11:35AM, Office Baru
Aku sedang menyiapkan kertas kerja yang diminta oleh Datuk Fairuz serta meneliti beberapa fail penting. Tapi sebenarnya assistant aku, Luqman yang buat.
Aku cuma draft apa yang ada dalam kepala aku menafsirkan kehendak Datuk Fairuz.
Telefon aku berbunyi. Norma?
"Hang ada rumah ka?"
"Tengah kerja. Awat?"
"Rumah hang terbakaq."
Terkejut gila babi aku. Aku ada masak apa-apa ke malam semalam? Tak ada. Ada aku tak tutup letrik ke? Ish dah kenapa pulak?
Untuk membuktikan Norma tak menipu, dia ambil gambar rumah aku yang berkepul-kepul asapnya.
Aku terus bergegas ke pintu pejabat Jasmine. Aku ketuk dengan cemas.
"Ya, Romi. Kenapa?"
Aku hanya tunjuk gambar rumah aku yang terbakar, dan Jasmine terlopong.
"Jom jom! Daddy, we have to go!"
"Korang nak pergi mana?"
"Somebody burned his house!"
Datuk Fairuz terus terbangun.
"Dah melampau dia ni!"
--
Dalam kereta aku cuba memikirkan adakah aku yang sendiri careless atau ada siapa bakar rumah aku. Aku harap kucing aku tak terbakar.
"Musuh my daddy ni. Dia tau you dah rapat dengan family I," kata Jasmine sambil memandu di Federal.
Macam mana dia kenal aku? Dan siapa pula yang bakar rumah aku? Tu rumah sewa aku. Apa aku nak jawab dengan penyewa aku ni?
Aku datang-datang, Norma sedang membantu pihak bomba mengangkat benda penting dalam rumah aku. Yang terbakar cuma kawasan ruang tamu aku. Habis TV aku. Nasib baiklah siri Aqish Qaimira dah tamat.
"Norma, hang nampak tak sapa bakaq rumah aku?" aku tanya Norma.
"Aku tak perasan. Aku bau hangit ja, lepaih tu nampak asap berkepui-kepui dari ghumah hang. Aku nampak, tu dia, api dah marak!"
Aku nampak pintu aku macam cubaan untuk kopakkan tu ada.
"Celaka, ini memang ada orang bakar rumah aku."
Jasmine terus masuk ke rumah aku, dan aku terus tunjuk pintu aku.
"Next level jahat dia ni."
--
1:31PM, Rumah Norma.
"Masuklah, Jasmine. Maaflah, ghumah kecik ja."
Jasmine masuk ke rumah Norma dan terus memandang keliling.
"Hangpa berdua dah makan ka? Cheq masak kari ikan hari ni."
Jasmine duduk di dapur dan tengok je aku dan Norma sedang berbual dari tepi dapur. Dia macam memberikan pandangan yang kurang selesa.
"Mi, kalau hang nak pakai duit, pakai la duit aku dulu. Hal nak beli mesin tu nanti lah dulu. Kita kumpul duit lagi ya?"
Aku dah garu-garu kepala.
"Takmo la Norma. Hang dahulukan projek hang dulu. Tak apa lah."
"Mana buleh lagu tu. Hang nak dok mana kalau gitu?"
Jasmine bangun, dan mencelah.
"You duduk rumah I, okay?"
"Ish, apa kata ayah awak nanti?"
"Yang bakar ni pun musuh my daddy."
Norma betulkan serkupnya. Dia kemudian buka besen beras dan mencedok beberapa cawan beras untuk dimasak.
Jasmine macam memandang Norma dengan penuh rasa cemburu. Dari segi pandangannya, macam tidak menyelesakan.
Norma perasan pandangan tu, tapi dia buat tak tahu sahaja.
"Mana pulak budak Bunga ni? Hang dok tidoq sampai tengah hari ka? Bangkit la oi!"
"Takpelah cik, kami balik office dulu ya?" kata Jasmine terus bangun, dan tunjuk ke jamnya ke arah aku.
Norma menoleh ke arah aku. Aku pandangnya dengan perasaan bersalah.
"Takpalah, hangpa balik pejabat dulu no. Mi, pasai duit hang tu, hang bagi nombor account hang. Sat lagi aku pi bank in."
Aku mengangguk. Kaki aku melangkah lesu.
--
1:57PM, dalam kereta.
Dalam kereta kami berdua senyap. Muka Jasmine seperti marah. Aku hanya diam sambil tolak dua ibu jari aku.
"Jom makan?" aku cuba meredakan marah dia. Entah apa yang dimarahkan dia.
"Tak nak."
Dia diam sahaja sambil memandu.
"Apa yang awak marah ni? Rumah saya yang terbakar, awak pulak marah."
"Fikir rumah dia terbakar, hati I terbakar ni dia tak nak tahu pulak?"
Dah kenapa pulak ni?
"Patutlah nak pergi Pulau Pinang. Sanggup tu beli nasi kandar dari sana sampai ke sini. Lepas tu bersungguh siapkan kuih simpul kasih tu. Lepas tu sampai tak cukup tidur apa semua."
Ni jealous dengan Norma ke?
"Cakap la taste you minah combi, marka Penang. Tak ada la I try hard awal-awal."
"Dia jiran saya kot?"
"Ada I borak dengan jiran I macam tu ke?"
Tak tau la orang Mont Kiara ni jenis kenal jiran ke tak, let alone berborak.
Serius kalau kemampuan 100% bercinta aku sebelum pil merah ni, benda ni kacang je. Tapi sebab kemampuan aku hanya tinggal 10%, aku tak tahu apa aku nak cakap."
"You memang dari dulu tak ada perasaan dengan I ke?" tanya Jasmine.
Aku tunduk je.
"Awak cemburu dengan Norma ke?"
"Eleh, tolong sikit. Kalau awak rasa dia terror masak kari, you tunggu I masak untuk you malam ni. Jangan cabar I," Jasmine mencebik.
"Saya tidur rumah awak ke?"
"Nak tidur kat rumah you tu, dah terbakar."
"Tapi saya tak bawak baju?"
"Takpe. Tidur je bogel."
Lepas tu dia cuba menahan ketawa. Tapi masih marah.
Kuat betul merajuk Jasmine ni.
--
8:25PM, Bundle Kota Damansara
Aku memilih baju dan seluar bundle untuk aku tidur malam ni. Aku masih serabut pasal hal rumah aku. Aku beritahu hal ni pada penyewa aku, penyewa aku dah nak report polis.
Siapa yang buat ni wajar dibawa ke muka pengadilan.
Jasmine dalam kereta, tunggu aku beli baju.
Selepas bayar, aku terus ke kereta.
"Lambat la. Baju bundle pun nak pilih lama-lama. Kalau baju baru takpe la jugak."
"Sebab baju bundle la pilih lama. Kalau baju baru boleh la nak pilih. Baju baru, boleh pulang balik. Baju bundle macam mana?"
Jasmine muncung.
"Ada je nak menjawab," Jasmine teruskan pemanduan.
Nak tanya perempuan yang baca novel ni, perempuan kalau merajuk memang semua benda dia nak marah ke? Ke Jasmine sorang je macam ni?
"Lapar tau tak? Dah la dari tengah hari tak makan lagi."
Siapa yang tak nak makan tadi?
Kami berdua masuk ke McD Drive Thru. Dia pesan Quarter Pounder. Aku pesan Big Mac.
Dalam kereta, kami park tepi dan makan burger.
"Awak tau tak, kat Perancis, Quarter Pounder dipanggil apa?" aku cuba memecah kesunyian.
"Apa dia?" tanya Jasmine.
"Royale with Cheese."
"Mana you tau? Mana tau Tarantino tipu you ke? You pernah pergi France ke?"
"Amboi, garangnya. Nak melawak pun tak boleh dah."
"Quarter Pounder cakap orang Penang apa?" tanya Jasmine. Tak habis lagi marah dia dengan Norma.
"Kita tau la lelaki Melayu zaman sekarang ni. Nak perempuan sopan santun macam Mira Filzah. Perempuan urban ni buat main je kan?"
Aku ambik tisu, aku lap bibir dia.
Jasmine terdiam.
"Comot," aku terus lap tepi bibir dia yang terkena sos cili.
"Eii orang nak marah, masa ni dia sweet pulak!"
--
10:27PM, rumah Jasmine.
Laila pakai baju tidur warna merah garang sambil tengok Spongebob Squarepants.
"Mommy Laila, Romi tidur sini ya?"
"Daddy dah cerita dah. Siapa yang bakar rumah Romi? Dah report polis?" muka Laila yang kerisauan.
"Penyewa dah report tadi. Penang juga kepala."
Aku nak sebut pening tersebut Penang. Muka Jasmine berdesing sikit.
"Apa dia?"
"Pening. Sorry."
"Sensitif betul dengar Penang ni."
Jasmine terus masuk bilik. Dia macam marah betul.
Sementara tu aku tengok sahaja Spongebob sedang berbual dengan Patrick tentang mencari jellyfish. Kan best kalau hidup ni sentiasa happy je macam Spongebob ni.
--
1:26AM, bilik Jasmine.
Jasmine dah nyenyak tidur. Aku pula macam makin tak faham dengan plot twist hidup aku ni. Aku rasa pembaca cerita ni mesti rasa cerita tentang kewujudan Mohd Fardhu jauh lebih logik daripada cerita aku yang sekarang.
Telefon berbunyi. Alamak, Norma.
Aku angkat dan terus keluar dari bilik.
"Ada apa Norma?" aku bercakap dalam keadaan berbisik. Sambil tu menoleh kot-kot dia terbangun ke.
"Awat sora macam dalam kelambu?" tanya Norma.
"Orang dah tidoq."
"Oghang kaya tidoq awai. Tadak banyak benda mau risau. Ni, hang nak dok aku bank in duit kat hang."
"Takpe, Norma. Beli je mesin kau tu. Senang kerja kau nanti."
"Jangan habaq lagu tu. Hang ni jangan hidup susah pasai aku. Bahagian hang ada ni. By the way, aku nak habaq kat hang ni."
"Ada apa?"
"Minggu depan birthday aku. Mai la, aku belanja hang KFC. Nak belanja mahal-mahal aku tak mampu. Aku tak kaya cam marka hang."
"Okay. Berapa haribulan?"
"Doploh tiga."
"Norma, aku minta maaf pasal tadi ya? Hang dah nak masak, tiba-tiba dia nak balik pulak."
"Takpa aih. Hang kerja kot."
Aku dengar bunyi sliding door.
"Weh, aku tidoq dulu okay?" kata aku sebagai tanda mahu putuskan perbualan.
"Okay. Romi, hang kalau susah, habaq aku tau."
"Okay."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Rupanya Laila datang bawak satu tab aiskrim strawberi Häagen Dasz.
"Ice-cream?"
Laila terus duduk di beranda dan menghadap KLCC di permandangan kami.
"Oh, Laila."
"Tak sudi ke share ice-cream?"
Aku duduk sebelahnya.
Aku ambil sudu dan kemudiannya makan.
"Sorry for your house," kata Laila.
"Entahlah. Serabut jugak fikir."
"On the other hand, you duduk la sini dulu. Dapatlah I tengok you selalu."
Lepas tu Laila diam.
"I'm sorry, Laila."
"Sorry, kenapa?"
"Sebab tak tegur you masa tadika dulu?"
Mata Laila terbeliak.
"You kenal I rupanya?"
"Masa tadika, sekolah rendah, malu la lelaki nak kawan dengan perempuan. Dah remaja, awak popular. Satu sekolah nak awak. Sedangkan saya entah siapa-siapa. Memang layak la awak kawan dengan Farish tu."
"Can't believe he was my first boyfriend. Tapi tak suka pun dia."
"Dah tu kenapa awak dengan dia?"
"Peer pressure. Dah popular kena lepak dengan popular. I was a stupid girl back then."
"Tak lah."
Tiba-tiba Laila pandang aku.
"Romi..."
Aku pandang ke arah dia.
Perlahan, dia cium bibir aku. Lidahnya dia masuk ke dalam mulut aku. Aku masukkan lidah aku dalam mulutnya.
Aku tak sangka aku sedang cemolot dengan crush sekolah aku.
"Laila, stop it. Karang Jasmine ke Datuk bangun, mampos kita."
Laila lap bibirnya.
"I've been waiting for 30 years for this kiss. Finally," Laila melepaskan rasa lega.
Aku pula masih tergamam dengan hidup aku yang dah level stranger than fiction ni.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top