Promise

Promise

58,822 2,996 36

Ketika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori.Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar! Wajah mereka memang saling tak tumpah tapi... perangai bagaikan langit dan bumi. Sorang indah, sorang lagi bikin menyampah!Wafiy Sadiq, si abang. Pemilik senyuman yang menjadi memori. Lemah lembut bicara dan sering membahagiakan Hanina... dengan kata-kata dan tindakannya."Awak kena yakin dengan apa yang ada pada diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga... okey? Saya janji saya akan buat awak rasa lebih bahagia." - Wafiy Sadiq.Siddiq Wildan, si adik. Pemilik senyuman sinis. Annoying nak mampus! Hobinya suka menyindir orang dan kerap munculkan diri di hadapan Hanina."Sudah-sudahlah tenung jari tu. Jari tu cukup ada sepuluh, kan? Nak tenung sampai jadi sebelas jari ke? Ke... kau nak aku kurangkan jari kau jadi sembilan aje?" - Siddiq Wildan.Fikiran Hanina jadi kucar-kacir disebabkan mereka berdua! Kerana satu kejadian, perasaan Hanina menjadi turun naik. Marah, serba salah, terkilan semuanya bersatu!Ada janji tercipta. Janji yang dikota, bahagia... dan janji yang tidak ditunaikan, sengsara dibuatnya. Namun, masih ada rahsia. Rahsia mereka berdua.**Sudah dicetak. JUN 2017**…

Betul, Suami Aku Pelakon!

Betul, Suami Aku Pelakon!

59,304 3,058 28

Kejadian yang berlaku pada waktu senja, dengan situasi yang kurang menyenangkan menemukan Irfan Danish... seorang pelakon dengan Aliya Marissa, seorang pelajar universiti yang sedang menghabiskan cuti semesternya di kampung.Irfan : "Kau kan semalam?"Aliya : "Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!"Irfan : "Wei, pasal kaulah aku jadi macam ni!"Aliya : "Apehal pulak aku? Kau tu yang penakut. Lari macam lipas kudung. Nama aje jantan tapi, hati berbunga-bunga, menjerit mengalahkan perempuan. Dasar jantan lembut! Biadap pulak tu!"Tanpa sedar, pertengkaran mereka akhirnya bertukar kepada pernikahan. Oleh kerana Aliya masih lagi seorang pelajar... dia mahu menyembunyikan statusnya. Kalau orang tahu dia berkahwin dengan seorang pelakon, kecoh satu universiti nanti!Tatkala masing-masing mengenakan antara satu sama lain, muncul perasaan cinta. Namun, mereka cuba menafikan. Kesilapan Irfan dan rahsia yang disimpan oleh mereka berdua menyebabkan keadaan mula menjadi huru-hara.**Sudah diterbitkan**…

Be With You

Be With You

1,800 151 6

Kasanova ft doktor. ❤️Takde sinopsis lagi. 😂Dan dilarang mencetak, menyalin kembali cerita ini. Meniru karya orang lain adalah salah sama sekali.…

Tolong Jagakan Dia

Tolong Jagakan Dia

34,097 1,520 29

Nyawa seseorang hampir melayang tatkala cuba membantunya. Nur Delisha menjadi semakin takut dan bimbang. Lelaki itu... bagaimana harus aku mencari dan membalas budinya?Zulfan Zayyan... kehadirannya pada malam itu telah menyelamatkan hidup seorang gadis walaupun nyawanya menjadi taruhan. Dia akan mencari dan cuba membantu gadis itu lagi.Khalish Adam... dia akan melindungi gadis yang pernah bertakhta di hatinya sebaik mungkin. Dan buat sang pemilik hati, cinta kita pasti akan menemui kebahagiaan.Kesilapan yang lalu membuatkan Almira Zahra benar-benar menyesal. Sudah terlambat untuk menebus segala-galanya. Muncul seseorang, menyebabkan hatinya terdetik dengan rasa itu lagi.Kisah silam menyebabkan Black menjadi begitu kejam dan dia akan pastikan bahawa dia akan musnahkan sesiapa sahaja agar matlamatnya tercapai."Delisha, awak yang buat saya jadi macam ni. Awak tak boleh tinggalkan saya." - Zulfan Zayyan."Budi awak memang tak terbalas. Saya akan jaga awak sampai awak sembuh." - Nur Delisha."Dan saya akan sentiasa lindungi orang yang saya sayang dan cinta... orang tu, awak... sebab saya dah sedar yang sebenarnya saya cintakan awak." - Khalish Adam."Hanya orang yang betul-betul ambik berat pasal awak boleh rasa ada yang tak kena dengan awak, bila awak diam..." - Almira Zahra.**Sudah Diterbitkan**…

Mr. Rider Pencinta Yang Setia

Mr. Rider Pencinta Yang Setia

386 31 4

Mr Rider, Pencinta Yang Setia Apa yang berlaku sekarang menyebabkan Ilman Nazhan termenung lama. Dia bukan datang dari golongan yang kaya-raya, jadi dia terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari sumber pendapatan memandangkan dia ketua keluarga yang perlu menyara ibu, Puan Aisyah dan adiknya yang masih belajar, Nas Iman. Status pekerjaannya sekarang juga masih menjadi misteri. Haura Mikayla, wanita yang datangnya dari keluarga berada yang bermasalah. Tapi, ada sisi Mikayla yang baik, yang hanya orang tertentu saja nampak. Saat bertemu Nazhan di tepi jalan buat hati Mikayla terus terpaut. Aneh, tanpa perlu bertentang mata, tanpa perlu berbalas kata. Cukup sekadar dia melihat apa yang Nazhan buat ketika itu. Jadi Mikayla sendiri dengan beraninya memulakan langkah pertama."Mana ada orang upah delivery sampai banyak macam ni. Kalau sekali hantar dapat upah banyak ni, rider semua kaya." - Ilman Nazhan"Kalau upah sebab sejukkan, lembutkan dan tenangkan hati saya, agak-agak boleh tak macam tu?" - Haura MikaylaSaat melihat sifat Mikayla yang satu itu, sungguh... itu buat Nazhan kagum. Mikayla memang berbeza."Kelebihan yang kita ada, kita kongsi dengan orang yang tak ada. Betul tak?" - Haura MikaylaBenar, ini cuma kisah biasa yang mungkin menjadi luar biasa.…

Piano

Piano

3,419 190 7

Tanpa Fatih sedar, dia telah 'membangunkan' roh-roh yang tidak aman tatkala dia menyentuh piano di dalam banglo itu. Maka, dialah yang dinanti-nantikan untuk menyudahkan melodi yang tergantung selama ini.Habiskan melodi terindah...Fatih sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh dan perkara-perkara pelik sepanjang dia berada di situ. Bersama Luthfi, dia cuba untuk membongkar rahsia banglo itu. Hinggalah pada satu hari Pak Cik Leman menceritakan sejarah banglo itu.Rahsia itu menyebabkan Fatih dan Luthfi segera meninggalkan Cameron Highlands namun, mereka masih diganggu lalu kata sepakat dicapai. Mereka harus kembali ke banglo itu semula.Melodi yang tergantung selama ini telah pun disempurnakan. Namun, ada perkara yang masih belum sempurna...**sudah dicetak. Cetakan pertama September 2015**…

Alamak, Tersuka La Pulak!

Alamak, Tersuka La Pulak!

7,864 315 9

Khadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pada Suraya."Yup... aku akan goda mamat tu sampai dia tinggalkan Suraya. Sekarang ni, aku ada misi!" - Khadeeja Safiya.Perwatakan Khadeeja yang unik menyebabkan terdetik rasa cinta di hati Izham walaupun kadang-kadang Khadeeja agak agresif."Saya yang patut terkejut. Kenapa asyik muka awak saja yang muncul depan mata saya? Apa awak nak, hah? Awak ni memang tak ada kerja ke apa asyik ikut saya dua puluh empat jam?" - Izham Iskandar.Apabila rancangan Khadeeja berjaya dan abangnya sudah menemui bahagia, Izham dihina sekadar untuk gahkan egonya yang menolak rasa cinta yang sudah bersarang di dalam hati.'Kehilangan' menyebabkan Khadeeja mula fikirkan kesilapannya terhadap Izham dan menyesal dengan tindakannya itu.Saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah terikat dengan seseorang. Namun, buat kali terakhir Khadeeja mahu berusaha dan tahu sesuatu. Apakah masih ada rasa cinta di hati Izham?**Sudah Terbit - Tahun 2016**…

Kekasih Hati Mr Bodyguard

Kekasih Hati Mr Bodyguard

54,610 1,018 13

Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak."Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?" - Hana AralynKemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia!"Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni." - Hadif AkashahBila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard!Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan... telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka....Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya?*** pbakl 2019 ***…

HEARTLESS

HEARTLESS

18,685 413 14

Nur Kaisara menjangkakan yang kehidupannya akan berubah apabila dia bekerja di situ, namun apa yang berlaku makin teruk! Menyesal dia berhenti di syarikat lama. Nampaknya dia betul-betul dah salah langkah. Sudahlah dapat jawatan yang dia tak pernah jangka, malah kalau dia buat silap... gaji kena potong pulak.Mental dan fizikal Kaisara memang terdera. Nak berhenti pun tak boleh sebab Nidham tahu titik kelemahannya. Ah, parah betul!Namun, sikap Nidham yang annoying tapi caring itulah buat Kaisara jadi tak tentu arah. Kadang-kadang geram, kadang-kadang suka."Saya ada hal ni. Makan cepat sikit, berangan ke apa? Sloth makan pun entah-entah laju lagi dari awak makan." - Naufal NidhamDah kenapa Nidham samakan dia dengan sloth?! - Nur KaisaraTetapi, bagi Naufal Nidham, ada sebab dia buat semua tu. Seseorang perlu sedarkan wanita bernama Nur Kaisara dan dia akan gunakan caranya yang tersendiri memandangkan ego wanita tu terlalu tinggi. Kesalahan Kaisara yang satu itulah buat dia nekad!-----Ini novel ke-6 saya. Kalau nak baca cerita saya yang lain boleh singgah profile saya. Betul, Suami Aku Pelakon!Tolong Jagakan DiaPianoAlamak, Tersuka La Pulak!PromiseHeartless (latest - keluaran April 2018) was…