LEGASI ARUS JANJI
[ MILITARY-MEDICAL ROMANCE / ROLE REVERSAL / FAMILY DYNASTY ]"Janji seorang askar adalah koordinat matlamat, tetapi janji cinta... tidak boleh dipaksa."Dua keluarga elit. Tiga generasi Laksamana Tentera Laut dan Profesor Doktor Pakar Bedah Kanser yang tersohor di Pangkalan TLDM Lumut. Sejarah mereka bermula dengan satu 'Janji Silang' yang mengikat maruah.Demi setia pada cinta masa kecil, Laksamana Thariq dan Laksamana Rashdan pernah melakukan tindakan drastik-menukar posisi dan peranan dalam diam untuk melindungi wanita pilihan hati mereka sendiri, sehingga mencetuskan badai kekecewaan para bapa dan komplot rahsia para ibu.Kini, legasi agung itu berpindah ke generasi ketiga. Takdir seolah menterbalikkan arus tradisi keluarga:- Prof. Dr. Muhammad Rasdenal Zayn Keifer: Anak lelaki tunggal yang mewarisi kelembutan dan kegeniusan bilik bedah ibunya.- Laksamana Nur Rasdenia Zayna Keisha: Anak perempuan kental yang memecah rekod sebagai Panglima Wanita pertama armada laut ayahnya.Apabila badai operasi ketenteraan di lautan bergelora bertembung dengan perjuangan menyelamat nyawa di bilik bedah hospital tentera, adakah Zayn dan Zayna mampu mempertahankan takdir cinta mereka yang sudah lama terbawa arus janji semalam? Atau adakah posisi baharu ini akan menuntut pengorbanan yang lebih besar?"Kerana di laut mahupun di darat, kita adalah rakan sepasukan sehidup semati."…
