BTS Over Flowers
"Kalau awak nak tinggal di sini, awak tak ada pilihan lain.Kerja dengan kami."***Tiada apa-apa yang percuma. Setiap pemberian pasti ada balasannya, begitulah ia peraturan yang telah lama wujud di dunia ini tetapi tidak pernah termaktub di dalam mana-mana buku undang-undang. Reen, seorang gadis malang yang kehilangan tempat berteduh disebabkan oleh pandemik Covid-19 turut sama terikat dengan peraturan tersebut."Tak apa, saya ada idea! Awak boleh tumpang tinggal di rumah saya."Segala-galanya bermula apabila Reen yang tidak punya hala tuju selepas dihalau dari bilik sewanya terjumpa seorang lelaki baik hati yang sanggup menerima Reen menumpang tidur di rumahnya. Langsung tidak tahu menahu tentang identiti lelaki tersebut, Reen bersetuju. Namun setibanya di rumah yang dimaksudkan, mereka yang menyambut kedatangan tidak diundangnya ialah..."B-BTS?!"Tinggal sebumbung dengan selebriti paling terkenal abad ke-21, gila bukan? Tetapi itulah yang berlaku kepada Reen dan nak tak nak, dia yang tiada pilihan lain terpaksa akur dengan satu syarat..."Jadi penulis lirik untuk kami."Ketika virus korona sedang kencang melanda kota Seoul, timbul bibit-bibit cinta yang membawa kepada pertembungan tidak diduga antara masa lampau dengan masa kini, membongkar seribu satu rahsia lalu. Siapa Reen dalam hidup Suga? Dan siapa Suga dalam hidup Reen? Adakah ini kisah di antara mereka berdua, ataupun sebenarnya kisah di antara Park Hwa-Young dan Min Yoongi?"Siapa... aku?"***© sevennie 2021…