Teaser 6

TEASER 6 🔥

#taksempurnatanpamu

“Abang Wan, kenapa tak bawa tunang Abang Wan sekali? Kayla nak juga kenal dengan dia.” Ternaik-naik kening Kayla tanda mengusik.

“Sabarlah Kayla. Lagi dua bulan kami nak kahwin. Nanti Kayla boleh jumpa dia juga.”

Tergamam Husna. Dia sangat kenal pemilik suara itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Mereka saling berpandangan. Masing-masing jelas kelihatan terkejut.

“Una…”

“Abang…”

Kayla dan Aryan saling berpandangan.

“Kau kenal Husna ke Wan?” Bahu Irwan ditepuk Aryan.

“Errr... kenal. Kau pula macam mana boleh kenal dengan dia?” soal Irwan tanpa melihat wajah Husna.

“Dia kawan satu universiti aku. Sekarang ni, dia bekerja dengan aku, di cawangan Melaka.”

Husna berdiri dan cuba mendekati Irwan. Namun langkahnya terhenti sebaik saja mendengar ayat lelaki itu.

“Kami pernah jumpa di hospital. Ini kali kedua kami jumpa. Apa khabar, Una?"

Berkerut dahi Husna. Dia tidak faham dengan sikap Irwan.

Irwan masih tayang wajah selamba. Tapi dalam hatinya, hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia apabila mengetahui Husna punca rumah tangga Kayla hampir musnah. Kedua-dua tangannya dikepal kuat. Kali ini dia yakin Aryan lelaki yang pernah menjadi rebutan Husna.

“Sayang, jom masuk ke dalam. Mereka nak bergambar dengan keluarga.”

Kayla bangun sambil dibantu oleh Aryan. Husna dan Irwan masih berdiri di tepi khemah.

“Abang…”

“Jadi dia ke lelaki tu?”

Husna serba salah. Tak sangka Aryan merupakan kawan baik tunangnya sendiri.

“Kita berbual di sana. Abang tak nak keluarga Una tengok kita bergaduh.”

Terhenyak Husna. Bergegas dia mengikut langkah lelaki itu keluar dari halaman rumah keluarga Aryan. Dia berasa tidak sedap hati melihat layanan dingin Irwan.

“Abang tak sangka, Una pernah cuba runtuhkan rumah tangga Kayla.”

Bergenang tubir mata Husna. Dia sudah lama melupakan hal itu. Namun hari ini, kata-kata Irwan mengingatkan dirinya yang jahat.

“Kenapa Una kejam sangat dulu?”

“Jangan cakap macam tu. Una tahu Una salah.” Tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir deras. Kata-kata Irwan tadi sangat memberi kesan terhadapnya.

Melihat wajah Husna yang basah, tipulah jika dia tak terkesan. Wajahnya diraup perlahan.

“Abang minta maaf. Abang cuma terkejut tadi.”
Irwan memandang ke arah lain. Dia semakin keliru. Jujur dia malu untuk berhadapan dengan pasangan itu jika hal pertunangan mereka terbongkar. Kenapa dalam ramai-ramai perempuan, Husna orangnya? Perempuan yang pernah memusnahkan kebahagiaan Kayla selama empat tahun.

“Abang nak balik Melaka. Tolong beritahu keluarga Una, lain kali abang jumpa mereka.”

“Tapi bukan ke abang dah janji…”

“Tolong jangan paksa abang. Abang perlukan ruang buat masa ni.”

Tergamam Husna. Tak berani dia untuk mencelah. Dalam keadaan sekarang, lebih baik dia mengalah.

Hilang saja kelibat Irwan, Husna berjalan lemah menuju ke kereta. Pipinya dikesat dengan hujung bajunya. Entah kenapa, dia jadi takut kalau Irwan melakukan perkara yang sama seperti Aryan.

💔

Kecewa betul Irwan. Tak mudah untuk dia terima perbuatan Una🥲

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top