CIK ETON PUJAAN HATI BAKAR
Pujaan hati Bakar hanyalah si Eton. Eton pula memuja lelaki yang telah lama pergi dari kampung mereka. Setia si Eton tidak bertempat sehingga Bakar mengambil keputusan menghantar rombongan meminang untuk Eton.Bukan sekali malah berkali-kali pinangan Bakar ditolak Eton. Bakar tidak berputus asa. Sentiasa mencari ruang dan peluang mahu mencuri sekeping hati milik Eton.Kembalinya Syakir, lelaki yang sudah lama dinantikan Eton menjadikan keadaan semakin kucar-kacir.Kecewa dengan Syakir, Eton menerima lamaran dari Bakar namun kebahagian seorang lelaki bernama Bakar tidak bertahan lama bila Eton memutuskan pertunangan mereka dan memilih untuk menjadi isteri nombor dua Syakir.Saat Eton mahu disatukan dengan Syakir, Bakar pergi membawa diri. Apa yang berlaku seterusnya?Siapa yang berjaya memiliki Cik Eton?CIK ETON BUAH HATI BAKAR bakal menjawab segalanya.…