Chapter 101 : Seksa,Kebenaran & Permintaan
Pemuda bertopeng mula sedar dan menyedari dirinya,diikat dengan tali kilat yang dihasilkan Luqman sendiri.
Penduduk kampung yang terselamat,dipindahkan ke pusat perlindungan. Namun hanya sebilangan kecil sahaja sahaja yang terselamat,hanya kanak-kanak dan wanita sahaja.
Pemuda bertopeng memandang Luqman yang ditemani Siddiq,Aminudden pula dengan Nazryn menguruskan proses pemindahan.
"Haaaa... Aku kena tangkap pula.." keluh pemuda bertopeng.
"Oi.. Topeng buruk.. Kau guna magis apa sial? Tak boleh tanggalkan langsung.." ujar Luqman dan pemuda bertopeng hanya mengeluh.
"Kau ingat aku akan beritahu? Heh,jangan harap la.." kata pemuda bertopeng dan Luqman menarik pisau belati.
ZRAKK!!
"Erghh!!?" pemuda bertopeng terkejut kerana bahunya,ditikam dek pisau di tangan Luqman sebentar tadi.
"Aku tak mahu main teka-teki.. Pasal topeng kau tu.. Aku tidak mahu ambil tahu,sekarang.. Aku nak tahu..siapa yang arahkan korang serang kampung ni,kenapa?" soal Luqman dan pemuda bertopeng itu ketawa sahaja.
"Jangan mimpi aku akan berikan maklumat.. Ha.. Hehe.." pemuda bertopeng tetap degil dan Luqman hanya mengangguk sahaja.
"Aku tak tidur.. Jadi tak adalah bermimpi apa-apa.. Tapi kalau kata macam tu.." ujar Luqman dengan muka bosan,tetapi senyuman terukir.
ZRAKK!!
"Arghh!!!" tepat mengenai peha pemuda bertopeng,dia merenung ke arah Luqman namun dia tersentak.
"Kita boleh teruskan seksaan.. Jangan risau..." kata Luqman.
"Haa... Hngh.. Ergh.. Si.. Sial kau.."
"Sakit ke?" soal Luqman tanpa perasaan,menikam sebelah lagi peha.
ZRAKK!!
"ARGGHH!!"
"Ah.. Maaf.. Maaf.. Aku tak berniat.. Uuh.. Sakit ke?"
"Oi devil face.. Agak-agak ah.." ujar Siddiq di sisinya.
"Apa? Dia tak mahu berikan kerjasama.. Jadi.. Macam ni la.." balas Luqman sambil menarik pisau belati tersebut.
Pemuda bertopeng mengerang kesakitan,peluh membasahi tubuhnya akibat seksaan daripada Luqman.
"Jangan buat aku hilang sabar.. Beritahu aku.. Mana lagi rakan-rakan kau?" soal Luqman dan menekan luka tersebut.
"ARGGHH!!! Sial kau!! Kau fikir aku senang-senang berikan? Aku takkan jual rakan aku sendiri!" jerkah si pemuda bertopeng.
"Wooo... Penjahat pun ada code gak ke? Ia satu perkara yang agak membanggakan.. Huh? Membanggakan ke? Nah.. Aku rasa membangangkan adalah.." Luqman membidas dengan muka bosan.
Pemuda bertopeng merenung Luqman dari dalam topengnya,manakala Luqman hanya menghela nafas pendek.
"This not going anywhere.. Angelina..!" ujar Luqman memanggil si kembar kakak.
"Sekarang.. Kau pilih... Seksaan yang macam mana.." kata Luqman menyeru pedang berbilah ungu.
"Kau nak mati perlahan-lahan? Ataupun..." Luqman menghalakan pedang ke arah leher pemuda bertopeng.
Angelina menarik laras pistol,dia hanya tersenyum kucing ke arah pemuda bertopeng.
"Mati terus?" kata Luqman menyambung soalan.
"Kau nak bunuh? Bunuh sajalah.. Macam la kau berani.." pemuda bertopeng berkata sinis.
BAM!!
Tepat mengenai bahu pemuda bertopeng,menjerit kesakitan kerana tembakan Angelina tepat pada luka dek tikaman Luqman.
"That's hurt.." jelas Siddiq dengan reaksi muka tahu itu sakit.
"Saya suka tengok orang yang berhati kering.. Makin saya nak seksa dia hidup-hidup.." kata Angelina tersenyum dan menembak di peha,ya pada luka dek tikaman Luqman juga.
Siddiq tergamam dek tindakan Angelina,Luqman pula hanya memandang dengan riak air muka yang kosong tanpa perasaan.
"Jadi encik pembunuh wannabe.. Apa kata awak berikan nama dan tempat.. Lepas tu senang untuk kapten kami memenggal kepala awak.." Angelina berkata dengan senyuman mesra.
Siddiq yang menyaksikan keadaan itu,hanya menggigil ketakutan ya ketakutan dek senyuman mesra Angelina.
"Bahasa dia tak sama dengan muka dia.." kata Siddiq berbisik di dalam hati.
"Bersyukurlah yang dia di pihak kau.." Lycan bersuara secara tiba-tiba.
"B-baiklah..a-aku beritahu.."
BAM!!!
"ARGHH!!"
Luqman dan Siddiq terkejut dek tindakan Angelina,gadis ini melepaskan tembakan dan mengenai bahu di sebelah yang elok sahaja dari tadi.
"Sial kau perempuan!! Aku dah mengalah ni!? Apahal kau tembak aku?!"
KLAK..!
Pemuda bertopeng terkedu apabila muncung pistol,sudah dilekatkan pada dahi topeng yang dipakainya. Angelina bagaikan menjadi orang lain,senyumannya sudah hilang.
"Mula bercakap.. Lepas tu kami akan rawat kau.."
Luqman dan Siddiq tergamam kemudian berpandangan.
"Scary..!"
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Ikhwan kini berhadapan dengan seekor naga hitam,mata mereka berbalas renungam tajam sambil diperhatikan oleh Shiro di sebelahnya. Malah ada seseorang di sebelah naga itu,seorang manusia tetapi yang membuatkan berbeza kerana tanduk.
"Tak apa ke suami awak tu?" soal Emyriel pada Alisa.
"Huh? Kenapa pula?" soal Alisa hairan.
"Bertemu dengan naga sebesar Hakuryu.." jelas Emyriel dan Alisa ketawa kecil.
"Rasanya tiada masalah.. Sebab suami saya dan saya juga.. Mempunyai kuasa naga.." jelas Alisa dan Emyriel agak terkejut.
"Sudah lama aku tak bertemu dengan manusia seperti kau.. Nampak tenang tapi punyai aura yang seperti ombak di lautan.." kata naga bernama Hakuryu tersengih.
"Aku juga tidak sangka ada seekor naga di dalam istana ni.. Kau jadi pet diorang ke apa?" soal Ikhwan selamba.
"Oit! Selamba kau panggil ayah aku pet?" soal Shiro menyampuk.
"Aku tanya.. Bukan panggil.. Telinga kau tak dengar ke? Berapa tahun tak korek?" bidas Ikhwan dan Shiro menahan geram,Luke yang menyaksikan keadaan itu bersorak girang dalam hati.
"Hahaha!! Kau seorang yang menarik manusia! Seorang yang mempunyai kuasa raja naga.. Seperti yang aku jangka. Seseorang dari dunia lain.." Hakuryu berkata dengan tersengih,hatinya gembira.
Semua yang berada di situ terkejut,kerana Hakuryu menyebut Ikhwan dari dunia lain.
"Ia satu penghormatan bertemu dengan raja naga di dunia ini.. Nama aku Ikhwan Syah Al'Solleh.. Panggil aku Ikhwan sahaja.." jelas Ikhwan.
"Ouhoo.. Sungguh merendah diri.. Nama aku Hakuryu.. Raja naga? Bekas raja naga.. Shiro adalah raja naga sekarang puak kami.." jelas Hakuryu pula.
"Dunia lain? Maksudnya ada multi-universe?" soal Shiro.
"Ya.. Dunia kami digelar Mithgar.." jelas Ikhwan.
Ikhwan memandang ke arah Shiro,agak lama dia perhatikan dan Shiro sedar tenungan Ikhwan.
"Apa? Sorry aku bukan gay.. Tahulah aku kacak.. Tapi aku straight okay.." kata Shiro dan Ikhwan tergelak dengan tidak sengaja.
"Ha? Kacak? Heh.. Aku rasa Luke lagi kacak dari kau.." ujar Ikhwan tersengih dan Shiro terus merenung Ikhwan.
Emyriel menahan gelak dan Alisa tersenyum kelat,Luke pula dengan muka biasa tetapi dalam mindanya berpesta.
"Kenapa tenung? Kau pulak horny? Aish dah ada isteri.. Takkan la ada nafsu pada lelaki pula.. Malu aku ada gelaran yang sama dengan kau.." kata Ikhwan lagi dan Shiro terkedu,dia ingat nak kenakan Ikhwan tapi dia pula yang kena semula.
"Jadi apa tujuan kau ke sini wahai raja naga dari dunia lain..?" soal Hakuryu.
"Ah.. Hampir terlupa.. Adakah kau tahu batu ini? Kami gelarnya Gem Stone.."
Hakuryu memerhatikan agak lama gambar paparan batu gem,kemudian mengalihkan pandangan ke arah batu besar yang elok di hujung bilik.
"Ini ke?" soal Ikhwan.
"Aku tak berani nak pastikan.. Tetapi batu ini memberikan aura yang berlainan.." ujar Hakuryu dan Ikhwan menghampiri batu tersebut.
Shiro dan Emyriel serta Luke,memerhatikan Ikhwan dan Alisa mendekati suaminya.
"Bagaimana Alisa?" soal Ikhwan dan Alisa menyentuh batu tersebut.
Agak lama dan suasana senyap seketika,lelaki yang dari tadi ada di bilik Hakuryu atau namanya Daze. Merasai aura yang berbeza daripada Ikhwan,Daze berpendapat bukan hanya kuasa naga sahaja dia kesan.
"Ya.. Memang di dalam batu itu tertanam Gem Stone.." jelas Alisa dan Ikhwan mengangguk faham.
Alisa berundur setapak ke belakang,giliran Ikhwan menyentuh batu tersebut.
"Kau nak buat apa?" soal Hakuryu.
"Ambilnya semula.."
Sekelip mata tumbukan Ikhwan sudah terbenam di dalam batu tersebut,semua tergamam kecuali Alisa dan Ikhwan menarik keluar sebiji batu bersinar-sinar.
Gem Stone berwarna emas dan Ikhwan tersenyum mengangguk,Alisa juga menghela nafas lega.
"Gem Stone fire..tapi warna emas?" soal Ikhwan.
"Kuasa api.. Jadi mungkin boleh berikan pada Am.." cadang Alisa dan Ikhwan tersengih.
"Idea yang bagus.."
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Hachiuuu!!!
Aminudden terbersin dengan tiba-tiba,Nazryn sudah menyeru keranda dijadikan perisai.
"Kau apahal tiba-tiba je bersin ni? Bagi virus je lah.."
"Bukan.. Rasanya uncle ada sebut nama aku ni.."
"Sixth? Masuk akal gak tu.."
Aminudden dan Nazryn bersama skuad di bawah seliaannya,berada di sebuah bangunan hospital merawat mangsa yang perkampungan diserang.
"Kapten.." Daniel menegur dan Aminudden menoleh.
"Ha kau Daniel.. Bagaimana mangsa semua?" soal Aminudden.
"Tiada sebarang masalah.. Kebanyakan cedera ringan sahaja.." jelas Daniel.
"Apa yang Luqman fikirkan sekarang? Kenapa dia nak buat pada lelaki bertopeng tadi?" soal Nazryn.
"Tanya buat apa? Hehe.. Seksa untuk mencari maklumat la apa lagi?" jelas Aminudden.
Daniel pada masa itu,menyedari sesuatu dan terus melompat. Tendangan pada sesuatu dan sebatang besi,tercacak menegak di hadapan Aminudden dan Nazryn.
"Sikit lagi nak kena muka aku baiiii..." ujar Aminudden dan Nazryn mengangguk.
"Pendek umur aku.. Jadi balu bini aku nanti.." kata Nazryn.
"Siapa?! Tunjukkan diri kau!" jerit Daniel.
"Apa hal ni Daniel?" soal Aminudden.
"Ada orang nak serang hospital.." jelas Daniel dan Aminudden dengan Nazryn berpandangan.
"Alamak kau berjaya tangkis pulak.." ujar seseorang yang muncul berdiri tegak di atas tiang lampu.
Aminudden mendongak dan Nazryn merenung,Daniel pula mendecih dan seorang lelaki berpakaian seperti seragam tentera.
"Otaku askar mana pulak ni..." ujar Aminudden.
"Rejoice! Kau sungguh bertuah menyaksikan kehebatan Lord Salvodor Blankley!!" kata lelaki menggelar dirinya sebagai Salvodor Blankley.
"Jadi? Apa yang kau nak?" soal Aminudden dengan muka bosan.
Salvodor hanya tersengih dan menyerang dengan mengejut,namun Daniel menahan dengan tiba-tiba.
"Serang mengejut ke bro? Tak anak jantan ah.." ujar Daniel dan menolak Salvodor ke belakang semula.
"Boleh tahan budak.. Aku sukakannya.. Hehehe.." kata Salvodor dengan muka yang teruja.
"Urghh.. Hell,you're creepy one.." ujar Daniel menunjukkan muka meluat.
"Siapa kau? Apa hal serang hospital?" soal Aminudden.
"Untuk menghapuskan bukti.." jelas Salvodor sinis dan Aminudden mengerutkan dahi.
"Bukti? Apa maksud kau?" soal Aminudden.
"Aku ada serang satu perkampungan,untuk mencari benda yang penting.. Tapi mereka degil tak mahu bagi.. Jadi aku hancurkan je la kampung tu.. Senang cerita.." jelas Salvodor dan air muka Aminudden berubah.
"Apa yang kau cari?" soal Aminudden dengan nada serius.
"Ouh boy.. Dia dah tukar mode..." bisik Nazryn dalam hati.
"Gem Stone.. Hanya serpihan je aku jumpa.. Tiada harga.. Jadi sebab tu aku hancurkan kampung tu.." jelas Salvodor sinis dan tergelak sedikit.
"Sebabkan batu tu.. Kau bunuh nyawa insan tak berdosa?" Aminudden menyoal dingin.
"Ya? Apa yang kau nak buat?"
Aminudden hanya terdiam dan auranya,semakin lama semakin kuat dan Salvodor sekadar tersengih sinis.
"Daniel.. Nazryn.. Kau lindungi hospital.. Karen dan Snow.. Inform pada mereka.." ujar Aminudden dan Salvodor tergelak.
"Hahah.. Kau fikir dapat tangani aku? Mimpi jelah!" Salvodor berkata sinis.
"Aku tak kata fikir..."
"Huh kau kata a-URGGHH!!"
Sebiji penumbuk tepat ke muka Salvodor,sehingga menyeret ke belakang dan Salvodor tergamam. Dia menyentuh hidungnya dan terkejut,darah mengalir banyak di tapak tangannya.
Aminudden hanya menarik semula tangan,dia menghela nafas pendek dan nafasnya keluar wap. Cuaca ketika itu pula adalah 5°celcius,Nazryn dan Daniel tidak merasai kesejukan kerana bahang tubuh Aminudden.
Salvodor menyeru senjata seperti pistol,dua pucuk pistol dan dihalakan ke arah Aminudden.
"Take this asshole!!"
BAMM!!
BAMM!!
Aminudden pula menyeru meriam naga berkembar,dia membalas dengan tembakan lebih besar.
"Apa?!" Salvodor terkejut.
BOOMM!!
BOOMM!!
Salvodor menarik keluar sebutir bom,ditarik pin dan dibaling ke arah Aminudden.
"Am! Ia flashbang!!" Nazryn memberi amaran,Aminudden hanya menyeru Ribuan pedang dan menghasilkan perisai.
Bom tersebut bersinar dan memedihkan mata orang awam berhampiran,Aminudden hanya memejamkan matanya kerana sasaran Salvodor bukanlah mereka tetapi...
DUUUSSH!!!
Muka Salvodor dihinggapi sebiji penumbuk,oleh Aminudden dan tercampak semula ke belakang.
"Erghh!!"
Aminudden meletuskan kuasanya dan Nazryn berundur beberapa tapak langkah,ke belakang untuk elakkan terkena tempias amukan putera api itu.
"Aku betul-betul dah bengang!!"
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
"Jadi kau tiada niat jahat atau apa-apa?" soal lelaki yang ada bersama Hakuryu.
"Untuk apa? Tak kuasa aku nak sibukkan diri di dunia lain.." ujar Ikhwan selamba.
"Kami risau jika kau seperti Aeldera Tempests.. Merentas dimensi untuk memusnahkan dunia.." jelas Hakuryu dan Ikhwan teringat,semasa dia mencari maklumat di dunia itu terpapar nama yang berwarna hitam tanda berbahaya.
AELDERA TEMPESTS
Nama yang dihitamkan dengan aura menakutkan,sehinggakan Alisa memeluk Ikhwan kerana ketakutan dengan aura tersebut. Ikhwan hanya mendiamkan diri sahaja,dia menghela nafas pendek mengingati keadaan itu.
"Ah... Macam tu.. Jangan risau.. Aku tidak akan lakukan apa-apa berkenaan kemusnahan dunia.. Jadi nama tuan?" soal Ikhwan tersenyum.
"Ah.. Maafkan aku kerana lambat kenalkan diri.. Nama aku Daze,panggil sahaja Daze.." jelas lelaki menggelar dirinya Daze.
"Kalau begitu.. Daze boleh panggil aku Ikhwan.. Rasanya aku dah kenalkan nama penuh aku bukan tadi.." ujar Ikhwan.
"Kau adalah raja di dunia kau berasal?" soal Hakuryu.
"Tak... Aku bakal menjadi raja selepas abang aku.. Sekarang aku hanya bantu di sebalik tabir.." jelas Ikhwan.
"Kau memang orang yang berdedikasi.. Serius dengan tanggungjawab.. Tapi.." Hakuryu berkata dan menghentikan kata-katanya menjeling ke arah Shiro.
"Apa? Mengumpat aku la tu.." Shiro berkata dengan mencebik.
"Kau dan Shiro bagaikan langit dan bumi.. Aku kecewa..sampaikan kertas kerja pun orang bawahan dia uruskan,Luke dan Senri menanggung akibatnya.." Hakuryu menggelengkan kepala.
"Apa? Aku lebih suka goyang kaki apa.. Baru la namanya raja.. Apa guna orang bawahan kalau tidak digunakan.." balas Shiro dengan bangganya sebelum satu tangan dari belakang dihayunkan...
WHACK!!
Shiro tertunggeng dek hentakan kuat Luke,jeneral muda itu jelas mukanya bengang. Ikhwan hanya terkebil-kebil,gelagat lucu apakah semua ini?
"Nampaknya kau ambil nasihat aku Luke.. Bagus.. Bagus.. Aku bangga dengan kau Luke.. Kuat macam tu lain kali.." Hakuryu berkata dengan muka puas hati.
"Kau memang tak sayang aku la Luke! Sampai hati kau belasah aku sampai tertunggeng?!" soal Shiro dengan air mata mengalir.
"Aku patut tanam kau hidup-hidup rasanya... Nama je raja tapi pemalas!" bidas Luke.
"Apa? Aku disayangi rakyat apa.. Itu tandanya aku tidak gagal menjadi raja.." kata Shiro dan Luke menahan geram,ada je jawapan.
"Ya... Malangnya rakyat ditipu hidup-hidup dek karisma kau.. Nampak gah di hadapan mata mereka,tetapi di belakang mata mereka hanyalah seorang raja yang kuat curi tulang.. Aku haraplah nanti jadi raja cam kau,perangai malas kau tu tak berjangkit pada aku.. Selisih malaikat 22.." ujar Ikhwan dengan tiba-tiba.
Pada masa itu Shiro terkedu,Hakuryu,Daze dan Luke terkebil-kebil apabila Ikhwan bersuara.
Shiro terlupa sejauh mana sarcastic tetamu di hadapan matanya,ini kali pertama ada orang lain buat dia sakit hati.
"Kau nak katakan aku ni penyakit?" soal Shiro menahan sabar.
"Ya.. Penyakit malas.. Kematian belum tentu mampu ubatkan kau.." ujar Ikhwan dengan muka tidak bersalah.
"Kau memang cari pasal!" Luke sempat menahan sahabatnya.
"Ouh.. Oho..? Ohohoho..? Marah ke brader?" soal Ikhwan dengan nada sarcastic.
Ikhwan dan Shiro berbalas renungan,Hakuryu yang menyaksikan bagaikan melihat pertengahan anak naga hitam dan putih.
Si hitam ialah Ikhwan dan si putih sudah tentu Shiro,siapa lagi kan?
"Maafkan aku.. Tapi aku nak tanya satu soalan.." ujar Ikhwan.
"Kau nak tambah lagi kata-kata sarcasm kau ke?" soal Shiro.
"Nah.. Bukan sekarang.. Tapi nanti.." ujar Ikhwan tersengih dan Shiro timbul urat bengang namun Luke kekal menahannya.
"Kau nak tanya apa?" soal Daze bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Ah.. Pasal ni,Ayrez Hernandez.. Korang semua kenal dia bukan?" soal Ikhwan.
"Kau kenal dia?" soal Shiro pula dan dia kembali bertenang.
"Ya.. Aku dan dia pernah berjumpa.." jelas Ikhwan.
"Jadi kau nak apa tanya kami semua pasal dia?" soal Shiro lagi.
"Pasal tu.. Aku nak kau panggil dia,boleh?"
"HAH??"
=====================
Hello and what's up guys
Harap semua sihat hendaknya,jika tidak silalah ke klinik.
Lebihkan minum air masak (aku sendiri tak rajin minum)
Bagaimana update kali ini?
Harap berpuas hati ya
Sesiapa yang ingin tahu cerita daripada siapa
Boleh masuk ke profile di bawah 👇🏻👇🏻
Author ini mempunyai koleksi cerita yang best,funny, sadist,interested,nice storyline, sarcasm etc..
Aku recommends korang yang tidak kenal lagi dia follow and read her story
Satu lagi komen dan vote serta aku tidak mahu komen yang meminta update
Bukan sekali dua aku ingatkan,berkali-kali setiap kali chapter aku update aku akan berikan memo
Baca memo,aku biasa bagi memo or reminder mengenai update atau apa-apa di hujung chapter.
Tidak kira cerita apa
Semua sama
Aku okay je nak bergurau,berbual ke apa tiada masalah
Cuma tu lah,janganlah main-main okay?
Aku tegur pun tak la kasar mana
Sebagai hadiah,aku berikan lukisan ini
Itu je lah
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top