Teaser 7

#tst ( pre or der)

“Husna duduk dulu. Mama nak buatkan air.”

Tak sempat Husna menghalang, wanita itu sudah berlalu pergi. Husna pandang ke sekeliling rumah ini. Tersenyum dia melihat gambar keluarga Irwan di dinding rumah. Suatu hari nanti, gambar dia bersama Irwan akan berada di rumah ini juga.

Tak lama kemudian, Encik Imran muncul bersama Puan Fatimah. Segan pula Husna apabila papa ada di sini.

“Minumlah. Tengah hari nanti, kita makan sekali ya.”

“Eh, tak apalah. Husna ada kerja petang ni.” Terpaksalah dia berbohong. Tak naklah dia berlama di sini.

“Minggu lepas, mama ada suruh Wan bawa Husna. Katanya Husna sibuk.”

Senyuman Husna berubah kendur. Kenapa lelaki itu perlu berbohong? Sejak kejadian di rumah Aryan, lelaki itu tidak pernah menghubunginya.

“Err… memang Husna sibuk sikit. Dah hujung bulan ni, banyak laporan kena siapkan.” Gelas air minuman dicapai. Air diteguk perlahan-lahan.

“Mama sebenarnya pelik juga. Hari tu Wan cakap tak jadi. Nanti mama tanya Wan. Mungkin dia dah tukar fikiran.”

Hampir tersedak Husna. Laju dia menoleh ke arah Puan Fatimah.

“Imah cakap apa ni?” soal Encik Imran.

“Tentang anak kita tulah. Hari tu kata nak tangguh. Hari ni Husna bawa barang-barang hantaran ke sini.”

Terkedu Encik Imran. Husna lagilah tercengang. Hampir terjatuh gelas yang ada di tangannya.

“Wan nak tangguhkan majlis kami?”

Pasangan suami isteri itu saling berpandangan.

“Wan tak ada bincang apa-apa ke dengan Husna?” Encik Imran dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Minggu lepas, Irwan ada memberitahu untuk menangguhkan majlis perkahwinan kerana kemungkinan besar dia akan ke Jerman.

Husna menggeleng perlahan. Jujur dia berasa sangat malu berhadapan dengan kedua orang tua Irwan.

“Hari tu dia ada balik. Dia ada beritahu yang mungkin dia akan ke Jerman. Tapi dia masih belum buat keputusan. Boleh jadi, dia nak bincang dengan Husna dulu.”

“Mama kalau boleh tak setuju. Bukan sekejap dia ke sana. Setahun katanya,” celah Puan Fatimah kurang senang.

Remuk hati Husna mendengar perancangan Irwan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa hancurnya perasaannya ketika ini.

“Husna kenapa ni? Pucat sangat muka ni.”

“Husna okey, mama. Errr…. Husna nak balik dulu. Petang ni, ada janji nak jumpa Wan. Mungkin hari ni agaknya dia nak berbincang.” Husna tayang wajah ceria. Dia cuba sedaya upaya kuatkan hati.

“Husna pujuklah Wan tu. Jangan bagi dia pergi.”

Husna tersenyum pahit. Di luar rumah, mereka berpelukan sekali lagi. Sayu hati Husna ketika berada dipelukan wanita itu.

“Terima kasih layan Husna dengan baik. Husna sayang sangat dengan mama.”

“Tak perlu nak berterima kasih. Mama pun sayangkan Husna.”

Pelukan dileraikan sedikit. Husna menggenggam kemas kedua tangan orang tua itu.

“Kalau ditakdirkan Husna tak jadi menantu mama, Husna harap hubungan kita masih kekal seperti sekarang.”

“Eh, kenapa cakap macam ni? Jangan buat mama takut.”

Sekali lagi dia memeluk tubuh wanita itu. Dia takut jika ini kali terakhir mereka saling berpelukan.

“Husna balik dulu, mama.” Bergegas dia masuk ke dalam kereta. Kereta dipecut laju meninggalkan halaman rumah.

Puan Fatimah mengusap dadanya yang terasa ketat. Entah kenapa, kata-kata Husna membuatkan dia berasa tidak sedap hati.

😌

Kalau perempuan dah tawar hati, jangan dibuat main. Siapa yang ingat lagi Puan Fatimah dan Encik Imran ni? Hihi. Nk recall balik, boleh baca KTT💥❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top