Chapter 104 : Amarah Peperangan
Jeneral Luke hanya mampu tergamam melihat perisai gergasi yang melindungi satu kota,malah dengan satu bulatan magis gergasi berwarna emas di ruang udara kerajaan Emerald.
"Apa benda tu? Apa yang berlaku ni?" soal Luke tidak tahu apa yang berlaku.
Shiro mendongak melihat bulatan magis berwarna keemasan,dia memandang ke arah Ikhwan yang menjeling ke arahnya sambil tersengih.
"Sacred Magis.. Heavy Rain of Thousands Blade.."
TUSSH!! TUSSH!!
TUSSH!! TUSSH!!
TUSSH!! TUSSH!!
TUSSH!!!
Ratusan askar kegelapan Lycia terhapus begitu sahaja,Ikhwan hanya membuat muka selamba.
"Askar aku...!!" Lycia menjerit.
"Bagaimana? Berundur sekarang.." Ikhwan memberi amaran.
"Kau fikir hanya setakat ini?! Sambut seruanku!!"
Ratusan ribu askar kegelapan timbul dari bayang,Semua selain Ikhwan terkejut dan bahu Ikhwan dicengkam oleh Shiro.
"Hanya kita berempat mustahil untuk uruskan semua ini! Anak aku dan kawannya bukan macam kau dan aku..!"
"Betul kata dia tuan raja naga.. Mustahil kau mampu hapuskan ribuan minion aku.."
"Ikhwan.. Bukak sikit pelindung.. Puak Beast Ryuzaki boleh bantu kita.."
Ikhwan hanya tersengih dan menolak lembut tangan Shiro,dia memandang tajam ke arah Lycia dan menarik nafas dalam-dalam.
"Kau fikir aku siapa?"
Ikhwan mendepakan tangannya dan Lycia kehairanan,dia terasa sesuatu dan Emyriel yang memandang luar terkejut.
"Apa ni?" soal Emyriel.
"Ah.. Suami saya dah mula berlawan la tu.." Alisa berkata dengan muka selamba.
Pintu perpustakaan dibuka kasar,Luke muncul dengan tiba-tiba.
"Emy! Mana Shiro?"
"Luke?"
Shiro dicuit bahu oleh Eryl,Eldera awal-awal dah tergamam memandang ke atas langit.
"Ada apa Eryl?" soal Shiro dan Eryl menuding jarinya ke atas.
Apabila didongak ke atas,Shiro terus terkejut dan tercengang bagaikan rahang mahu tertanggal.
Sun Destroyer,dengan jumlah yang begitu banyak di ruang udara.
"Askar kau banyak.. Aku pun ada.." ujar Ikhwan tersengih.
Lycia baru teringat pesanan Soren,jika bertemu dengan orang bernama Ikhwan Syah Al'Solleh. Jangan sesekali melawannya,kau buat tektik macam mana pun semua sia-sia.
"Aku tak percaya!! Dia lebih hebat dari Lord Soren?!"
Puluhan teknik matahari pemusnah,Ikhwan terus lancarkan dan letusan yang amat kuat berlaku.
BOOMM!!
BOOMM!!
BOOBOOMM!!!
BRAAMMM!!!!!
Lycia bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku,askar dia yang hampir melebihi ribuan hancur separuh. Pada masa yang sama,Hazen yang berada jauh menoleh ke satu arah dan hanya tersengih.
"Aku tidak akan mengalah!!" Lycia menyeru puluhan askar gergasi.
"Titan huh?" soal Ikhwan tersenyum.
"Bapak besar sial.. Tapi atuk aku lagi besar.." ujar Eryl.
"Nak bebel ke nak lawan?" Eldera melangkah ke hadapan.
"Ini memang menarik!"
DUUUSSH!!!
Shiro menyepak Titan yang diseru oleh Lycia,manakala Eldera membersihkan di bahagian lain.
"Teruk.. Tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.. Snff.." kata Eryl mengesat air mata palsu.
KRAKKK!!
"Ouh.. My God.. Big!!"
Seekor titan muncul di hadapannya,ingin menghayunkan serangan dan Eryl segera ingin menyerang balas.
DUUUSSH!!!
Ikhwan muncul dan hempaskan makhluk itu ke tanah,Eryl tergamam dengan keadaan itu. Efek bintang berkelipan hiasi latar belakang Ikhwan,Eryl tersengih menggedik.
"Ahhh.. My hero.. Ehek.."
ZRAKK!!!
Ikhwan menusuk jantung titan dengan muka naga kelaparan,tajam mata Ikhwan mencerlu tepat ke arah Eryl. Terus memucat muka Eryl melihat keadaan tersebut,dia menggelengkan kepala laju.
"Aku bersihkan kawasan sana.. Peace yow.." laju Eryl berlari sambil diperhatikan Ikhwan.
"Marilah!! Serang ke tempat pemerintahan aku?! Hiarggh!!"
DUUUSSH!!
DUUUSSH!!
BRAAM!!
"Uwooh!! Titan hempap aku..! Hoh? Oi! Ikhwan! Kau sengaja kan?!" Shiro menjerit ke arah Ikhwan.
Manakala Ikhwan dalam keadaan baru lepas membaling sesuatu,hanya tersengih sinis dan tangannya menyalakan api biru lantas memusingkan badan serta melepaskan api marak.
"BLAZING FLARE!!"
ZWOOSSH!!!
BOOMM!!!!!
Eldera yang baru sahaja menghapuskan salah satu askar kegelapan,memerhatikan Ikhwan dari jauh dan api marak berwarna biru.
Sedang Eldera melayani fikiran dua titan muncul secara mengejut,Eldera mendecih dan titan tersebut dibakar dengan api hitamnya.
Seekor lagi muncul dan Eldera tidak sempat nak bertindak balas,namun api biru yang marak terus membakar titan sekelip mata menjadi debu.
"Hati-hati budak.. Silap langkah kau mati.."
Eldera menoleh dan mukanya merenung ke arah Ikhwan,namun Ikhwan hanya tersengih sahaja.
"Tak payah tenung... Aku bukan musuh kau.." ujar Ikhwan berjalan menghampiri Eldera.
"Kau boleh jamin apa yang kau cakap?" soal Eldera.
Ikhwan menyalakan api di penumbuknya dan Eldera menarik pedangnya,kemudian mereka menghayunkan tumbukan dan libasan ke arah puluhan askar kegelapan yang ingin menyerang.
DUUUSSH!!!
ZRASSH!!!!
Sekelip mata musuh hancur terus tidak meninggalkan kesan,Ikhwan mengurutkan penumbuk dan Eldera menghela nafas pendek sahaja.
"Boleh tahan budak.." kata Ikhwan tersengih.
"Kau pun orang tua.." balas Eldera.
"Well thanks..." ujar Ikhwan tersengih dan Eldera hanya tersenyum.
"You welcome and....." balas Eldera dan Ikhwan menjungkitkan kening sebelah kanan.
"Bagaimana kau boleh kesan aura Aeldera Tempests ada pada aku?"
"Pasal tu? Ini..." ujar Ikhwan dan anak matanya berubah menjadi biru.
"Mata kau berubah biru?"
"Ini abiliti mata naga aku,mampu mengesan aura seseorang.. Walaupun sekecil zarah.. Termasuk kuasa Aeldera yang ada di dalam tubuh kau.."
Eldera hanya terdiam dan sebelum sempat untuk berkata lebih,mereka diganggu suara seseorang menjerit.
"UWAAAHHH!! ZOMBIE! JANGAN KEJAR AKU.. DAGING AKU TAK SEDAP!!"
Eldera dan Ikhwan segera menoleh ke arah jeritan tersebut,kelihatan Eryl berlari dikejar puluhan askar kegelapan. Mana tidak dipanggil zombie,sebab muka askar kegelapan seperti mayat hidup tetapi jenis yang boleh berlawan macam manusia.
"Kawan kau tu normal ke tak?" soal Ikhwan.
"Entahlah.. Aku pun tak boleh nak cakap apa.." balas Eldera gelengkan kepala,tanda dia putus asa dengan perangai sahabatnya.
"Oi janganlah berbual je!! Tolong la sini!!" Eryl menjerit.
"Kau lawan la benda tu,apahal kau lari? Simpan tenaga untuk Akira ke? Tak payah! Lama lagi!" Eldera menjerit dan Eryl terus beralih lariannya.
Eldera terus mengangkat sebelah kening,kerana Eryl berlari ke arah mereka berdua.
"Oi jangan ke sini la sial!!"
"Kau tak nak tolong kan? Jom mati sama-sama..!!"
"Kau memang gila Eryl!!"
Ikhwan menyalakan api biru yang marak,Eldera terkejut sedikit dengan tindakan Ikhwan.
"Eh?" Eldera dan Eryl tertanya-tanya apa yang ingin dilakukan oleh Ikhwan?
"BLAZING SHOOTING!!"
Eryl membesarkan matanya apabila api biru marak,meluru laju ke arahnya dan terus Eryl melompat tinggi. Api biru yang marak membakar askar-askar kegelapan mengejar Eryl.
Eryl pula mendarat di hadapan mereka berdua,tetapi menyedari kakinya terbakar dan terus memadamkan api tersebut.
"Oi. Apa ni? Nak bunuh aku ke apa? Nasib baik sempat lompat!" Eryl berkata dengan muka tidak puas hati.
Ikhwan tersengih dan Eldera menepuk bahu Ikhwan serta menaikkan ibu jarinya.
"Memang hebat.. Tapi kau tak dapat bakar naga ni.." ujar Eldera.
"Eh?.. Dia mati pulak karang." balas Ikhwan.
"Tak apa.. Dia kan immortal.. Kalau mati pun,dia lahir semula.." jelas Eldera dan Ikhwan berfikir.
"Okay gak.. Boleh aku cuba?" soal Ikhwan menyalakan api birunya.
"Well.. Be my guest.." Eldera berkata sambil memberi laluan.
"Ha? Weh! Weh! Sampai hati kau Eldera!" Eryl berkata dengan muka kecewa.
"Tak apalah.. Nanti kau lahir semula..bukannya teruk sangat..." balas Eldera berwajah tidak berperasaan.
"Aku tak nak lahir semula,nanti jadi budak kecik!" ujar Eryl protes.
"Apa bezanya,mentaliti kau sekarang pun macam budak kecik gak.." balas Eldera lagi.
"Perghhh.. Kau dengan ayat kau.. Setan sungguh.." Eryl berkata sambil memegang dadanya.
BRAAM..!!!!
Shiro muncul dengan hempas titan di hadapan tiga orang tersebut,Eryl terkejut dan Eldera serta Ikhwan berwajah selamba.
"Oi korang nak berbual je ke apa? Aku yang kena sapu semua natang jebon ni? Sial kau Ikhwan!" kata Shiro.
"Aku tak mintak kau join pun.. Kau yang volunteer kan.. Hehe apa salahnya.." balas Ikhwan.
"Kau memang cari pasal la bro.. Tak pernah aku sebengang ini.."
"Pasal tak pernah.. Kena bagi pernah.."
"Abang.."
Suara Alisa kedengaran di dalam kepala Ikhwan,lantas wajah Ikhwan menjadi serius dan menoleh ke arah Alisa.
"Kenapa ni?" soal Ikhwan.
"Abang link sekali dengan Raja Shiro.." pinta Alisa dan Ikhwan mengaktifkan kuasa bayang.
Muncul 4 Shadow Ikhwan,Shiro dan Eryl serta Eldera terkejut.
"Bagi masa pada kami.." arah Ikhwan dan Shadow Ikhwan mengangguk kesemuanya lalu terus bertempur memberi ruang pada mereka berempat.
"Eryl.. Eldera.. Kalau korang tak kisah.. Sila mengamuk.." ujar Ikhwan.
Eryl tersenyum kelat sebelum Eldera menarik kolarnya,Eryl meronta-ronta untuk lepaskan dirinya.
"Eldera! Aku tak nak mati..!" ujar Eryl.
"Buat jelah.. Nanti Akira pasti bagi kau ganjaran.." Eldera pula membuat cerita,Eryl terus terdiam dan tersengih gatal.
"Hehehe.. Akira!!" Eryl terus memenggal askar kegelapan dengan senyuman gatal,Akira pula merinding ketika itu sambil diperhatikan oleh Adrea yang kehairanan.
Ikhwan memegang bahu Shiro,membuatkan Shiro kehairanan dengan tindakan Ikhwan.
"Apa yang kau nak buat?" soal Shiro.
"Diam je lah dulu..okay Alisa,boleh berikan keterangan....." ujar Ikhwan.
"Boleh izinkan saya turut serta? Jeneral Luke pun sama ada sekali... Queen Emyriel pun ada mahu sertai.." ujar Alisa.
"Bagaimana?" soal Ikhwan menoleh ke arah Shiro.
"Sure! Why not!" ujar Shiro.
Alisa yang mendengar kata-kata Shiro,tersenyum dan memandang ke arah Emyriel serta Luke. Alisa mengangguk dan Emyriel tersenyum,Luke tersengih dan Alisa segera gunakan skill teleport.
"Alright the star has arrived.." ujar Shiro dengan muka teruja dan menyeru senjatanya,begitu juga Emyriel.
"Alright Alisa.. Open fire!!"
"Yes...!" Alisa rambutnya berubah dari biru laut,kepada putih salji dan terus lakukan hayunan tangan sebelah kanannya.
ZWOOSSH..!!!
KRAKKK!!!
KRAKKK!!!!
KRAANG...!!!!
Sekelip mata seluruh kawasan di hadapan,membeku dengan bongkahan ais dan semua tergamam. Emyriel tersenyum teruja melihat kuasa milik Alisa,Shiro dan Luke tergamam dengan mulut macam rahang mahu tertanggal sebelum mulut mereka ditolak oleh Emyriel yang tersenyum kelat.
Eldera pula juga tidak terelak tergamam,Lycia menggigit bibir menahan amarah.
"Eldera.. El!" Eldera menoleh mendengar suara Eryl.
"Tolong....." Eryl terkena sekali kuasa bekuan Alisa.
Shiro tersengih dan Emyriel mula risau,Luke menggaru-garu kepalanya dan menghela nafas pendek.
"Ouh tidak.. Budak tu okay tak bang? Sorry Emy.." Alisa merapatkan sepuluh jari pada Emyriel,Ikhwan tersenyum kelat dan mengusap kepala isterinya yang risau.
"Jangan risau... Budak tu okay je.. Eldera ada tu..mari Emy.. Kita ke bahagian sana.." Shiro menarik isterinya pergi.
"Aku akan ke kawasan lain.. Kuasa puan sememangnya menakutkan..kau ada pasangan yang hebat.." ujar Luke memberi pendapat jujur dan dia tidak mahu menjadi musuh kepada Alisa.
Eldera hanya memerhatikan Eryl yang terbeku separuh,ya separuh badan dan kepalanya sahaja tidak terbeku.
"El.. Tolooongg sejuk ni... Brrr.." pinta Eryl.
"Ah... bersemadilah dengan aman..." ujar Eldera.
"Setan kau Eldy!!" terus hancur ais yang membeku Eryl dengan auranya.
"Eh..hidup lagi,ingat dah mampus.."
"Oi.. Kejamnya mulut kau.."
"Kau kata aku setan kan.. Jadi.. Nak tunjukkan kesetanan aku la ni.."
"Kau... Kalau mulut tu baik sehari tak boleh ke?"
"Kau pun sama.. Jadi dewasa tak boleh?"
BRAAM!!
KRAANG!!
Dua sahabat itu bertekak mulut sambil menghapuskan askar kegelapan seruan Lycia,Ikhwan dan Alisa hanya memerhatikan.
"Kenapa aku macam tak hairan melihat situasi seperti itu?" soal Ikhwan dan Alisa ketawa kecil.
"Sebab abang hari-hari alami.." ujar Alisa tersenyum.
Ikhwan sekadar tersengih dengan penjelasan Alisa,tidak lama lepas itu dia menyedari bayangnya sedang melindungi satu keluarga.
Senapang diseru dan Ikhwan membidik,sasaran berjaya dijumpai dan bulatan magis dalam jumlah yang berpuluh muncul.
"Target lock.. Shooting Fire!!"
TUSSH! TUSSH!!
TUSSH! TUSSH!!
TUSSH! TUSSH!!
Eldera dan Eryl yang sedang bertarung,terhenti serta mengelak tembakan Ikhwan secara mengejut.
"Apa benda tadi tu?!" soal Eryl dan Eldera seakan tahu siapa yang lancarkan serangan tadi.
ZRASSH!!!
Luke melibaskan pedangnya dan terus bergerak pantas,dia memancung puluhan askar kegelapan dengan mudah.
"It's bring me back the old memory.." ujar Luke tersenyum.
"What the one you got stab?" soal Kitsu.
"Oi.. Don't remind me that.." kata Luke menghela nafas dan Kitsu ketawa sahaja.
Hakuryu yang menyaksikan dari dalam,hanya mendiamkan diri dan Daze menepuk badannya.
"Jangan risau.. Shiro ada bantuan dari seseorang yang boleh digelar dewa.."
"Aku tidak akan mengalah.. Selagi Gem Stone itu tidak berada di tangan aku!!" Lycia tetap berdegil menyeru askar kegelapan yang begitu banyak.
Ikhwan tersengih dan menggayakan tangannya seperti gerakan tarian,Alisa juga menggerakkan tangannya sama seperti Ikhwan.
"Siapa sebenarnya kau?!" soal Lycia.
"We're just visitor from another dimension,now.. Prepare for the worst..." ujar Ikhwan dan Alisa serentak.
"Matilah!!" Lycia menjerit memberi arahan pada minion miliknya.
Mereka berdua berpandangan kemudian mengangguk,lantas memecut ke hadapan.
DUUUSSH!!
DUUUSSH!!
KRAANG!!
BRAAM!!!!
BOOMM..!!!!
Seluruh kawasan Ikhwan dan Alisa bertempur,meletus dengan hebat sekali dengan bekuan ais dan ditukar api yang marak.
ZRASSH!!!
TUSSH!!!
Shiro dan Emyriel bekerjasama seperti waktu mereka melawan musuh,semasa di usia remaja. Emyriel tergamam melihat letusan dari pertempuran Ikhwan dan Alisa,Shiro hanya tersengih melihat keadaan tersebut.
"Aren't we glad that couple.. Is on our side?" soal Emyriel.
"Yeah... I know.. Make me wanna all out..." ujar Shiro.
"You're not strong when you still teenager my honey.."
"I know.. But I've you by my side.." ujar Shiro merangkul pinggang isterinya.
"Naughty boy.."
"Only for you.."
Tidak lama lepas itu,muncul askar-askar kegelapan yang banyak dan pasangan itu mengangguk kemudian menghayunkan pedang masing-masing.
ZRASSH!!!
ZWOOSSH!!
KRAANG!!
Askar-askar kegelapan terus dihapuskan dalam masa sekelip mata,Shiro tersengih dan Emyriel pula tersenyum manis.
"That's my mother and father for ya!! Yeahh!!" Eryl bersuara.
"Oi.. Lend me a hand over here?" ujar Eldera menggelengkan kepala.
Ikhwan dengan kedua-dua tinjunya,bersinar cahaya kebiruan dan Alisa melepaskan nafas dingin.
"Dragon Ancient Arts Fist... Haaa......" Ikhwan meliuk jari-jemarinya.
"Blizzard Dragon Arts..." Alisa menghelakan nafas dan tangannya berayun seperti tarian.
"DRAGON WINGS!!!"
"ICE BREATHING!!"
ZRASSH!!!!
ZWOOSSH..!!!!!
Lycia terus tercampak ke belakang berguling beberapa kali,dia menggigil badannya bangun dengan pandangan membunuh.
"Give up Lycia... You'll never win this war.. As long I'm here.. I can do this all day..." ujar Ikhwan dengan wajah serius.
"Don't get full yourself dragon!!" Lycia memeteraikan kata-kata bahasa kuno,corak aneh terhasil di seluruh badannya.
Tubuh Lycia diselubungi corak aneh,Ikhwan dan Alisa hanya bersiap-sedia. Tubuh Lycia pula berubah sedikit demi sedikit,tanduk mula tumbuh dan Ikhwan merasai kuasa Lycia semakin lama semakin kuat.
"Aku tidak mahu kecewakan Lord Soren!! Graaahhh!!"
Ikhwan merangkul pinggang Alisa,membawa isterinya lebih jauh ke belakang seraya mengelak serangan tentacle yang muncul dengan tiba-tiba. Ikhwan menarik nafas panjang,dia terus lepaskan.
"SHIRO! EMYRIEL! ELDERA! ERYL! LUKE!! SEMUA KE SINI!!!"
Alisa dengan muka biasa menekup kedua-dua telinganya,dia seakan sudah biasa tetapi Shiro dan yang lain tergamam. Ini bukan kuasa telepati,tetapi jeritan?
"Kuat betul suaranya..." ujar Shiro tersengih kelat.
"Tu.. Ikhwan?" soal Luke.
"Ni suara naga tu? Bapak ah.. Gegar gegendang telinga aku.." ujar Eryl dan Eldera menarik Eryl terus melangkah pergi.
Askar-askar kegelapan yang mulanya ingin menyerang,hancur dan berkumpul semula di satu tempat. Ya,tempat di mana Lycia berada.
"Apa yang kau nak buat?" soal Shiro bersama yang lain sebaik tiba di tempat Ikhwan berada.
"Itu..." ujar Ikhwan dan Shiro menoleh ke arah yang dimaksudkan.
Shiro tergamam melihat satu figura yang berdiri,diam tidak melakukan apa-apa.
"Kenapa tidak serang terus?" soal Shiro.
"Heh.. Tengok ni.." ujar Ikhwan dan menembak serangan menggunakan meriam naga.
Namun tiada kesan langsung,Shiro merasai kuasa yang kuat ya,kuasa kegelapan semakin kuat.
"Tak guna...."
======================
Hellooo guys
Panjang tak?
Penat eh scroll hehehe...
Aku sayangkan korang semua,jadi ni lah hasilnya
That's it
Harap fahamlah apa yang aku nak,komen dan vote
Satu lagi tak perlu aku beritahu right?
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top