Love, Groupe D'écriture | @mai

Love, Groupe D'écriture | @mai

669 61 6

Sebuah buku hasil kompilasi warga-warga wattpaders yang bersekutu di bawah naungan Kak Diya di mana kami semua berkongsi pelbagai pengalaman menarik.Korang mungkin berpeluang mengenali latar belakang dan pengalaman pahit manis author favourite korang semua.Pelbagai maklumat dan ilmu baharu untuk penulis turut disediakan.Silakan baca untuk mengetahui lebih lanjutCr to : @DyannRose 🐼…

Enchanté [NEW STORY]

Enchanté [NEW STORY]

100 21 6

"Nice to meet you." - FATH HAZIL"We don't use that here. Instead, Enchanté." - DURRAH QAILADéjà vu. Ilusi memori itu tidak semuanya benar. Boleh jadi memori itu sekadar imaginasi atau peristiwa sebenar yang bercampur-baur dengan keadaan sekeliling. Untuk penghidap PTSD, Post Traumatic Disorder seperti Durrah, penyakit itu sudah cukup membebankan kepala. Menjalani hidup di kota Paris sebagai seorang kurator seni sangat mencabar buat dirinya.Apabila suatu pembidaan dibuat untuk melelong lukisan berharga di Muzium Louvre, Durrah dan sahabatnya, Amna berdepan dengan konflik dan misteri yang sangat rumit. Disebabkan arahan pihak atasan muzium, Durrah dipertemukan dengan Fath Hazil, pereka grafik yang baru tiba daripada tanah airnya bagi membantu kes misteri di muzium tersebut."Why would pihak atasan sampai kena hire orang luar untuk selesaikan hal dalam muzium? Tak ke lagi rumit nanti. Orang-orang dekat sini semua tak reti tentang hal seni ke?" - DURRAH QAILA"You doubt me? Well, I think 'orang-orang dekat sini' termasuk kau jugalah kan?" - FATH HAZILAnnoying? Ya. Angkuh? Ya juga. Semua itu perangai Fath yang kena Durrah hadap sambil bergelut dengan kes artifak seni yang masih belum selesai. Sehinggalah, Durrah melalui insiden kecil yang membuatkan dia lupa akan Fath yang baru dia kenal kini dan terwujud pula Fath yang tidak pernah wujud dalam memorinya sebelum ini. Satu lagi misteri terbongkar lantas segalanya berubah.Benar. Pertemuan mereka bukan sekadar déjà vu.Bukan hanya kebetulan.…

Cony & Brown 🐰🐻

Cony & Brown 🐰🐻

987 119 19

KAYREL. Sebut sahaja nama itu sekaligus wajah mahasiswi Universiti Malaya yang sugul boleh jadi ceria. Senyum sampai ke telinga tak ingat dunia! Lelaki itu sungguh cukup sifat; otak geliga, pelajar jurusan sains seni bina apa tidaknya. Ditambah pula dengan wajah tampan, si tinggi lampai itu memang selalu menjadi perhatian setiap kali suara serak-serak basah itu berbicara. Siapa sahaja tak terpikat?Berbeza sekali dengan tuan punya badan. Kayrel tidak pernah teringin mahu menerima julukan 'Jejaka Idaman Malaya'. Dia tutup sebelah mata sebab habuk masuk pun dikatakan sedang kenyit mata! Pening dibuatnya. Makin Kayrel tak berkenan bila ada segelintir yang suka sangat ekori dia."Macam tak ada benda lain nak buat anak dara zaman sekarang ni. Stalk jantan je tahu. Maleh aku layan!" - KAYRELNADINE CAMILIA. Cantik orangnya. Hanya dengan lirikan mata hazel yang naif itu, Kayrel yang beku pun boleh cair. Baru muncul di kampus, gadis berwajah kacukan yang pendiam itu sudah jadi perhatian ramai. Namun bila dapat tahu gadis itu tidak sesempurna rupa parasnya, seorang demi seorang mula jauhkan diri termasuk Kayrel sendiri.Dahulu, budak kecil itulah yang selalu jadi mangsa usikan Kayrel. Mentang-mentanglah budak itu cengey makin ligat dia menyakat. Berjumpa kali kedua sesudah dewasa, entah kenapa Kayrel tidak tega mahu melayan kerenah Nadine lagi. Selalu Kayrel hilang sabar bila gadis 'istimewa' itu tambah merumitkan hidup dia yang sedia rumit.Bila Nadine selalu sangat menempel dengan dia, Kayrel jadi rimas. Nadine suka bila Kayrel ada. Tetapi dengan Nadine, Kayrel pening kepala."Kita ni bukan mahramlah. Mana boleh peluk!" - KAYRELDalam huru-hara, Kayrel menyimpan coretan sedih di hati. Dia tidak peduli dengan perasaan orang lain kerana ayahnya sendiri tidak pernah peduli tentang perasaannya. Mengenali Nadine semula, dia belajar sesuatu yang sebelum ini dia alpa.I pick my poison and it's youA mess to my head but a cure to my heart#beautifulcoverby @Ariffeyoo…

Staranghae [COMPLETED]✔️

Staranghae [COMPLETED]✔️

6,133 1,071 78

Kalau bintang yang kerdil pun boleh bagi seri pada malam yang kelam, maknanya segelap mana pun hidup kita masih ada harapan walaupun kecil. - AERA☆ ☆ ☆Tutup buku lama, buka lembaran baru bukanlah ungkapan yang mudah direalisasikan dalam kehidupan Aera. Dia sudah sorok kisah silamnya daripada orang lain. Sehabis baik dia cuba lupakan semua memori pahit masa dahulu namun lelaki psiko yang telah mensia-siakan usia mudanya kembali menganggu Aera. Gila Aera jadinya." You don't trust me anymore, do you?" - DANIM" Bodohnya aku kalau masih ada kepercayaan pada kau." - AERAKehadiran jejaka Korea, Alex yang muncul tiba-tiba pada mulanya melembutkan hati Aera. Tetapi, kelakuan Alex yang suka memandang dari jauh buat Aera rasa tak selesa. Apatah lagi bila dapat tahu Alex sudah kenal dia terlebih dahulu. Cukuplah Danim sahaja jadi pembawa masalah, kenapa perlu tambah seorang lagi?Bila Alex mula tunjukkan sisi protective, Aera tak dapat nafikan lagi, dia jatuh suka. Tambah pula dengan gelagat Alex yang mencuit hati. Tahulah dia lelaki itu bukan pengecut tetapi pemalu. Alex kini ibarat bintang yang menyinari hidupnya yang kelam."Aera tahu kan, dalam dunia ini hanya ada dua golongan manusia. Kalau bukan lelaki, siapa lagi yang akan lindungi wanita?" - ALEXSekian lama Alex menyimpan rasa, mana mungkin dia sia-siakan Aera begitu sahaja? Walaupun perlu berdepan dengan si psiko, Danim, dia sanggup asalkan Aera terjaga. Alex dan Aera tiada ikatan istimewa namun yang mengikat mereka hanyalah setia. Ujian persahabatan dan keluarga datang menjengah kehidupan mereka berdua. Perasaan sayang tidak lagi menjadi tonggak utama. Dan, seandainya Alex tahu siapa Aera yang sebenarnya, masihkah dia setia?🏆 The Creative - ICE AWARD 2019💚 Highest ranking :#1 in bintang*Mature content melibatkan 'mental health' , 'fight scene' and 'physical abuse' SAHAJA.…

Cinta Yang Pergi [COMPLETED]✔️

Cinta Yang Pergi [COMPLETED]✔️

27,886 1,263 57

Pertemuan kali pertama antara dua hati polos telah menerbitkan rasa cinta yang tak pernah dijangka. Kerana terlalu gopoh, kata putus diambil untuk bernikah. Tanpa pernah menyangka kebencian akhirnya menghantui dua hati ini."...And, biar awak uruskan segala hal perkahwinan seorang diri. Even dia dah bayar segalanya untuk awak, awak tak rasakah macam dipermainkan, disisihkan?" - DIYA"Saya cuma nak pastikan adakah awak Diya yang saya kenal dulu atau tidak. Jika ya, saya layan awak dengan baik. Seandainya tidak, maaf." - IQMALDeja vu. Hanya monolog hati menjadi komunikasi bisu antara Diya dan Iqmal. Perang mulut yang remeh menjadi pengikat hati tanpa mereka sedar. Iqmal, biar ego yang dizahirkan sedangkan batin ucap sayang. Diya, biar hati kosong ini ditadah cinta palsu igauan dia sendiri."Kau ni kenapa? Orang nangis pun nak marah. Pujuklah..." - DIYA"Suka hati kau aje ber'aku' 'kau' dengan aku, ya. Tahu tak? Aku aje yang boleh panggil kau macam tu." - IQMALDi saat sebuah rahsia terbongkar, Diya membawa diri jauh dari Iqmal. Berlinang air mata Iqmal tatkala teringat akan khilaf waktu silamnya kerana tanpa dia sedar, cinta yang sekian lama dia rindu sudah ada di depan mata.🏆 The Best Romance - Yokina Hoshi Award 2020🏆 The Best Synopsis - Yokina Hoshi Award 2020🏆 Romance of The Year - Endeavour Team Award 2020💚 Highest ranking :#2 in amnesiaCover made by : @Redribbon30* Hak saya sepenuhnya…