Teaser 4

Teaser 4 😍

TIDAK SEMPURNA TANPAMU - Mia Azwari

“Temankan Wan makan?”

“Kenapa tak makan dengan mama dan papa?”

“Wan nak makan dengan tunang tersayang.”

Menggeleng Husna dengan telatah Irwan. Baru bertunang, manjanya mengalahkan anak kecil. Tidak mahu menghampakan lelaki itu, dia mengikut langkah lelaki itu menuju ke khemah.
Irwan mengambil makanan untuk mereka berdua. Masing-masing makan sambil berbual. Sesekali mereka ketawa apabila ada perkara lucu yang dibualkan.

“Lebar betul senyuman Abang Wan. Cepat sikit makan tu. Kita dah nak gerak balik ni.”
Hampir tersedak Irwan. Tiba-tiba saja muncul Ikmal di belakangnya. Husna menunduk malu.

“Kejaplah. Pergi sana. Sibuk aje.”

Ikmal tayang wajah meluat. Baru bertunang, dah berlagak.

“Mal dah makan?” Ramah Husna bertanya. Dia jarang berbual dengan adik bongsu Irwan. Sikap lelaki itu agak berbeza dengan tunangnya.

“Alhamdulillah. Dah kenyang, kak.”
Husna tersenyum nipis.

“Sayang jangan nak senyum-senyum depan budak tak cukup umur ni. Wan tak suka.”
Meremang bulu roma Ikmal.

Berkerut dahi Husna. Dengan adik sendiri pun Irwan nak cemburu ke?

“Sejak bila Abang Wan jadi ulat bulu ni?”

“Diamlah!”

Ikmal julingkan biji mata. Dia segera berlalu meninggalkan pasangan itu.

“Tak baiklah Wan buat macam tu.”

“Sayang jangan nak sebelahkan dia. Si Mal tu kerja dia memang suka menyakat. Lagi teruk daripada abang.”

Ternaik kening Husna. Macam tak percaya pula.

“Tapi Una tengok, Mal tu macam serius aje. Sama macam papa Wan.”

Irwan ketawa kecil. Memang sama sangat perangai dua beranak tu. Pantang berjumpa, ada aje yang tak kena.

“Nanti Una dah jadi isteri Wan, Una akan tahu perangai sebenar Mal tu. Dia memang suka sangat buat masalah.”

Husna terus terdiam. Dia memandang ke arah Ikmal yang sedang menelefon seseorang. Takkan teruk sangat perangai bakal adik iparnya itu?

😂

Percayalah cakap Wan tu Una. Ikmal memang banyak masalah. Tak percaya, boleh baca balik kisah Ikmal dan Iqlima dlm Kau Takdir terindahku. Siapa yang nk kombo dua buku dibawah, boleh piemmm tepi ya🤗

Boleh wasap 0129284568

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top