"Awak mulakan baekhyun"

Baekhyun menarik dan menghembus nafas.Jantungnya saat ini mengepam darah dengan laju.

"Eunjung,saya tahu mungkin ini tak semudah bagi awak dan saya..tapi awak dengar penjelasan saya dulu?"

"Teruskan baek"

"Saya tahu kita mungkin tak pernah kenal satu sama lain.Ya awak mungkin tak kenal saya tapi saya dah kenal awak Eunjung.Seminggu sebelum kita jumpa secara tak sengaja."

"Macam mana awak bole--"

"Ya memang mustahil untuk awak terima tetapi lagi mustahil bagi saya yang menghadapi perasaan selama saya mimpikan awak eunjung.Setiap malam awak muncul dalam mimpi saya dan awak buat perkara yang saya sendiri tak faham."

Nafasnya dihela perlahan.penat.

"Malam kita terserempak tu..okay waktu tu memang saya tengah frust kenapa awak asyik muncul dalam mimpi saya.Saya sendiri keliru dan saya stress.Jadi saya ambik keputusan untuk tenangkan diri dekat ilsan lake park dan bila saya nak balik ke rumah,saya terlanggar dengan seorang wanita yang saya mimpikan.Serupa dan mmg awak.Eunjung listen,itu mungkin salah satu takdir yang---"

"Baekhyun-ah,saya takut awak terluka..jadi lupakan saya dengan secepat mungkin"

"B-bwo?apa a-awak cakap ni?"

"Baekhyun,saya tahu awak ada niat baik pada saya..tapi baekhyun awak bukan untuk saya..awak untuk wanita yang lebih sempurna di mata semua..saya ni hanyalah seorang wanita yang lemah baekhyun"

Keluhan berat  terpancul di bibir.Berat untuk mengatakan hal sebenar.

"Baekhyun terima kasih atas semua yang awak buat untuk saya walaupun hanya sekejap.Saya hargai semuanya.Tapi kita tak boleh teruskan"

"W-wae?"

Lemah sahaja nadanya.tiada kudrat untuk dia hidup di dunia ini lagi.air mata yang bertakung dibiarkan.

"S-saya dah bertunang baekhyun"

Empat perkataan yang meruntuhkan jiwa seorang lelaki bernama byun baekhyun.mutiara jernihnya tidak dapat lagi bertahan akhirnya jatuh ke pipi.dipejamkan mata untuk mengatakan bahawa ini adalah satu pembohongan.

Tolongla katakan ini satu pembohongan.

"Awak tipu saya kan?"

Dengan nada tegas baekhyun bersuara.

"Tak baekhyun!saya dah bertunang dan saya akan kahwin!saya mangsa keadaan baekhyun"

Air mata seorang wanita juga kini mengalir deras di pipi.Perasaan yang bercampur baur menyebabkan esakan kedengaran.

Baekhyun tidak mempedulikan eunjung sebaliknya dia terus bangun dan berlari keluar dari restoran.Dia tidak boleh memghadamkan apa yang sedang berlaku sekarang.

Dengan langkah yang terburu-buru,dia tidak perasan akan satu bas sedang menghampirinya.

PINNNNNN!!!

"BYUN BAEKHYUN!!"

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni part second last gais..support ler huhu..

'HAPPY BIRTHDAY KIM JONGDAE 🎉💕'

Vote ✔
Follow hehe ✔

Thank you ♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top