Teaser 5
TEASER 5
#taksempurnatanpamu
“Wan tak pernah ada kekasih.”
“Seriuslah?” Tak percaya Husna. Takkanlah lelaki sekacak Irwan tidak pernah mempunyai kekasih.
“Betul. Una kekasih pertama Wan.”
“Tak pernah jatuh cinta dengan sesiapa?” soal Husna sekali lagi.
Irwan mencecap air minumannya sebelum menjawab pertanyaan Husna. Teragak-agak untuk dia berikan jawapan.
“Pernah. Itu pun dah lama. Lebih kurang 10 tahun lepas. Orang kata, cinta bertepuk sebelah tangan aje.”
Hampir ternganga Husna.
“Kenapa tak berterus terang dekat dia? Dengan Una, berani pula nak ajak berkawan. Jangan cakap... Wan tak berani."
Serentak mereka ketawa. Tiba-tiba Irwan terkenang zaman persekolahannya ketika dia jatuh hati terhadap Kayla. Dia pernah berterus terang kepada Kayla tetapi terang-terang dirinya ditolak.
“Tak ada gunanya Wan berterus terang. Dari dulu lagi dia sukakan orang lain. Dia pun dah bahagia sekarang bersama suami dan anak. Kalau Una nak tahu, suami dia kawan baik Wan.” Irwan tersenyum kelat.
Tergamam Husna mendengar kenyataan lelaki itu. Pasti sukar buat Irwan apabila mengetahui cinta pertamanya mencintai kawan baik sendiri.
“Mesti perempuan tu sangat istimewa di hati Wan.”
“Dia memang sangat istimewa, tapi Una janganlah salah faham pula. Maksud istimewa di sini, Wan bangga dengan dia sebab dia seorang ibu dan isteri yang sangat tabah walaupun banyak ujian yang dia dah terima.” Dia tidak mahu menceritakan tentang masalah rumah tangga Kayla kerana baginya perkara itu terlalu peribadi. Cukuplah Husna tahu punca dia masih mengingati Kayla.
Mendengar kenyataan Irwan, tipulah kalau dia tak cemburu. Nasib baiklah wanita itu sudah berkahwin. Dia tidak mahu Irwan masih mempunyai perasaan terhadap orang lain. Cukuplah dia pernah diduakan dalam diam ketika bercinta bersama Aryan.
“Ada rezeki, Wan kenalkanlah dia kepada Una. Teringin juga Una nak kenal dengan cinta pertama Wan.”
“Mestilah boleh. Wan yakin Una dengan dia boleh berkawan baik.”
😌
Agak2 lepas Wan dapat tahu siapa Una dalam hidup Kayla, apa reaksi dia👉👈
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top