10:10AM, Kerusi Rotan Padang Golf
Aku memandang Laila dengan perasaan terkejut. Dan Laila pun terkejut jugak bila dia nampak aku.
Satu sekolah nak Laila kot. Dia macam Eleena Mahathir kat novel Cheras Perdana. Atau macam Alicia Silverstone filem Clueless.
Cuma Eleena versi geek lah sikit.
"You guys know each other?" tanya Datuk Fairuz yang terkejut melihat kami berdua terkejut.
"He is my schoolmate, darling."
"Kenapa pulak si Jasmine ni suka orang tua?"
Aku agak sentap dengan tikaman ni, tapi aku bukan millennial tipikal. Aku mentaliti Gen X. Tak mati dek tikam.
"Alah you nak mengata orang, yang you tu suka orang muda dah kenapa?" kata Laila sambil mencium pipi Datuk Fairuz.
"Hmm, fair enough. Dengar kata peminat The Beatles?" tanya Datuk Fairuz sambil mengacukan cigar ke arah aku.
"Yeah, abah suka bukak kat radio masa kecik-kecik dulu."
"Suka album mana?" tanya Datuk Fairuz.
"White Album sebab diverse sound yang mereka discover. Sgt Pepper sebab daya kreativiti dia, With The Beatles sebab sounds honesty and innocence, dan album Abbey Road sebab quite sentimental."
Datuk Fairuz fokus dengar apa aku cakap.
"Favorite Beatle?"
"George Harrison. John suka jugak, tapi George lebih calmer."
"I can see that," dia angguk-angguk. Kemudian dia bangun dan berjalan keliling kerusi rotan.
"Do you learn about architecture?" tanya Datuk Fairuz.
"Not much, but I promised to study with Jasmine. I can learn," aku cuba jawab setenang dan sejujur mungkin.
"Sekarang ni, I nak lancarkan revolusi. I nak kembalikan semula senibina zaman Kesultanan Melayu Melaka. But in a modern way. You got it?" tanya Datuk Fairuz tegak kepada aku.
"Faham, Datuk."
"Chill, George Harrison!"
Aku senyum je bila dia panggil aku nama tu.
"Dengan I, you tak payah panggil Datuk! You pun dah lulus pun jadi bakal menantu I."
Tha fakkkkkkk!
"I ada satu projek dekat Janda Baik. Rumah resort. Ada spa, ada meeting room, gym, lepas tu kat situ ada kolam air panas. Spa tu pun menggunakan geotermal dari kolam air panas tu. Kemudian, I nak buat macam design Kesultanan Melayu Melaka. Saya nak hancurkan design buruk post-modernist bullshit ni. Kembali ke akar kita."
"Tapi, saya bukan architect."
"No, I want you to be aesthetic director for this project. I offer you gaji RM12,000 for a start, lepas tu company tanggung flight kalau you nak study, hotels, travel, everything we cover it for you! Lepas tu, Jasmine akan assist you for our corporate structure, lepas tu you dah boleh masuk office."
"Office saya kat mana, Datuk?"
"Buat masa ni kat Bangunan UOA tu. Tempat awak kerja tu. This Monday, our assistants will assist you to your desk."
Aku blank kejap. Macam tu je ke dia interview aku?
--
10:25AM, parking lot.
Aku nampak muka Jasmine muncung memeluk tubuh. Aku terus buka pintu kereta.
"Kenapa ni?"
"How could he? Perempuan tu almost 20 years muda dari dia kot?"
"Habis tu, umur saya berapa?"
"Perempuan muda cari lelaki tua, takpe. Lelaki tua cari perempuan muda tak boleh. Nanti orang panggil miang, gatal."
"Habis tu, perempuan muda pergi lelaki tua pun kena panggil golddigger juga, kan?"
Jasmine mengetip bibir menahan marah.
"Daddy cakap apa tadi?"
"Dia offer saya kerja jadi aesthetic director kat projek resort Janda Baik."
"Baguslah. Nanti dah kaya, handsome, dah boleh beli baju mahal, dah mampu pergi gym, jadilah macam Wan playboy tu. Dengan model hijabster dia sapu, dengan student dia sapu, dengan anak Datuk anak Tengku mana lagi dia kikis duit."
"Wan? Siapa dia?"
Tiba-tiba Mini Cooper berhenti sebelah. Keluar seorang kaya bersama lelaki dari entah mana-mana.
Dia ni memang suka muncul entah mana-mana betul la.
"Baru sebut dah keluar jin buragas ni," ngomel Jasmine.
"Buat apa tu?"
Aku diam sahaja memandang lelaki tu dan mengenangkan apa yang berlaku dalam feri yang ditunjukkan oleh Hamid MD dulu.
"What's a matter? Running out of your sarcasm? Oh I see, you tengah siram pokok," kata Wan, cuba nak tikam aku dengan kata aku ni taraf gardener.
Wan gelak-gelak dan mengekor orang kaya tadi.
"See you later," Wan angkat tangan sambil pikul beg golf.
Aku jadi marah. Aku teringat balik apa akan terjadi dengan aku dan dia kalau aku ikut dia pergi roadtrip dia ajak dulu.
"Orang kuat Datuk Shaari tu," kata Jasmine.
"Datuk Shaari siapa?"
"Datuk Shaari, kawan dengan arwah Tengku Farouk. Wan ni, kahwin dengan anak Tengku ni. Tengku Adlina. Tapi menggatal lagi, main dengan student, main dengan Instagrammer, model tudung, artis Indonesia pun ada. Tak sedar dulu miskin, bini dia yang support dia."
"Dari kenal dia sampai sekarang dia ni memang tak ada aura yang menyenangkan," kata aku sambil usha panas si Wan yang dah bergerak jauh.
Scene bawang orang kaya ni boleh tahan dramatik juga. Aku dah rasa macam dalam scene drama Aqish Qaimira dah ni.
Semalam episod last. Aku tak tengok pun aku dah tau apa ending. Aqish kahwin dengan Qaimira dan bahagia ever after.
"Jom, jumpa ayah you. Kalau you tak kisah umur I, you pun kenalah tak kisah dengan pilihan your dad."
Jasmine terus ikut sahaja kata aku dan mengakhiri pemberontakan.
"Hey, George Harrison! Jom brunch sama-sama!" kata Datuk Fairuz bila nampak aku berjaya memujuk Jasmine dengan cemerlang.
--
11:27AM, Kafe Saujana Golf Club.
Aku dan Datuk Fairuz membincangkan pasal pergerakan anti postmodernism yang sedang melanda Eropah. Mereka mula nak mengembalikan semula reka bentuk bangunan lama dan menolak bangunan design postmodern yang guna besi dan kaca.
"I can't believe you dated my schoolmate," kata Laila kepada Jasmine, bertepuk tampar mesra. Tadi kemain muncung. Dah tau boleh ngam dengan mak tiri, terus ketawa.
Siapa cakap mak tiri kena jadi tipikal dalam cerita?
"Dia dulu kat sekolah macam mana, mommy?"
"Dia ni dorky. Jenis mat blur. Suka buat lawak blur kat sekolah. He is a quirky person. Kalau borak pun, mesti tanya pasal cerita kartun lah, suka lagu apa la."
"Yes he is," Jasmine ketawa.
"Baik-baik dengan dia tau. Dia ni hati seni sikit. Masa kat sekolah dulu masuk pertandingan baca puisi, dia Macam Rangga lah kononnya," kata Laila ketawa.
"Tapi ni serangga hehe! Tapi yang comel macam ladybug beetle."
"Your daddy panggil dia George Harrison. Beatle la tu!"
Geram pulak aku tengok Laila dengan Jasmine membawang pasal zaman sekolah aku. Tapi aku buat fokus depan Datuk Fairuz.
"Oh my God, Mommy Laila! We got to go, sebab we all nak pergi Penang."
"Korang nak on ekkk?" Laila mengejek Jasmine.
"Shhh nanti daddy dengar."
Jasmine terus berjalan menuju ke arah meja aku.
"Daddy, I dengan Romi kena pergi Penang for a trip. Nak kena kejar flight ni."
"Nak pergi Penang buat apa ni? Nak on ke?" tanya Datuk Fairuz.
"Bukan, we all nak study colonial buildings kat Penang."
"Kau punya temberang, well-researched! Have a nice trip. Nice to know you, George Harrison!"
"Ish, seganlah. Panggil Romi je lah."
Datuk Fairuz memegang bahu aku, kemudian aku menghulurkan salam. Dia tak capai salam aku. Dia peluk aku.
"Welcome to Fairuz's family!" katanya sambil memeluk erat aku.
--
4:20PM, kapal terbang.
Aku sedang terbang tinggi di awan. Aku tak pernah naik kapal terbang seumur hidup aku. Aku nampak bandar-bandar di Semenanjung, kecik je.
Lagu Laila Namamu Teratas dari Search bermain dalam kepalaku, sambil mengenangkan crush aku zaman sekolah dulu, kini dah jadi isteri Datuk, yang anak dia asyik nak berpaut dengan aku je.
Aku tak sangka life aku begini punya mindfuck. Aku terbayang kalau scene-scene macam videoklip Maroon 5 akan berlaku pada aku, dahsyat!
Tapi come on lah, masa sekolah pun dia tak pandang aku, apatah lagi masa sekarang. Come on.
Kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas, dan terus je dapat naik limosin.
Aku terus teks Norma. Kau jangan tanya macam mana aku boleh dapat nombor telefon aku? Hari tu dia masa aku masuk hospital, Bunga suruh bagi sebab apa-apa jadi, senang contact.
"Dah sampai Penang hang!"
"Hang jangan buat gaplah tempat cheq! Selamat datang ke Pulau Pinang!"
"Nanti bagi nombor Pakcik Kordi driver."
Dia terus bagi aku.
"Mesej siapa tu?"
"Jiran. Dia orang Penang. Dok suruh saya makan nasi kandaq tempat favorite dia."
"Oh. Business partner kuih simpul kasih you tu ya? Eh, nanti bila you dah ada duit sikit, sewalah kilang. Besar sikit. Ini buat kat rumah, mana nak cepat siap," kata Jasmine.
"Nak sewa lori pun kitorang tengah fikirkan mana paling murah," kata aku.
"Ada proses kat tempat lain ke?"
"Kat Penanti satu, Kluang satu."
"Ada subcon rupanya. Ingatkan semua jiran you buat."
"Kalau awak dah order sampai 1,400 tak larat la dia buat sorang."
"Hmm, nanti kasi alamat Penanti tu, alamat Kluang, dengan alamat rumah you. We cover your transportation."
Fuhhh tarik nafas lega aku bila dia cakap ni. Terasa macam aku berkawan dengan Ivanka Trump.
Aku terus teks Norma.
"Norma, berita baik."
"Awat?"
"Kos penghantaran depa cover."
"Ya Allah syukurnya!"
--
8:26PM, Gurney Drive.
Dia sewa hotel tingkat paling atas, siap ada private pool.
Aku nak simple-simple je.
Aku dan Jasmine berjalan-jalan di sekitar Pulau Tikus. Dia ajak aku makan char kuey kak (dia macam char kuey teow, tapi bentuk dia macam fish cake, panjang sikit). Makan telur kacau tiram, pesemboq, dan makan asam laksa.
Art berjalan kat tempat syurga makanan ni, hang jangan makan sekali sampai kenyang. Makan portion kecik je, boleh rasa semua benda sikit-sikit. Banyakkan berjalan. Kalori pun terbakar, macam-macam boleh rasa.
Makan lok-lok dan mi goreng kat Bangkok Lane.
Pergi Padang Kota tengok ramai orang berkelah.
Sambil minum air, menghadap laut dengan kelihatan lampu cahaya pelabuhan Butterworth, aku rasa lega akhirnya aku keluar dari Shah Alam.
Dengan perlahan, Jasmine meletakkan kepalanya ke bahu aku.
--
4:15AM, dalam hotel.
Aku tidur tepi karpet. Aku dah cakap mintak katil asing, katil king size jugak dia bagi.
Jasmine berapa kali cakap,
"Tak sejuk ke tidur situ?"
"Tak sakit pinggang ke?"
"Tidur la atas ni. Malu-malu pulak."
Dia dah la tidur pakai bra dengan panties pulak. Aku dah jadi segan pulak.
Aku nak mesej Norma, tapi aku takut dia dah tidur je. Aku hanya duduk di balkoni, sambil menghisap Dethstix dan menikmati udara malam tepi laut Penang.
"Awek dah separuh bogel kat tepi tu pun kau tak nak ke? Kalau aku, aku toron je doh."
"Hotak kau, kau ingat aku jahat macam kau ke? Tak payah la."
"Kau kalau tak suka dia, bagi chance la kat aku, Mi."
"Kau nak try, kau try la."
Tiba-tiba suara Jasmine bersuara.
"You bercakap dengan Mohd Fardhu ke?"
Aku terdiam.
Okay, selama ni aku tipu korang. Mohd Fardhu tu sebenarnya kawan imaginari aku. Yang aku dalam kereta tu semua sebenarnya aku naik bas je.
"Sayang, you need help," Jasmine memeluk aku.
Masa ni aku rasa fragile. Rahsia terdalam aku dah bocor.
"Lepas ni kita jumpa psychiatrist ya? Serious, I risau dengan you. Kalau kantoi dengan I, takpe lagi. Kantoi dengan my dad ke, susah nak menjawab."
Aku terus ke katil, dan memeluk bantal. Perlahan-lahan, aku menangis.
Jasmine terus memeluk erat gaya spooning, dan mencium bahu aku.
"Don't think anything. Taste my warm hug," Jasmine melelapkan mata dan peluk erat aku.
"Say to Mohd Fardhu, go on. I'm ready."
Teruna aku hilang malam tu jugak.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top