tenang sehingga sedar sayapnya terbakar sedikit dengan api berwarna hitam gelap.
"Uohh!! Haip.. Haip.. Agak ah.. Perempuan sepatutnya insan yang lemah lembut.. Barulah ayu.." ujar lelaki itu memadamkan api hitam tersebut.
Semua yang menyaksikan itu hanya membuat muka blur,Alisa sekadar ketawa kecil sahaja dan Luke menghela nafas pendek.
"Haa.. Gabungan personaliti sadistic dan idiotic.." kata Luke dan Emyriel tersenyum kelat.
"Baiklah.. Baiklah.. Aku jawab soalan kau.. Aku gabungan Ikhwan dan Shiro,kau boleh panggil aku Zyrre..." jelas lelaki menggelarkan dirinya sebagai Zyrre.
Lycia melibaskan sesungutnya dan Zyrre mengelak dengan hanya mengalihkan kepalanya ke kiri,kemudian dia tersengih dan menangkap sesungut Lycia.
"Kau apahal main libas-libas sesungut ni? Apasal tak datang serang depan-depan eleh.. Malu ke? MARI SINI!!"
Zyrre menarik sesungut dengan kuat,membuatkan Lycia ditarik dan meluru ke arah Zyrre dengan laju.
DUUUSSH!!!!
Perut Lycia dibenamkan sebiji penumbuk,Lycia muntahkan air liur dan Zyrre terus hadiahkan serangan menggunakan lutut.
"RAAAHHH!!!"
Zyrre tersentak lalu mengelak satu serangan hayunan kaki,lantas hayunan sesungut mengenai badan Zyrre dan terpelanting jauh sedikit. Tetapi belum cukup kuat untuk menumbangkan lelaki itu.
Sayap Lycia dikembangkan dan menembak bulu pelepah,Zyrre juga menyerang balas dengan serangan yang sama. Maka berlakulah pertembungan letupan yang kuat,Zyrre memusingkan kipasnya dan menembak libasan potongan.
Lycia mengelak dan terus melakukan tembakan bulu pelepah,Zyrre menghasilkan perisai halimunan.
"MARILAH! ITU JE KAU BOLEH BUAT!?" Zyrre menjerit kuat sengaja untuk menaikkan kemarahan Lycia.
Sekelip mata Lycia sudah berada di belakang Zyrre,belum sempat Zyrre menoleh sudah terkena hayunan pukulan sepakan kaki Lycia.
Zyrre terus terpelanting dan Lycia,bergerak pantas mencengkam belakang kepala Zyrre dan dihempas pada tanah berkali-kali.
Lycia akhirnya menghentikan serangannya,dia hanya merenung tajam ke arah figura yang terbaring di bawah kakinya. Namun belum sempat dia menghela nafas lega,seperti satu pukulan halimunan dan buatkan dia tercampak merempuh pokok.
"Man.. Kau pukul aku kuat.. Sakit tahu tak sakit... S.A.K.I.T.. SAKIT! Ergghh... Kaki kau batu ke apa? Perghh.." Zyrre meregangkan otot dan bersihkan mukanya yang kotor dek kena benam pada tanah.
"Alright.. Okay.. Handsome tak? Hehehe.." ujar Zyrre meneruskan sarcasm.
"Buat lagi,habiskan je la terus!..." ujar Luke bengang.
Lycia juga bengang kerana serangan dia,gagal untuk membunuh Zyrre dan dia menyedut kuasa hidupan sekeliling. Namun kepalanya sudah dicengkam,Zyrre pantas bergerak melakukan tindakan.
"Kau nak ambil daya hidupan sekeliling lagi? Ouh.. Tidak.. Tidak.. Apa yang kau perlu ambil,adalah kesakitan.."
BRAAM..!!!!
Lycia dibenamkan pada tanah dan hasilkan rekahan yang teruk,Lycia mengerang kesakitan dan Zyrre menghela nafas pendek.
"Aku macam jadi orang jahat pulak.. Pukul perempuan pula tu.. Tapi peduli apa aku!" ujar Zyrre mengangkat Lycia,lalu hadiahkan tumbukan berkombo pada Lycia.
DUUUSSH!!
DUUUSSH!!
DUUUSSH!!!
"Argghh...!!! Tolong hentikannya.." pinta Lycia.
Zyrra merenung tajam dan mengesan sesuatu,Zyrre tersenyum dan tangannya diselubungi bayang kegelapan. Lantas ditikam menembusi dada Lycia,tetapi bukan untuk membunuh.
Zyrre menarik sesuatu dan mencampakkan ke luar,Lycia terus berubah menjadi seorang gadis biasa.
"Macam tu.. Mengawal nyawa orang tak bersalah.. Bagus betul..." ujar Zyrre mengeluh dan menoleh ke satu arah.
Satu bayangan yang agak besar,dua kali ganda daripada Hakuryu. Zyrre memandang benda itu dengan wajah bosan,bayangan itu merenung tajam ke arahnya.
Lembaga bayang seperti ingin cuba menguasai Zyrre,namun Zyrre mengeluh dan hasilkan sfera bola gelap keunguan.
"Ingin kuasai aku? Nice...hehe.."
Sfera gelap keunguan itu menarik lembaga bayang,naik ke atas langit dan Zyrre pula halakan tangan ke udara. Meriam naga berwarna hitam gelap muncul,Zyrre mengangakan mulut meriam naga. Tembakan yang kuat sekelip mata,menghancurkan lembaga kegelapan sehingga tiada kesan.
Pada masa yang sama,Soren yang sedang berada di satu tempat. Dia tersentak dan Ursula yang berada bersama,hairan melihat Soren terjatuh melutut dengan keadaan mukanya termengah-mengah.
"Ouhhh...? Rancangan kau gagal huh? Hahaha..." Desmond yang ada sekali,sekadar ketawa.
"Diam Desmond.." kata Soren dan beredar.
Zyrre hanya menghela nafas pendek,dia memerhatikan keadaan kawasan yang mati di hadapan bandar Alterald. Zyrre mengeluarkan satu cahaya sfera,berwarna keputihan dan dilontarkan ke hadapan.
Sekelip mata seluruh kawasan menjadi normal,seperti tiada apa-apa yang berlaku. Zyrre mengangguk sahaja sebelum tubuhnya,bersinar dan terus berpecah menjadi dua semula.
"Mereka dah berpecah kepada dua semula.." ujar Emyriel.
"Jadi apa kata kita jemput mereka..?" cadang Alisa dan Emyriel mengangguk bersetuju.
Ikhwan hanya menghela nafas pendek,membetulkan kot labuh miliknya dan Shiro memeluk tubuhnya merinding terasa.
"Apahal?" soal Ikhwan selepas menyedut gadis yang tidak sedarkan diri ke dalam satu bola sfera kecil.
"Gabung dengan kau buat aku terasa gay.." jelas Shiro.
"Kalau otak kau kuning.. Ya.. Kau gay.. Bukan aku.. Ini magis fusion,bukan hubungan sejenis.. Jauh betul fikiran kau.. Fikir positif boleh? Haih selekeh tak agak-agak..." kata Ikhwan panjang lebar dan Shiro tertunduk dek bidasan orang di hadapannya.
"Kau... Haaa..." Shiro mengalah tidak mahu bertekak.
"Well gabungan kita selamatkan keadaan.. Okaylah tu.. Apa masalahnya.." jelas Ikhwan tersenyum dan Shiro terkejut kemudian tersengih.
"Yeah.. Kau betul.." Shiro bersetuju.
Alisa dan Emyriel menghampiri mereka,Alisa memeluk Ikhwan begitu juga Emyriel memeluk Shiro. Mereka menarik nafas lega,kerana suami masing-masing selamat dan tidak tercedera.
"Kau tinggal lama sikit boleh? Aku nak adakan majlis keramaian untuk menyambut kemenangan ni.." jelas Shiro dan Ikhwan tersenyum lalu bersetuju.
"Boleh apa salahnya.."
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Majlis keramaian dijalankan dengan meriah,menyambut kemenangan dan puak Beast berbual dengan rakyat di bandar Alterald.
Eryl dipiat telinga kerana cuba menggatal dengan gadis di bandar tersebut,manakala Luke hanya ditemani isterinya Fuyu memerhatikan keadaan di situ.
Shiro pula bergurau senda dengan Hakuryu,ditemani Emyriel dan Daze. Ikhwan dan Alisa ditemu ramah oleh beberapa penduduk di bandar Alterald,namun Ikhwan sedar seseorang tiada.
Tetapi Eldera duduk jauh sedikit,di tempat yang agak tersembunyi berhampiran kawasan dengan majlis keramaian.
"Ha.. Sini kau rupanya.." Eldera sedikit terkejut dengan kehadiran Adrea yang muncul secara tiba-tiba.
"Kau buat apa sini? Kenapa tak sertai majlis tu.." soal Adrea.
"Tak ada apalah.." ujar Eldera.
"Jangan nak menipu.. Kau nampak risaukan sesuatu.. Lagi-lagi lepas si mata merah tu cakap sesuatu pada kau.. Beritahu aku Eldera.. Apa yang kau risau..?" Adrea memujuk.
Eldera mengusap pipi Adrea,senyuman kendur dan helaan berat dilepaskan. Adrea tahu Eldera risaukan sesuatu,dia memegang kedua-dua pipi lelaki tersebut.
"Tell me Eldera Delwyn.. Apa yang kau risaukan?" soal Adrea.
"Aku risaukan masa depan Adrea.. Aku takut aku tidak dapat kawal kuasa aku.. Aku takut lukakan kau..."
"Shh... Bukankah kita dah tahu.. Masa depan ialah sesuatu yang kita tidak dapat nak jangka.. Aku yakin semuanya akan baik-baik.. Jika kita yakin.." Adrea berkata dengan senyuman manis.
Eldera terkedu dengan senyuman perempuan yang dia sayangi,rambut Adrea diusap dengan lembut dan wajah mereka semakin lama semakin rapat.
Tetapi..
Ikhwan duduk elok di kerusi di hadapan mereka,malah kaki bersilang dan menongkat dagu dengan senyuman tidak lekang dari mulutnya.
"Ikhwan?!!" Eldera terus menjauhkan sedikit jaraknya daripada Adrea,sudah pasti gadis itu juga terkejut.
"Eh..? Kenapa tak teruskan.. Jangan malu-malu.. Anggap je aku ni tugu peringatan.. Hehe.." ujar Ikhwan tersengih.
"Err.. Eldera.. Aku pergi dulu.. Nanti jumpa lagi.." Adrea terus beredar,mukanya merah padma.
"Erghh... Haaa...Ikhwan.." Eldera berkata dengan renungan membunuh.
"Lupakan je lah niat kau nak tibai aku.. Kau tak mampu sentuh aku.." ujar Ikhwan tersenyum seribu makna.
"Kau pasti?" soal Eldera.
"Yup 100% yakin.. Selagi kau tidak kuasai syaitan kau.. Selagi itu kau tidak mampu berbuat apa-apa.. Masa depan juga tidak berubah.." jelas Ikhwan dan Eldera terdiam.
"Diam.. Kau tidak tahu apa yang aku rasa.." bidas Eldera.
"Ouh..? Tapi aku tahu apa yang ada di dalam badan kau.. Raja Syaitan.. Aeldera Tempests.. Tak terfikir akan jumpa seekor di sini.. Seekor ke,ya.. Syaitan kan?" kata Ikhwan mengangkat sebelah tangan.
"Jadi kau beritahu aku.. Bagaimana aku nak hadapi semua ni? Kau pernah bunuh darah daging kau sendiri?" soalan Eldera hanya dibiarkan kosong,jelas kerisauan terpapar di air muka Eldera.
"Adakah semuanya kerana dendam..?" soal Ikhwan tetapi Eldera tidak menjawab,Ikhwan hanya menghela nafas pendek.
"Aku tidak mahu mengulas panjang bab hal macam ni.. Apa yang aku mahu katakan.. Dendam hanya memberi kita kesakitan,jika kita fikir apabila kita berjaya melunaskan dendam.. Kita merasa lega tetapi tidak.. Apa yang kita rasa hanyalah penyesalan seumur hidup.. Perasaan bersalah.. Perasaan fikir 'aku yang patut mati'.. Lebih kurang macam tu lah... Well maaflah cakap panjang sangat.. Harap kita berjumpa lagi,lepas majlis ni tamat.. Adios.. " ujar Ikhwan menepuk bahu Eldera dan pergi.
Selesai majlis keramaian,Ikhwan dan Shiro berbalas senyuman.
"Kau dah nak pergi?" soal Shiro.
"Ya.. Kenapa,kau dah rindu?" soal Ikhwan tersengih dan Shiro ketawa sahaja.
"Kau tak habis-habis nak mengusik aku.. Tapi mungkin la.. Rindu sebagai kawan?"
"Ya.. Sama la aku.. Jika kau perlukan bantuan,kau boleh hubungi aku.. Ayrez ada kan?"
Pada masa yang sama,Ayrez dan Red yang berada di satu tempat. Ayrez terasa seram sejuk,memeluk tubuh menggigil.
"Awak okay Ayrez?" soal Red
"Ya.. Ya.. Aku okay.." jawab Ayrez,Ikhwan mesti mengumpat dia. Dasar naga malapetaka sekali la dengan Shiro.
"Hahaha.. Aku rasa dia tengah kutuk kau ni.." ujar Shiro.
"Ya.. Memang,dan dia kutuk kau jugak.. Hehehe.." balas Ikhwan dan dua orang raja itu ketawa.
"Jeneral Luke.." ujar Ikhwan mengalihkan pandangan ke arah jeneral muda itu.
Ya.. Raja Naga.. " balas Luke.
"Tengokkan si pemalas ni elok-elok..." ujar Ikhwan dan Luke hanya tersengih sahaja.
Akhirnya Hakuryu dipandang oleh Ikhwan,tiada apa yang ingin dikatakan di antara mereka. Hanya anggukan kepala sahaja,kemudahan mereka berbalas lagaan penumbuk.
"Selamat jalan sahabat.."
"Terima kasih sahabat.."
"Terima kasih untuk segala-galanya.." Emyriel berbalas pelukan dengan Alisa.
"Sama di sini.. Harap kita bertemu lagi.." ujar Alisa tersenyum manis.
Alisa mengalihkan pandangan ke arah Adrea,gadis berambut ungu diperhatikan lama lantas Alisa memeluknya.
"Semoga berjaya dengan apa yang berlaku di masa hadapan.. Saya doakan untuk awak.." bisik Alisa dan Adrea terkedu.
Pelukan dileraikan dan Adrea hanya terkebil-kebil,Emyriel dipandang oleh Alisa dan mereka berdua mengangguk faham akan sesuatu. Alisa menghampiri Ikhwan,Eryl berbalas pandangan dengan Ikhwan.
"Eryl.. Ubah sikit perangai gay kau.. Aku harap kalau kita jumpa lagi,aku tak tersengaja tibai kau.." ujar Ikhwan dan Eryl hanya tersengih.
"Eldera.." Ikhwan memandang ke arah remaja tersebut.
"Aku tahu.. Aku cuba.." balas Eldera dan Ikhwan tersengih.
Ikhwan terus menyeru bulatan magis teleportal ke dunia asalnya,kemudian Eldera bersuara dan Ikhwan menoleh.
"Tapi kata-kata kau hampir sama dengan seseorang yang aku kenal.." ujar Eldera.
"Seseorang yang kau kenal? Boleh aku tahu namanya?" soal Ikhwan.
"Dia gelar dirinya,Yamasato Sanzo.." jelas Eldera dan Ikhwan ketawa.
"Dia anak didik aku.." ujar Ikhwan dan terus lenyap daripada pandangan mata kasar.
"Anak didik huh? No wonder.." ujar Eldera tersenyum sambil sedikit tawa kecil.
=======================
Yeahhhh
Akhirnya tamat crossover dua dunia ini!
Penat jari aku menaip tahu tak😭😭
Tapi takpe untuk reader,tiada hal lah!
Berikan komen dan vote
Itu sahajalah
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top