BUKAN MILIKKU

BUKAN MILIKKU

99,688 902 11

As known as Kerana Dia Milikku; jalan cerita telah dirombak dan diperbaiki. Apabila persahabatan antara tiga sahabat yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak dan masa, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya masalah yang mendesak telah menyatukan hati mereka berdua. Namun, Iman tahu ini bukan jalannya. Dia tahu, hati lelaki itu milik sahabat mereka yang satu lagi, Amirah."Susah sangat ke aku nak bahagia? " - Iman DayanaAmirah muncul entah dari mana. Kehadirannya membuatkan Faliq tidak tentu arah. Lebih-lebih lagi dengan gelaran tunangan orang. Iman terluka dengan pilihannya. Faliq inginkan pemilik hatinya kembali. Amirah tidak bermaksud menjadi orang ketiga."Jangan letakkan harapan yang tinggi pada aku, Iman. Dari awal lagi, aku dah ingatkan yang kita akan bawa jalan masing-masing." -Megat FaliqBerkisarkan persahabatan antara tiga sahabat ini, mereka menempuhi setiap ujian Ilahi dengan cara masing-masing. Luka, tawa dan tangisan menjadi saksi bahawa manusia itu layak diuji oleh yang Maha Kuasa. Mampukah mereka mempertahankan persahabatan mereka? Ujian ini semakin berat buat mereka! Segalanya dalam BUKAN MILIKKU.Old story line: 1.1.2021 - 28.3.2021❤New story line: 29.12.2023 -…

THE CHOSEN

THE CHOSEN

2,548 155 18

Semuanya bermula apabila jemaah wanita di sebelah Hafiza tiba-tiba tak sedarkan diri. Lebih parahnya lagi, wanita itu tiba-tiba tiada nafas! selaku manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi terus memberi pertolongan cemas kepada wanita itu."Terima kasih sebab tolong mak saya. Kalau tak mesti saya tak boleh beraya dengan mak saya tahun ni." Itu ucapan ikhlas yang keluar dari mulut seorang lelaki berjubah putih."Tak ada hal lah, pak ustaz.""Saya bukan ustaz..."Perkenalan singkat membawa kepada pertemuan yang sering dek kerana homestay yang didiami Hafiza betul-betul di sebelah rumah Harith. Namun, kegembiraan Hafiza tinggal di Kampung Wak Saliman tidak berkekalan.1 Syawal. Dia mendapat panggilan kecemasan mengenai papanya. Tanpa menunggu lama, dia segera memandu pulang. Pergi meninggalkan Harith tanpa pamit."Fiza cuma nak rehat, ya Allah..."لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا"Allah tak akan uji awak kalau Dia tahu awak tak mampu. Awak kuat, Hafiza."Apakah lanjutan kisah mereka? Adakah Harith dan Hafiza akan bertemu kembali? Sempatkah Harith mengungkapkan rasa yang bertamu di hati sejak kehadiran Hafiza di hidupnya? Bagaimana pula dengan penerimaan keluarga Hafiza yang mementingkan darjat dan keturunan? Mampukah Harith menjadi pilihan terbaik buat keluarga Syed Arsyad dan Syarifah Mardiah? Semuanya dalam THE CHOSEN.Start: 22 April 2023End:…