Chapter 102 : Hutang & Gurauan
Z berjalan merentasi jalan dimensi,dia hanya berseorangan dan Sarah berada Realm of Time-Lost.
"Hmm... Gerak sorang memang best.. Tapi.. Rindu pulak kat Sarah.. Takkan nak patah balik.." ujar Z dan langkahnya terhenti,dia berpaling ke belakang.
Agak lama dia memandang ke arah belakang,nafas helaan dilepaskan dan sebaik sahaja dia ingin berpaling. Jalan cahaya tiba-tiba rapuh,Z memandang ke arah pembaca.
"Okay guys.. This is SUUCCCKKKK!!"
Z tenggelam atau terjatuh ke lubang yang terhasil di tengah-tengah jalan cahaya.
Apa itu jalan cahaya?
Ia adalah jalan digunakan bagi Dimension Traveler,untuk merentasi perjalanan jauh dalam Realm of Dimensions.
Semua dah faham ya?
Kita sambung semula ke babak Z terjatuh..
"Arghhh!!! Aku sumpah kau author! Ahhhh..!! Sekejap.. Aku boleh terbang kot.."
Z terus berpusing dan mendarat dengan bergayanya,muka ditekup dan matanya bersinar dengan kerlipan cahaya.
"Safe and style.."
GROAARR!!
Z terkebil-kebil melihat makhluk hodoh,berada di hadapannya dan terus menerkamnya. Agak banyak dan berpuluh kalau dikira,Z menyalakan satu cahaya.
"Apa benda ni sial? Hodoh gila!"
ZRASSH!!!
FUWOOSSSHH!!!
Sekelip mata makhluk hodoh itu terus lenyap,tiada satu pun tinggal dan Z menghela nafas pendek.
"That will do.. Macam akan respawn kot.. Mira kata ya.. Well melebih nanti aku ambil spotlights pulak.."
"Siapa kau?"
Z menoleh dan seorang lelaki sekitar usia 30-an mukanya,tapi Z tahu lelaki di hadapannya adalah immortal seperti seseorang yang dia kenal.
Shawn Delwyn berdiri di hadapannya,dia bagai tidak percaya melihat makhluk yang digelar Sykee dihapuskan begitu sahaja.
"Siapa aku? Err.. Seseorang yang tumpang lalu..?" jawab Z tersengih,ingat comel la?
"Seseorang yang mampu menghapuskan Sykee dengan sekali hayun? Aku tak rasa macam tu.." balas lelaki bernama Shawn.
"Hello? Aku hapuskan makhluk hodoh tadi,apa namanya Sykee? Kira baik apa.. Kau macam nak alert tengok aku macam tu apahal?" Z berkata dengan muka selambanya.
Shawn hanya mampu mendiamkan diri,Z pula menoleh ke belakang dan memerhatikan jauh ke satu tempat lalu tersengih.
"Ayrez!"
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
"Apa hal kau panggil raja tak guna?! Kau nak ugut aku lagi?" soal seorang pemuda berambut ungu gelap dengan bengang pada Shiro.
"Aku tak cakap apa-apa lagi.. Haih kau.. Emosi apahal?" Shiro berkata sambil menggelengkan kepala.
"Emosi kau kata? Aku tak puas hati la raja setan! Upah aku mana? Upah?! Penat aku tolong kau.." ujar lelaki berambut ungu,di sisinya ada seorang wanita berambut merah berjalan beriringan.
"Kau dah kaya kan.. Buat apa nak tamak.. Haih kau.. Beramal sikit.. Hidup panjang kau.." Shiro membidas.
"Kau..." pemuda berambut ungu gelap ingin berkata lebih.
"Ayrez Hernandez.." ujar satu suara dan buatkan langkah lelaki terhenti segera.
Wanita itu tergamam dan pemuda digelar Ayrez Hernandez,menoleh ke arah suara tersebut dan muntah darah.
"Urghh... What the hell are you doing here man?! Kau tahu tak malapetaka? Tak.. Tak.. Kau sendiri malapetaka mindless! Heartless!! Cruel!!" Ayrez memaki sebaik melihat muka Ikhwan di hadapan dia.
"Janganlah begitu Ayrez.. Kita kan kawan.." ujar Ikhwan tersengih.
"Tak.. Tak.. Kau bukan kawan aku.. Isteri aku je kawan aku.. Bukan kau.. Bukan Z.. Bukan sesiapa!!" Ayrez berkata dengan jujur,Ikhwan memandang simpati.
"Apa hal kau pandang aku macam tu?" soal Ayrez.
"Patut la perangai cam hantu.. Tak ada kawan rupanya.. Puan.. Saya bersimpati dengan suami puan.. Maafkan saya tak tahu dia seorang yang lonely.." ujar Ikhwan pada Red yang terpegun pura-pura bersimpati.
"Takpe.. Saya dah biasa.. Dia memang camtu.. Mata awak cantik,merah menyala.." puji isteri Red tersenyum.
"Terima kasih puan.. Err.."
"Red.. Panggil je saya Red.. Awak?"
"Ikhwan.. Ikhwan Syah Al'Solleh.. Panggil je Ikhwan.."
"Ah.. Ikhwan.. Nama yang sedap disebut...."
"Begitu juga awak.. Red,sinonim dengan personaliti.. Satu lagi awak seiras dengan isteri anak saudara saya..nak tengok gambarnya?"
Ayrez yang menyaksikan kemesraan persahabatan baru terjalin di hadapannya,terus meraung mengejutkan Ikhwan dan Red.
"Sial kau bapak naga!! Kenapa aku jumpa dua ekor naga yang menyakitkan hati ni?! Stop talking to my wife! And why did I even agree to meet you!? Urghh!!"
"Ouh.... Korang berdua dah kenal la eh? Senang keje aku.. So have fun la eh.." kata Shiro ingin beredar,namun kolarnya dari belakangi ditarik Ayrez dan Ikhwan serentak.
"Chotto matte..." ujar Ayrez dan Ikhwan serentak.
"Apa lagi ni?" Shiro mengeluh.
"Bayar upah aku! Anak kau dah pulih kan?!"
"La.. Tak habis lagi rupanya..?" ujar Shiro dengan muka seposen,dasar kedekut jadi seposen je lah.
"Ayrez.." panggil Ikhwan.
"Apa yang kau nak?!!" soal Ayrez menengking sebelum mukanya dicengkam oleh Ikhwan.
"Aku tanya elok-elok tadi kan hantu sial?" soal Ikhwan.
Ayrez menyumpah sambil mengurut mukanya,Ikhwan hanya mampu menggelengkan kepala dah kena pun masih mengutuk.
Dasar hantu betul.
"Berapa banyak Shiro hutang kau?" soal Ikhwan.
"Apa hal kau nak tahu..?" bidas Ayrez dan Ikhwan mengurut jari-jemarinya.
"Ayrez.. Beritahu sajalah.. Dia tanya elok-elok kan?" Red memujuk dan Ayrez terus terdiam,kalau melawan mau kena lipat dek bini sendiri.
"Upah aku tak menggunakan nilai matawang.. Tapi barangan berharga.. Barang antik atau barang lama.." jelas Ayrez.
"Itu je?" soal Ikhwan dan Shiro duduk di sebelah Ikhwan dengan muka bosan.
"Yalah.. Apa? Kau ada ke?" Ayrez memandang sinis.
Ikhwan mengangkat tangan dan Ayrez bersiap-sedia,namun apa yang difikirkan oleh Ayrez tersasar kerana Ikhwan mengeluarkan meja dari dalam magis storages.
Ayrez yang mula kehairanan terus bersinar-sinar,Ikhwan keluarkan barangan antik seperti jam dinding kemudian pedang lama. Semua barangan disusun cantik di atas meja,Ayrez tergamam dengan apa yang dia nampak.
"Pasu antik.. Skroll lama.. Periuk nasi edisi pertama.. Apa lagi.. Pedang katana.. Tengok ada apa lagi yang boleh diberi.. Hm... Hmm.."
"Satu lagi.. Besi paling kuat di dunia Mithgar.. Silbranium.. Bonus untuk kau.." ujar Ikhwan.
"Ini kau bagi aku ke?" soal Ayrez.
"Ya.. Semua.. Ambillah.. Hutang Shiro dengan kau dah selesai.. Deal?" soal Ikhwan dan Ayrez mengangguk laju.
"Kau dapat semua ni dari mana?" Shiro agak terkejut.
"Aku curi.." kata Ikhwan pendek dan Shiro terkedu.
"Apa??"
"Nah.. Gurau.."
Shiro terkebil-kebil melihat muka Ikhwan,bergurau ke?
Muka Ikhwan tak nampak bergurau,serius macam nak membunuh orang.
"Jadi Ayrez.." Ayrez memandang ke arah Ikhwan.
"Nilai semua tu lebih mahal dari upah yang sepatutnya.." ujar Ikhwan tersengih dan Ayrez memucat.
"K-kau.. Perangkap aku..!! Sial kau!" Ayrez menyumpah semula.
"Nah.. Cuma di masa akan datang,aku akan perlukan bantuan kau.. Harap kita boleh bekerjasama.." jelas Ikhwan dan Ayrez yang ingin berkata lebih terus batalkan.
"Puak Naga yang aku jumpa memang menyakitkan hati.. Tapi bini aku baik.." jelas Ayrez dan Ikhwan serta Shiro mengangkat kening,apahal mamat ni?
"Aku lebih refer pada kau jika bekerjasama. Dari naga yang kat sebelah kau.." kata Ayrez dan Shiro hanya menggulingkan mata ke atas tidak peduli.
"So it's a deal.." kata Ikhwan.
"As long I got a payment.." Ayrez berkata dengan tersengih.
"Consider done.." ujar Ikhwan.
"But I still don't like you.." balas Ayrez.
"Sound good to me.." kata Ikhwan mengangkat kedua belah tangannya.
"Okay.. Deal.."
"Satu lagi.. Pinggang kau dah okay?"
"Urghh.. That's why I'm told I HATE YOU!"
Ikhwan melekek ketawa mendengar kata-kata Ayrez yang bengang,Shiro hanya terkebil-kebil melihat gelagat dua orang tersebut. Red hanya menghela nafas pendek,dia tersenyum suaminya ada kawan baru.
"Baguslah awak ada juga rakan baru.." ujar Red.
"Ya/dia bukan rakan aku!!" kata Ikhwan dan Ayrez serentak.
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Alisa dan Emyriel bersiar-siar di taman istana,mereka berbual mesra malah Emyriel tidak sangka dia dan Alisa boleh berbual seperti ini.
Bagaikan teman rapat..
"Awak tahu? Saya jarang dapat berbual macam ni.." ujar Emyriel dan Alisa menoleh ke arahnya.
"Kenapa pula?" soal Alisa.
"Saya biasanya uruskan perpustakaan diraja... Tambah dengan perangai malas suami saya.. Haa..." Emyriel berkata dengan senyuman kelat.
"Saya tak rasa suami awak sengaja buat macam tu.. Rasanya dia sebab sendiri? Mungkin?" kata Alisa tersenyum.
"Ianya tak menyakinkan.." balas Emyriel dan mereka terdiam lama,kemudian mereka tergelak.
"Eryl awal-awal tolak untuk jadi raja.. Sudahnya Senri la bakal mewarisi takhta ayahanda dia.. Saya bersyukur yang Senri jenis bertanggungjawab.. Kalau nak harapkan Eldan dan Eryka anak kembar kami.. Mereka ada tugasan masing-masing.." jelas Emyriel menghela nafas pendek.
"Awak sayangkan keluarga awak nampaknya.. Hehehee.." Alisa berkata dengan senyuman manis.
"Bagaimana dengan awak? Suami awak nampak jenis yang berpegang pada pendirian dia.." ujar Emyriel.
"Kalau nak tahu.. Suami saya dulu macam suami awak juga.. Dia tak ambil peduli hal istana.. Tapi orang boleh berubah.." jelas Alisa.
"Saya agak kurang yakin untuk suami saya berubah.. Hmm bagaimana dengan anak?" soal Emyriel mengubah topik perbualan.
"Ya.. Kami ada dua orang anak.. Sulung lelaki,nampak personaliti suami saya dan anak kedua ialah perempuan.. Dia comel,malah manja dengan Ikhwan.. Kalau Ikhwan tak ada susah nak tidurkan.." jelas Alisa.
"Betul tu.. Kadang-kadang ada anak kita yang rapat dengan salah seorang.. Kalau tidak ibu pada ayah.. Kalau bukan ayah.. Pada ibunya pula.." tambah Emyriel pula menyokong penjelasan Alisa.
"Puan Emyriel!" seorang gadis berambut ungu,muncul dengan tiba-tiba menegur Emyriel.
"Eh..? Adrea? Kenapa ni?" soal Emyriel.
"Nampak dua orang tu?" soal gadis dipanggil Adrea dan matanya sempat mengerling pada Alisa yang membuat hal sendiri.
Cantik..
"Eryl dan Eldera.. Hmm.. Tak tahu la.. Cuba cari lagi.."
Adrea berlalu pergi sambil diperhatikan oleh Alisa,Emyriel pula sekadar tersenyum dan menghela nafas pendek.
"Awak nak tengok perpustakaan diraja?" soal Emyriel.
"Apa salahnya.." ujar Alisa.
BOOMM!!!
"Musuh menyerang?" soal Alisa berjaga-jaga.
"Bukan.. Rasanya anak saya.. Shiory bergaduh dengan anak Jeneral Luke.." jelas Emyriel dan Alisa menoleh ke arahnya.
"Eh?"
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Ikhwan dan Hakuryu memerhatikan dari jauh,ada kelibat seorang gadis muda mengejar seorang budak lelaki.
"Buat hal lagi.. Lukius ni haih.. Shiory pun satu hal.."
"Apa yang berlaku?" soal Ikhwan.
"Itu cucu aku dengan anak Jeneral Luke.. Mereka memang macam perangai.. Macam Shiro dan Luke masa budak-budak sampai kahwin.." jelas Hakuryu dan menceritakan serba sedikit kisah lama sehingga sekarang,Ikhwan mengangguk sahaja memahami cerita Hakuryu.
"Tak apa Hakuryu.. Kita chill je.." kata Ikhwan dan Hakuryu tersengih.
"Oi Shiro.." ujar Ikhwan.
"Apa yang kau nak?" Shiro menyoal.
"Sekarang kau belanja aku minum.." ujar Ikhwan tersengih.
"Gehh. Ada duit sendiri en? Guna arhh! Haku! Tengok dia buli aku! " Terus Shiro peluk kaki naga Hakuryu. Hakuryu dah geleng kepala.
"Kau raja en? Kasi aje lah sikit. Tak payah berkira sangat boleh?" Hakuryu berkata menggelengkan kepala.
"Gehh.."
"Don't 'Gehh' to me you ungrateful son." balas Hakuryu lagi merenung Shiro.
"Entah tu raja pun nak berkira.. Jangan lupa hutang kau dengan Ayrez aku yang langsaikan.. Nak harapkan kau.. Menangis hantu sial tu.." ujar Ikhwan dan Hakuryu sekadar ketawa,Ayrez pula selepas dibayar upah terus beredar dengan isterinya.
"Th-That's deep." Shiro memegang jantung seakan dipanah.
Hakuryu mengeluh panjang sambil menggelengkan kepalanya.
"Please stop your drama boy..haiih.."
"Hey Haku.. Perangai dia memang macam ni ke? Boleh pulak kau tahan dengan dia?" soal Ikhwan dan dia mengingati perangai dua orang anak saudaranya.
"Kalau tak tahan dah lama aku telan dia. Tapi tu lah, dia punya perangai memang ada dalam darah daging dia sejak azali.. "
Hakuryu memandang ke langit seakan Shiro tak dapat diselamatkan lagi.
"Haih.. Langit boleh runtuh kalau dia normal." Datar aje Hakuryu berkata.
"Bersabarlah sahabat.. Aku faham tu.." ujar Ikhwan mengangguk.
"Oit. That's hurt old dragon."ujar Shiro dengan bengang,Ikhwan menepuk kaki hadapan Hakuryu.
"Dah tu perangai kau tu tak menyakitkan hati orang lain,aku kesian dengan puan Emyriel melayan perangai sengal kau ni.." ujar Ikhwan melepaskan helaan nafas kesal.
"Hey, aku jarang bagi masalah pada Isteri tersayang aku.." perlahan-lahan Shiro kalih muka ke tepi.
"M-maybe.." sambung Shiro dan Ikhwan menghampirinya.
Ikhwan mendekati Shiro perlahan-lahan,semakin lama semakin hampir dan Shiro mukanya berpeluh-peluh.
"Really bro? Reaaalllyyyyyy?" soal Ikhwan dan Shiro terdiam mulut terkatup kunci rapat.
"Kalau tak silap Jeneral Luke perangai dia macam kau gak masa remaja seperti yang diceritakan oleh Hakuryu.. Tapi boleh pulak dia berubah.. Hmm.. Ke perangai dia yang lama tu masuk merasuk dalam kau,sebab tu tak boleh berubah langsung?" tambah Ikhwan lagi.
"Sebab dah ada anak, kalau tak ada perangai dia dua darab lima gak." Protest Shiro.
Letupan kuat kedengaran,anak gadis Shiro masih lagi mengejar anak lelaki Jeneral Luke. Hakuryu hanya menekup muka,tak habis lagi berperang? Runtuh istana ni karang.
"Ouh? Kau sekarang tak ada anak lah ye? Tu yang Shiory siap berperang dengan anak Luke tu bukan anak kau? Senri? Lagi dua orang anak kau tu selain Eryl? Eldan dan Eryka,kembar pulak tu.. Siapa eh diorang? Kau pungut tepi jalan ke? Ha? Ha??" soal Ikhwan panjang lebar
"a..Ahaha? W-well..na-nak ma-matang makan masa..Dan ta-tak lupa jugak ikut t-time. Hehehehe" Shiro tak berani tentang mata,individu ni lain level siak!
"Haih.. Shiro.. Shiro.. Aku biasa kenal orang ambil masa lama.. Tapi kau.." kata Ikhwan menghentikan kata-katanya.
"A-apa?" Shiro mula hairan.
"Tak sampai sehari dah kenal kau macam mana.."
"Oi!!"
Ikhwan tersengih dan merangkul bahu Shiro dengan tiba-tiba.
"Okaylah.. Belanja aku makan.. Bertekak je tak ke mana.."
"Gerhh.. Fine.."
Shiro dan Ikhwan berjalan secara bersebelahan,Hakuryu hanya memerhatikan sahaja.
"Ikhwan tu sure something.. Shiro dan Ayrez pun tak boleh nak layan.." Daze berkata dengan tiba-tiba.
"Haha.. Aku puas hati gak tadi.. Kikiki...biasa dia sakitkan hati,ni jumpa orang next level hahaha..." Hakuryu tersengih.
Saat Ikhwan dan Shiro tiba di satu simpang,kedengaran bunyi dua orang lelaki seperti bergurau.
"Oi apa ni! Geli sial!"
"Ala Eldy.. Come to me bebeh.. Muah.. Muah.."
"Aku sumpah.. Kau rapat aku tibai kau.."
"Alololo.. Eldy ku,macam tak biasa.."
"Hell no!"
Ikhwan dan Shiro terhenti langkah,sebaik melihat adegan tidak sepatutnya di hadapan mata mereka.
Remaja lelaki berambut hitam menolak remaja lelaki berambut emas,pada dinding dan suasana menjadi tegang.
"What the hell is this?" soal Ikhwan.
"Hey! Lari!" remaja lelaki rambut emas memberi amaran.
"Ouhoo.. This is another one heck handsome guy! Please become my gigolo bebeh!" remaja lelaki berambut hitam terus meluru ke arah Ikhwan ingin memeluknya.
"Eryl!! Hentikan!" Shiro memberi amaran,saat itu Ikhwan dengan pandangan mati terus menghayunkan tangannya.
DUUUSSH!!!
"ERYL?!"
"Ah.. Refleks.." ujar Ikhwan tersedar.
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
"Jadi makhluk hodoh tadi namanya Sykee? Macam tu.. Kau pula adalah Guardian Immortal.. Like Ayrez?" soal Z.
"Kau kenal Ayrez?" soal Shawn.
"Well... Lebih kuranglah.." jawab Z.
"Kami immortal.. Tapi berbeza.." Shawn menjawab dan Z mengangguk faham.
"Sementara aku di sini.. Boleh aku tolong kau sekejap.."
"Tak apa ke?" soal Shawn.
"Tengok muka kau tu cam tak cukup rehat.. Apa salahnya.. Aku hembus sikit hilang semua makhluk hodoh tu.."
Shawn mendengar jenaka daripada Z,hanya ketawa kecil dan makhluk hodoh digelar Sykee mula muncul semula. Tetapi lenyap sebaik ditembak oleh Z,menggunakan kuasanya yang misteri.
"See? I told ya.." ujar Z menoleh ke arah Shawn.
Namun Shawn terlena di bawah pokok rendang,Z hanya sekadar mengangkat bahu.
"Time to work.." Z berkata dengan tersengih.
Puluhan makhluk bernama Sykee,berkumpulan meluru ke arah Z. Tangan Z bercahaya dan terus dihalakan ke hadapan,makhluk hodoh itu semua hancur begitu sahaja.
Z melakukan pembasmian dengan senyuman,dia hanya bersahaja menghapuskan makhluk itu semua.
"Sudah lama aku tak berlawan.. Ha!"
ZWOOSSH!!!
Sebaik Z selesai menghapuskan Sykee terakhir,matanya tertumpu satu figura yang berdiri tidak jauh daripada dia berada. Tetapi tidak lama dan figura tersebut,terus hilang dari pandangan.
"That person..."
===========================
Apa guys?
Z pun muncul?
Siapa yang muncul tadi?
Kejap je tu,dia hilang larikan diri..
Semua ini persetujuan aku dan author cerita tu,tak perlu nak mentioned right sebab aku dah buat di chapter lepas.
How's chapter?
Give me your comments and vote
Jangan komen minta update cepat.
Cepat atau lambat itu keputusan aku ya
That's it
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top