Teaser 3

TEASER 3
#tst

Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Datin Yasmin sambil menyeka air matanya. Menggigil tangannya ketika mencapai tangan wanita itu. Belakang tapak tangan itu dicium dengan penuh kasih.

“Umi... maafkan Husna. Husna banyak dosa dengan umi. Selama ni, Husna tak jujur dan ikhlas dengan umi. Sanggup Husna berniat untuk hancurkan masa depan Aryan hanya kerana dendam.” Teresak-esak Husna menangis.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Datin Yasmin semasa kali terakhir mereka bertemu. Wanita itu pernah memintanya untuk melupakan Aryan dan mencari lelaki yang lebih baik untuk dijadikan suami.

Itulah nasihat terakhir yang diberikan oleh wanita itu. Dia sendiri agak terkesan selepas mendengar kata-kata itu.

“Husna janji dengan umi, Husna akan cari kebahagiaan sendiri. Maafkan Husna kalau selama ni Husna dah kecewakan umi. Cepat sedar, umi. Kayla dan cucu umi dah balik. Umi mesti gembira tengok Aryan dah bersama anak dan isterinya.”

Dahi wanita itu dicium lama. Air matanya diseka perlahan. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik itu. Di luar wad, pasangan suami isteri itu sudah menunggu untuk bertemu dengan Datin Yasmin.

“Saya balik dulu. Terima kasih sebab benarkan saya melawat umi.”

Aryan sekadar mengangguk kecil. Hanya Kayla dan Adel yang berbual sebentar dengannya sebelum dia melangkah pergi dari wad itu.
Sepanjang dia berjalan, air matanya masih terus mengalir. Pandangan orang di sekeliling tidak diendahkan.

Di dalam kereta, dia menangis sepuas hati. Dadanya ditekan kuat. Terasa sesak nafasnya apabila mengenangkan perbuatannya dulu.
Bunyi telefon pintarnya mengejutkan Husna. Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil.

“Helo…”

“Awak okey ke? Kenapa suara awak lain ni?”

Tergamam Husna. Dia melihat skrin telefonnya. Hampir ternganga mulutnya. Tak sangka lelaki itu yang menghubunginya sekarang.

“Una…”

Mendengar namanya dipanggil, semakin menjadi-jadi tangisan Husna. Irwan di hujung talian sudah beriak cemas.

“Jangan buat saya takut. Awak okey tak?”

“Masih tak terlambat lagi ke untuk saya berubah? Saya pun nak bahagia seperti orang lain,” luah Husna tanpa sedar.

Terdiam Irwan. Dia masih setia menjadi pendengar masalah gadis itu.

“Saya takut… saya tak nak jadi perempuan jahat.” Tersedu-sedan Husna seketika. Dadanya ditepuk kuat. Terlalu sakit apabila memikirkan dirinya yang terlalu jauh berbeza.

“Stop crying. Awak dekat mana sekarang?”
Esakan Husna semakin berkurangan. Nada suara lelaki itu jelas kelihatan serius. Pipinya yang basah diseka perlahan.

“Saya di hospital.”

“Awak sakit lagi ke?”

“Eh, bukan. Saya cuma datang melawat orang sakit.”

Irwan menarik nafas lega. Risau juga Husna sakit seperti dulu.

“Bagi saya location. Kita jumpa sekarang.”

❤️

Siapa yg pernah baca SCK, mesti ingat part ni kan🤗

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top