A.K 1 | suara
Siri Pertama dalam Antalogi Keajaiban ━━━━━━━━━━━━━━━Saat satu daripada deria gadis itu hilang kerana suatu peristiwa, Gempa Ahyina, gadis berusia 10 tahun itu kehilangan keyakinan diri untuk terus hidup di dunia ini. Padahal dia suka sekali menyanyi, dan menyayangi alunan muzik yang selalu didengarinya."Tunggu! Apa kau buat ni?!!"Langkah gadis itu terhenti, terbatal niatnya untuk terjun daripada bangunan sekolah. Gempa dapat melihat seorang lelaki, mungkin sebaya dengannya, ada di lokasi tersebut. Dengan banyak luka-luka ringan di wajahnya serta lengannya, Gempa barangkali mengulas bahawa lelaki tersebut banyak bergaduh dengan pelajar-pelajar yang lain.Lelaki itu berada di hadapannya dan memimpin Gempa, cara untuk meneruskan kehidupan. "Walaupun kau tiada suara, tetapi kehidupan tu perlulah kau teruskan,"Sejak kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya itu memimpinnya, Gempa merasakan ianya adalah sebuah keajaiban. Bukan imaginasinya, bukan halusinasinya dan bukan fantasinya.Buktinya?Dia masih hidup sehingga kini. ━━━━━━━━━━━━━━━Previous title; 'Koe no Katachi'Semua watak di dalam cerita ini milik Monsta! Saya hanya menggunakan mereka untuk menjalankan cerita ini dengan sebaiknya. Jalan cerita milik saya! Terinspirasi daripada filem 'Koe no Katachi' milik Yoshitoki Ōima.…