K.A.D.L.R

K.A.D.L.R

45,939 3,134 25

Kasyaf - Si serius semedang tapi kadang-kadang bila keluar aura nakal, semua ternganga tak ada suara.Aman - Si lonjong yang blur. Si nakal yang boleh buat orang pening kepala.Danny - Si pendek tak cukup zat. Si kuat mengusik sampai orang tak lalu nak layan.Lutfi - Si Kasturi yang cukup pantang bila orang panggil dia Kasturi. Si penakut pahit tapi ada sedikit jiwang dalam hati.Radzi - Si kacak, paling normal tapi kalau masa gila dia datang, boleh tahan juga.Lima sekawan, sahabat selamanya tapi apa akan jadi bila ada dugaan melanda?…

Pah Kusayang

Pah Kusayang

6,393 418 4

Paan si mekanik kampung, sukakan si Syarifah Eliana cucu perempuan Syed Alwi.Tapi si Syarifah ini anti betul dengan Paan. Dia, si cantik jelita nak dipasangkan dengan si Paan yang kerjanya cuma membaiki kereta, memang tidaklah dia mahu!Dalam Paan mengintai si Syarifah, dia tak tahu dia diintai Nur Iffah yang setia menunggunya sejak dulu.Tapi Paan tak sukakan Iffah yang dia rasakan penyibuk dalam hubungannya dengan Syarifah.Bila Mak Munah suruh Paan bertunang dengan Iffah, Paan menurut saja kerana sayangkan wanita gempal yang melahirkanya itu!Baru Paan nak redha dengan kisah cinta tak kesampaiannya, Syarifah tiba-tiba mengaku cinta!Habis macam mana dengan Iffah? Kalau dia putuskan pertunangan, agak-agak Mak Munah masih mengaku dia anak tak?Dan bila Iffah sudah menjauh, kenapa dia mula merindu...?❤️❤️❤️❤️❤️Ini kisah cinta Paan. Kisah cinta Paan dalam mencari Pah kesayangannya. Pergi ke pasar beli ikan selayangIkan dibeli dua guniKalau sayang, katalah sayangJangan dibiar tergantung begini…

KAISARAH 🍁

KAISARAH 🍁

36,210 3,592 20

Kaisarah pernah kecewa dengan cinta. Bertahun dia pendam rasa. Kepulangannya ke kampung menemukan dia dengan pelajarnya nakal yang sering mengusiknya sewaktu dia menjadi guru ganti dulu.DuluMail itu nakal.Mail itu kuat mengusik.Mail itu mudah tersenyum padanyaSekarangMail itu matangMail itu dingin sentiasaMail itu tidak lagi lepas lakunyaApabila dia dari masa silamnya kembali, Mail datang memberi janji.Siapa pilihan Kaisarah? Mail atau dia, dari masa silamnya.…

F. L. Y. (TERBIT)

F. L. Y. (TERBIT)

6,363 544 16

TRIGGER WARNING: SUICIDE ATTEMPTS, SELF-HARM IDEATION.Johanna Sofea, gadis kasar yang dimasukkan ke sekolah asrama penuh kerana satu peristiwa hitam ketika di sekolah lamanya.Pertemuan pertamanya dengan Hadi Azraff, ketua pelajar di sekolah asrama itu tidak bermula dengan baik. Johanna yang lepas laku, Johanna yang kasar, Johanna yang keras kepala dan...JOHANNA YANG BERANI FLY KELUAR ASRAMA!"Head boy!"Hadi yang baru nak berjalan berpaling, "Kalau kau nak cari pasal, esok aje. Karang Cikgu Lah patah balik, aku dah tak boleh tolong kau."Johanna buat muka. Tangannya menyeluk poket hoodie di belah kanan. Pick gitar miliknya dikeluarkan, tangan Hadi ditarik, "Nah!""Apa ni?" Hadi mengerutkan dahi.Johanna jungkit bahu, "A token of gratitude, I guess! Tanda terima kasih sebab tak cakap dengan Cikgu Lah kau jumpa aku kat sini."Hadi angkat bahu lalu terus berlalu. Johanna buat muka. Buat baik salah, cari pasal pun salah!Hadi pening kepala! Gadis itu terlalu licik dan nakal! Dalam pening kepala, hati Hadi senang dengan kehadiran gadis itu.Suatu hal terjadi, Johanna rasa dirinya dikhianati. Kehilangan orang tersayang merungkai segala kisah duka Johanna. Johanna mula berdendam, hati mula membenci dan Hadi Azraff tersenarai dalam carta kebencian Johanna. Namun bukan hanya Hadi dia benci, malah dirinya sendiri tidak mampu dia cintai lagi!Tiga belas tahun berlalu,Mereka dipertemukan semula. Johanna masih membenci, Hadi masih menanti. Bila Hadi buat rancangan gila, Johanna terpaksa menurut walau tak rela.Berjayakan Hadi melenturkan hati keras Johanna yang masih membenci? Bagaimana pula dengan Johanna yang masih hidup dengan kisah lama yang menyakitkan hati? Berjayakah dia belajar mencintai diri sendiri setelah sekian lama membenci?…

BLIND DATE (TERBIT)

BLIND DATE (TERBIT)

92,829 6,665 26

Untuk menutup mulut mak cik bawang, Piqa bersetuju untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Blind date yang diaturkan mengenalkan Piqa dengan Acer, si jejaka serius dan 'pembaris' bak kata Piqa.Bagi Acer pula, dia cuma berkenalan dengan Piqa hanya untuk menutup rahsia hatinya. Saat Piqa mula merasa manisnya sebuah perkenalan, kehadiran Fei dan Fahmy buat Piqa ragu-ragu. Berbaloikah blind date yang diaturkan mamanya? Bagaimana jika salah seorang daripada mereka berpaling hati?…

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)

Ijah ❤️ (Sudah Terbit)

170,135 4,955 14

Ini kisah tentang Ijah.Ijah yang hidupnya tidak lagi tenang apabila bertemu semula dengan Addin, si ketua pengawas dan Hairi, si samseng sekolah yang menjadi seterunya dulu.Addin si empunya aura misteri dan murah dengan senyuman itu bagaikan bayang-bayang Ijah. Dia sentiasa ada.Hairi, orang yang buat Ijah jadi Ijah yang hari ini. Kisah lama yang dilupakan Hairi masih tetap Ijah ingati. Takkan pernah Ijah lupa…

Putih-putih Melati

Putih-putih Melati

3,851 652 8

Ezaty a.k.a EZ (read; Easy), hanya gadis biasa. Hidupnya biasa-biasa tapi tetap ada perisa. Mempunyai teman berkongsi cerita, kucing gemuk- bantal peluk yang bernyawa dan keluarga yang bahagia- itu sudah cukup baginya. EZ dah tak perlukan apa-apa lagi.Nadhir a.k.a Ned, lelaki pujaan ramai. Yang lelaki, mahu menjadi sahabatnya. Yang perempuan, semuanya mahu menjadi yang 'Isterimewa' dalam hidup Ned. Tetapi sebalik populariti yang mengejarnya, Ned rasa hidupnya kosong, macam roti putih biasa tanpa jem, planta mahupun Nutella.Pertemuan Ned dan EZ tak mendatangkan impak dalam hidup EZ. Saat rakan-rakannya menggeletis apabila Ned mengukir senyum, EZ menyampah! "Dia tu tak pandang perempuan plain jane macam kita ni." - EZ.Tapi EZ tak tahu... kehadiran EZ dalam hidup Ned, mengubah kehidupan lelaki itu. Dari kosong tak berperisa menjadi kehidupan penuh rasa."Yang luar biasa tu overrated. Yang biasa tu underrated." - NedBila Ned mengejar, EZ menolak tapi kenapa bila Ned menghilang, EZ tercari-cari?…

Dee, A Sweet Love Story 💕

Dee, A Sweet Love Story 💕

4,786 399 3

Pertama kali Dee bertemu Darren adalah sewaktu majlis makan malam syarikat June. Waktu itu, dia cuma kenal Darren sebagai bos June.Kali kedua mereka bertemu, Darren menegurnya yang sedang 'bercakap' dengan cendawan di NSK. Mesti Darren fikir Dee itu manusia pelik.Dan pertemuan kali ketiga diatur oleh keluarga mereka dan dari pertemuan itu, mereka mencipta persahabatan.Dari persahabatan, mereka bawa hubungan mereka ke satu ikatan yang lebih kukuh iaitu perkahwinan.Tapi ada sesuatu mengenai Darren buat Dee gelisah. Ia mengingatkan Dee dengan suatu rahsia tentang dirinya...Apa kisah Darren yang buat Dee gelisah? Apa akan jadi bila Darren tahu tentang rahsia yang disimpan Dee?p/s; Cerita lama, tak siap taip jugak 😅😅😅…

GULP! CAFE  (SUDAH TERBIT)

GULP! CAFE (SUDAH TERBIT)

47,002 1,190 8

ICED AMERICANOPerkenalan Iman dengan Jet bermula dengan Iced Americano. Dalam diam, Iman jatuh hati tapi Jet masih setia pada cinta lamanya."You tak nak jadi barista?"- Iman"I dah tak ada sebab untuk jadi barista lagi."- JetIced Americano itu pahit. Sepahit kisah cinta Iman tapi Iman tetap sukakannya...JODOH DARI LANGITWaktu ibu Jet tanya pada Apek bila nak kahwin. Jawapan dia,"Saya tunggu jodoh turun dari langit."- ApekTapi bila tiba-tiba dia dilamar si Lisa gadis sunti 17 tahun, dia serabut!Nak diterima atau patut dia tolak saja?CIK PEAH KLINIK SEBELAHPerkenalan mereka tidak dirancang. Adib itu nakal kuat mengusik. Peah itu kuat melayan."By the way, Faridatul Afifah adalah sebuah nama yang sangat sedap. Kenapa kau bagitahu aku nama kau Peah?"- Adib"Sebab aku takut kau mandremkan aku, so aku rahsiakan nama betul aku."-PeahSI SNEAKERS MERAHSenyuman si wanita buat jantungnya bergetar. Jatuh cinta pandang pertama itu wujud dalam kamus hidup Mike, si pencinta kucing.."Beli untuk kucing ke?"- Mike"Tak, saya nak buat makan sarapan pagi. Makan dengan susu."- SarahComel! Jawapan dari Sarah buat Mike terkedu.Namun ada kisah buat Sarah menjauh...…