Tren Cinta (Ebook)
"Kadang, setia bukan segalanya."Aralyn sendiri tidak tahu sama ada dia selesa begini atau sengaja mahu menyeksa jiwa raganya. Tapi yang dia tahu, dia terlalu sayangkan lelaki itu. Lelaki yang sepatutnya menjadi cinta pertamanya."Kita mulakan semuanya semula. Ya?" - Naim Irsyad"Selepas apa yang kau dah hina aku, letak maruah aku dekat bawah tapak kaki kau, berani kau ajak aku mulakan semuanya semula? Kau fikir, semudah itu ke aku nak lupakan semuanya?" - Puteri AralynAralyn mungkin pernah cintakan Naim.Pernah.Namun rasa itu lenyap selepas apa yang lelaki itu lakukan. Naim sepatutnya yang ada di sisinya ketika Aralyn rebah. Tapi, di mana dia ketika itu?"Dalam kawasan universiti, awak kena panggil saya Encik Sirhan. Dekat luar, awak boleh panggil saya Sirhan je." - Ahmad Sirhan"Baik Sirhan je." - Puteri AralynKehadiran Sirhan sebagai pensyarah pengganti membuatkan Aralyn rasa nyaman. Disebabkan sikap Sirhan yang menenangkan dan sangat lemah-lembut, Aralyn selesa untuk bercerita apa-apa sahaja termasuklah duka dan rasa yang dia pendam sendirian selama ini."SAya dah tak ada rumah sejak ibu pergi. Saya nak pulang tapi saya tiada hala tuju. - Puteri Aralyn"Saya tak ada apa-apa untuk ditawarkan. Cuma kalau awak sudi, saya boleh jadi rumah untuk awak pulang." - Ahmad Sirhan"Aku nak jadi tempat selesa kau semula, Ara. Tempar untuk kau jadi diri kau macam dulu. Boleh aku dapatkan peluang kedua tu?" - Naim Irsyad.Aralyn yang selalu hidup dalam masa lalu akan sentiasa memilih masa lalu biarpun perlu sakit. Tapi dalam hal ini, dia lebih memilih bahagianya.…