Lalu Aku Terluka ✔️ | By shdnzrn
Cinta itu ada masanya menyenangkan. Ada masanya membebankan. Tapi apa yang dia tahu, mencintai itu sakit. Paling sakit bila dikhianati. Lebih sakit lagi apabila menyedari diri ini tidak dicintai. Ditinggalkan dua hari sebelum majlis perkahwinannya tidak pernah terlintas di fikiran waras Izyan Arissa saat menerima lamaran lelaki itu. Tahu - tahu sahaja lelaki itu sudah ghaib begitu sahaja. Yang tinggal buatnya hanyalah sebuah mesej serta secebis hati yang hancur ditusuk sembilu. Dia sakit, sangat sakit. Selepas kejadian itu, Izyan berusaha menjalani hidupnya seperti sebelumnya tetapi tidak mudah baginya apabila seorang lelaki tiba - tiba sahaja muncul dalam hidupnya, mengambil kesempatan di atas segala yang berlaku. Keadaan jadi semakin rumit apabila mama campur tangan. Hidupnya menjadi kucar - kacir dan semuanya kerana jejaka tidak sedar diri itu! "Adam! Awak ni memang lelaki tak guna! Saya sangkakan awak satu - satunya insan yang faham keadaan saya. Tergamak awak mengambil kesempatan di atas masalah saya!" - Izyan Arissa. "Baby doll, sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Sejak dari zaman persekolahan lagi. Saya ingatkan perasaan tu sekadar suka - suka je. Tapi bila saya terjumpa awak semula, saya tak tahu kenapa saya gembira bukan kepalang. Jadi saya ikutkan saja kata hati saya." - Adam Mikhael. Sampai satu saat, dia jadi lali. Dia sudah terbiasa dengan takdir yang suka bereksperimentasi dengan hidupnya. Akhirnya dia hilang, tenggelam dalam lautan emosi yang dia cipta sendiri._First Publish on 8 December 2016 .Penulisan sekadar suka - suka untuk mengisi masa lapang. Segala elemen yang ditulis serta disebut langsung tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Karya ini adalah imaginasi yang lahir terus dari minda penulis. Sebarang bersamaan adalah 100% kebetulan.Saya bukan professional so don't expect too much. Tapi saya akan cuba yang terbaik to satisfy every each of you!- Love, Su.…