Chapter 103 : Motif & Serangan Mengejut


Aminudden merenung tajam ke arah Salvodor,kuasanya sudah tidak ditahan lagi dan apinya marak dilengannya.

"Aku akan bunuh kau budak!!" Salvodor menarik keluar pistol.

"Nak bunuh aku? Aku nak tengok kau cuba!" Aminudden membidas.

BAMM!!

KTANG!

Aminudden membelah peluru dan hampir mengenai Nazryn,pedang dipusingkan dengan kemas dan beberapa bilah pedang terapung mengelilingi Aminudden.

BAMM!!

BAMM!!

KTANG!!

KTANG!!

Salvodor memusingkan pistol dan senjatanya bersinar,membuatkan Aminudden,Nazryn dan Daniel terkejut.

"Enchantment?"

"RAPID FIRE!!"

BAMM!!

BAMM!!

BOOMM!!

BOOMM!!

Orang awam dan staff hospital menjerit ketakutan,Aminudden segera bertindak dengan cepat.

Aminudden terus mendepakan tangannya,ribuan pedang melindungi hospital dan dia terkejut apabila Salvodor mengacukan pistol ke arahnya.

"Die kiddo.."

Aminudden tersentak dan posisinya,menghalangnya dia bergerak atau melakukan sesuatu. Jika dia lakukan pergerakan,serangan Salvodor akan mengenai hospital.

"Shit..!"

Salvodor menarik picu pistol dan menembak,Aminudden mendecih namun seseorang muncul dan menangkis peluru yang dilepaskan.

"Snow!"

Snow merenung dingin ke arah Salvodor,Karen muncul dari atas dan Salvodor mendongak. Sekelip mata Salvodor,badan dia dihempaskan ke tanah.

Aminudden menghalakan tapak tangan ke arah Salvodor,lalu muncul rantai dihasilkan oleh api biru membelitnya ketat.

Salvodor berjaya ditangkap dan Aminudden menarik nafas lega,hospital dan para staff serta pesakit semua selamat.

"Thanks Snow.." ujar Aminudden dan Snow menggelengkan kepala.

"Lindungi putera adalah tugas kami.." jelas Snow dan Aminudden tersenyum.

"Snow.." ujar Aminudden dan Snow terus dirangkul kasar dek Karen.

"Hey.. Apa serius sangat ni? Chill ah.. Musuh dah kena tangkap..! Jadi jom enjoy!" Karen berkata dengan nada gembira,Snow mula timbul urat bengang dan terus melibaskan pedangnya ke arah Karen.

"Hahaha.. Sungguh bertenaga awak ya Snow..? Hehe.." ujar Karen berlari jauh sambil dikejar Snow.

Aminudden,Nazryn dan Daniel hanya terkebil-kebil melihat keadaan tersebut. Mereka berpandangan antara satu sama lain,kemudian memandang ke arah Salvodor yang diikat oleh rantai api biru Aminudden.

"Kau dah kena tangkap.. Salvodor Blankney.." ujar Aminudden.

"Kau nak buat apa? Seksa aku? Nak dapatkan maklumat? Heh.. Aku lebih rela mati.." jelas Salvodor bongkak.

"Jadi matilah.."

Kepala Salvodor terpisah dari badannya,berguling di atas tanah akan tetapi Salvodor masih hidup.

Aminudden menoleh ke satu arah,Luqman disusuli Aisha dan dua kembar sambil menarik pemuda bertopeng yang diikat rantai.

"Klark!" Salvodor terkejut.

"Salvodor.." pemuda bertopeng yang dikenali Klark memandang muka Salvodor.

Salvodor memandang ke arah Luqman,apa yang dia rasai tadi adalah aura bunuh Luqman. Sehinggakan dia merasai kematian,hanya dengan aura sahaja.

"Kau ada dapat hubungi uncle?" soal Aminudden.

"Tak.. Kau ada?" balas Luqman dengan soalan juga dan hanya gelengan kepala oleh Aminudden.

"Jadi kita nak refer kat siapa?" soal Aminudden menggaru kepalanya.

"Serahkan mereka kepada kami.." ujar dua figura mendarat di hadapan mereka semua.

Felicia dan Recca dari skuad seliaan Ikhwan,Ghost Squad menampilkan diri mereka. Recca tersenyum menggoda dan Felicia,masih dengan muka tidak berperasaan.

"Putera berdua jauhkan diri daripada mereka berdua.."

Felicia memberi arahan dan dua beradik,bersama yang lain berundur ke belakang.

"Kau nak buat apa Hunimal jijik?!" Salvodor menghina dan satu hentakan kepala,meretakkan tanah yang mereka jejak.

Klark tergamam dan Salvodor mengerang kesakitan,Recca tersenyum sinis dan Felicia hanya menghela nafas pendek.

"Recca.. Apa arahan lord?" soal Felicia.

"Maafkan aku.. Tangan aku gerak sendiri.." ujar Recca.

Luqman dan Aminudden berpandangan,tersengih sahaja dan Daniel bersiul kerana semasa Recca menghentak musuh membuatkan dadanya bergoyang kencang.

"Nice view.. Aku patut ambil gambar tadi..urgh!" ujar Daniel sebelum mukanya ditumbuk oleh Aisha.

"Oi! Kau apahal?" Daniel berkata tidak puas hati dan renungan tajam Aisha buatkan dia terdiam.

"Pervert.. Kill yourself.."

Felicia mengeluarkan bola sfera berwarna hitam,ditekan punat butang dan dicampakkan ke arah Salvodor serta Klark.

Mereka disedut seperti sedutan vacuum,Klark dan Salvodor terus hilang dari pandangan. Bola sfera kembali ke tangan Felicia,Recca mengeluh.

"You should let me kill one of them.." kata Recca mencebik.

"You should know what happened when our lord angry right?" balas Felicia dan Recca hanya mengembungkan pipinya.

"Come on.. You know our lord ia caring about us.. That's why he give order,don't kill."

Felicia dan Recca terus melompat tinggi,lalu hilang daripada pandangan mata kasar.

"Siapa mereka?" soal Angelina.

"Code 00 Felicia dan Code 01 Recca.. Mereka adalah Ghost.." jelas Aminudden.

"Ghost? Awak maksudkan Ghost Squad? Squad lagenda tu?" Angelina menyoal lagi.

"Ya.." jawab Luqman pula.

"Put that aside.. How's your interrogation? Find any clue?" soal Aminudden.

"Yeah.. Gladly with a smooth talk.." jelas Luqman dan Aminudden hanya memandang muka abangnya dengan reaksi bosan.

Luqman,bincang cara lembut?

Tak mungkin!

"Okay.. Boleh kongsi?" Aminudden menyoal.

Klark yang dirawat segera memberikan maklumat,mereka mencari batu Gem.

Gem Stone yang berkuasa  mampu merentasi dimensi,mereka diketuai oleh lelaki bernama Soren dan dia adalah 13 Servant of Demon. Mereka mencari Gem Stone untuk menghancurkan kurungan ketua mereka.

Maybus Apocalypse.

Penghancur alam semesta,jika ditanya siapakah Apocalypse.

"Gem Stone ni mempunyai kuasa yang amat besar.. Cukup besar apabila digabungkan.. Masa itu juga Apocalypse akan bebas.." jelas Luqman lagi dari maklumat yang diberikan oleh Klark.

"Boleh percaya ke?" soal Aminudden.

"Kita kena teruskan pencarian la..kalau maklumat tak lengkap.." jelas Luqman lagi.

"Kau ada lead?" soal Aminudden.

"Ya.. Kita akan pergi ke Sky Island.."

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Lelaki berambut hitam dipanggil Eryl duduk melutut dan kepalanya benjol,mukanya lebam teruk kerana selepas ditumbuk oleh Ikhwan. Eryl masih ingin memeluk Ikhwan,lantas Ikhwan hadiahkan pukulan berkombo dan keputusannya..

Eryl teruk dikerjakan,Shiro hanya mampu tersengih sahaja melihat reaksi Ikhwan. Eldera terkebil-kebil dan tertanya-tanya,siapa mamat mata merah yang selamba

"Kau siapa? Gay? Kalau ya.. Izinkan aku tamatkan nyawa kau sekarang.. Di sini.." ujar Ikhwan dan api biru mula menyala marak.

"Waa..mama! Ampunkan Eryl!" Eryl menjerit dan Shiro sempat menahan Ikhwan.

"Tuan.. Hentikannya.. Si bodoh ni susah nak dibunuh.. Kuasa dia seperti immortal.." ujar remaja berambut emas blonde.

"Kau pula siapa?" soal Ikhwan.

"Apa kata tuan berikan nama tuan,baru saya berikan nama saya.." bidas remaja itu.

"Ah.. Betul gak.. Nama aku Ikhwan Syah Al'Solleh.. Kau boleh panggil aku pelawat dari dunia lain.." jelas Ikhwan dan remaja berambut emas itu terdiam sejenak.

"Hello blonde? Aku dah kenalkan nama aku.. Jadi giliran kau.." Ikhwan memetikkan jari dan remaja itu tersedar.

"Eldera.. Eldera Delwyn.." jelas remaja bernama Eldera.

"Ah.. Okay.. Kau kata tadi budak ni tidak akan mati betul?" soal Ikhwan dan Eldera mengangguk.

"Jadi aku boleh tibai dia berkali-kali.." ujar Ikhwan mengurutkan Jari-jemarinya.

"Waargghh sampai hati kau Eldera? Kau sanggup tengok kekasih kau kena tibai!?" Eryl berkata dengan muka minta belas ehsan.

"Kekasih aku Adrea je.. Kau tu dah nak jadi milik orang lain yang sah.."

"Sampai hatimu.. Sedihnya diri ini dikhianati.. Sob.. Sob.."

"Habis dah berdrama? Meh aku lanyak kau...?" Ikhwan ingin menyerang namun Shiro menghalang.

"Woo. Woo.. Kejap Ikhwan! Anak aku tu! Dia nampak je macam gay,tapi dia normal..! Walaupun ada biol sikit.."

Ikhwan terkedu mendengar penjelasan Shiro,ayah apa si bangang ni? Pertahankan anak atau mengutuk?

KELEKUK!!

"ADOI!! APAHAL KEPALA AKU KAU KETUK?!" soal Shiro memegang kepalanya yang berasap.

"Tiada sebab.. Saja.." ujar Ikhwan dengan menggulingkan anak matanya.

Eldera dan Eryl terkebil-kebil melihat keadaan itu,Eryl lebih terkejut melihat ayahnya bertekak dengan orang yang tidak dikenali.

"Kau minta aku belanja minum kan? Nak pergi ke tak ni?"

"Ah..ya aku hampir lupa.. Tapi..." ujar Ikhwan dan menjeling ke arah dua remaja itu.

"Bawa dua syaitan ni sekali.." jelas Ikhwan dan dua remaja itu berpandangan.

"Fine.. Fine... Kamu berdua ikut aku sekali."

Shiro,Eryl,Eldera dan Ikhwan berada di satu meja. Pada masa yang sama,Adrea yang mencari Eldera dan Eryl melalui di kawasan tersebut.

Shiro dengan muka bengang,Eryl pula memeluk ayahnya tidak berani melihat wajah Ikhwan. Lain pula Eldera dengan riak wajah selamba,dia tidak buat salah apa memang tak takut.

"Kopi susu yang lazat.. Terima kasih.." ujar Ikhwan tersengih.

"Jadi tuan Ikhwan..." Eldera bersuara namun Ikhwan memintas.

"Panggil je aku Ikhwan.. Tuan terlalu mainstream.. Tak perlu formal sangat.." jelas Ikhwan selamba.

"Jadi Ikhwan... Apa yang ingin kau katakan?" soal Eldera.

"Aku cuma nak bagi amaran.. Jangan berani jejakkan diri kau ke dunia kami.." jelas Ikhwan dengan riak wajah yang serius.

"Apa? Mustahil aku boleh ke dunia lain.." ujar Eldera.

"Aku tak bercakap dengan Eldera Delwyn.." Ikhwan membidas dan Eldera tersentak.

Shiro dan Eryl terkejut,Ikhwan merenung tajam ke arah mata Eldera. Matanya merenung tajam ke arah benda yang berada di dalam badan Eldera,Ikhwan tujukan kata-kata itu pada benda itu.

"Aku berikan amaran pada Aeldera Tempests.." ujar Ikhwan dan mereka bertiga terkejut sekali lagi.

Adrea yang berada tidak jauh dari situ,hanya terhendap-hendap dari sebalik dinding.

"Apa yang mereka bualkan.. Sampai serius macam tu? Siapa lelaki berambut hitam dan bermata merah tu?"

Seseorang berjalan menghampiri Adrea,lantas menepuk bahunya dengan lembut.

"Adrea..? Apa yang kau buat di sini? Kau mengintai siapa?" soal seorang gadis berambut merah membuatkan Adrea hampir terlompat menjerit kuat.

Adrea berpaling ke arah gadis berambut merah,kemudian meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

"Akira.. Shh.. Haa.."

"Kenapa ni.. Eh? Itu bukan Eryl kan? Kita cari dia kan? Jom la pergi tegur.." gadis berambut merah atau dipanggil Akira menyoal.

Adrea menarik Akira bersembunyi di sebalik dinding,menghalang Akira menegur Eryl dan yang lain.

"Apa kau cakap ni? Ikhwan? Kau merepek kan?" Shiro menyoal kehairanan.

Ikhwan tidak pedulikan kata-kata Shiro,dia merenung tajam tepat ke arah Eldera. Malah Aeldera yang berada di dalam tubuhnya,tersenyum sinis melihat aura Ikhwan yang membuak-buak tetapi ditahan menghalangnya dari dilepaskan.

"Itu sahaja yang aku nak katakan.. Maaf Eldera.. Aku tidak maksudkan pada kau.. Bukan begitu Eryl?" soal Ikhwan menoleh ke arah Eryl.

"Jangan makan aku! Daging aku tak sedap!" ujar Eryl dan Ikhwan hanya memerhatikan sahaja.

"Bukan kau je.. Otak anak kau sama rosak.. Sama dengan kau.. Walaupun bukan anak kau yang betul.." ujar Ikhwan dan ayat terakhir dibisikkan Shiro terkejut lagi.

"Bagaimana kau tahu?!" soal Shiro merenung ke arah Ikhwan.

Senyuman licik terukir pada mulut Ikhwan,Shiro,Eldera dan Eryl memandang Ikhwan dengan muka yang serius.

"Reincarnation of Kurayami right?" soal Ikhwan dan mereka bertiga tersentak.

"Relax.. Relax.. Aku tak berminat nak campur tangan.. Selagi tidak babitkan dunia Mithgar.. Aku okay je.."

"Jadi beritahu aku.. Bagaimana kau boleh tahu mengenai hal ini? Hal Aeldera Tempests.. Hal Kurayami.. Jadi kau tahu mengenai puak lain..?" soal Shiro.

Eldera dan Eryl hanya menjadi pendengar,maaf ya Eldera dan Eryl nanti ada bahagian korang.

"Kau nak aku senaraikan? Beast Ryuzaki dan Bellvania? Termasuk Tempests kan? Tiga puak ni antara yang berkuasa.." jelas Ikhwan.

"Bagaimana kau boleh tahu? Apa yang kau lakukan.. Apa tujuan utama kau.."

"Haa... Maaflah Shiro Ryuzaki.. Aku ada satu skill.. Book of Knowledge.. Skill tu akan menyemak dunia lain sebaik sahaja aku jejakkan kaki ke dunia itu.. Serta maklumat berguna.. Malah memberi amaran jika ada bahaya datang.."

Penjelasan Ikhwan buatkan mereka bertiga terdiam,Ikhwan terus menepuk tapak tangan sekuat hati sehingga bergema. Shiro,Eryl dan Eldera tersentak dengan tindakan Ikhwan.

"Haih.. Come on.. Aku dah beritahu bukan? Aku tidak akan buat apa-apa.. Jadi chill ah.."

BOOMM!!!!

Letupan yang kuat berlaku dengan tiba-tiba,Shiro dan Hakuryu serentak mengesan ada penceroboh bersama tentera makhluk aneh di luar kawasan bandar Alterald.

"Fufufu.. Sini ke Gem Stone lain tersimpan? Beast ke semua ni? Nampak lazat.." Lycia Carpathia,salah seorang pahlawan kegelapan Soren tersenyum.

"Ada musuh menyerang.. Ini tak bagus.." Hakuryu bangkit.

"Hakuryu.. Kau duduk je.." ujar Ikhwan menggunakan kuasa telepati.

"Ikhwan? Kau nak buat apa?" soal Hakuryu.

"Musuh yang datang ini.. Bukan dari mana-mana musuh korang.." jelas Ikhwan.

"Habis tu siapa?" soal Shiro lagi.

"Dari pengikut salah seorang musuh aku.." jelas Ikhwan dan bangun dari kerusi.

Lycia melancarkan serangan tembakan magis yang banyak bagaikan peluru berpandu.

"Ikhwan! Mereka dah lancarkan serangan,kalau dibiarkan.. Rakyat di bandar ini akan cedera!" Hakuryu berkata risau.

"Alisa.." ujar Ikhwan menggunakan kuasa perhubungan.

"Abang?" soal Alisa mendengar suara Ikhwan.

"Tiada banyak masa.. Hasilkan perisai satu bandar ni.." arah Ikhwan.

"Kenapa ni?" soal Emyriel.

"Tak tahu.. Tapi saya ikut je arahan suami saya.." ujar Alisa menghasilkan satu sfera.

BOOMM!!

BOOMM!!

BOOMM!!

Satu bandar Alterald dilindungi perisai misteri,Emyriel yang kehairanan segera keluar ke balkoni mendongak ke langit lalu terkejut.

"Apa ni? Perisai? Sebesar ini?" soal Lycia mengetap gigi berang.

"All minions!! Attack!!"

Serangan yang sama dilakukan namun gagal,perisai gergasi yang dihasilkan Alisa begitu kukuh. Rambutnya pula sudah berubah menjadi biru laut.

Seluruh bandar,ya seluruh bandar dilindungi kuasa milik Alisa. Emyriel menoleh ke arah Alisa,malah wajah Alisa tenang dan tidak menunjukkan penat dengan saiz perisai seperti itu.

Shiro tergamam melihat perisai  gergasi,cukup melindungi bandar pemerintahannya. Adrea dan Akira juga tidak mampu berkata apa-apa,Eryl dan Eldera pula berpandangan.

"Baiklah.. Giliran aku.." ujar Ikhwan namun Shiro memegang bahu Ikhwan.

"Mana boleh bagi kau berseronok.. Aku pun nak join.." ujar Shiro tersengih.

"Ini mesti seronok.. Jom ah bro.." Eryl berkata dengan teruja.

"Apa yang berlaku tadi? Bukan kau sembunyi belakang bapak kau..?" soal Eldera dengan muka selamba,Eryl mencebik sekali muncungkan mulutnya.

Hodoh gilerr..

Ikhwan yang mulanya terkejut,kemudian tersengih juga mendengar kata-kata Shiro.

"Jangan halang jalan aku sudahlah.." ujar Ikhwan.

"Heh.. Sama la.." bidas Shiro dan Ikhwan memetik jari.

Sekelip mata Ikhwan,Shiro,Eldera dan Eryl berada di luar kawasan perisai gergasi yang melindungi bandar Alterald.

"Bagaimana kau buat?" soal Shiro tidak percaya,sekali petik jari je duh? Aku pun nak belajar!

"Oi.. Oi.. Musuh di depan.." ujar Ikhwan menggerakkan kepala Shiro memandang ke hadapan.

"Ah.. Patut lah.. Ada Raja Naga Mithgar rupanya di dunia sini.." satu suara menegur dan Ikhwan menjeling.

Lycia berdiri di bahu titan cyclops yang berjalan ke arah mereka,Ikhwan melangkah ke hadapan sedikit.

"Kau ni dah mati 4 orang tak serik-serik ke.. Tak buat hal kat dunia orang lain tak boleh ke?, keluh Ikhwan dengan muka menyampah.

"Kalau begitu serahkan Gem Stone of Fire.. Buat macam tu.. Aku akan berundur.." Lycia berkata dengan senyuman.

"Janji ni?" soal Ikhwan tersenyum dan Lycia mengangguk laju.

"Sudah tentu.. Ia janji!"

Sekelip mata Cyclops gergasi berlubang dadanya,dek tembakan umpama meriam laser dari meriam naga Ikhwan.

"Naga tu bro.. Kat tangan dia.. Macam mana dia boleh buat??" soal Eryl goncangkan badan Eldera.

"Jangan goncang aku la setan.."

"Kau pun setan gak.. Sama-sama la setan.."

Cyclops gergasi tumbang dan rebah memaksa Lycia,turun mendarat di atas tanah.

"Hey! Kita dah capai persetujuan tadi kan?" soal Lycia.

"Heh.. Like I'll believe a words from bad guy..." ujar Ikhwan dengan air muka yang serius.

"Same like being told.. You're heartless to men or women.." bidas Lycia tersengih.

"I don't give a damn about that,if you're the dark side...I Don't care if you men or women.. I'll fight you.."

Lycia hanya tersenyum sinis dan memberi arahan pada askar kegelapan seruannya untuk menyerang.

"Bapak ah.. Banyak gila! Tak kahwin aku oi!" Eryl berkata dengan nada kecewa.

Bukan kau kata tadi teruja nak join? Ni dah ubah fikiran? Sian Akira, dah jadi balu sebelum kahwin.. Haih..."

"Ouh Eldera.. Sampainya hati kau kata begitu.."

Ikhwan merapatkan kedua-dua tapak tangannya,bulatan magis keemasan terhasil di ruang udara. Lycia terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Ikhwan.

"Let's bring the rain.."

=======================

Hellooo guys

What's up everyone?

Sihat ya semua

Panjang tak aku karang,sebab malas nak buat sambungan banyak-banyak jadi aku buat panjang-panjang

Biar korang penat meng scroll heheheh

Please state your opinion and vote

That's all

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top