MASAM MANIS EPLÉ

MASAM MANIS EPLÉ

2,776 308 6

Tau Eplé tu apa? Tau Eplé tu dekat mana? Tak semua tau dekat mana melainkan kalau dah baca berlambak hasil penulisan Saptember dan juga @Azbaqiyah.Beryl.Sylvan.Selwyn.Monica.Glen.Nymph. Baiklah. Sedikit sebanyak, buku ini adalah kisah kehidupan harian penduduk Eplé. Khususnya nama-nama yang tersebut di atas.Ada masam. Ada manis. Tak kenal siapa mereka? Buku ni ditulis untuk pembaca setia saya. Mereka kenal. Yeah, kepada siapa yang sayangkan watak saya, saya memang tulis buku ni untuk anda semua.Enjoy!Sekali lagi saya ulang. Ada masam. Ada manis.…

PEMUDA ELIT YANG TERSUNGKUR

PEMUDA ELIT YANG TERSUNGKUR

85,605 8,782 29

Tertulislah sebuah kisah seorang pemuda yang cukup benci dengan kehidupan hariannya. Benci? Benci sangat ke? Ya, cukup dia benci. Kenapa? Kerana kehidupannya terasa begitu dikongkong,Dikongkong dengan jadual yang sangat ketat dan padat. Dia dipaksa untuk menuntut segala ilmu yang ada di dunia Ghais Lavanark. Dipaksa untuk meraih gelaran PEMUDA ELITSiapa pemuda tu? "Akulah! Nama aku Beryl Gallard""Cukup gila dan sengsara!""Tiada langsung waktu lapang di rumah. Setiap saat hanya menuntut ilmu sahaja." "Belajar! Belajar! Belajar!" "Sampaikan bahasa purba bunian pun kena belajar! Tak cukup ke dengan ilmu bertukang? Ilmu berpedang? Ilmu magis? Ilmu menempa besi? Ilmu perubatan? Sejarah? Kajian Tempatan? Kelas piano?""Apa lagi? Apa lagi? Namakan! Semua aku belajar.""Tak ada sesaat pun tak belajar.""Ya, aku memang tak bahagia dengan hidup aku. Aku dibeli. Boleh dikatakan dibeli. Ada ke bahasa yang lebih baik daripada dibeli? Okey, baiklah aku dikutip.""Apa? Salah ke aku cakap macam tu?""Baiklah, aku suka melebih-melebih.""Aku sebenarnya hanyalah seorang anak angkat. Ye, tak salah pun aku cakap tadi. Anak kutiplah tu.""Diangkat oleh keluarga bangsawan. Untungnya. Aku jadi tuan muda. Aku dapat makan mewah. Aku pakai pakaian berjenama. Aku tinggal di rumah agam yang besar. Aku menuntut di akedemi yang mempraktikkan segala ilmu yang ada! Termasuklah ilmu berpedang dan kuasa sihir!""Hebat!""Hebat sangat ke?""Kau tahu siapa aku sebenarnya?""Aku sebenarnya hanyalah barang. Dikawal oleh manusia. Sebenarnya aku memang manusia pun." "Cuma...Aku rasa aku ni dah jadi macam alat. Diperalatkan. Aku cuma inginkan kebebasan."…

CINTA SILUMAN

CINTA SILUMAN

19,395 2,262 20

Sila baca PEMUDA ELIT YANG TERSUNGKUR terlebih dahulu sebelum baca buku ini.🍎Beryl seorang pemuda yang baru sahaja berpindah ke Daerah Eplé. Seorang pemuda yang melarikan diri dari kehidupan bangsawan yang dibenci. Sangkanya hidup di Eplé aman damai dan menenangkan.Namun, sangkaannya salah! Semuanya berubah apabila dia dapati seorang gadis menyembunyikan diri di rumahnya!Seorang gadis berbangsa siluman yang melarikan diri daripada kekasihnya."Aku benci Myran! Myran terlalu mendesak!" - Salanah"Apa kena mengena dengan aku?! Keluar daripada rumah aku!" - Beryl"Bantu aku buat Myran bencikan aku. Kalau tak aku tak akan keluar!" - Salanah"Kau ingat aku tak boleh heret kau keluar?!" - Beryl"Boleh... dan hidup kau akan disumpah..Untuk pengetahuan kau..Aku penuntut sihir larangan.." - SalanahMyran panas hati apabila Salanah menidakkan cintanya. Apa salahnya dia? Apa kurangnya diri nya? Dia mampu berikan segalanya!Kerana hati yang sakit, Myran telah mempelajari ilmu larangan. Ilmu larangan ikatan cinta.Barang siapa dua insan yang terkena debu sihirnya, perpisahan adalah perkara yang harus dielakkan. Sekiranya mereka berjauhan... Segala malapetaka akan menimpa mereka!POFFFFFF!!Debu sihir telah dilemparkan!"Kenapa lemparkan kat aku?!" Beryl membuntangkan biji matanya!"Kenapa aku dan dia? Aku tak cintakan dia. Kami berdua lelaki." Sylvan terpinga-pinga."Kau manusia dan bunian tak akan berpisah. Sekiranya berpisah dalam jarak tertentu kamu berdua akan mati." Myran tersenyum sinis.Siluman gila. Tak tau apa niat dia buat semua ini. Sekarang ni kena fikirkan cara macam mana nak hapuskan sumpahan cinta bodoh ni!09062017…

SUMPAHAN COKLAT

SUMPAHAN COKLAT

257,893 22,475 56

Selwyn insaf atas perbuatan kejamnya. Dia menyesal. Monica kesal atas sikap lemahnya. Dia berdendam. Semuanya kerana coklat.Heh...bodohnya.Coklat hanyalah pencetus. Isu yang sebenar adalah antara si pembuat coklat dan pencinta coklat.Apa yang anda boleh kaitkan sekiranya ibubapa si pembuat coklat mati dibunuh dan kematian mereka berkaitan dengan ibubapa si pencinta coklat? Sihir kegelapan adalah punca kematian.Jadi? Apa pendapat anda?Abaikan semua tu. Tak perlu susah-susah nak fikir. Itu kisah dulu-dulu. Sekarang ni kisah anak-anak mereka.Drama konflik cinta yang klise di dunia fantasi, Ghais Lavanark ❃29 June 2015❃…

DARAH DURI

DARAH DURI

157,740 5,353 14

Malam itu sepi.Saat aku bersendirian di dalam hutan, aku didatangi dengan kehadiran seorang gadis yang secara tiba-tiba telah mendakap tubuh aku dari belakang.Dakapannya erat.Seorang gadis cantik berpakaian pengantin telah mendakap tubuh aku, dalam tangisan dia merayu.Memohon dan terus merayu kepada aku supaya selamatkan nyawanya.Dia meminta pertolongan daripada aku untuk menyelamatkan dirinya daripada dibunuh.Siapa dia? Aku tak tahu. Tapi,Aku perlu melindunginya.- Ignace Rainault -…

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)

221,399 27,134 183

Sila baca SUMPAHAN COKLAT terlebih dahulu. Ini merupakan kesinambungan kisah pahit manis Sumpahan Coklat.❃Memiliki mata yang bewarna merah adalah lambang kegelapan.Fernand dipenjarakan atas kesalahannya. Kesalahan yang langsung tidak pernah dikesali.Setelah sekian lama meringkuk di dalam penjara bawah tanah, Fernand akhirnya dibebaskan."Pergilah jumpa insan yang tuan rindukan."Fernand akur. Ya, dia perlu jumpa dengan wanita itu. Wanita yang amat dicintainya."Eh, aku lupalah... " Fernand menggaru kepalanya yang tidak gatal."Marira dah matilah." Dahinya ditepuk! "Apalah! Aku sendiri yang bunuh dia, aku yang lupa." Fernand menggeleng-gelengkan kepalanya. "Apalaaah.."Kisah suatu ketika dahulu adalah kisah yang memedihkan.Dendam suatu ketika dahulu diungkit.Rohnya akan dibangkitnya.Kisah sumpahan yang melibatkan pemuda bermata merah akan didedahkan.For every media used in this book © to the respectful owne…

JELMAAN LELANDRA

JELMAAN LELANDRA

42,178 4,276 34

Seekor hantu berupa wanita tiba-tiba menginap di loteng bawah tanah rumahnya. Siapa sangka wanita berpuaka itu hakikatnya merupakan isteri kepada seorang lelaki."Aku mendakwa kau atas tuduhan menculik isteri aku." - Graig Rastus Greguska"Apa?! Tapi dia sendiri datang ke sini?!" - Beryl"Sedarlah Graig. Isteri kau sudah bosan dengan kau!" -SylvanMaruah Graig tercalar apabila isterinya meninggalkannya. Satu pertaruhan diisytiharkan demi maruahnya dan juga maruah isterinya.Tapi ini tak masuk akal! - BerylTapi dia tak siuman-SylvanIni cerita kelakar ok? Bukan cerita seram. Khas buat pembaca tercinta yang setia bersama ku dari awal sehingga ke hari ini. ;)Was Pertaruhan Demi Maruah. Tajuk ditukar.?…

DUNIA GHAIS LAVANARK

DUNIA GHAIS LAVANARK

153,232 14,047 83

Ini bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi.Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark.(Ini adalah kamus permainan buat pembaca)Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di dalam buku ini.Baca, Bayangkan dan jiwakan. Dengan harapan pembaca akan hanyut dan tenggelam dengan sebuah lamunan.Lamunan di dunia fantasi GHAIS LAVANARK.Selamat datang ke Ghais Lavanark.Anda adalah watak di dalam dunia ini.Mari mengenali dunia Ghais Lavanark…

CELAH KAKI

CELAH KAKI

173,068 3,394 10

Sieg.Sempurna di mata para wanita. Seorang yang tampan dan serba-serbi lengkap. Berduit? Berharta? Ah!Semua dusta! Mana mungkin kesempurnaan itu wujud dalam diri seseorang. Cela itu pasti ada.Tanya Sieg. Apa celanya?"Aku sempurna."Tanya Sieg. Apa kegemarannya?"Perempuan."Tanya Sieg. Perempuan mana?"Buat masa ni. Teman wanita aku."Tanya Sieg. Apa yang dia suka tentang teman wanitanya itu?"Celah kaki mereka."Kejap. Tanya dia. Berapa ramai teman wanita dia ada?"Entah.."Sieg lelaki perosak. Merosakkan para wanita.Satu tragedi telah menimpa Sieg dan kerana itu dia telah berubah namun semunya sudah terlambat.Bukan tragedi sebarangan akan tetapi tragedi paranormal yang gila.❤Baiklah, kali ini saya nak tulis cerita yang lain daripada yang selalu saya tulis. Boys.Baca ok? This story dedicated for boys. (STILL GOT THAT KIND OF MATURE CONTENT YANG KORANG maybe tak duga sy akan tulis nanti)Cerita fantasy? Cerita lucah? Cerita romance? Mysteri? Don't judge a story by just reading the sinopsis. Read untill the end, then you can judge.Enjoy the read guys. Slightly base on true story.…

KERANA AKU SUKA

KERANA AKU SUKA

14,450 1,800 10

Aku seorang ahli silap mata yang tiba-tiba hadir tanpa diundang. Mempersembahkan adegan yang menghiburkan buat mangsa terpilih.Persembahan yang disembahkan itu adalah satu kaedah pembunuhan. Pembunuhan yang dilakukan atas nyawa yang tidak berdosa dan teraniaya.Dengan sukarela aku membalas dendam bagi pihak mereka. Kerana apa? Kerana aku suka.Aku Daemon. Aku suka membalas dendam atas pihak yang tidak memiliki suara untuk meminta. Aku akan lakukan untuk mereka.Semuanya kerana mereka.…

MAWAR SEMERAH DARAH

MAWAR SEMERAH DARAH

46,534 749 6

Satu nyawa telah diragut.Satu dendam telah dipersenyawakan.Satu godaan nafsu telah ditawarkan.Satu hasrat telah terpadam.Satu permainan telah dirancang.Satu perjanjian telah dirantai.Kerana sekuntum mawar merah berduri, darah merah pekat telah mengalir deras.Semuanya demi kasih dan cinta yang telah dihapuskan.…

HIDUPLAH BONEKAKU

HIDUPLAH BONEKAKU

7,231 759 7

Apabila dunia berpaling tadah.Dia cuba melarikan diri daripada kehidupan dunia.Dan apabila dia tidak temui jalan keluar kepada kesepian derita, satu jiwa ingin diseru.Diseru untuk menemaninya."Kayu-kayan kubelah,kau ku cantumkan menjadi satu,Tak akanku siakan segala lelah,Walau kini kau hanya terkaku.Tidak akanku mengalah,Walau kau hanya seperti batu,Dan semua ini aku tahu adalah salah,Namun, masih kau akanku terus seru.Kini wajahmu jelas terserlah,Kau umpamakan sang ratu,Kau buat aku menyerah,Memaksaku terus terpaku.Hiduplah Bonekaku."Lafaz sihir diungkap.Apabila lafaz sihir diungkap, maka bermulalah sebuah pengakhiran.…

SAYANGKU ABBYSINIAN

SAYANGKU ABBYSINIAN

10,260 1,382 11

Salahkah aku mencintai seekor kucing seperti mana aku mencintai manusia? Salahkah aku samakan taraf seekor kucing dengan seorang manusia?Apakah jasad mereka dihuni roh yang kosong tidak memiliki perasaan mahupun peranan?Adakah mereka tidak layak memiliki kasih sayang? Apakah kasih sayang yang mereka layak terima mempunyai batasan?Aku sayangkan kucing aku.Namun, kasih sayangku terhadap mereka seringkali diperlekehkan. Aku tidak mempunyai sahabat. Kata mereka aku perempuan yang ganjil dan pelik.Tapi itu semua tidak menjadi masalah. Aku bahagia dengan Abby. Kucingku yang berbaka abbysinian. Mampukah cinta dan kasih aku terhadap abby pergi jauh?Kalau boleh, aku nak kucing aku jadi pasangan hidup aku.Kucingku, suamiku... ♡'・ᴗ・'♡Cerita kisah hidup aku sama seperti kisah Puteri dan Putera Katak.Cover design by @mayeosan…

BUKU YANG DISUMPAH

BUKU YANG DISUMPAH

9,268 1,301 9

Kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti?Maka inilah kisahnya. Buku ini adalah buku yang disumpah.Bacalah.Itupun kalau kau cukup berani menanggung akibatnya.- Penulis -…

KENANGAN UNTUK DIJUAL

KENANGAN UNTUK DIJUAL

5,871 820 11

Aku akan berikan semula kenangan yang telah hilang. Segala memori yang telah ditelan zaman akan kembali mekar di dalam fikiran.Moga kenangan yang indah akan sentiasa tersemat di dalam jiwa.Sehingga ke akhir hayat.Ketika di akhir hayat.KETIKA DI AKHIR HAYAT.…

SAKIT

SAKIT

6,252 834 9

Sakit yang membawa kematian itu seringkali dikaitkan dengan nyawa yang akan mati.Namun sakit yang sebenarnya dikaitkan pada hati.Ia dikaitan dengan jiwa yang akan mati.-Myran-…

CINTA BERKABUNG

CINTA BERKABUNG

3,198 447 8

Antara karier dan tanggungjawab.Skyelar utamakan karier.Serik dan trauma ingin kembali ke perjalanan hidup sebagai pengemis, dirinya telah mengabaikan pasangan hidupnya.Meariona menghembuskan nafas terakhir tanpa Skyelar di sisinya.Kerana sakit hati yang melampau, Millard merahsiakan kematian Meariona. Di mana adik perempuannya dipusarakan juga tidak diberitahu.Skyelar ditimpa rasa kesal yang melampau. Hitam adalah warna hidupnya.Hitam adalah warna jiwanya.Hitam adalah warna hatinya pada asal.Berkabung atas cinta yang diabainya.My first cliché short love story . Enjoy. (●'∀`●)…

BISIKAN HATI DARI DASAR LAUT

BISIKAN HATI DARI DASAR LAUT

918 89 1

Sebuah puisi mengenai kehidupan di dasar lautan Dunia Ghaislavark…

ULAR BERGADING

ULAR BERGADING

1,080 131 1

Pernah dengar kisah manusia yang menuntut ilmu larangan?Grote, manusia yang ditindas kerana kekurangannya. Bagi membuktikan dirinya berkuasa, Grote telah menyeru seekor makhluk kegelapan. Ular bergading. Grote mengaku dirinya sebagai pewaris makhluk seruan itu. Malangnya, makhluk itu bertindak buas dan di luar kawalan. Ia dambakan santapan daging manusia. Bukan sebarang manusia, akan tetapi manusia yang-…

HIMPUNAN CERPEN FIESTA APRIL

HIMPUNAN CERPEN FIESTA APRIL

1,300 253 4

Himpunan koleksi cerpen yang dikarang berdasarkan 'prompt' yang disediakan oleh pihak Duta Wattpad Malaysia sempena Fiesta April.(Himpunan? Yakin je nak karang untuk semua prompt. 😝 Mungkin saya hanya buat berdasarkan Prompt bergenre fantasy, thriller and paranormal sahaja.)♦ULAR BERGADING♦KARMA♦GADIS PUNGGUKThe Powerless,saptember…