Chapter 1 : Penamat Yang Tidak Dijangka

Tahun 2051

Hutan Pawaka
2030 HRS

SEKUMPULAN lelaki berjalan meredah hutan belantara,semak ditebas dengan pisau laser. Zaher berusia 40-an mengesat peluh pada dahinya,dia menghela nafas pendek kemudian meneguk air mineral.

"Ada nampak ke mana benda tu?" soal salah seorang rakannya,Fedric.

"Rasanya ia masuk sana.." ujar seorang lagi bernama Win.

Zaher hanya mendiamkan diri,matanya dipejam dan mengesan daya kuasa. Zaher sebenarnya adalah veteran kesatria,dia berkhidmat selama 20 tahun kepada kerajaan negara Mentari. Isterinya telah meninggal dunia semasa melahirkan anak tunggalnya,namun dia tidak mampu menjaga anaknya.

Sebab itu dia minta pertolongan daripada Solleh,supaya menjaga anaknya dan dia terus menghilangkan diri. Anaknya sakit misteri namun atas bantuan putera keenam,Ikhwan Syah Al'Solleh. Anaknya berjaya diselamatkan tetapi Zaher menolak untuk terus menjaganya,Ikhwan memberi amaran kemungkinan anaknya akan membencinya. Zaher sambil tersenyum menjawab,mengatakan dia sudah bersedia jika hari itu datang.

Sepasang mata bersinar memerhatikan mereka,Zaher segera mengeluarkan pedang pendeknya.

"SEMUA! ADA BENDA LAIN SEDANG PERHATIKAN KITA!!" Zaher memberi amaran.

Fedric dan Win segera bersiap-sedia dengan senjata masing-masing,makhluk yang memerhatikan mereka mula melangkah keluar dari tempat persembunyiannya. Zaher tergamam dengan apa yang dia lihat,seekor makhluk bersaiz gajah dewasa.

"Binatang ke apa ni?" soal Fedric.

"Aku tak mau tahu,kita kena larikan diri.." kata Win.

Makhluk tersebut terus berlari meluru ke arah mereka dengan laju,Zaher dan rakannya segera mengelak. Makhluk itu berpatah balik,Zaher mengeluarkan pula sepucuk pistol.

BAMM!!

BAMM!!

"Tak ada kesan?" soal Zaher kerana pelurunya langsung tidak melukakan makhluk tersebut.

Fedric juga sama menembak dengan senjata senapang patah,bedilannya tepat mengenai kepala makhluk tersebut. Zaher tersengih dan Fedric tersenyum lega,tetapi makhluk tersebut ternyata masih mampu bangun.

"KAU TEMBAK BUAT APA?! LARI LA APA LAGI?!!" Win berkata bengang.

"Lari kau kata? Kau tengok sekeliling kawasan..." ujar Zaher dan Win meninjau sekeliling kawasan.

Win terkedu kerana ada barrier yang mengepung kawasan tersebut,Win menoleh semula ke arah Zaher dan Fedric.

"Kita kena bunuh dia juga..." jelas Fedric.

"Seriously?" soal Win dan rakannya berdua itu,hanya menumpukan sasaran pada makhluk tersebut dan Win menggosok belakang kepalanya.

"Fine... Kalau kita mati,kau bertanggungjawab!" ujar Win pada mereka berdua.

"Apa-apa saja... Tapi kalau kita selamat,kau kena belanja makan... Haha.." Fedric berseloroh.

"Lepas kita sembelih benda ni..." ujar Zaher tersenyum.

Makhluk besar gajah itu pula mengaum,Zaher dan yang lain bersiap-sedia untuk menunggu kemaraannya.

"MARILAH!!"

Present Time..
Year 2056

BRAMMM..!!!

HENTAMAN kuat mengakibatkan tanah merekah dengan besar,dua orang mendarat di hadapan rekahan. Luqman Al'Reezal,22 tahun dan Aminudden Al'Reezal 21 tahun. Mereka mendongak ke atas dan seekor raksasa yang amat besar,merenung mereka berdua dengan daya membunuh yang amat kuat.

GROAARRR!!!

"WALAUPUN CUMA MENGAUM,GEGAR SATU DUNIA!!" Aminudden menjerit.

"KITA KENA KALAHKAN BENDA NI GAK!!" Luqman pula membalas dan melompat ke arah raksasa tersebut.

Aminudden hanya menghela nafas pendek,tubuhnya diselubungi aura berwarna oren kemerahan. Luqman menoleh ke belakang dan menyedari sesuatu,dia pantas mengelak serangan umpama meriam laser dan serangan tersebut mengenai badan raksasa. Luqman menggigit bawah bibir,lalu menyeru meriam naga pada tangan kanannya. Tembakan dilepaskan ke arah raksasa gergasi itu,jeritan daripada raksasa begitu kuat

"It's a tough one..." ujar Aminudden muncul di sebelah Luqman.

"Can you give me a signal when you gonna attack like? You almost kill me you know that?" Luqman berkata geram.

"Ah... Sorry,I hardly use this bow..." jawab Aminudden.

"Haa.... Whatever,let's go.." ujar Luqman melenyapkan meriam naganya.

Raksasa itu mengaum sekuat hati,dan muncul bulatan magis di sekitar kawasan. Luqman dan Aminudden menghunuskan pedang masing-masing serta bersiap-sedia,ribuan bulatan magis kecil itu muncul makhluk aneh keluar dari bulatan tersebut.

"Damn it,is this a game video?" soal Luqman.

"Hello brother,our world is like video games.." jelas Aminudden.

Luqman mendecih dan terus meluru ke arah makhluk yang begitu banyak,Luqman terus memancung satu demi satu makhluk tersebut. Aminudden pula menyedari raksasa itu ingin melarikan diri,dia mendecih dan seseorang melepasinya dengan laju. Intan muncul sepantas kilat,Aminudden dan Luqman terkejut.

"DIAMOND ICE EDGE!!"

KRARARAKK..!!

KRAARAAKK..!!

KRAAKKK.!!!

Permukaan bawah raksasa itu dibekukan,Luqman dan Aminudden terkejut. Raksasa itu menjerit dan menunjukkan dia marah,pancaran laser keluar dari mulut raksasa itu secara berselerak.

"Intan! Bahaya!!" ujar Luqman dan Aminudden menyeru Ribuan Pedang,melindungi mereka.

"Bagaimana kamu ada di sini?!" soal Aminudden sebaik menghampiri Intan.

Intan tersengih kemudian menuding ke satu arah dan mereka segera menoleh ke belakang,mereka tersengih kerana kehadiran Aswandy,ayah mereka iaitu Reezal kemudian Reena. Yusri berlaga penumbuk dengan Raffie,Iris menyusul dan semua adik-beradik ayah mereka kecuali Ikhwan berada di situ.

"Ayah,uncle? Auntie?!" Luqman hanya mampu tersengih.

"Kamu berdua uruskan minion gergasi tu,biar ayah dan uncle,auntie uruskan gergasi tu.." ujar Reezal dan Luqman berbalas pandangan dengan Aminudden serta Intan.

"Baik ayah!" tiga beradik itu mengangguk dan Reezal tersenyum sahaja.

"Alright guys,let's go.." ujar Aswandy sebagai ketua.

"Yeah!" lima orang adiknya,berkata serentak.

Aswandy terus menghasilkan bulatan magis elemen air,keluar air bagaikan ombak dan menolak raksasa itu ke kanan. Tidak terhenti di situ dan Aswandy menjadikan air itu,kepada ais dan menghasilkan duri dari ais lalu menikam tubuh raksasa gergasi tersebut.

Reezal pula segera berlari melepasi Aswandy,dia mengepalkan penumbuk dan terus menghayunkan tepat ke muka raksasa itu. Akibatnya raksasa itu terseret beberapa meter sahaja,sudah tentu kerana besar raksasa itu sama seperti pulau.

"REENA..!" Reezal memberi isyarat.

"Coming right up!" Reena terus meluncur bagaikan ski di atas ais,raksasa itu menembak laser ke arah Reena.

Reena mengelak secara akrobatik dan menembak ketulan ais,namun serangan biasa tidak berkesan terhadap raksasa tersebut. Tangan Reena seperti bersinar warna biru cerah,kuasanya mula dipertingkatkan dan terus melakukan serangan.

"ICE GEYSER.."

Raksasa itu terus dibekukan sehingga separuh badannya,lima orang adik beradik itu berkumpul dan menumpukan kuasa masing-masing. Luqman dan Aminudden sedar akan terjadi satu letusan yang kuat,mereka lantas beredar sambil menarik Intan sekali.

"Semua sedia...." Aswandy memberi arahan.

"Kekalkan fokus..." Reezal turut memberi nasihat.

"THIS GONNA BE AWESOME!!" Serentak Yusri dan Raffie berkata.

"Sedia Iris?" soal Reena menumpukan kuasanya.

"Ya!" jawab Iris juga melakukan perkara yang sama seperti kakaknya.

"SERANG SEKARANG!! BLIZZARD METEOR!!" Serangan Aswandy menyeru ketulan ais yang besar dari langit.

"Dahsyat...." Intan berkata kagum.

"GAIA STOMP!!" Reezal menghentak tanah,melambungkan raksasa itu ke udara.

"Maha hebat..." ujar Luqman.

"LIGHTNING CRUSH!!" Raffie melakukan renjatan kilat yang amat kuat,raksasa itu mengerang.

"That's hurt..." Aminudden berkata dengan reaksi seperti merasai kesakitan raksasa.

"Now our turn Iris!" ujar Reena.

"Yeah,sis!" balas Iris.

"UNISON RAID!!"

Serangan Reena dan Iris dengan magis gabungan,serta serangan Aswandy iaitu ais meteor dari langit. Merempuh raksasa itu dan terus lenyap dari pandangan mata kasar,Luqman,Aminudden dan Intan bersorak gembira tetapi Reezal bergerak ke belakang mereka lalu ketukan kepala pada mereka bertiga.

"JANGAN SUKA SANGAT!!"

==========================

MENTARI CASTLE

Luqman berjalan di ruang kaki lima,para kesatria yang bertugas menunduk hormat. Luqman membalas dengan senyuman,dia ternampak kelibat Alisa sedang berdiri di hadapan sebuah kolam air. Ikhwan turut berdiri di sisinya,tangannya pada dada secara bersilang.

Alisa memandang ke arah Ikhwan,suaminya mengangguk tanda memberi kebenaran. Alisa menghela nafas pendek,kemudian kedua-dua tangannya dihalakan ke arah kolam air tersebut. Air yang di dalam kolam berkocak,seketika membeku dan dibentuk satu tugu.

"Alright this is the last one..." ujar Ikhwan menepuk tangan,Alisa hanya tersenyum mengangguk sahaja.

Luqman memerhatikan Ikhwan dan Alisa beredar,kemudian dia menghampiri kawasan tersebut. Dia terkejut campur tergamam,kerana semua kolam air di situ dibekukan.

"Apa yang mereka fikirkan?"

PAKK!!

PRAK!!

PRAKK!!

Aminudden menghayunkan tinju,dia berlatih bersama salah seorang ahli skuad 10 Guardian iaitu Zeo Dragneel. Setiap hayunan dilakukan dengan padat,namun Zeo hanya selamba menepis setiap pukulan daripada Aminudden.

Api merah dinyalakan dan Zeo menyedari perkara itu,lalu dia menyalakan api emas dan bertembunglah kedua api berlainan warna tersebut. Mereka berdua terus berlaga tinju,seiring dengan api mereka juga. Bagaikan bunga api ketika mereka bertarung,Luqman yang baru tiba tergamam.

Gerakan Aminudden sememangnya tangkas dan tajam,namun Zeo lebih veteran berbandingnya. Pemuda berambut putih itu menangkap tangan Aminudden,lalu dia kilas dan berikan sebiji penumbuk pada pipi Aminudden. Tetapi Aminudden belajar dari kesilapan,dia menukarkan api merahnya kepada api biru.

Zeo terkejut sebelum dagunya terkena sepakan,Aminudden segera berundur ke belakang. Zeo mengusap dagunya dan tersengih,tepukan tangan dilakukan dan Zeo menumpukan kuasanya. Aura emas menyelubungi tubuh Zeo,Aminudden tersengih teruja kerana dia suka mencabar lawan yang lebih kuat.

"UWAAHHH!!!" Aminudden menjerit seiring kuasanya dipertingkatkan.

"Kau ingat ni siri Dragon Ball ke jerit-jerit?" Luqman berseloroh menyaksikan pertarungan itu.

"Heh!" Zeo turut meningkatkan kuasanya.

Aminudden memasang kekuda dan bersiap-sedia,Zeo juga sama dan mengepalkan penumbuknya. Suasana menjadi sunyi dan sepi,Luqman sekadar berdiri sebagai penonton tidak rasmi. Daun pada pokok berhampiran,gugur dan sebaik sahaja daun tersebut menyentuh bumi. Mereka berdua terus meluru ke arah antara satu sama lain,apabila mereka hampir bertembung sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

DUSSH!!

DUSSH!!

"CUKUP LAH TU!!" Alia muncul mengetuk kepala Aminudden,manakala Jamel pula muncul membenamkan kepala Zeo pada tanah.

Aminudden dan Zeo menggigil-gigil sebelum pengsan,Alia mengibaskan tapak tangan dan Jamel pula hanya mencebik sahaja. Luqman yang menyaksikan keadaan itu,hanya mampu tersengih paksa dan menelan air liur.

"Hoo... Penamat yang tidak dijangka..."






















======================

Hai guys

Seperti yang dijanjikan

TALE OF BROTHERHOOD telah di update dan harap kamu semua berikan sokongan padu pada aku

Untuk meneruskan siri Kaiser

Ingat siri kaiser ingat Wanzenith okay

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top