Teaser 2

TEASER 2

#tst

“Tak sangka awak kerja di sini.”

“Haah. Saya bertugas di wad kanak-kanak. Awak memang orang sini ke?”

Husna menggeleng perlahan. Air minumannya disedut sedikit.

“Saya tinggal di KL. Saya datang ke sini atas urusan kerja.”

Irwan ralit memandang wajah manis Husna. Wajah itu kelihatan lebih sihat berbanding kali pertama mereka berjumpa. Teringin juga dia bertanya punca gadis itu menangis tempoh hari.

“Kenapa pandang muka saya macam tu?” Husna mengesat mulutnya dengan tisu. Takut juga mulutnya comot.

Tersengih-sengih Irwan. Tak sedar perbuatannya disedari gadis itu.

“Saya sebenarnya tertanya-tanya, kenapa awak menangis sebelum tak sedarkan diri? Awak ada masalah besar ke masa tu?”

Terkelu Husna. Teringat kembali perbuatan kejamnya terhadap Kayla. Disebabkan perbuatannya terbongkar, Aryan memberi amaran supaya dia tidak muncul di hadapan lelaki itu lagi.

Jujur dia berasa sangat menyesal kerana pernah berniat jahat terhadap Aryan. Semuanya kerana dendamnya terhadap Kayla. Malah, dia sanggup merancang sesuatu yang jahat untuk mencapai cita-citanya.

“Husna... Husna!”

Ternaik bahu Husna. Lenyap terus peristiwa lama sebaik saja namanya dipanggil kuat. Pelik pula Irwan melihat reaksi Husna tadi.

“Maaf. Saya tiba-tiba teringatkan sesuatu.”

“Saya yang patut minta maaf. Kalau awak tak selesa dengan soalan saya, tak perlu jawab.”

Husna tersenyum nipis. Memang agak mustahil untuk dia meluahkan kepada lelaki itu. Selepas pertemuannya dengan Kayla, dia sangat berharap dapat bertemu dengan wanita itu sekali lagi. Dia mahu mendapatkan kemaafan daripada isteri Aryan itu. Entah bilalah dia akan mendapat peluang itu.

“Boleh saya tanya awak sesuatu?”

Irwan sekadar mengangguk. Roti di tangannya disuap ke mulut.

“Kalau awak pernah cintakan seseorang tetapi dia dah jadi milik orang lain, apa yang awak buat?”

Irwan terdiam seketika. Tiba-tiba dia teringatkan Kayla. Dia pernah mencintai wanita itu. Tapi perasaan itu terkubur setelah sedar cintanya tak mungkin berbalas.

“Saya akan move on. Tak perlu nak sakitkan hati sendiri dengan cinta yang tak berbalas.”

“Semudah itu?”

“Ya. Buat apa nak peningkan kepala. Hidup perlu diteruskan. Dan saya yakin, Dia dah aturkan jodoh yang lebih baik untuk saya.”
Tak berkelip mata Husna memandang wajah tampan Irwan. Kata-kata lelaki itu meresap terus ke dasar hatinya. Betul kata Irwan, dia perlu yakin setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

🥰🥰

Pertemuan kali kedua✌️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top