All The Star
RADEN HANZ, dari seorang pelayan di kedai makan terus menjadi seorang pemain gitar di sebuah kumpulan muzik terkenal cukup buatkan dia rasa semua ini bagaikan mimpi. Mahu atau tidak, dia perlu jua menyamar menjadi abangnya, sehingga semua masalah selesai. "Baiklah! Aku akan buat apa yang korang suruh tapi kalau ada apa-apa berlaku, korang kena tolong aku."Raden masih lagi susah untuk sesuaikan diri dalam kehidupan baharu. Hadir pula seorang gadis terlebih gula dalam hidupnya cukup buatkan hariannya menjadi huru-hara. "Zayden~ Kalau awak jadi lebah kan saya nak jadi bunga boleh? Sebab nanti awak selalu datang dekat saya. Hihi!" Pada mulanya dia benci dan rimas dengan kehadiran gadis itu, tetapi sampai satu masa perasaan itu berubah menjadi... Sayang?Rasa serba salah mula terbit tatkala dia menipu gadis itu hidup-hidup. Erynn langsung tidak tahu bahawa dia bukanlah Zayden. Tetapi dia adalah Raden Hanz, adik kandung seorang gitaris terkenal yang punya wajah sama sepertinya walaupun jarak umur mereka berbeza setahun.Sampai bilakah dia perlu menyamar sebagai Zayden? Adakah penyamarannya bakal diketahui orang lain ataupun semua rancangan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah?Dan adakah... Erynn menerima dia selepas tahu akan hal sebenar?…