8:53AM, Atas Katil

Ya, aku tahu semua ni mengelirukan. Aku tahu mesti korang tanya, macam mana makcik nasik kat Bangsar atau Jasmine boleh tahu pasal Mohd Fardhu walaupun itu imaginasi aku.

Sebab ada masanya aku masukkan sikit elemen bagi nampak real. Skizofrenia memang susah nak bezakan mana satu real dan mana satu tak.

Aku berbaring di sebelah Jasmine dengan seribu satu kekeliruan. Betul ke apa yang dah berlaku pada aku ni atau benda ni hanya imaginasi aku? Sebab kedengaran cerita ni macam tak logik.

Dan kalau perempuan bernama Jasmine ni betul dan bukan dalam imaginasi aku, macam Tyler Durden dalam buku dan novel Fight Club, then kenapa perempuan ni nak aku?

Kalau aku yang skizofrenik ni pun susah nak percaya, apatah lagi korang yang normal.

"Apa yang kau termenung tu?" Hamid MD tiba-tiba muncul depan aku.

Terkejut aku sampai aku terhantuk kepala katil.

"Macam mana perasaan hilang virgin?" kucing ni buat muka miang.

"Aku keliru semua benda. Rasa macam sepanjang hidup aku sejak akhir-akhir ni macam layan Lebai Sulaiman Daud."

"Mungkin kau tak faham konsep dua pil ni lagi, Romi. Macam ni."

Dia duduk, tapi kerusi tu tak cukup besar untuk punggung dia.

"Celaka manusia. Diskriminasi terhadap kucing," komplen Hamid MD yang bangun semula.

"Bukan kucing boleh muat kat semua tempat ke? Celah tingkap pun dia boleh tidur," kata aku.

"Pil A akan jadi kenyataan bila ada satu peristiwa yang memaksa kau reconsider kembali untuk teruskan ataupun kau kembali ke jalan hidup asal kau iaitu B."

Aku berkerut tak faham.

"Contohnya dalam novel Kapsul Masa tu, bila mamat dalam cerita tu pilih A, maknanya dia memilih jalan yang bukan jalan cerita asalnya. Kau ingat aku suka-suka ke letak label A dengan B tu? A for alternative, B for back to real path. Sebab panjang sangat aku bubuh je A dan B."

"Tapi kenapa scene penghujung dia makan pil A?" aku tanya balik.

"Sebab takde real path lagi. Nak back macam mana lagi. Pil A ialah untuk jalan cerita hidup kau yang kau tak tahu lagi."

"Jadi, perempuan yang kat sebelah aku ni, real?"

"Iyaaaaa real! Alternative thing is also real thing. Tapi akan tiba satu masa nanti, kau akan terpaksa pilih semula, kau nak teruskan jalan A ni, atau kau nak kembali ke jalan asal kau iaitu B, masa kau mula-mula kenal dengan Wan, macam dalam Rokok Nan Sebatang tu."

Tiba-tiba Jasmine macam tersedar.

"Baby...dah bangun ke?" terus tangan dia melentuk ke aku. Letih sangat dia semalam.

Hamid MD terus hilang.

--

11:53AM, Chow Rasta

Selepas makan cendol Teochew dan merayau kat kedai buku di Chow Rasta, kami mencari the ultimate quest untuk kami ke sini - nasi kandar.

Jasmine ajak makan di Line Clear, tapi aku difahamkan Line Clear ni overrated.

"Dah sini je yang paling dekat. Takkan nak pergi jauh-jauh makan?" kata Jasmine mencekak pinggang.

Aku call Norma.

"Awat? Aku tengah goreng ikan ni."
"Nasi kandar paling sedap kat mana? Ni kat depan Line Clear."
"Paling sedap Kampung Melayu. Tapi hangpa dah lambat dah ni. Dia pukui 10 dah sold out!"
"Dah tu hang nak makan nasi kandaq mana?"
"Hang dah lapaq sangat ka? Takkan nak pi Deen Jelutong. Hang pi ja Pokok Ketapang. Situ tak sampai berapa langkoh ja hang dah sampai."
"Mana?"
"Aduh hangpa ni. Pakai Google Map la! Aku nak goreng ikan ni sat, lepaih ni nak hidai kain!"

Aku pandang Jasmine, dan terus search Nasi Kandar Pokok Ketapang.

--

3:53PM, Subang Airport.

Aku masih berfikir tentang apa yang aku lalui semalam. Ternyata aku berada di alam yang surreal.

"You okay? I takut la bila you termenung macam tu. I risau apa yang you fikir."

"How did you know Mohd Fardhu is a made up?"

Jasmine melepaskan nafas. Kemudian dia peluk aku.

"It's not made up. It's something in your head. You pun tak sedar benda tu real or not. I faham your condition macam mana. Pernah tengok cerita Beautiful Mind? Or Donnie Darko?"

Wow, sometimes dia ni surprisingly taste dia. Aku mengangguk.

"I heard you saying about my boobs and my ass. At first I feel insulted, but I realized that you're arguing with yourself."

"You tak rasa I ni freaky ke?"

"Yes. But lama-lama I nak kenal dengan you. I don't know why but I can't resist you, sampai I rasa, this is it, this is my man."

"But why?" aku masih tertanya-tanya.

"Why apa?"

"Why me? Why I'm your man?"

"Sebab, deep down, I tahu the world is up against you and somehow you're strong enough to against the current."

Jasmine diam.

"Like you, I also suffers from mental illness. I ada Asperger."

"What's that?"

"Difficulties to socializes. Kalau I, I kawan dengan sorang, dengan sorang tu je I kawan."

"And what if I'm a wrong man?"

"So far, you're not."

Jasmine terus mengucup pipi aku.

"I can't get enough of you last night. I'm really turning on everytime I'm near you. You're a chick magnet, a sex bomb..."

Aku terus rasa aku tak percaya dengan hidup ni. Kenapa aku dalam timeline pil B, aku tak macam ni? Takde makwe pun nak aku. Kenapa dalam pil A aku jadi macam ni pulak?

What's really going on?

--

6:10PM, depan rumah Norma.

Aku sampai rumah je, aku nampak ada beberapa orang sedang packing dengan bawak banyak kotak dan bawak turun ke lori.

"Nasib baik la depa tanggung transport. Lega aku," kata Norma yang duduk tepi koridor sambil perhati dua orang pekerja Nepal sibuk mengangkut barang.

"Ni nasi kandaq. Pokok Ketapang. Sorry tak dapat pergi Kampung Melayu yang hang suka tu," aku hulur dia plastik yang ada dua bungkus nasi kandar.

"Bunga, kasi perhangat nasi kandaq ni! Mai dari Penang ni! Ni hang boh gulai dagin dok?" tanya Norma.

"Kuah campoq."

"Awat tak pi awai? Hang bangkit lambat ni," kata Norma macam dia dapat bau je peristiwa semalam.

"Tak tau pukul berapa bukak. Ingat tengah hari dia ada lagi."

"Ni, nasi kandaq ni oghang sana pi buat breakfast. Hangpa roger aku tengah hari. Memang habih la! Semalam macam mana? Mak pak marka hang setuju ka dengan hang?"

Aku senyum kelat.

"Dorang nak aku kerja dengan dorang. Gaji belas ribu. Abah dia siap peluk aku lagi. Welcome to the family."

Norma pun senyum kelat.

"Tahniah no, dapat jadi menantu orang kaya. Nanti hang jadik la macam Aqish Qaimira nu. Kalau berlaku cinta tiga segi ka apa, habaq kat produser bagi buat cerita hang. Watak hang kasi Syukri Yahaya jadi pelakon."

Masa makan, aku nampak Bunga macam pandang mata aku masa aku tengah duduk minum air. Pandangan tu membuatkan aku teringat peristiwa kapal feri karam yang Hamid MD tunjukkan pada aku sekiranya aku ikut lelaki dari entah mana-mana tu.

Lepas mereka makan, aku minta izin pada mereka untuk pulang.

"Oh, lupa. Ni saya beli buku untuk Bunga. Buku Kapsul Masa, Nami Cob Nobbler," aku hulur buku tu.

"Siap ada autograf? Wow terima kasih abang Romi!"

Bunga terus peluk aku.

"Ish Bunga ni. Awat hang pi peluk dia? Sopan la sikit, hang tu oghang pompuan!"

Bunyi macam marah, jealous pun ada.

"Balik dulu ya, Bunga, Norma. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

--

11:50PM, ruang tamu.

Aku tengah nak siapkan surat resignation aku kat tempat kerja insurans ni. Aku sebenarnya tak pasti apa aku buat betul ke tak. Aku masih tak percaya apa yang berlaku sejak akhir-akhir ni. Aku tak percaya benda ni berlaku.

Bunyi ketuk pintu. Siapa pulak time gini ketuk pintu ni?

Aku buka pintu dan nampak Bunga Ramona sedang tunggu depan pintu dengan pakai baju Tegan and Sara.

"Saya nak confess kat abang Romi, yang saya crush dengan abang Romi. Saya tak boleh lepas daripada fikirkan abang Romi setiap hari. Saya tak tahu kenapa. Saya harap abang Romi faham."

Aku tergamam. Siapa pulak dok calit minyak dagu kat semua perempuan untuk aku ni doh?

Kecuali Norma kot. Tapi entahlah.

Aku memikirkan peristiwa yang menghantui aku kalau aku pilih pil B. Aku tak rasa dia ni jenis perempuan yang akan bahagiakan aku.

"Kita cakap pasal benda ni esok lusa, boleh? Saya nak tidur."

Aku terus tutup pintu. Dan bila aku toleh ke belakang, Hamid MD berdiri memandang tepat pada aku.

"Aku tak faham semua ni, Hamid MD! Aku tak faham! Kenapa semua perempuan dok gilakan aku ni?"

"Jom ikut aku, kalau kau nak tau jawapannya."

"Pergi mana?"

"Naik kapal selam kuning."

Hah?

Aku mengekor dia ke bilik air, dan aku nampak ada seketul kapal selam kuning.

Tolonglah aku tak berhalusinasi. Janganlah ni taik aku yang aku terlupa flush (aku tak pernah lupa flush jamban).

Hamid MD petik jari dan aku berdua masuk dalam kapal selam kuning.

"Ada orang pernah kata tak kau ni adik beradik Doraemon?"

"Doraemon tu sepupu aku. Kawan dengan ALONG. Dulu masa 90an kemain kaya dorang. Sekarang semua jobless."

"Doraemon jobless?" aku berkerut mendengar cerita Hamid MD.

"Semua rancangan 7 malam Sabtu dah kena conquer dengan CJ Wow Shop. Spongebob, CatDog, Doraemon, Shin Chan, semua tengah jobless sekarang," Hamid MD memakai topi kapten dan terus menggerakkan kapal selam.

"Kita nak pergi menyelam ke tempat kau hampir mati lemas sebab kau nak selamatkan Bunga Ramona masa tragedi feri karam dulu," Hamid MD turun menuju ke dasar laut.

Aku nampak badan aku terkujur di dasar laut, dan Hamid MD sedang menunjukkan tapak tangannya dengan dua pil di kedua-duanya.

Dia hulurkan pil tangan kiri. Pil A.

"Kau nampak kat tangan aku lagi satu, ada tiga pil optional," Hamid MD tunjuk dengan kukunya. Ye la kucing jari kecik.

Ada pil biru, merah dan hijau.

"Pil biru, kau akan jadi watak ganas dan Machiavellian, seterusnya kau akan jadi ketua gangster dan abang long terbesar Asia Tenggara," kata Hamid MD.

"Aduh bodohnya, kenapa tak ambik pil tu?" aku tepuk dahi.

"Pil hijau, kau menjadi seorang ahli politik yang hebat sehingga level negarawan."

"Okay, pil lagi satu?"

"Kau akan digilai para wanita. Tapi dengan syarat. Aku kena buang 90% kemampuan perasaan cinta kau. Sebab bila kau bercinta, kau terlalu mabuk sampai cinta tu buatkan kau hilang kawalan dan kemampuan berfikir, dengan pil penambah pheromone yang aku bagi kau tu," kata Hamid MD.

"Pil penambah pheromone?"
"Kau punya level rembesan pheromone kau luar biasa."
"Macam mana tu?" aku terpinga-pinga.

"Kau tau kan semua lelaki tubuh badan dia merembes pheromone untuk perempuan, kan?"

"Ha, ok. Jadi adakah dengan pheromone ni buatkan semua wanita akan suka aku?"

"Perempuan tak terpikat dengan lelaki sebab dia sado, sebab bijak, sebab dia handsome, berbakat ke apa. It's fucking pheromones! Jadi, pil tu enhance kau punya level 5 kali ganda daripada semua lelaki lain."

Aku termenung. Baru aku perasan, Mr Darren tak suka aku, lepas tu banyak jugak lelaki macam aku tak suka. Lelaki dari entah mana-mana tu misalnya.

"Semua perempuan akan suka kau sebab pheromone kau yang luar biasa."

"Shit!"

Tiba-tiba aku teringat iklan deodorant yang semua perempuan kejar lelaki spray deodorant tu.

Macam mana la Nabi Yusof agaknya. Aku rasa faktor pheromone dia agaknya. Saja cerita ketampanan dia kot.

Setiap ciri ketampanan berbeza dari setiap perempuan, betul tak?

"Dengan 10% je limit kemampuan bercinta, tapi pheromone tahap dewa seks, dapatlah kau yang sekarang. Kalau aku bagi kau 100% kemampuan bercinta, anak kau merata bertebaran pelbagai bangsa dan agama. Dah macam Gengkhis Khan dah kau ni nanti."

"Tapi kenapa Norma macam takde respon je dengan aku?"

"Siapa cakap? Cuma perempuan jenis mental kuat macam Norma, dia punya daya kemampuan menahan godaan pheromone tu lebih kuat daripada orang yang tak berapa kuat. Kau ingat setiap lewat malam kau terserempak depan koridor tu tak sengaja? Dia tunggu kau setiap malam la!"

"Kira sekarang ni aku boleh sailang bini David Beckham la?"

"Boleh je kalau kau nak. Tapi kemampuan kau nak bercinta 10% je. Kau takkan mampu bagi ayat puitis jiwang macam kau angau dengan Laila masa kat sekolah dulu."

"Pil merah, pil idaman semua lelaki," kata aku.

"Pil biru pun ramai. Pil hijau ada, budak skema sikat tepi je minat."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top