Selamanya Dia
Orang kata, pelangi muncul selepas hujan. Namun berapa lamakah perlu untuk menunggu hujan berhenti? Seperti perjalanan hidup Nur Amelia , anak perempuan kepada Encik Harun. Berasal daripada keluarga yang serba kekurangan, menyebabkan ibunya pergi meninggalkan mereka. Dari kecil hidupnya seperti 'hujan' Ya, boleh kata itu adalah salah satu ujian terbesar untuknya walaupun dia ketika itu masih kecil. Membesar tanpa figura seorang ibu adalah suatu perkara yang semua orang tidak mahu terjadi. Syed Khalid, lelaki yang patuh dengan keinginan, prinsip dan matlamatnya. Dia menyinggah sekejap cuma dalam kehidupan Nur Amelia, tetapi sudah berani menyuarakan kehendak hatinya untuk memperisterikan Nur Amelia. Namun, semuanya bertukar kacau bilau disebabkan kehadiran ibu Nur Amelia. Kerana satu kesilapan silam ibunya, telah buatkan Syed Khalid tawar hati terhadap seluruh keluarga Nur Amelia termasuk gadis itu. "Aku tak suka diperbodohkan. Kalau aku dah benci, sampai mati aku akan benci!" - Syed KhalidKebencian yang tertanam dalam hati Syed Khalid merupakan duri-duri yang ditaburkan di setiap perjalanan hidup Nur Amelia. Berselisih sedikit dengan duri tersebut, alamatnya dia yang terluka. Perkahwinan didirikan dengan kebencian serta dendam. Dilayan tidak seperti seorang isteri. Jiwanya hancur. Malah memberikan Nur Amelia jalan mati. Bercerai tiada dalam kamus Syed Khalid. Kehilangan ibu itu satu hal, tetapi apalagi yang lagi besar berbanding perlu menjadi tempias kebencian Syed Khalid hanya kerana silap ibunya yang dia tidak pernah kenal dari kecil.Sungguh dunia sangat kejam padanya. Namun dia masih mengharapkan sebuah keajaban.…

![[OG] Zahra Zakry: Terakhir Untukku](https://aztruyen.top/images/og-zahra-zakry-terakhir-untukku-149629814.webp)
![Syqien Cover Shop 2.0 [TUTUP]](https://aztruyen.top/images/syqien-cover-shop-2-0-tutup-218022766.webp)
![[H] Lelaki Dari Mimpi](https://aztruyen.top/images/h-lelaki-dari-mimpi-179791968.webp)
![[OG] Akad Yang Terlarang](https://aztruyen.top/images/og-akad-yang-terlarang-201506534.webp)
![Syqien Cover Shop [CLOSED]](https://aztruyen.top/images/syqien-cover-shop-closed-201777858.webp)