Teaser 1

Semuanya bermula di sini....

Teaser 1 #tst

Bunyi esakan kecil di sebelah, menarik perhatiannya. Pada awalnya dia tidak menghiraukan gadis itu. Namun dadanya berdegup laju apabila sedar ada bahaya di hadapan gadis itu.

Melihat tubuh gadis itu hampir tersembam ke hadapan, bergegas dia berlari ke arah gadis itu. Pinggang gadis itu ditarik rapat sehingga wajah gadis itu melekap ke dadanya. Pertama kali dalam hidupnya dia memeluk seorang wanita yang bukan halal untuknya.

Dia pandang ke bawah. Nafas dihela sedikit panjang. Tak dapat dia bayangkan jika gadis itu jatuh ke bawah tangga escalator. Pipi yang masih basah itu ditepuk perlahan. Jelas wajah itu kelihatan sangat pucat.

“Cik tak apa-apa ke?”

Gadis itu masih tidak memberi tindak balas. Irwan semakin cemas saat gadis itu tiba-tiba tidak sedarkan diri. Tanpa teragak-agak, dia terus mencempung gadis itu turun ke tingkat bawah dengan menggunakan tangga escalator. Pandangan orang di sekeliling tidak dihiraukan. Yang penting dia perlu membawa gadis itu ke hospital.

Semasa di dalam kereta, dia sempat menghantar mesej kepada Aryan. Ada baiknya mereka berjumpa di hotel saja.

Sampai di hospital, Irwan segera membawa gadis itu ke bilik rawatan. Disebabkan hospital ini yang paling dekat, dia terpaksa menghantar ke sini. Risau juga jika gadis itu mempunyai penyakit kronik. Nafas lega ditarik perlahan apabila doktor memberitahu keadaan gadis itu baik-baik saja.

“Siapa tu?” soal Muiz. Salah seorang rakan yang pernah sama-sama belajar dengannya ketika di luar negara. Tak sangka mereka berjumpa di sini.

“Entah. Aku nampak dia nak pengsan. Sebab tu aku bawa ke hospital ni. Betul dia okey?” soal Irwan sekali lagi.

“Dia okey. Tekanan darah dia rendah sikit. Tunggu dia habiskan drip. Lepas tu kau boleh bawa dia balik.”

Irwan garu kepala yang tidak gatal. Nak bawa balik ke mana? Kenal pun tidak.

“Kenapa?”

“Aku tunggu dia sedarlah. Nak call waris dia, tuan punya badan pun aku tak kenal.”

Muiz mengangguk faham. Bahu Irwan ditepuk perlahan sebelum melangkah pergi dari situ. Irwan duduk sebentar di luar sementara menunggu gadis itu sedar. Tak tergamak pula dia meninggalkan gadis itu begitu saja.

Hampir sejam kemudian, Husna tersedar. Dia melihat tangannya ada dimasukkan drip air. Keluhan terlepas dari bibirnya. Semua yang berlaku hari ini benar-benar membuatkan dia berasa sangat berdosa.

Makin tebal rasa bersalahnya selepas terserempak dengan Kayla bersama anak kecilnya. Tak sangka selama ini Aryan sudah mempunyai seorang anak bersama Kayla.

“Ya Allah... apa yang aku dah buat ni? Ini bukan diri aku.” Disebabkan dendam, dia tergamak melukakan ramai orang di sekelilingnya terutamanya ahli keluarganya sendiri.

“Assalamualaikum.”

Berkerut dahi Husna melihat ada lelaki asing tiba-tiba muncul di bilik ini. Dia cuba bangun dan bersandar di kepala katil.

“Waalaikumussalam. Awak siapa?”

“Err… masa awak pengsan tadi, saya yang bawa awak ke sini.”

Berubah wajah Husna. Tiba-tiba dia berasa malu berhadapan dengan lelaki itu.

“Oh… terima kasih dan maaf sebab dah susahkan encik.” Husna menunduk malu.

“Tak perlu berencik dengan saya. Panggil saya Wan.”

“Saya Husna.”

Masing-masing jelas kelihatan janggal. Baik Husna atau Irwan, mereka masih berdiam diri.

💥

Dalam kisah Kayla, ramai betul benci Husna. Harap dalam kisah ni, ramai yang sukakan dia. Sebab kak paling sayang cerita ni. Disebabkan cerita ni juga, banyak kisah wujud💓💓💓

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top